Parti DSSA Berkerjasama Dengan Bersatu? Tapi Sabahan Menjadi Keutamaan

Kerjasama politik seperti ini amat ditagih terutamanya dalam usaha menambah kekuatan demi menguburkan UMNO pada PRU yang akan datang. Kerana kita akui, UMNO punya kemampuan yang serba ada, sama ada dari segi jentera dan kewangan. Lepas itu hampir semua kawasan terutamanya di Sabah, UMNO akan ikut bertanding.

Dengan syarat gerakan atau kerjasama itu nanti haruslah pantas menyebarkan agenda dan propaganda, sejurus parti Datuk Shafie Apdal mendapat kelulusan ROS. Seperti mana saranan ketua kluster politik, majlis profesor negara, Datuk Dr Muhammad Mustapa Ishak.

Lagi menurut Datuk Dr Muhammad, kerjasama ini nanti akan mencapai kemenangan.

Sabah melakarkan banyak sejarah yang menceritakan kekuatan parti yang baru ditubuhkan. USNO parti yang sedang memerintah dan banyak melakukan kerja berkebajikan tapi kecundang pada Berjaya begitu juga Berjaya kecundang pada PBS yang baru ditubuhkan. Menunjukkan orang Sabah memang berani membuat perubahan. Nah apa lagi bila keberanian itu diperkuatkan dengan adanya kerjasama ini. Dahsyat!

Ditambah dalam keadaan sekarang, dimana UMNO atau BN banyak mencabar keyakinan rakyat hingga sanggup mengorbankan kedudukan Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rentetan skandal yang melibatkan Presiden UMNO. Selain sudah tentu bebanan akibat perlaksanaan GST.

Dan anda masyarakat Sabah jangan risau dan ragu berhubung apa yang sebelum ini di perjuangkan oleh Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatannya. Bahawa nasib masyarakat Sabah akan dibela dan tetap menjadi agenda nombor satu.

Apa yang penting pastikan parti tempatan Shafie akan mendapat kemenangan besar sekaligus dinobatkan sebagai parti pemerintah diperingkat negeri. Manakala diperingkat Federal akan dibentuk melalui kerjasama dan persetujuan oleh parti parti yang menang di seluruh negara.

Kesimpulannya diperingkat Persekutuan Parti DSSA akan berkerjasama dengan parti parti bukan kerajaan tapi dalam masa yang sama masa depan Sabahan menjadi keutamaan. Senang cerita apa pun kerjasama yang dirangka, Sabah tidak boleh dimiliki oleh parti parti dari Semenanjung tapi parti tempatan Sabah. Sama dengan negeri Sarawak.

#politikbolos #sabahubah

Kereta Api Sabah Muzium Bergerak?

Eloklah kalau kerajaan tempatan negeri Kedah terfikir untuk membina muzium bagi memperingati sistem pengangkutan Kereta Api yang telah wujud sejak zaman penjajahan Jepun. Sistem ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan masyarakat Kedah pada ketika itu.

Oleh itulah Persatuan Sejarah Cawangan Malaysia Kedah (PSMCK) mencadangkan kerajaan negeri membina muzium Kereta Api pertama di Kedah bagi memperingati sejarah sistem pengangkutan darat itu.

Tapi tidak kah kerajaan tempatan Sabah juga terfikir bagaimana untuk menaik taraf sistem Kereta Api yang telah wujud sejak lagi pemerintahan British pada sekitar tahun 1896 dan masih berfungsi sehingga sehari malah relevan untuk diteruskan. Dengan demikian bolehlah Kereta Api yang penuh sejarah itu di muziumkan?

Kenapa admin katakan relevan, sebab sistem jalan raya di negeri Sabah masih tidak sempurna. Maka wajarlah perkhidmatan Kereta Api dinaik taraf. Selain faktor pelancongan.

Di Kedah, selepas beberapa dekad dan melalui proses pembaharuan, mereka kini sibuk memelihara bahan untuk di Muziumkan.

Di Sabah Kereta Api yang sepatutnya di muziumkan kerana keusangannya masih berkhidmat kepada masyarakat.

Jangan pula kata ini style baru yakni muzium bergerak ya. 😉

Admin bukan sengaja cari pasal tapi apa yang benar. Kesian masyarakat Sabah ni kerajaan sendiri tidak mampu berfikir dengan baik. Mahu saja membina bangunan yang tinggi tinggi walaupun dengan cara berhutang semata-mata. Pada hal banyak lagi bangunan lama yang masih baik dan boleh digunakan.

Sedangkan prasarana yang menjadi keperluan masyarakat luar bandar tidak disediakan dengan baik. Hemmm