Si Junz Wong cuba menutup kegagalan kerajaan Warisan mengenai pinjaman RM300 juta wang rakyat Sabah kepada Syarikat Air Asia dengan mencipta justifikasi yang skema.
Pinjaman itu dianggap salah atau gagal oleh rakyat Sabah kerana tidak ada keperluannya bagi kerajaan negeri Sabah untuk meminjamkan wang sebanyak itu kepada syarikat billioner sedangkan dalam masa yang sama, masih banyak peniaga atau syarikat milik anak anak tempatan Sabah yang terjejas akibat pendemik Covid-19.
Menangis saja tidak geng. Nasib baiklah kerajaan negeri cepat bertukar tangan. Alhamdulillah!
Meminjamkan wang sebanyak itu kepada pihak atau syarikat luar amat bertentangan dengan slogan yang diperjuangkan oleh Parti Warisan sebelum ini iaitu Sabah for Sabahan. Maksudnya apapun kekayaan yang dimiliki oleh negeri ini akan diagih-agihkan kepada orang orang Sabah. Tapi ternyata retorik dan habuk saja yang lebih sebaliknya Tony Fernandes pula yang diberikan peluang keemasan. Alahai!
Syarikat AirAsia itu bukannya milik orang Sabah pun. Bagi pinjam dalam jumlah 30 juta atau 20 juta itu okeylah, janganlah sampai mencecah ratusan juta, ini tidak betul. Semacam ada udang di sebalik mee goreng.
Justeru itu si Junz Wong cuba menjustifikasikan kegagalan mereka bahawa pinjaman itu amat perlu supaya hasil tanaman yang dihasilkan di Sabah dapat dieksport ke luar negara melalui penerbangan kargo yang dibuat oleh syarikat AirAsia dan banyak lagilah justifikasi skema yang dia cuba tegakkan.
Sama seperti bantuan Covid 19 Sabah era kerajaan Warisan yang gagal diserahkan kepada rakyat akibat kelemahan atau berlakunya salah guna kuasa yang dilakukan oleh mereka. Juga cuba dijustifikasikan dengan pelbagai alasan yang sebenarnya hanya berjaya menunjukkan kelemahan sebenar pentadbir kerajaan negeri pada waktu itu. Akibatnya Warisan tumbang di pilihan raya negeri baru baru ini. Untuk nota pada pilihan raya umum yang lepas juga Warisan menerima nasib yang sama, kalah tersungkur kepada parti pemerintah pada waktu itu.
Logiknya untuk menyediakan perkhidmatan kargo itu adalah sebahagian daripada perniagaan syarikat AirAsia. Kenapa pula kerajaan negeri Warisan yang sibuk hingga sanggup memberikan pinjaman sebanyak itu
Kan lebih baik andai RM300 juta itu digunakan untuk membantu petani dan peniaga di negeri ini supaya lebih produktif dan dalam masa yang sama dana itu digunakan untuk menyediakan prasarana yang lengkap di peringkat daerah dan negeri sebelum berhajat untuk mengimport nya ke luar negara.
Bagi keselesaan dan keselamatan pada petani, nelayan dan peniagalah maksud admin ni sebelum berhasrat untuk bersaing diperingkat global.
Selama ini beratus ribu juta tan minyak kelapa sawit yang dihasilkan oleh ladang ladang sawit di negeri Sabah. Tapi tidak pun kerajaan negeri terlibat secara langsung dengan syarikat luar hingga sanggup meminjamkan beratus juta wang rakyat Sabah supaya mana mana syarikat luar dapat memberikan perkhidmatan mereka.
Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor ada mengarahkan satu firma Auditing agar menyiasat pinjaman yang diluluskan oleh kerajaan negeri Warisan melalui Sabah Development Sdn Bhd (SDB) kepada syarikat AirAsia sebanyak RM300 juta.
Banyaklah mangkuk Warisan pada ketika itu suka-suka mereka jak menggunakan wang rakyat Sabah.
https://jalinluin.com/2020/10/28/ketua-menteri-hajiji-arah-sdb-disiasat/