BN Mendukung Politik Kebebasan Bersuara

Peruntukan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan memberi hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun kebebasan tersebut tidaklah β€˜mutlak’. Namun Parlimen juga mempunyai hak untuk menetapkan had kebebasan bersuara berdasarkan keperluan dan kepentingan negara seperti keselamatan negara dan orang awam, mengawal penyebaran fitnah, melarang persoalan mengenai kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu, dan kedudukan dan hak stimewa Melayu dan Bumiputera.

Undang-undang ini bukanlah baharu, tetapi wujud sejak begitu lama dan bukan semasa zaman Perdana Menteri sekarang. Akan tetapi kerajaan sekarang pula yang dikatakan tidak bebas dan menyekat kebebasan bersuara.

Dahulu, kerajaan menjustifikasikan had kebebasan ini perlu untuk mengawal perpaduan rakyat disebabkan kemajmukan masyarakatnya, bagi menjamin kestabilan negara, dan bagi menghalang penyiaran laporan-laporan yang boleh memberi imej buruk tentang negara. Tetapi sekarang ini, jika kerajaan mengenakan kawalan, mereka yang dahulunya menjustifikasikan sekatan dengan sebab di atas berhujah pula kerajaan menyekat kebebasan bersuara. Inilah yang tidak betulnya apabila kita mempolitikkan semua perkara untuk tujuan politik.
Bagaimana boleh kita katakan kerajaan sekarang menyekat kebebasan bersuara jika pembangkang masih bebas menulis blog mengkritik kerajaan, menerbitkan portal berita yang anti-kerajaan, dan membenarkan akhbar pembangkang dan media sosial terus beroperasi?

Kerajaan tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat jika ia hanya sekadar hal-hal mengkritik kerajaan atau berbeza pendapat tetapi yang dipantau ialah berita-berita fitnah, berita perkauman, berita yang menjejaskan keselamatan negara, dan berita yang melanggar undang-undang negara. Ada perbezaan di antara kebebasan suara dan menghormati undang-undang negara. Begitulah sikap kerajaan tentang kebebasan bersuara sekarang.

https://sskeruak.blogspot.my/

Jangan Menangis Dulu Bangsaku – Tan Sri Dzulkifli Ahmad (Puisi)

Jangan menangis dulu bangsaku – Tan Sri Dzulkifli Ahmad

Sesuai didengar renungkan oleh pemimpin pemimpin pembangkang yang telah disiasat oleh SPRM. Juga sesuai untuk penyokong penyokong mereka. 😎

Puisi ini juga merupakan satu amaran kepada penjahat penjahat yang cuba menjatuhkan kredibiliti Ketua SPRM Malaysia.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini hingga sanggup menyebarkan beberapa keping gambar dan rakaman video yang mereka kaitkan dengan Ketua SPRM Malaysia.

Ingat, walaupun puisi ini cukup mengasyikkan tapi didalamnya penuh dengan peringatan.


Jangan menangis dulu bangsaku aku tak pernah berhenti menjelajah. Menjelajah ke Lorong Hitam korupsi, korupsi sang perampok wang negara, negara tercinta yang hampir tergadai………………………….

Telah ku satukan semangat Hang Jebat telah aku adunkan semangat Datuk Maharajalela telah aku banci amanah Tok Janggut dan Rosli Dhobi………………………………

#BNforSabahan

Aktivis C4 Berniat Jahat Pada Pemerintah

Teruk pula kenyataan dari Aktivis C4, Cynthia Gabriel. Dia menyalahkan kerajaan sebagai punca kejahilan generasi muda, khasnya pelajar universiti terhadap rasuah.

Kenyataan yang “bias” bertujuan untuk merosakkan reputasi BN di mata pelajar dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Dia tidak tahu selepas pergolakan politik kini parti parti pembangkang dihuni oleh ramai kaki rasuah dan tidak mustahil pelajar berkenaan adalah penyokong dan kerabat pembangkang. Siapa tahu?

Tugas pembangkang bukan hanya membuat kajian dan bercakap tidak henti soal politik. Tapi lebih daripada itu juga bertanggungjawab keatas kemajuan negara dan masyarakat. Jangan kesemuanya dipertanggungjawabkan kepada parti pemerintah. Terutamanya dari konteks kegiatan jenayah di Parlimen atau DUN yang di wakili.

Bagaimana dengan kadar jenayah di negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor yang agak tinggi, apa tindakan kerajan negeri, apa langkah yang mereka telah ambil. Begitu juga dengan parti parti pembangkang yang ada di Sabah ni, apa tanggungjawab mereka sebagai parti politik, hanya tahu menyalahkan BN dan berusaha membawa Sabah keluar dari Malaysia. Sedang kebobrokan yang ada di depan mata seperti kegiatan jenayah yang semakin menghimpit masyarakat dibiarkan?

Kebenarannya bila pembangkang menganggap BN jahat maka mustahil BN tidak pernah membuat kebaikan malah banyak kebaikan yang telah pun dilaksanakan, jadi pada masyarakat jangan mudah dikelirukan. Begitu juga dengan pembangkang yang dianggap baik oleh penyokong mereka, mustahil kesemuanya baik. Malah ada dikalangan pemimpin dan penyokong pembangkang yang terlibat dengan rasuah dan ramai yang hampir tidak pernah melakukan kebaikan walaupun mereka sudah dan belum menjadi kerajaan.

Pokoknya BN masih relevan untuk rakyat Malaysia. Adapun kegiatan rasuah dan jenayah akan dibanteras habis habisan. BN tidak duduk diam seperti mana pembangkang, kerjanya tidak ada lain hanya mengambil kredit dari kerja orang lain. 😁

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Kerajaan

Warga Imigresen Rasuah Bukan Salah BN

SPRM menahan 10 pegawai imigresen Sarawak kerana disyaki terlibat rasuah, melindungi pendatang asing tanpa izin.

Bila berlaku kejadian seperti ini, mudah saja pihak yang tidak bertanggungjawab membuat tuduhan yang tidak berasas, kononnya ini semua kerja parti yang telah diberikan mandat yakni BN. 

Sedangkan kekantoian ini adalah atas kehendak kakitangan Imigresen itu sendiri dan belum tentu mereka mengundi BN.

Tidak admin nafikan sebelum ini, admin suka bersikap skeptic terhadap kerajaan. Nasib baiklah admin ni jenis yang percaya atau yakin pada sistem atau perlembagaan. Bermaksud kalau agensi yang bertanggungjawab telah membuat siasatan ke atas satu satu kes, maka keputusan daripada siasatan itu admin terima dengan berlapang dada. Jadi kenapa tidak anda?

Jadi kesimpulannya selepas ini, apa pun yang berlaku dimana mana agensi kerajaan yang wajar diberikan pengajaran ialah kakitangan itu sendiri dan bukan parti yang memerintah negara.

Berpolitik biarlah realistik, jangan memperbodoh diri sendiri, jangan membenci tanpa sebab yang munasabah.

#jalinanpolitik

Culik Terbaru Di Daerah Kinabatangan, Sandakan

Kejadian culik di daerah Kinabatangan/Sandakan yang melibatkan dua orang kru kapal tunda. Kejadian berlaku disiang hari.

Sebelum ini, kalau ada kejadian culik admin akan menggesa terutamanya pada pihak yang dipertanggungjawabkan supaya bertanggungjawab dalam erti kata yang sebenarnya. Sekaligus merayu pada masyarakat agar bangkit membuat persoalan.

Tapi tidak mendapat perhatian semua berlagak bisu, selagi tidak mengena batang hidung sendiri.

Jadi pada kali ini, kamu orang raikan lah ketololan ini sampai pada satu hari akan melibatkan ahli keluarga kita orang ya. Kamu pertahanankan lah pemimpin yang dipertanggungjawabkan walaupun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Orang Sabah kan, suka berlagak baik dalam kebutaan dan ketamakan πŸ˜‰

Seperti mana keterangan dibawah :-

Assalamualaikum YDH Datuk KJSJ Sabah

Dimakluman satu kes menarik Perhatian iaitu kes culik bagi Daerah Kinabatangan Sabah. Kes di klafikasikan di bawah Sek. 365 KK ( Atas nasihat Pemangku PT D5 IPK Sabah)

1) Laporan Polis :
1.1 – Kota Kinabatangan/2477/2016
Tarikh : 05/11/2016
Masa : 2024 Hrs
1.2 – Kota Kinabatangan/2478/2016
Tarikh : 05/11/2016
Masa : 2041 Hrs

2) Pengadu :
2.1. Kota Kinabatangan/2477/2016
Firman Bin Sawli, No. Passport : A8908484 (L), 35 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak Kapal SSK/00520/4/F.

2.2. Kota Kinabatangan/2478/2016
Rama Sahrul, No. Passport : B3341581 (L), 19 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak kapal SN/1154/4/F

3) Mangsa

3.1. La Utu Bin La Raali, No. Passport : AS 513489 (L), 52 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak Kapal SSK/00520/4/F.
3.2. La Hadi La Edi, No. Passport: AR 413253 (L), 46 Tahun, bangsa Buton Indonesia, Kerja Anak Kapal SN/1154/4/F.

4) Saspek :
– Kesemua penculik berjumlah 05 orang di percayai lelaki
– 01 orang bertopeng
– 03 orang berceloreng hijau / 02 orang berpakaian biasa
– 03 orang bersenjata di percayai jenis M16, M16 A1, Garrant
– Jenis bot laju warna putih / enjin 125 HP jenama Johnson

4) Lokasi Kejadian :

Perairan Pegasus Reef, Lat : 05’42.857N – Long : 118’51.106E ( Perairan Kinabatangan Sabah)
5) Pegawai Penyiasat :
Insp Rozami Bin Hj. Ahmad
(019-8808537)

6) Ringkasan Kes

Pada 05.11.2016 jam lebih kurang 0700hrs, bertempat di Perairan Pegasus Reef di kedudukan, Lat : 05’42.857N – Long : 118’51.106E, sebanyak 06 bot nelayan berada di sekitar kawasan tersebut sedang menunda pukat di kawasan sekitar. Jarak di antara bot-bot nelayan lebih kurang 3 Batu Nautika. Pada jam lebih kurang 1100hrs, bot nelayan No. SSK/00520/4/F yang dinaiki oleh 03 nelayan bernama La Utu Bin La Raali, Rusli Bin Lamoundu dan Firman Bin Sawli telah didatangi sebuah bot laju berwarna putih jenis fiber yang menggunakan enjin 125 Hp jenis Johnson. Seramai 05 dipercayai lelaki bertopeng menaiki bot tersebut dan telah menghampiri bot nelayan No. SSK/00520/4/F. 04 daripada lelaki tersebut telah menaiki bot nelayan no. SSK/00520/4/F dimana 03 orang memakai pakaian lengkap berceloreng manakala seorang lagi berpakaian baju putih dan berseluar jeans warna biru. Seorang lagi hanya menunggu di dalam bot mereka berpakaian baju warna oren berseluar celoreng dan kesemua mereka tidak berkasut.

Juragan bot No. SSK/00520/4/F bernama La Utu La Raali, No. Passport : AS 513489 (L) 52 tahun, bangsa Buton kemudiannya telah diculik, selain itu beberapa barang berharga di dalam bot juga di rampas seperti 01 set radio jenama tidak ingat, 01 GPS jenama tidak ingat, 01 telefon bimbit jenama Sony model tidak ingat, 01 telefon bimbit model Winds dan wang tunai berjumlah RM1,000 milik Rusli Bin Lamoundu. Semasa kejadian tersebut berlaku, 04 buah bot nelayan yang berkedudukan jarak lebih kurang 3 batu nautika di antara satu sama lain telah melarikan diri dengan memutuskan pukat tunda mereka.

Pada jam lebih kurang 1145hrs, bot laju yang sama berwarna putih jenis fiber yang menggunakan enjin 125 Hp Johnson telah mendekati pula bot nelayan no. SN/1154/4/F yang dinaiki oleh 05 orang nelayan bernama La Hadi La Edi (45Tahun), La Mbilu Bin Lamuisa (24 Tahun), Fudi Bin Bahiru (29 Tahun), Alias Bin La Hadi –(10 Tahun) (anak kepada Juragan La Hadi La Edi), Rama Sahrul (19 Tahun). Seramai 05 dipercayai lelaki bertopeng menaiki bot tersebut telah menghampiri Bot No. SN/1154/4/F. 04 daripada lelaki tersebut telah menaiki Bot No. SN/1154/4/F dimana 03 orang memakai pakaian lengkap berceloreng manakala seorang lagi berpakaian baju putih dan berseluar jeans warna biru. Seorang lagi hanya menunggu di dalam bot mereka berpakaian baju warna oren berseluar celoreng dan kesemua mereka tidak berkasut.

Juragan bot No. SN/1154/4/F bernama La Hadi La Edi, No. Passport : AR 6363832 (L) 46 tahun, bangsa Buton kemudiannya telah diculik dan beberapa barang berharga di dalam bot seperti 01 set radio jenama Hicom, 01 GPS jenama MMEC, 01 telefon bimbit jenama Samsung G1, 01 telefon bimbit jenama Lenovo model tidak ingat, telefon bimbit jenis tidak ingat dan wang tunai berjumlah RM600 milik Fudi Bin Bahiru telah dirampas. Selepas kejadian berlaku sebuah kapal SN/4396/4/F telah memberi bantuan kepada kapal SSK/00520/4/F. Selepas kejadian 02 orang mangsa culik yang merupakan juragan bot nelayan telah di bawa oleh kumpulan penculik tersebut menuju ke perairan Filipina.

Kapal SN/4396/4/F yang dipandu oleh Juragan bernama La Dango telah menghubungi pemilik bot nelayan SSK/00520/4/F bernama Chin Git Chong yang berada di Mumiang Sandakan Sabah. Pemilik bot kemudiannya telah menghubungi Supt. Ahmad Bin Arifin Pegawai Pemerintah Merin Lahad Datu dan telah memberikan kedudukan Lat/Long tempat kejadian. Supt. Ahmad Bin Arifin kemudiannya telah menghubungi Pengkalan Merin Sandakan dan memaklumkan kejadian tersebut. Sebuah bot Merin Sandakan RH 61 yang terdiri daripada 04 anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan kedudukan kapal nelayan yang terlibat dalam kejadian penculikan.

7) Hasil Siasatan Mendapati :

03 daripada 05 orang penculik tersebut berpakaian celoreng warna tidak pasti dan dipercayai bersenjata jenis M16, Garrant,serta M16 A1. Seorang daripada 05 orang penculik tersebut berpakaian baju warna putih dan berseluar jeans biru yang merupakan juru bahasa kepada kumpulan penculik tersebut. Manakala seorang lagi merupakan juragan bot penculik,berpakaian baju wana oren dan berseluar celoreng. Bot yang di gunakan adalah jenis fiber, berwarna putih menggunakan enjin 125 HP jenis Johnson, panjang lebih kurang 5-6 meter dan lebar lebih kurang 2-3 meter.

Pasukan Polis Merin Sandakan telah mendapat pengesahan daripada ESSCOMM bahawa lokasi kejadian adalah di bawah pengawasan/rondaan APMM dan TLDM berdasarkan sektor atur gerak ESSCOM (kawasan operasi).
Sehingga kini pihak majikan atau pun keluarga belum di hubungi oleh kumpulan penculik tersebut.

8) TINDAKAN-TINDAKAN YANG TELAH DI AMBIL :

8.1- 02 bot nelayan yang terlibat telah di arahkan masuk ke Pengkalan Polis Merin Sandakan.
8.2- Rakam percakapan pengadu.
8.3- Rakam percakapan saksi.
8.4- Hubungi majikan untuk hadir membantu siasatan.
8.5- Mengumpul dokumen-dokumen yang berkaitan.
8.6- Ambil gambar bot tunda yang terlibat.

Tiada Lagi Bayaran RM1 Di Hospital Kerajaan

Adakah dengan ini bayaran satu ringgit di semua hospital hospital kerajaan akan dihapuskan yang mana bayaran penuh akan dikenakan pada pesakit mengikut kadar seperti yang dikenakan oleh hospital atau klinik swasta?

Mengikut surat ini sebanyak 10 buah hospital telah mengenakan bayaran penuh, melalui fasa satu dan dijangka pada fasa dua yang akan datang, lapan lagi hospital akan mengenakan bayaran yang sama.

Ini kerana pemerintah telah mendapati ia merupakan perlaksanaan yang mendapat sambutan dari rakyat dan boleh mendatangkan keuntungan pada kerajaan.

Apa sudah jadi kerajaan UMNO ni, sudahlah subsidi secara beransur ansur akan dihapuskan. Ditambah lagi perkhidmatan kerajaan yang tampak semakin membebankan rakyat.

Apa lagi perkara yang boleh dinikmati oleh rakyat yang tinggal di sebuah sebuah negara yang kaya raya? Sedang sebelum ini klinik 1Malaysia pun ada.

Benarlah, kini pemerintah berhadapan dengan krisis kewangan yang cukup kritikal. Sebelum ini kita tahu ada beberapa hospital yang tidak dapat memberikan perkhidmatan sebab kehabisan bekalan. 

Ingin sangat admin mendengar penjelasan dari semua Menteri berhubung perkembangan ini. Adeh 

#politikbolos