Slogan “Sabah Untuk Malaysia” PPBM Sabah

Ini baru betul dan inilah yang admin cuba gambarkan selama ini bahawa memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 hanyalah retorik politik yang berniat politik semata-mata.

Hal ini telah banyak admin tulis, menyangkut kenyataan politik parti pembangkang pada masa itu yang sinonim dengan perjanjian Malaysia 1963.

Saya sebutkan contohnya, parti Warisan dan Sabah Ubah atau Sabah for Sabahan dan banyak lagi slogan yang bertujuan untuk membangkitkan semangat kekitaan dikalangan rakyat Sabah. Lalu mereka agendakan tuntutan royalti minyak sehingga 80% dan sebagainya.

Walhal pada hakikatnya kalau perjanjian Malaysia 1963 dilihat sebagai satu entiti iaitu negara didalam negara Malaysia maka bolehlah admin katakan ia adalah hal yang mustahil untuk terrealisasi. Selagi mana perjanjian Malaysia tidak dituntut secara tuntas iaitu menjalankan memorendom pada semua lapisan masyarakat Sabah, selepas itu dimajukan ke pihak luar atau peringkat antarabangsa agar keberadaan Sabah dalam Malaysia dapat dikaji semula.

Tapi kena beranilah menerima risiko iaitu tuntutan dari kerajaan Filipina ke atas Sabah. Beranikah berhadapan dengan Filipina tanpa campur tangan Federal?

Selain ancaman dari pihak luar. Adakah majoriti masyarakat Sabah bersetuju dengan memorendum ataupun pungutan suara yang akan dijalankan nanti?

Pokoknya selagi pungutan suara tidak dijalankan dan tuntutan secara total dibuat melalui proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Maka sekali lagi agenda perjanjian Malaysia 1963 hanyalah retorik politik. Penuntut yang berlagak radikal wahal sebenarnya memperbodoh.

Oleh kerana itulah admin amat bersetuju dan menyokong 100% pendapat Ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berhubung retorika Sabah for Sabahan yang sebenarnya tidak lagi rasional untuk diperjuangkan.


Menurut Datuk Hajiji sudah tiba masanya rakyat Sabah mengugurkan slogan Sabah untuk rakyat Sabah dan menggantikannya dengan slogan yang lebih sesuai iaitu Sabah untuk Malaysia kerana konsep ini lebih memerlukan buah fikiran yang lebih luas lagi berpandangan jauh berbanding slogan Sabah untuk Sabah yang bersifat internal tidak membangun dan syok sendiri.

Jesteru slogan Sabah untuk rakyat Sabah yang dilaungkan oleh pihak tertentu hanyalah retorika politik untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong mereka. Sedangkan pada hakikatnya matlamat sebenar rakyat Sabah dalam politik ialah agar kebajikan dan kepentingan mereka dapat dijaga.

Datuk Hajiji juga berpendapat dalam masa yang sama Bersatu Sabah punya pendirian serta menyokong penuh sebarang usaha mempertahankan hak-hak dan kepentingan rakyat Sabah yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963. Jesteru itu kemasukan Bersatu ke Sabah adalah tindakan yang wajar dan bukan sahaja atas permintaan rakyat tetapi juga dalam konteks memacu pembangunan negeri ini memandangkan Bersatu adalah parti nasional.

Tahniah Bersatu Sabah.

Kenapa Sabah dan Sarawak Tidak Layak Menerima Subsidi Minyak B40?

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata pemilik kenderaan di Malaysia Timur tidak terima program subsidi petrol untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) kerana penggunaan lebih rendah berbanding Malaysia Barat.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Menteri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata harga petrol RON95 di dua negeri itu dikawal dan dihadkan pada RM2.08 seliter, iaitu kadar yang disubsidikan.

Semalam, Saifuddin mengumumkan program subsidi petrol untuk B40 bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Subsidi itu yang akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan dihadkan kepada RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Ia akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

Sabah Sarawak Tiada Subsidi Minyak


Subsidi minyak ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang kian meningkat katanya. Okeylah tu, ini baru namanya negara yang berkebajikan.

Tapi kenapa Sabah dan Sarawak terkecuali ya? Oh kerana penggunaan atau pembelian minyak petrol yang rendah menyebabkan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Apa pun alasannya hal ini harus dijelaskan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak.

Kerana sudah tentu pasti masyarakat akan bertanya bagaimana kajian oleh kementerian berkenaan dijalankan, siapa yang menjadi narasumber mereka dan apa mekanismenya. Ini juga perlu diketahui, kalau perlu untuk diperdebatkan.

Pernah kah ada kajian terperinci. Kenapa penggunaan minyak petrol di Sabah rendah dan adakah penggunaan yang rendah itu akan berkekalan? Justeru kalau dalam tempoh tertentu penggunaan bertambah bila pula subsidi itu akan dibayar?

Harus ada penjelasan yang agak detail supaya tidak mengundang rasa kecewa terhadap pemerintah.

Jangan sampai perasaan tidak puas hati itu bersarang terlalu lama. Nah susah tu untuk diubati.

Dan yang paling remeh jangan sampai laskar UMNO mengambil kesempatan dari miscommunication ini. 😂

Darell Leiking Mencuri Kredit Kongres Maruah Melayu Tapi Gagal

Admin tidak dapat merasa atau membaca keikhlasan Darell Leiking rentetan kritikannya terhadap ucapan ketua penganjur kongres Maruah Melayu, Zainal kling.

Klik links dibawah :-

Darell Salah Menyalahkan Bukan Melayu

Tiba-tiba pula Darell memunculkan atau membabitkan nama Sabah dan perjanjian 1963.

Zainal Kling dalam ucapannya menyentuh kontrak sosial yang tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak terutamanya Non Melayu atau Non Bumi justeru itu kewarganegaraan mereka boleh digantung.

Sudah tentulah yang dimaksudkan oleh Zainal Kling itu ialah Non Melayu atau Non Bumi yang tidak menghormati keberadaan mereka. So apa yang salah disana dan yang paling penting kenapa pula kenyataan itu dikaitkan dengan Sabah atau perjanjian 1963.

Kalau Non Melayu/Bumi tidak melakukan kesalahan hingga membolehkan status kewarganegaraan mereka digantung so apa yang perlu ditakutkan. Hukuman seperti ini tidak hanya laku pada dua Non itu tapi juga kepada Melayu atau Bumiputera sekiranya mereka melanggar perlembagaan. Paling tidak mereka akan dikenakan hukuman buang daerah.

Pokoknya perlembagaan atau undang-undang jenayah yang ada di Malaysia ini tidak membezakan kaum atau status, kalau kau salah kau akan dipertanggungjawabkan, perlembagaan 153 hanyalah panduan bermasyarakat. Jadi sepatutnya Darell melihat ucapan Zainal Kling itu dari konteks ini bukannya melalut.

Darell Leiking menghiaskan lagi kritikannya dengan berkata isu perwarisan kontak sosial tidak lagi boleh ditimbulkan kerana melalui perjanjian Malaysia 1963. Malaysia bukan sahaja tanah orang Melayu tetapi juga tanah orang Cina, India, Kadazan dan sebagainya. Apa yang dia cakap ni. Habis itu apa jadi dengan perlembagaan 153 adakah dengan ini Bumiputera Sabah tidak lagi memiliki keistimewaan? 😂

Point yang admin mahu ketengahkan disini ialah kenapa Darell mengaitkan ucapan Zainal Kling itu dengan rakyat Sabah atau perjanjian 1963. Apa konteksnya?

Nampak benarlah Darell Leiking cuba mencuri kredit dari Kongres itu. Mungkin dia mulai merasakan sikap dingin masyarakat Sabah terhadap politiknya sebab itulah dia mulai membaca satu satu kenyataan luar dari konteks yang dimaksudkan. Biar kelihatan melawan dan rakyat akan memberikan perhatian.

Ini Barulah Membela Bangsa- Kongres Maruah Melayu

Ini baru namanya gerakan membela nasib bangsa yang bila ditransformasikan menjadi Kongres Maruah Melayu. Ini cantik.

Kongres ini berlangsung pagi tadi di Shah Alam dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Bukan sahaja cantik tapi menyebarkan bau yang semerbak.

Kita nampak disana ada kesungguhan serta keikhlasan dari pemimpin pemimpin UMNO dan PAS yang hadir di kongres ini dan sudah tentulah para pimpinan Bersatu yang hadir dari seluruh negara.

Kesungguhan dan keikhlasan yang nekad menjaga maruah Melayu dan yang paling penting membela nasib mereka.

Bukannya omong kosong sepertinya Penyatuan Nasional yang digerakkan oleh UMNO baru-baru ini.

Kenapa admin katakan omong kosong sebab untuk menyatukan Melayu, menjaga maruah Melayu sekaligus membela nasib Melayu. Tidak ada cara lain selain menuntut kuasa daripada politik. Kalau kuasa tidak ada maka perjuangan itu hanyalah retorik, perjuangan yang baru berputik dan belum tentu diterima oleh rakyat apa lagi seperti UMNO yang baru saja dijatuhkan oleh rakyat.

Tanpa kuasa, Melayu ini akan terpinggir.

UMNO yang diharapkan sejak berdekad yang lalu ternyata gagal. Hanya berjaya mengayakan sekelompok masyarakat itupun terdiri daripada kroni, adapun masyarakat luar masih dibungkus dengan kemiskinan.

UMNO yang diharapkan bukan hanya gagal tapi terpalit dengan skandal penyelewengan dana rakyat dan sedang dalam perbicaraan di Mahkamah – 1mdb. Lalu PAS berazam untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO?

Sanggup kah PAS menerima cacian dari pengundi atas pagar, seperti mana UMNO
Akhirnya dikuburkan di pilihanraya yang akan datang?

Pada ahli UMNO dan PAS serta penyokong kedua parti. Lihatlah gambar ini, bukan kah mereka kelihatan cerdik jesteru berada diatas landasan yang benar.

Ingat Melayu tanpa kuasa bukan siapa-siapa. Oleh itu jangan lagi berharap pada UMNO. UMNO sudah berada di penghujung jalan tidak ada lagi istilah peluang kali kedua untuk berkuasa kerana tanpa undi atau kerusi dari Sabah dan Sarawak sukar untuk mana mana parti menjadi pemerintah dan nampaknya itu yang dihadapi oleh UMNO, sedang dan terus berlaku.

Sedikit kesimpulan yang admin kutip dari penganalisis politik Universiti Malaya Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid.

Amanat Dr Mahathir dalam ucapannya merujuk kepada orang Melayu yang harus berubah dan memiliki sikap yang lebih baik iaitu sikap ingin maju dalam pelbagai bidang. Disana ada sikap rajin berani dan bertanggungjawab.

Tapi dalam masa yang sama Dr Mahathir menegaskan agar orang Melayu sentiasa menjaga maruah.

Ditegaskan juga orang Melayu sendiri yang menggadai kuasa hingga akhirnya maruah dipijak dan dipandang hina oleh bangsa lain. Oleh itu Melayu sebagai bangsa yang majoriti di Malaysia sepatutnya bersatu tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya berpecah kepada kumpulan kecil hingga tidak mampu merai separuh daripada sokongan rakyat.

UMNO Gesa Tun M Bertindak Tegas Keatas Dr Zakir Naik

Pemimpin utama UMNO turut bersikap skeptikal terhadap pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik dan ia bertentangan dengan apa yang cuba dilakukan oleh jentera UMNO keatas kerajaan PH melalui tuduhan yang tidak berasas.

Bermula, bila ada pihak yang menafsirkan sekaligus mengangkat ucapan Doktor Zakir Naik luar dari konteks yang dimaksudkan. Sehingga menjadi modal pembangkang dan mendatangkan kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Yang akhirnya memaksa pihak polis untuk campurtangan dan bertindak menyiasat Dr Zakir Naik.

Hasilnya pihak polis telah mengeluarkan arahan melarang Dr Zakir Naik berceramah di seluruh negara. Walau bagaimanapun larangan itu hanyalah bersifat sementara, sementara pihak Polis meneruskan siasatan.

Kenyataan sebelum ini dari satu dua pemimpin Melayu PH yang tidak pro Dr Zakir Naik tapi terbuka dan arahan pihak Polis terhadap Dr Zakir Naik telah dimanipulasi oleh pemimpin kecil dan jentera UMNO.

Konon itulah buktinya kerajaan PH hari ini berada dibawah telunjuk pihak yang anti Islam atau Komunis. (lebih kurang begitulah) Punyalah terdesak!

Pokoknya rentetan dari isu ini jentera UMNO giat menggambarkan yang kerajaan PH kononnya menolak kehadiran tokoh yang tekun menyebarkan agama Islam dan sebaliknya menggambarkan UMNO sebagai parti yang Islamik kerana itulah mereka menyokong penuh Dr Zakir Naik tanpa kompromi.

Tapi apa yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi mereka adalah bertentangan dengan propaganda jahat yang cuba disemai oleh jentera UMNO.

Seperti mana kenyataan Timbalan Presiden UMNO dibawah, cuba berpolitik playsafe tapi hakikatnya skeptikal terhadap ketokohan Dr Zakir Naik. Rujuk link 🔗 Ini Zakir Naik – Tun M Perlu Bertindak

Menggesa agar kerajaan bertindak tegas ke atas Dr Zakir Naik dan mengingatkan agar beliau mengenang kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kasar tu! 😊


Jika benar apa yang diucapkan oleh Zakir Naik di Kota Bharu itu, bersifat menghasut dan boleh mengancam kehidupan rukun damai masyarakat Malaysia, maka beliau harus bertanggungjawab dan menghadapi proses undang-undang.

“Kebebasan bersuara adalah hak yang dijamin dalam Perlembagaan. Tetapi ia bukan mutlak. Tiada siapa jua, walau seorang ulama besar mahupun negarawan, mempunyai kebebasan untuk memperlekehkan status, kedudukan dan kewarganegaraan kaum tertentu di Malaysia.

“Kepada Zakir Naik, anda telah dilayan dengan terhormat di negara ini. Dan anda seorang pendakwah yang terkemuka.

Maka adalah tanggungjawab anda untuk berlaku bijaksana dan menujukkan teladan bahawa Islam itu adalah kebaikan untuk semua.
“Jika anda tidak berupaya melakukan itu, maka anda tidak boleh menyalahkan Kerajaan Malaysia jika ia bertindak keatas saudara,” katanya.
Namun tindakan mengusir Zakir katanya, haruslah dipertimbangkan sebaik-baiknya.


So apa khabar jentera pembangkang. Kenapa propaganda yang kamu sebarkan bertentangan dengan kehendak pemimpin tertinggi UMNO ni?

Adakah kerana niat kamu yang tidak betul atau pemimpin UMNO yang tidak cerdik, enggan mengikut rentak kamu walaupun semberono 🙃

Malaysia & Dua Negara Islam Bina Balik Tamadun Islam

KUALA LUMPUR – Malaysia, Turki dan Pakistan akan bekerjasama mencari jalan mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam sidang media bersama di Ankara senada dalam usaha ini.

“Hari ini kita tidak boleh menganggap bahawa kita (Islam) merupakan tamadun yang terbaik. Kita sebenarnya ditindas dan kebanyakan daripada kita masih mundur sehingga tidak mampu menubuhkan kerajaan sendiri. Kita perlu mengenal pasti punca kejatuhan tamadun Islam,” kata Dr Mahathir dalam sidang media di Ankara hari ini.

Beliau juga berkata, punca kepada kelemahan itu perlulah dikenal pasti segera untuk membuat penyelesaian kepada permasalahan itu.
“Jika kita tahu puncanya, mungkin kita mampu membentuk dan mengamalkan tamadun yang pernah dikagumi oleh seluruh dunia,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu Dr Mahathir juga percaya kerjasama di antara Malaysia dan Turki mampu mengurangkan sikap prejudis terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

Manakala Erdogan pula berkata, amat perlu bagi tiga negara terbabit mencapai sesuatu persetujuan dengan fokus kepada perpaduan ummah.

Terdahulu, dua tokoh pemimpin negara Islam berkenaan mengadakan pertemuan empat mata, diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki di Kompleks Presiden di Ankara.

Pada Mei lalu, Menteri Luar Malaysia, Turki dan Pakistan mengadakan mesyuarat tiga pihak di Jeddah, antara lain turut berusaha mereformasi OIC untuk menjadikannya lebih efektif.

Sumber AlhijrahOnline