Isteri Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Exco Pergerakan Wanita Pusat PBSTUARAN: Isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag menerima kunjungan hormat daripada Pergerakan Wanita Pusat, Parti Bersatu Sabah (PBS) di kediamannya di Serusup, di sini, hari ini:Kunjungan hormat itu diketuai Ketua Pergerakan Wanita Pusat PBS, Datin Malianah Ugau, bersama enam ahli... Continue Reading →
Pelan Pembangunan Lima Tahun Sabah, Realistik dan Strategik
Pelan pembangunan strategik lima tahun Kerajaan Negeri merupakan satu pelan realistik dan menyeluruh bagi merancakkan ekonomi serta meningkatkan kebajikan rakyat.Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata demikian semasa mendapat taklimat pelan pembangunan strategik Sabah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) di PPNS di sini hari ini.Menurut beliau pelan pembangunan bertemakan Sabah Maju... Continue Reading →
Liputan 4G Diperluas dan Kelajuan Yang Ada Ditingkatkan
Kerajaan Negeri akan memastikan projek pembangunan di bawah Jaringan Digital Nasional (Jendela), satu usaha untuk memperluas liputan 4G dan meningkatkan kelajuan internet di Sabah, dapat dilaksanakan dengan lancar.Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata ia kerana pada masa ini, liputan telekomunikasi digital di Sabah masih ketinggalan, dengan banyak tempat masih dalam keadaan... Continue Reading →
18hb Disember 2020 Sabah Bentang Bajet 2021
Kerajaan negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Hajiji Noor akan membentangkan belanjawan Sabah untuk tahun 2021 pada 18 Disember tahun ini. Ucapan pembentangan akan bermula pada jam 3 petang dan selepas itu disusuli mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 yang bermula pada 21 hingga 23 Disember... Continue Reading →
Ucapan Mencadang Usul Menyokong Ucapan Dasar Presiden – Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU (YAB. Datuk Seri Hajiji Noor)
Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum Wrt. Wbt, Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan. Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap, Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Muhyiddin Mohd Yassin, Presiden BERSATU, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden BERSATU, Yang Berhormat Naib-Naib Presiden, Ketua Srikandi dan Armada BERSATU, Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Agung, Yang... Continue Reading →
Sabah Ucap Tahniah Bajet 2021 Lulus
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan atas kelulusan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion di Dewan Rakyat hari ini.Dalam Belanjawan 2021 itu antara lain yang diluluskan ialah sejumlah RM50 juta tambahan diperuntukkan kepada Sabah pada bulan Disember ini untuk memerangi pandemik Covid-19.Sabah turut mendapat peruntukan daripada peruntukan kerajaan Persekutuan bernilai RM3... Continue Reading →
Perlantikan PPM Dan Amaran Jika Gagal Memikul Tanggungjawab
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kerajaan Negeri diingatkan untuk melaksanakan tugas mereka dengan komitmen dan integriti untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing. "Sekiranya terdapat PPM yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka, maka saya sebagai Ketua Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Datuk Seri Hajiji Mohd Noor. Bercakap... Continue Reading →
Jawapan Ketua Menteri Hajiji Sidang DUN Sabah (1) Bantuan Covid 19
JAWAPAN LISANOLEH YAB. DATUK SERI PANGLIMA KETUA MENTERIDI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAHMESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMADEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH YANG KE-16ISNIN, 16 NOVEMBER 2020 SOALAN 1 YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura] bertanya kepada KETUA MENTERI, berapakah jumlah peruntukan dana yang telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk disalurkan kepada penduduk... Continue Reading →
Fitnah Terhadap Ketua Menteri Hajiji Pasal Bantuan Makanan
KOTA KINABALU: Satu catatan di media sosial yang mendakwa penyerahan bantuan bakul makanan Covid-19 ditangguhkan kerana kecekapan penjawat awam adalah berita palsu.Pejabat Ketua Menteri menyatakan bahawa catatan itu disiarkan di semua platform media sosial dan disertakan dengan gambar Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor adalah cubaan jahat untuk melemahkan dan memburukkan Kerajaan Negeri Gabungan... Continue Reading →
Zillion Ventures Sumbang Beras Pelitup Muka & Hand Sanitizer – BERSATU Sabah
123 KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan 10,000 kampit beras (5kg per kampit), 1000 kotak pelitup muka (face mask), 1000 botol hand sanitizer (500 ml) sumbangan Zillion Ventures Sdn.Bhd kepada Bersatu Sabah di pejabat parti itu di Alamesra.Sumbangan... Continue Reading →