Pengerusi PPBM Sabah Menemui Perdana Menteri Malaysia

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Hajiji Noor. berkata parti Warisan kini merupakan pembangkang di peringkat negeri yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal dari parti Warisan Sabah.

Ini susulan perlantikan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Ada sembilan ADUN Bersatu dan lima Ahli Parlimen di Sabah.

Jesteru itu Dato Hajiji Noor akan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan nasihatnya berhubung perkembangan ini.

Suka admin memberikan pandangan atau saranan terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan ini.

Kerajaan ini merupakan peluang keemasan untuk beliau memperkasakan PPBM di seluruh Malaysia umumnya dan khasnya di negeri Sabah.

Ingatlah bahawa pemimpin datang dan pergi apa yang penting adalah wadah atau parti dari konteks ini parti PPBM Sabah harus diperkasakan atau diberikan kedudukan supaya mudah bagi Pengerusi PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor dan YB YB nya untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Sabah.

Seperti yang dilakukan oleh UMNO diawal kemasukan UMNO ke Sabah. UMNO yang pada ketika itu menjadi kerajaan telah melantik pemimpin tempatan UMNO sebagai Ketua Menteri walaupun menyebabkan berlakunya pergelutan diantara parti tempatan dan kerajaan pusat. Bermula dari peristiwa itu Sabah sehingga PRU yang lepas menjadi simpanan tetap UMNO.

Persoalannya adakah Perdana Menteri Malaysia atau presiden PPBM tidak ingin melakukan hal yang sama ingin melihat PPBM sebagai parti yang perkasa dan berwibawa di bumi Sabah?

Orang kata amat rugilah PPBM andai gagal menukar Sabah menjadi simpanan tetap PPBM. Orang akan berpendapat dan tertanya-tanya kurang cerdik kah PPBM sebab tidak mampu memanfaatkan kekuasaan dan kelebihan yang ada untuk memperkasakan PPBM di Sabah.

Kepada pemimpin dan penyokong PPBM yang tidak berapa pro Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden. Lupakanlah pergelutan dalaman utamakan kepentingan parti. Andai parti lemah maka satu sen jawatan yang disandang didalam parti tidak akan berguna apa lagi andai PPBM melepas dari kekuasaan. Waktu itu sebijaksana apa pun anda rakyat akan tetap menilai kamu sebagai amat lemah, useless.

Kesimpulannya jadikan Sabah negeri simpanan tetap PPBM.

Betapa gagalnya PPBM andai gagal menjadikan Sabah simpanan tetap. Jadi mari bermuafakat buang yang keruh ambil yang jernih letakkan di depan kepentingan parti. Gunakan sepenuhnya kuasa yang ada.

Tuhan sudah membuka jalan dan menugaskan PPBM bagi membetulkan apa yang patut dan mengurus rakyat Malaysia yang sekian lama terhimpit tu. Takkan belum nampak tak kan begitu naif dan degil. Alahai

Ucapan Ulung PM Muhyiddin Rayu Rakyat Malaysia

UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN –
PERDANA MENTERI MALAYSIA

“RAYUAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA”

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Wahai saudaraku rakyat Malaysia yang dihormati,

Hampir seminggu negara kita menghadapi kemelut politik yang membimbangkan. Kemelut ini berlaku apabila mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ini menyebabkan jawatan Perdana Menteri kosong dan perlu diisi.

Menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri baharu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Selaras dengan peruntukan ini, Duli Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik saya sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihanraya. Sebaliknya, saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Ini adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.

Setelah melalui kemelut politik yang melanda negara kita sejak seminggu yang lalu, saya tahu saudara-saudari tentunya mahu negara kita kembali berada di landasan yang betul. Saudara-saudari pastinya tidak mahu negara kita diheret ke dalam kemelut politik yang lebih besar

Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati,

Saya tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa. Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.

Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Di peringkat awal, saya dan semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu telah memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Tetapi malangnya beliau gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain. Perkara ini telah dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 28 Februari 2020.

Oleh yang demikian, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengambil keputusan yang bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ketika itulah nama saya sebagai calon Perdana Menteri telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat daripada parti BERSATU dan ketua-ketua parti yang lain. Menurut mereka saya mempunyai sokongan majoriti.

Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Tun Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?

Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya umum perlu diadakan.

Saya sedar saudara dan saudari sudah letih dan la’ih dengan kemelut politik yang berlaku.

Dalam keadaan ini, saya sebagai pemimpin mesti mencari jalan penyelesaian. Saya tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.

Kerana itu saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir dan meminta beliau menyokong saya. Dalam pertemuan yang disaksikan oleh dua orang tokoh parti, beliau telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada saya sekiranya saya mendapat sokongan majoriti. Perkara ini dinyatakan oleh beliau sendiri dalam satu sidang akhbar pada 27 Februari 2020.

Dengan sokongan itu, saya telah menerima pencalonan saya sebagai Perdana Menteri.

Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat.

Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut.

Saya juga sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah. Buat permulaan ini, saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik. Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan.

Saya juga faham bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, letrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.

Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan. Ini juga akan menjadi keutamaan saya.

Dalam menghadapi wabak corona virus pada masa ini, sama-samalah kita jaga kesihatan.

Saya juga sedar saudara dan saudari juga mahukan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak. Bidang pendidikan amat dekat dengan jiwa saya. Dengan pengalaman selama 6 tahun menjadi Menteri Pendidikan, saya berjanji akan berusaha untuk melonjakkan lagi kualiti pendidikan negara. Saya akan pastikan anak-anak kita mendapat taraf pendidikan yang setanding dengan negara-negara maju. Usaha ini telah pun saya mulakan dahulu. InsyaAllah ianya akan diperkukuhkan lagi pada masa hadapan.

Saya tahu bahawa saudara dan saudari mahukan sebuah negara yang stabil, aman dan makmur. Sebuah negara yang menawarkan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.

Kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.

Marilah bersama-sama saya untuk bina semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya.

Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara.

Samada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah Perdana Menteri saudara.

Saya merayu agar saudara dan saudari memberikan sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik dan kerajaan untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan.

Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara

Berikan saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu ini yang insyaAllah akan saya jelaskan kepada rakyat dalam masa terdekat.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara dan saudari yang telah menghadapi kemelut yang melanda negara dengan sabar dan tenang.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara kita.

Bersatu teguh, bercerai roboh.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Ayuh, bersatulah kita demi tanah air tercinta.

Bismillahi tawakkaltu alaLLah
Faiza azamta fa tawakkal alaLLah

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Bila Muhyiddin Merendahkan Martabat Anina

Sepatutnya Muhyiddin tidak boleh mengaibkan Anina sampai begitu rupa memandangkan Anina itupun bukannya siapa siapa setakat ahli biasa PPBM.

Sebelum ini Muhyiddin ketika ditanya oleh Wartawan berhubung tindakan Anina meninggalkan Parti PPBM aka Bersatu. Muhyiddin menjawab, kerana Anina tidak ada kerja dan wang. Anina ada masalah peribadi.

Sedangkan si Anina adalah antara individu yang terlibat dalam penubuhan PPBM dalam erti kata lain dia juga berjasa pada Muhyiddin selaku pemimpin PPBM itu sendiri. Dan kalau sudah Muhyiddin tahu masalah Anina, kenapa kepimpinan PPBM tidak memberikannya kedudukan atau kerja, apa lagi dia juga bermanfaat kepada parti?

Kalau seorang pun, Muhyiddin atau kepimpinan PPBM tidak mampu menjaganya. Apa lagi menjaga rakyat Malaysia?

Dulu semasa Muhyiddin Yassin bersama UMNO, admin ada mendengar berita dari ahli UMNO Sabah. Mereka kata Muhyiddin ni sememangnya pemimpin yang sombong bodoh, tidak menguntungkan. Muhyiddin ni spesis Melayu bila kecewa menjadi bodoh, Melayu yang tidak reti diuntung, perasan bangsawan dan warak, walhal kantoi juga dengan isteri orang.

Dia lupa pihak yang paling layak dijatuhkan martabatnya ialah pemimpin seperti dia. Dimana rakyat telah memberikan kedudukan hingga menjadi Menteri tapi tidak pandai menghargainya.

Oleh itu kamu sebagai ahli UMNO, bersyukur kamu pada PM Najib Razak sebab membuang pemimpin seperti Muhyiddin dan sekutunya dari parti UMNO.

Kerana itu dari konteks masyarakat Sabah pula, kamu buang juga parti Warisan itu jauh jauh, kerana Warisan adalah sekutu Muhyiddin di Sabah. Mereka ada persamaan sikap yang negatif, suka mengaibkan dan mengungkit pemberian. Lepas itu lempar batu sembunyi tangan.

Cukuplah mereka berdua menjadi mangsa percaturan politik Dr M. Sebelum ini mereka bersekongkol menjatuhkan PM Najib Razak dengan harapan akan diberikan peluang untuk menduduki jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tapi malangnya penderhakaan mereka tidak berjaya aka kantoi, isu 1MDB yang mereka jadikan modal tidak menjadi. Kesian, dasar penderhaka.

Malah sebaliknya hari ini Dr M pula yang disiasat melalui RCI Forex. Aktiviti Forex telah menyebabkan negara mengalami kerugian yang berbilion mencecah RM3.0283 bilion dari tempoh 1988 sehingga 1989.

Melucukan ketika Dr M dan sekutunya ditanya oleh panel penyiasat, mereka memberikan jawapan yang tidak masuk akal, bahawa mereka tidak tahu adanya urusniaga Forex. Adakah patut seorang Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan tidak tahu apa yang berlaku pada Bank Negara Malaysia. 😁

Biarkanlah mereka hilang dari politik Malaysia. Mereka bukannya pemimpin pembangkang yang konsisten dalam perjuangan tapi kemaruk ingin berada di atas takhta.

#BNforSabahan

Polis Siasat Muhyiddin, Shafie dan Ahmad Husni – Polis Jangan Pilih Bulu 

Pihak Polis akan membuka siasatan ke atas tiga bekas pemimpin UMNO yang lantang mencari kebenaran demi rakyat dan negara.

Setelah dua NGO iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung apa yang mereka tohmah sebagai telah membocorkan rahsia negara.

Rahsia negara yang dimaksudkan ialah bila tiga bekas pemimpin UMNO terdiri dari Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Ahmad Husni Hanadzlah, mantan Menteri Kewangan kedua berhujah di sidang Parlimen dengan membuat persoalan yang lebih lanjut perihal penubuhan dan perjalanan 1MDB yang dipercayai telah menyebabkan kerugian kepada rakyat Malaysia, sehingga menanggung hutang yang bilion tapi sampai saat ini 1MDB tidak berjaya menjana pendapatan malah dikhuatiri akan terus menambah hutang.

Kita sedia maklum, sudah menjadi tugas pihak Polis akan membuat siasatan berdasarkan laporan yang dibuat. Ini admin puji, tapi pastikan tidak pilih bulu. Supaya kredibiliti agensi keselamatan senantiasa berada di tahap yang paling tinggi.

Seperti contoh, pada 01hb Oktober 2015 admin dan beberapa individu dari Semenanjung telah membuat laporan polis secara berasingan terhadap PM Najib Razak sebab kami mengesyaki beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melalui 1MDB. Tapi sehingga saat ini, tidak ada pula berita yang pihak polis ada memanggil PM Najib Razak untuk disoal siasat. Tapi kalau kegagalan ini kerana tidak mendapat kebenaran dari Peguam Negara, itu kita akur. Biar rakyat yang menilai.

Berbanding laporan Polis yang dibuat oleh dua NGO di atas. Sedangkan kebanyakan perkara yang didedahkan oleh tiga bekas pemimpin UMNO itu sebenarnya telah lama dicanang oleh pihak luar atau WSJ dan Sarawak Report serta mantan Peguam Negara, Gani Patail tapi tidak ada tindakan yang dikenakan. Janji dari pihak 1MDB akan mengambil tindakan undang-undang pada hari Selasa, tapi sehingga hari ini tidak berlaku.

Apa beza NGO dengan masyarakat atau siapa NGO tanpa masyarakat. Entah entah itu NGO cari makan?

Perlu diingat, pemimpin adalah public figure bukan seperti admin masyarakat biasa yang tidak wajar disiasat kalau artikel itu berhubung salah laku pemimpin yang kami berikan mandat. Tapi sebaliknya kalau kami yang membuat laporan polis terhadap pemimpin atau public figure.

Tahukah anda di Amerika, Donald Trump mendakwa bahawa Hillary Clinton telah menggunakan email peribadi untuk berurusan rasmi berdasarkan laporan FBI. Tapi tidak pula Hillary Clinton membuat laporan Polis, malah sebaliknya mencabar agar Donald Trump mendedahkan apa yang terkandung di dalam email berkenaan. 😉

#politikbolos