Dakwa Pemuda PH Sabah, Warisan Bolot Jawatan Ada Kebenarannya

Baru-baru ini mungkin ada yang terbaca perihal gesaan Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah, Razeef Rakimin.

Dimana beliau mempersoalkan dominasi Parti Warisan keatas jawatan yang boleh dilantik melalui kuasa politik.

Jesteru itu kalau kita membuat penilaian dari sudut kesediaan kompenan PH menjelang pilihanraya yang akan datang. Maka gesaan saudara Razeef Rakimin itu memang ada kebenarannya. Sangat sangat rasional dan bertepatan dengan krisis kepercayaan yang dihadapi oleh Parti Warisan selaku peneraju kerajaan negeri Sabah.

Hari ini kita boleh dengar persepsi masyarakat Sabah terhadap kualiti kerja yang telah diberikan oleh beberapa kementerian negeri dan kakitangan-kakitangan yang dilantik Parti Warisan itu sendiri.

Dimana rata-rata daripada mereka berpendapat, ada dua atau tiga Kementerian negeri belum dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada mereka.

Jesteru itu rombakan kabinet harus dilakukan dalam tempoh yang segera, kerana hanya melalui rombakan kabinet, maka Menteri atau Timbalan Menteri baharu dapat membetulkan struktur organisasi Kementerian mereka sekaligus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Hari ini masyarakat Sabah menyaksikan selain kegagalan fungsi beberapa Kementerian di peringkat negeri. Parti Warisan juga berhadapan dengan isu-isu yang mampu menjejaskan kelangsungan Parti Warisan di masa hadapan.

Bak kata anak muda yang admin temui, harap rambut saja yang terpacak dan baju yang ketat tapi kosong, bercakap pun macam piang.

So tidak ada cara lain bagi menutup kelemahan-kelemahan yang mulai merebak bak Coronavirus selain rombakan kabinet harus dilakukan.

Bila admin sebutkan memakan diri ia tidak hanya melibatkan Parti Warisan tetapi juga komponen PH secara keseluruhannya. Jadi ingat tiada orang yang mahu ikut terbakar hanya kerana kawan sepasukan.

Perlu kita dalami dan fahami yang gesaan Setiausaha Pemuda PH ini bukan sekadar tuntutan ke atas jawatan tertentu tetapi lebih daripada itu iaitu adanya niat yang baik untuk memperkasakan komponen PH, kerna sememangnya hanya melalui portfolio atau jawatan, satu-satu parti itu dapat berkhidmat kepada rakyat sekaligus dapat memperkasakan parti mereka.

Pun begitu admin yakin dan percaya sekiranya kerja pentadbiran kerajaan negeri, termasuklah kerja-kerja setiausaha dan pegawai yang dilantik oleh Parti Warisan telah mendatangkan hal yang positif kepada PH maka sudah tentulah setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah tidak akan menimbulkan isu ini, apa lagi diluahkan secara terbuka.

Mungkinkah gesaan Setiausaha seperti dibawah telah diluahkan secara terhormat tetapi tidak mendapat perhatian sebab itulah ia disebarkan dan dibuat secara terbuka?

Sebelum ini setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah, Razeef Rakimin meluahkan rasa kecewanya keatas Parti Warisan yang di dakwah membolot jawatan yang ditandingi oleh pembangkang pada PRU14 ia terdiri dari lima kawasan Parlimen Kota Marudu, Kimanis, Keningau Pensiangan dan Kinabatangan.

Maka sepatutnya penyelaras Parlimen Pensiangan diberikan kepada PKR memandangkan PKR bertanding di Parlimen ini pada PRU yang lepas. Seperti mana empat kawasan di atas turut ditandingi oleh parti Warisan dan hari ini di selaras oleh Parti Warisan.

Menurut lagi Razeef Hakimi dia mempersoalkan perkara itu kerana beliau melihat seolah-olah PH tidak wujud bersama Warisan tapi sekadar menumpang dan bakal ditendang pada bila-bila masa.

Tambah Razeef Hakimi sepatutnya Pengerusi PH Sabah Cristina Liew memperjuangkan hak PH di Sabah.

Baru-baru ini juga kita menyaksikan pemecatan setiausaha politik, Raymond Ahuar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew.

Raymond Ahuar dipecat selepas didakwa menyuarakan isu pembalakan. Sejauh mana kebenarannya itu admin tidak dapat pastikan.

Banteras Penggunaan Bom Ikan – Hajiji Noor

KENYATAAN MEDIA

19 Februari 2020.

*KERAJAAN NEGERI PERLU SERIUS BANTERAS AKTIVITI BOM IKAN

–YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 SULAMAN.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan yang lebih serius bagi membanteras aktiviti bom ikan di perairan Sabah, kata Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, pihak berkuasa keselamatan dan Jabatan Perikanan juga perlu melipatgandakan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada.

“Kita perlu meningkatkan usaha membanteras aktiviti bom ikan yang agak berleluasa berlaku di Sabah sekarang ini”.

“Ini kerana aktiviti itu bukan sahaja mengancam dan memusnahkan sumber ikan dan terumbu karang, malah turut membahayakan pelancong yang melakukan aktiviti menyelam di kawasan terumbu”, katanya.

Hajiji berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang mengkritik laporan akhbar mengenai seorang menteri dari Sabah yang menjelaskan bahawa aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Gaya, di kawasan ahli politik itu, kebanyakannya membabitkan kanak-kanak.

Menurut Richard, “aktiviti mengebom ikan masih berlaku, dua minggu lepas di sebuah pulau. Dan, seorang Menteri berkata ‘oh, semua ini dilakukan oleh kanak-kanak’ “.

“Kanak-kanak, mereka pegang bom kan? Jadi, kanak-kanak boleh melakukan aktiviti mengebom ikan! Lihatlah alasan-alasan lemah yang telah diberikan oleh pihak berkuasa”

“Ia sangat menyedihkan. Kita perlu bangun. Bom di tangan kanak-kanak tetap juga bom,” katanya yang sukar percaya dengan alasan agak aneh pada Kolokium Borneo mengenai Keadilan Alam Sekitar 2020 yang diadakan di sebuah hotel di sini, 15 Februari lalu.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, beliau telah membangkit isu bom ikan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 19 November 2019 lalu.

Menurutnya, aktiviti itu amat membimbangkan kerana bukan sahaja bom-bom ikan ini boleh membunuh ikan-ikan sama ada kecil dan besar, tetapi juga merosakkan terumbu karang dan semua keindahan dan tumbuhan semulajadi di dasar laut perairan negeri ini.

“Kejadian pada 5 Julai 2019, dimana 2 orang penyelam dari Negara China dan seorang jurulatih selaman warga tempatan kita terbunuh di Pulau Kalapuan, Semporna, menunjukkan penggunaan bom ikan ini amat berleluasa.

“Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pihak WWF-Malaysia melalui pemasangan 7 buah pengesan seismik di sekitar daerah Semporna saja, direkodkan sebanyak 1,195 letupan dari bulan Jun hingga bulan Disember 2018.

“Tangkapan penggunaan bom ikan dilaporkan 24 kes pada tahun 2018 dan 39 kes tangkapan setakat akhir tahun 2019. Kejadian ini amat membimbangkan kita”.

“Oeh itu saya menggesa pihak Kerajaan supaya mengambil tindakan tegas untuk membendung perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini”, katanya ketika membahas Belanjawan Negeri Sabah 2020.

Hajiji berkata, teguran Richard Malanjun harus menjadi iktibar kepada semua pihak, sambil menegaskan usaha perlu dilakukan menerusi program kesedaran yang melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Katanya, para pemimpin masyarakat di kawasan yang sering berlaku aktiviti bom ikan perlu dipanggil dan diberi penerangan dan pendidikan tentang pentingnya peranan dan tanggungjawab bersama menjaga sumber laut dan membanteras aktiviti negatif itu.

Beliau juga berharap Kerajaan menggiatkan usaha menangkap dan menghantar pulang Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang berada di negeri ini.

“Tindakan undang-undang yang lebih tegas perlu dikenakan terhadap PTI demi kebaikan, keselamatan dan masa depan rakyat dan negeri Sabah”, tegasnya.

-End.

Rahim Jawap Dakwaan Fitnah Ezam Mohd Nor Dan Lokman Adam

Keluhuran Undang2, Payung Keadilan….

Malam ini saya mendapat tahu dua fitnah paling teruk telah dilemparkan terhadap saya,

  1. Dibuat olih Ezam Mohd Nor ketika berucap di Sg Buloh baru2 ini dgn menyatakan “Yg sapu duit Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik lepas bebas sampai skrg tak masuk. Skrg nak masuk? Lagi jangan harap la.”
  2. Dibuat olih Lokman Adam dgn menyatakan bahawa saya telah merogol cucu si Pendek tapi disebabkan saya blue eyed boy Mahathir maka tindakan tidak diambil malah dilantik semula sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kpd si Ezam ni saya nak bertanya duit siapa pula yg saya dan Rafidah telah sapu. Tidak pernah setakat ini saya disoal atau dituduh olih mana2 pihak tentang perkara ini.

Tidak juga pernah saya disiasat atau didakwa olih mana2 pihak tentang apa yg difitnah olih si Ezam ini terhadap saya! Jadi bagaimana tetiba anda membuat tomahan terhadap saya kecuali anda memang mempunyai niat yg jahat utk memusnahkan nama baik, reputasi dan intergriti saya sebagai bekas pemimpin yg telah banyak berjasa kpd negara, Melaka, Melayu dan rakyat Malaysia!

Kpd si Lokman, saya nak bertanya bila pula saya merogol cucu si Pendek ini? Saya tidak pernah pun didakwa ttg perkara ini dan tidak pernah dihukum hgg merengkok di dlm penjara kerana melakukan apa2 kesalahan jenayah termasuk kesalahan jenayah seksual.

Saya pernah disiasat, itu pun kerana adanya konspirasi politik yg licik dan kotor olih beberapa pemimpin popular yg memfitnah saya. Kerana terlalu popular, mereka khuatir satu hari nanti Rahim Tamby Chik akan jadi Perdana Menteri!

Konspirasi politik ini bermula olih rasa cemburu yg teramat sangat dikalangan pemimpin2 yg khuatir peluang mereka utk naik ke atas terutama utk jadi PM bakal terjejas apabila PM sering memuji RTC yg mentransformasi Melaka dari sebuah ekonomi yg dulunya mundur dan miskin telah menjadi sebuah negeri yg maju dan membangun hebat!

Di bawah RTC, PM juga memuji kehebatan kepimpinan Pemuda yg amat terselah dgn berbagai aktiviti yg memperkukuhkan bukan saja patriotisme Pemuda tetapi juga patriotisme dan kebangaan Umno.

Antaranya termasuklah mengumpulkan pemimpin2 muda Asia Timur dari Korea Utara sehinggalah ke Irian Jaya, berhimpun di KL dan satelah mendengar ucapan dramatik PM, berikrar menyokong inisiatif Malaysia mengenai penubuhan EAEC atau Pertubuhan Ekonomi Asia Timur!

Kesemua inilah yg telah menjadikan pemimpin2 yg gila kuasa ini semakin panik, lalu menggelar RTC sebagai “the blue eyed boy of PM” atau budak kesayangan PM!

Bila difitnah, saya jumpa PM dan beritahu beliau secara tegas saya meletak semua jawatan ( Ketua Pemuda dan Ketua Menteri) supaya saya senang disiasat tanpa apa2 jawatan berpengaruh yg boleh melindungi saya.

Saya kata kpd PM kalau saya bersalah, hukumlah saya. Jika saya tidak bersalah, pulangkan balik jawatan2 saya.

Selesai penyiasatan yg telah disempurnakan secara intensif dan komprehensif, “ketiga2” bukti yg digunakan utk menuduh saya kesemuanya adalah bohong, tipu dan direkacipta semata2 utk merosak dan memusnahkan kerjaya saya serta potensi saya utk naik seterusnya dlm hiraki politik negara !!

Jawatan Ketua Pemuda telah dipulangkan semula kpd saya, manakala jawatan Ketua Menteri sekali lagi saya telah “ditipu” utk melepaskannya kononnya atas arahan tertentu ( bukan olih PM)!

Dlm hal ini, DAP sendiri telah mengemukakan permohonan maafnya kpd saya atas kesilapan yg telah dilakukan ttg perkara ini !!

Sebuah majallah antarabangsa juga telah membayar saya RM 1 JUTA kerana mengaku telah membuat tomahan melulu dan tidak berasas kpd saya atas isu yg sama !

Saya juga masih memegang Kenyataan Berkanun ( SD) perempuan yg terlibat ini yg memohon maaf kpd saya, merayu agar saya jangan mengambil tindakan undang2 kpdnya disamping mendedahkan bahawa nenek beliau si Pendeklah yg sabenarnya telah diguna dan dikudakan olih beberapa orang politik utk memusnahkan kerjaya politik saya.

Bagaimana pun, saya telah mengarahkan peguam2 saya meneliti kes2 ini secara lebih intensif dan jika ada justifikasi akan mengheret si Ezam dan si Lokman ke muka pengadilan.

Menurut Islam, sesungguhnya Fitnah itu lebih Dasyat dari Membunuh !!!

PAS Tidak Menyokong Bossku Bukan Beshe Beshe

Merujuk artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian online yang bertajuk PAS tak sokong BN di bawah Najib- Takiyuddin.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata parti mereka iaitu PAS sebaliknya cuba bekerjasama dengan Tun Mahathir sebelum pru14.

Malah katanya PAS cuba mengadakan rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) khususnya dengan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya Mukhriz Mahathir tetapi tidak menjadi kenyataan.

Keterangan yang mengejutkan ini ekoran dakwaan Setiausaha Agung Parti keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution bahawa PAS menyokong Najib dan mengubah sokongan kepada Tun Mahathir selepas Najib jatuh, ternyata tidak benar sama sekali.

Wah suatu pendedahan yang mengejutkan banyak pihak. Betul tidak?

Tambah Takiyuddin adalah hal yang mustahil untuk PH merampas kerajaan pusat melalui PRU yang lepas jika PAS menyokong atau bekerjasama dengan BN. Wow!

Adakah pendedahan yang menyakitkan telinga ahli dan penyokong UMNO ini merupakan titik mula kepada perpecahan muafakat nasional. Sekaligus menjadi pintu keluar kepada PAS dan Presiden UMNO untuk bersepakat dengan Parti Bersatu atau PPBM yang digembar-gemburkan sejak dua tiga hari lepas.

Pointnya di sini rupa-rupanya PAS tidak menyokong kepimpinan Najib Razak aka Bossku. Titik!

Diharap selepas ini pada penyokong UMNO atau laskar UMNO jangan lagi terhegeh-hegeh membabitkan PAS dalam usahanya membangkitkan UMNO yang maling. Past is past.

  • PAS ADALAH PAS yang survive kerana kebencian mereka terhadap UMNO.
  • Dari konteks Sabah kerjasama UMNO PAS atau muafakat nasional tidak menguntungkan PAS.

Zahid Hamidi Cadang UMNO Berkerjasama Dengan PPBM (Bersatu)

Hari ini Lokman Adam mendedahkan hasil mesyuarat jawatankuasa perhimpunan muafakat nasional yang dipengerusikan oleh Tajuddin Abdul Rahman dan dihadiri oleh presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Bahawa dalam mesyuarat itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah menyatakan empat sebab utama kenapa beliau secara peribadi mahu UMNO bekerjasama dengan Mahathir atau PPBM.

1) Kita hendak jaga Muafakat Nasional, disebabkan PAS hendak kerjasama dengan Mahathir, UMNO kena ikut supaya kita tidak ketinggalan.

2) Kedua, Zahid kata kalau tidak berkerjasama dengan Mahathir, kita tak boleh selesaikan masalah Bossku.

3)Sekarang kuasa ditangan Mahathir. Sudah ada diatas meja seorang yang sangat berkuasa untuk mengharamkan UMNO. Kalau Umno nak diharamkan ada yang kata Ahli UMNO akan sertai PAS. Zahid kata, PAS dah belah Mahathir, kalau keluar UMNO masuk PAS pun sama sahaja.

4) Zahid kata, beliau boleh guna kuasa veto untuk berkerjasama dengan Tun Mahathir. Sebaliknya beliau menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


Pada ahli UMNO yang ada di luar sana kamu jangan terlalu beremosi menilai kenyataan atau cadangan Presiden ini sebagai hal yang negatif sebaliknya kamu harus menerima keberadaan
UMNO hingga terpaksa bergantung pada PAS demi survival politik UMNO itu sendiri.

UMNO adalah parti yang masih terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa. Sama ada tuduhan itu sedang dibicarakan di mahkamah atau masih berlegar-legar menunggu saat dan ketikanya untuk diheret ke muka pengadilan.

Pokoknya tuduhan rasuah ke atas pemimpin pemimpin UMNO akan berlarutan sehingga ambang pilihan raya umum yang akan datang. Maksudnya isu rasuah akan terus relevan digunakan sebagai modal politik atau kempen.

Itu kita belum bercerita soal nasib Najib Razak, Zahid Hamidi, Bung Moktar dan beberapa lagi pimpinan UMNO yang besar kemungkinannya akan berhadapan dengan hukuman penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah kerana dakwaan rasuah yang mereka sedang hadapi.

Cuba bayangkan situasi UMNO pada masa itu siapa yang akan mengepalai UMNO. Lokman Adam, KJ dan Tok Mat, pengaruh mereka ini masih terlalu baru untuk ditaati oleh ahli-ahli UMNO.

Amat perlu bagi ahli UMNO menyedari tidak semua ahli PAS bersetuju dengan muafakat nasional. Itu bererti untuk jangka panjang kerjasama UMNO PAS hanya merugikan PAS itu sendiri. Jadi mana mungkin PAS sanggup bertahan sedangkan kerjasama itu hanya menyebabkan mereka kehilangan pengaruh atau undi.

Wahai ahli UMNO tidak ada jaminan bahwa hanya melalui muafakat nasional maka kerjasama UMNO dan PAS akan bertahan sehingga PRU yang akan datang. Kalaupun bertahan tapi akan punah disaat akhir apa bila pembahagian kerusi tidak dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Pada ahli UMNO yang baru berpeluang memegang jawatan di peringkat Bahagian jangan kamu terlalu obses. Kamu tu masih mentah dan serba kekurangan untuk membangkitkan UMNO sedangkan mereka yang cukup berpengalaman dan berkemampun sebelum kamu pun boleh tumbang di PRU yang lepas. So jangan pandai-pandai menggesa agar Presiden UMNO, Zahid meletakkan jawatan, sedar diri tu sikit.

PPBM Sabah Sokong Jawatan Tertinggi PPBM Pusat Dikekalkan

KENYATAAN MEDIA
BERSATU NEGERI SABAH

03 Februari 2020.

BERSATU SABAH SOKONG JAWATAN PENGERUSI, PRESIDEN & TIMBALAN PRESIDEN PARTI DIKEKALKAN – YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 Sulaman.

KOTA KINABALU: Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah menyokong agar tiga jawatan utama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti melibatkan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan.

Ketuanya Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Pengerusi BERSATU yang kini disandang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu dikekalkan.

Katanya selain sebagai pengasas parti, kepimpinan ketiga-tiga tokoh itu amat diperlukan oleh parti khususnya Tun Dr.Mahathir yang juga Perdana Menteri merupakan negarawan ulung untuk terus memimpin negara.

“BERSATU Sabah bersetuju dan menyokong cadangan supaya jawatan Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden parti dikekalkan dan tidak dipertandingkan dalam pemilihan MPT Bersatu nanti”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengulas syor BERSATU Terengganu yang mencadangkan penyandang ketiga-tiga jawatan itu dikekalkan.

Pengerusi BERSATU Terengganu, Senator Datuk Razali Idris pada Ahad berkata, Bersatu Terengganu sebulat suara bersetuju supaya jawatan berkenaan dikekalkan dan tidak dipertandingkan.

“Jadi, kita mengesyorkan kepada negeri-negeri lain untuk turut sama sebulat suara dalam hal ini dengan mengekalkan jawatan ketiga-tiga mereka dalam pemilihan MPT Bersatu nanti,” katanya.

Hajiji yang juga Ketua BERSATU Bahagian Tuaran berkata, BERSATU Sabah dengan tegas menyokong penuh agar Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir terus kekal menerajui dan memimpin parti dan negara.

“Kita berharap ahli-ahli BERSATU di Sabah amnya dan seluruh negara khasnya terus berdiri teguh dan menyokong kepimpinan mereka demi memantap dan mengukuhkan lagi perjuangan dan kedudukan parti”, tegasnya.

Mesyuarat BERSATU peringkat cawangan akan dimulakan pada 15 Februari 2020 sehingga 29 Mac 2020 dan mesyuarat peringkat bahagian pula dijadualkan pada 18 April 2020, manakala Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) pula pada 25 hingga 28 Jun depan.

-End.

Ahli PPBM Tampil Menafikan Fitnah Laskar UMNO

Kerja jahat dan fitnah laskar UMNO berhubung kejadian di Ulu Tiram, Johor yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq hingga terpaksa melarikan diri melalui jalan alternatif semasa di kepung oleh beberapa orang yang tidak dikenali.

Tidak cukup dengan perbuatan mencetuskan kekecohan jentera UMNO telah memutar belit cerita sekaligus memfitnah ahli PPBM hanya kerana semasa kejadian dia iaitu Saudara Muhammad Nor Firdaus Abdul Rahman berada berada di sekitar kumpulan yang sedang membuat kekacauan.

Gambar yang melibatkan Muhammad Firdaus telah di viralkan oleh pihak pembangkang bagi tujuan menutup kebiadapan mereka.

Dibawah adalah kenyataan rasmi daripada Muhammad Firdaus yang menafikan sekeras kerasnya tuduhan pihak pembangkang.

*SAYA MERUPAKAN FRONTLINER BARISAN ARMADA, BUKAN SAMSENG UPAHAN*

Saya, Muhammad Nor Firdaus bin Abdul Rahman menafikan segala tuduhan liar dan tak berasas yang menyatakan saya telah diupah oleh YB Syed Saddiq untuk mencetuskan huru-hara di Rapat Umum ARMADA tempoh hari.

Apakah rasionalnya untuk membangkitkan kekecohan di dalam aktiviti jalinan erat Armada, sedangkan saya telah pun bersama-sama beraktiviti semenjak petang hari kejadian bermain paintball.

Pada malam tersebut, saya bersama beberapa rakan Armada yang lain berada di barisan hadapan kumpulan samseng upahan tersebut, bersiap-siaga menghadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Terakhir, sudah-sudahlah menyebarkan fitnah dan mengalihkan salah.

Yang jelas, kita sebagai anak muda perlu menolak budaya samseng & gangsterime.

Maruah anak muda lebih tinggi nilainya dari emas dan wang ringgit.

MUHAMMAD NOR FIRDAUS BIN ABDUL RAHMAN

Ahli ARMADA

Akaun Facebook Muhammad Firdaus

Fitnah Saat Akhir UMNO Keatas YB Membakut, PRK Kimanis

Malam tadi tersebar satu kenyataan yang kononnya ditulis oleh YB Membakut, Datuk Arifin Arif.

Tulisan itu merayu agar pengundi di PRK Kimanis mengundi calon pembangkang UMNO/BN atas sebab-sebab yang disebutkan.

Tapi jangan kamu percaya kenyataan itu tidak datang dari YB Datuk Ariffin Arif atau mana-mana pihak yang menyokong kepimpinannya jauh sekali dari kepimpinan PPBM Sabah.

Itu hanyalah fitnah licik berbau propaganda untuk mengalihkan perhatian pengundi agar undi diberikan kepada calon BN Datuk Alamin. Adalah sebabnya tu yang menjadi teras laskar UMNO untuk memperdaya pengundi. Mereka ingat masyarakat Sabah hari ini lebih mengutamakan sesuatu yang sudah menjadi sejarah berbanding masa depan mereka.

Jangan laskar UMNO lupa pada PRU yang lepas berlaku pertembungan dalaman melibatkan Legacy Sakaran(Semporna). Shafie vs Nasir Sakaran yang dimenangi oleh Shafie atau Warisan.

DUN Membakut adalah antara kawasan yang menjadi penentu kepada kemenangan calon yang bertanding untuk Parlimen Kimanis.

Nampaknya UMNO Sabah semakin terdesak mungkinkah mereka mulai merasa dinginnya sokongan masyarakat Kimanis terhadap calon BN. Kita tunggu dan lihat perkembangannya pagi ini dan keputusannya malam nanti.

Pointnya disini saranan berupa surat berantai dari kononnya YB Datuk Arifin Arif seperti di atas adalah fitnah propaganda semata-mata, jangan ada yang mempercayainya sebaliknya undilah calon yang mewakili pemerintah. Kalau dia tidak perform di dalam memikul tanggungjawabnya maka tumbangkan dia di PRU yang akan datang.

Sebaliknya kalau kamu memilih calon BN maka nyata masej yang kamu cuba sampaikan melalui pilihan raya lepas belum lagi mampu mendidiknya menjadi pemimpin yang baik.

Mudah bukan kuasa di tangan rakyat bukannya jenis parti yang menjadi tiket. Tapi siapa yang mendokong calon berkenaan dari konteks PRK Kimanis calon Warisan didokong oleh kepimpinan Bersatu yang terbukti berkualiti hingga berjaya mempertahankan kerusi mereka melalui pilihanraya yang lepas.

Generasi Islam Perlu Mencontohi Akhlak Nabi Muhammad – Hajiji

Siaran Media

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Pimpinan BERSATU Negeri Sabah Merangkap ADUN N10 SULAMAN

16 Januari 2020.

*GENERASI ISLAM PERLU HAYATI & CONTOHI AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW*

TUARAN: Generasi Islam hari ini perlu menghayati dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW bagi memulihkan kekuatan, melakar kemajuan dan kejayaan yang bermakna dalam hidup hatta meletakkan Islam dan umatnya terus dihormati, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, langkah ini bukan sekadar mengangkat martabat ummah, tetapi pada masa yang sama mempunyai matlamat memurnikan semula tanggapan serta persepsi orang bukan Islam terhadap Islam dan umatnya.

Menurutnya, ini berikutan kehidupan harian sebahagian daripada kita hari ini tidak berlandaskan iman dan akhlak.

“Malahan dipengaruhi nafsu yang mengutamakan kepentingan peribadi, bukan kepentingan agama, masyarakat dan negara. Akibatnya, fenomena buruk sangka, hasad dengki, khianat dan perasaan dendam berleluasa dalam masyarakat.

“Jika gagal dikawal, ia boleh mengundang kepada perselisihan dan permusuhan yang boleh meruntukan kerukunan dan perpaduan umat Islam”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tuaran 1441H/2019M di Dewan Sri Sulaman, hari ini.

Hajiji berkata, senario ini merupakan musibah dan bala yang besar kerana ia mengancam kekuatan dan kedaulatan umat.

“Sedangkan pada hakikat yang sebenar Islam adalah agama yang sentiasa menganjurkan kepada perpaduan, perdamaian, hormat-menghormati, berakhlak mulia dan saling tolong-menolong di antara satu sama lain”, tegasnya.

Katanya, umat Islam tiada pilihan kecuali kembali bersatu menguatkan persaudaraan berdasarkan ketaatan kepada ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

“Inilah yang akan memberi jaminan kepada pemuliharaan lima perkara asas yang perlu dijaga dan dilindungi di dalam Islam iaitu menjaga agama, akal, nyawa, keturunan dan harta yang merupakan Al-Maqasid Al-Syar’iyyah”, tambahnya.

Hajiji berkata, umat Islam juga perlu mengambil pengajaran dan teladan daripada diri Nabi Muhammad SAW dan sejarah hidupnya sebagai sumber inspirasi dan pedoman hidup untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Katanya, ini memandangkan tiada teladan yang lebih bermakna melainkan bimbingan yang dipraktikkan oleh baginda SAW dalam segala tindakan dan keperibadiannya.

“Apabila kita dapat mengaplikasi akhlak Rasulullah SAW dalam rutin kehidupan, pasti kita akan sentiasa terdorong melakukan yang maaruf dan meninggalkan kemungkaran.

“Ia akan mewujudkan keadaan dan suasana yang lebih kondusif bagi mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah SWT dengan beribadat kepada-Nya dan menjauhi kemungkaran sekaligus membawa masyarakat mengamalkan nilai dan prinsip Islam dan membudayakan ukhwah Islamiah sebagaimana yang diajar dan dititikberatkanNya”, tegas Hajiji.

Beri Peluang Pada Warisan PRK Kimanis – Hajiji

*Siaran Media*
*BERSATU NEGERI SABAH*

*15 Januari 2020.*

*RAKYAT PERLU BERI PELUANG KEPADA WARISAN MENANG PRK KIMANIS-HAJIJI*

MEMBAKUT: Rakyat terutamanya pengundi di Kimanis perlu memberi peluang kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Datuk Karim Bujang mewakili Warisan adalah parti yang menerajui Kerajaan Negeri ketika ini.

Beliau berkata, rakyat dan pengundi Kimanis mesti menyokong calon mewakili parti kerajaan demi kesinambungan pembangunan untuk kepentingan mereka.

“Di Sabah kita memerlukan POLITIK PEMBANGUNAN. Kita mahu menyokong kerajaan untuk membantu rakyat terutama kawasan-kawasan yang memerlukan pembangunan.

“Sabah masih jauh ketinggalan terutama pembangunan di kawasan luar bandar. Justeru dengan adanya Wakil Rakyat dari parti kerajaan, maka pembangunan untuk rakyat dapat dirancang dan direalisasikan dengan lebih cepat dan berkesan.

“Sebaliknya Barisan Nasional (BN) dan UMNO kini adalah parti pembangkang. Calonnya tidak dapat membawa apa-apa pembangunan ke kawasan Kimanis sekiranya pengundi Kimanis memilih BN”, katanya.

Hajiji berkata demikian pada Program Bersama Rakyat dan Lawat Rumah Ke Rumah anjuran Srikandi BERSATU Sabah di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lumat dan PDM Mawao di sini, pada Selasa.

Beliau bersama Wakil Rakyat dan pemimpin BERSATU Sabah giat berkempen membantu Karim bagi memastikan kemenangan Warisan dalam PRK Parlimen Kimanis.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sebagai parti pembangkang BN dan UMNO di Sabah tidak mampu membela dan membantu rakyat.

Sebaliknya kata beliau, calon BN dan pemimpin UMNO hanya dapat membuat janji-janji manis yang tidak dapat mereka tunaikan kerana mereka bukan dalam Kerajaan.

“Apa yang pembangkang boleh buat untuk rakyat Kimanis sekiranya diberi mandat? Yang nyata pada masa sekarang BN dan UMNO tidak mampu membawa apa-apa perubahan untuk rakyat dan kawasan parlimen Kimanis.

“Justeru saya mengingatkan rakyat Kimanis agar pentingkan masa hadapan. Pilihlah calon Warisan kerana hanya Wakil Rakyat dari parti Kerajaan sahajalah yang mampu mengubah keadaan dan membela nasib rakyat”, tegasnya.

Hajiji berkata, pada PRU 14, rakyat telah menentukan keadaan politik dengan mengubah kerajaan lalu. Tentu ada sebabnya kenapa kerajaan lalu yang sudah lama memerintah negara ini ditumbangkan oleh kuasa rakyat.

“Dalam pilihan raya yang lepas (kerajaan lalu) telah dihukum oleh rakyat dan memilih Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan dan Warisan bagi negeri Sabah,” tegasnya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui oleh Warisan dibawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal haruslah diberi ruang dan masa untuk meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan negeri Sabah.

“Negeri Sabah perlukan satu perpaduan yang jitu iaitu antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan PH di peringkat Persekutuan, kerana bagi kita yang penting ialah rakyat dan pembangunan ekonomi untuk rakyat”, tambahnya.

-End.

1. Hajiji (kiri) dan Ketua BERSATU Bahagian Papar, Datuk Haji Ghulam Haidarkhan Bahadar bersama calon Warisan, Karim Bujang semasa membantu kempen PRK Parlimen Kimanis.


Jesteru itu diharapkan agar selepas ini kerjasama PPBM Sabah dan Warisan akan lebih terjalin dalam erti kata yang sebenarnya.

Kita tidak lagi ingin melihat sikap acuh tidak acuh dari kepimpinan Warisan berhubung sebarang langkah yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan negeri. Biarlah selepas ini pendapat dari kepimpinan PPBM Sabah diambil kira kerana lihat saja hari ini walaupun kepimpinan PPBM Sabah agak tidak bersetuju keatas satu dua dasar yang cuba dilaksanakan oleh Warisan tetapi atas dasar kawan terpaksa PPBM Sabah mengambil sikap natural.