Teks Program Strategik Perkasa Rakyat dan Ekonomi (Bantuan) – PM Muhyiddin

Semalam kerajaan Perikatan Nasional atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin dalam usaha membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Bantuan yang telah diumumkan itu berupa pemberian tunai dan pelan ekonomi seperti terkandung dalam file dibawah, kamu orang nak kah pergilah download dan baca.

Disana ada ditulis bantuan yang telah diumumkan, ada diantaranya akan diberikan pada hujung June ini. Penerimanya terdiri semua lapisan tanpa mengira fahaman politik. Baik penyokong PKR, Amanah mahupun Warisan Plus yang menjadi sekutu DAP.

Lepas itu pergilah berurusan, jangan hanya ternganga, seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Bila ketinggalan mulalah tidak berpuas hati, menyalahkan kerajaan. Walhal diri sendiri yang lembab.

Tapi kan adalah lebih manis dan bermakna andai selepas ini mereka yang berkenaan mengalihkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri dari beberapa parti kompenan seperti PPBM/Bersatu khususnya. Iyalah mahu parti dan kerajaan apa lagi kawan?

Kalau anda orang Sabah dan berminat menyokong parti parti tempatan, boleh juga, sokonglah gabungan GRS yang terdiri dari parti PBS atau STAR dan lain lain. Asalkan bukan parti Warisan. Bukan apa parti Warisan telah diberikan peluang memerintah negeri Sabah tapi nampaknya gagal memikul tanggungjawab mereka. Bukan hanya gagal malah terpalit dengan tuduhan salahguna kuasa hingga ada dikalangan wakil rakyatnya yang dihadapkan ke Mahkamah, sedang dalam proses perbicaraan pun.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri Muhyiddin juga telah menunjukkan komitmennya, dimana barisan Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan dan gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke tabung Akaun Amanah Bencana bagi membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19. Ini namanya Walk the talk. 😍👍👍👍

Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah Telah Diaktifkan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah dan di peringkat daerah yang terkesan akibat banjir, telah diaktifkan serta merta susulan hujan lebat sejak akhir-akhir ini.

Katanya, ini membabitkan daerah Tenom, Beaufort termasuk Membakut dan Sipitang serta Keningau, yang terjejas akibat banjir sejak beberapa hari lalu.

“Saya telah mengarahkan semua pegawai daerah di kawasan yang terjejas banjir agar mengaktifkan jawatankuasa bencana masing-masing selama 24 jam.

“Ini bagi memastikan semua mangsa banjir dapat segera dipindahkan termasuk pemberian bakul makanan. Saya juga meminta penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi untuk banjir agar segera berpindah jika diminta berbuat demikian.

“Apa yang penting saya mahu bantuan makanan dan keselamatan penduduk diutamakan. Saya juga mengarahkan daerah lain yang berisiko banjir agar sentiasa bersiap sedia susulan musim hujan sejak akhir-akhir ini,” katanya di sini hari ini.

Setakat jam 9 pagi ini, seramai 1,447 mangsa banjir di tempatkan di 11 PPS di Tenom, Beaufort dan Sipitang dengan membabitkan 373 KIR.

Banjir kali ini membabitkan 68 kampung di Beaufort manakala 33 kampung di Tenom.

Selain itu, pada Rabu lalu, beberapa kawasa di Penampang dan Putatan turut dinaiki air yang menyebabkan banjir kilat, susulan hulan lebat lebih dua jam.

Sehubungan itu, Ketua Menteri berkata semua kawasan atau daerah yang berisiko banjir termasuk yang memerlukan bantuan, sentiasa dipantau kerajaan menerusi Jawatankuasa Bencana Negeri dan di peringkat daerah masing-masing.

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, beliau turut mengarahkan pengunaan dua helikopter pagi ini, untuk menghantar sebanyak 2,000 bantuan bakul makanan kepada lebih 1,400 mangsa banjir di Tenom, Beaufort dan Sipitang.

“Kerajaan melalui Jawatankuasa Bencana Negeri Sabah telah meluluskan sebanyak 2,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing 1,000 bakul makanan di Tenom dan Beaufort (termasuk Membakut).

“Bantuan makanan ini juga akan diagihkan kepada mereka yang terputus perhubungan darat di beberapa kawasan di Tenom. Manakala bagi Sipitang dan Keningau, bantuan makanan akan diurus oleh Jawatankuasa Bencana Daerah masing-masing.

“Kerajaan juga akan mendapatkan bantuan pengangkutan udara pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut dimaklumkann beberapa PPS di Tenom masih menjalankan proses pendaftaran mangsa oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA),

“Saya berharap semua mangsa banjir ini akan menerima bantuan makanan dengan secepatnya dan bantuan akan terus diberikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Warisan Bersama PBS Satu Pembohongan – Ketua Penerangan GRS

PARTI BERSATU SABAH N. 15 Kiulu Name : Datuk Joniston Bangkuai (incumbent / penyandang) Address : Kg Malangang Lama, Kiulu D.O.B : April 17, 1962 Status : Married Children : 1 Profession : State Legislative Assembly Public Accounts Committee Member State Assemblyman for Kiulu Former Sabah Tourism Board Chairman Former New Straits Times Regional Chief Former RTM Sabah and BERNAMA reporter Politics : Parti Bersatu Sabah Information Chief Parti Bersatu Sabah Supreme Council Member Contact : +6019 - 862 2798 E-mail : jonbangkuai@yahoo.com . — ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

Awal awal lagi admin telah menjangkakan dakwaan yang disebarkan oleh penyokong Warisan, kononnya parti mereka akan berkerjsama dengan PBS dan akan membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah. Adalah dakwaan itu sebagai bukti Warisan semakin terdesak dan tidak masuk akal ini kerana majoriti KDMR amat membenci parti Warisan lihat apa berlaku pada UPKO bila mereka berkerjsama dengan Warisan. Hanya mampu mempertahankan satu kerusi gara gara semua calon UPKO ditolak oleh pengundi KDMR.

Terdesak disini bermaksud, mungkin kuncu kuncu Shafie takut pada bayangan sekiranya Peter Anthony dan anak buah Shafie disabitkan bersalah di Mahkamah kelak. Masuk penjara oh. Atau paling pasti memikirkan nasib mereka sebagai penyokong Warisan yang semakin hari semakin gelap.

Nah sebentar tadi dakwaan itu dijawab dengan rasminya oleh Ketua Penerangan GRS Datuk Jonistan Bangkuai yang juga Adun Kiulu. Menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan ke arah itu, itu semua cakap kosong atau lebih mudah difahami tidak ada yang perlu di jelaskan sebab memang tidak ada perbincangan yang berlaku.

Alamak macam manalah tu wahai sang pemimpi.

Sebenarnya yang memulakan angan angan ini ialah Shafie itu sendiri. Dia yang membuat kenyataan sekiranya diberikan pilihan siapa yang boleh dibawa berkerjsama sama ada PBS atau UMNO. Shafie memilih PBS.

Tidak dinafikan pengakuan Shafie itu di sambut baik tapi sinis oleh Presiden PBS Datuk Maximus Ongkili, namun cukup setakat itu.

Malangnya kerna terdesak dan kemaruk, jentera Warisan mulai memasang angan angan. Itu yang timbul cerita Warisan akan membentuk kerajaan bersama PBS PKR, DAP dan Bebas bagi menggantikan kerajaan GRS.

Nah apa lagi pergilah kamu tidur. Hahahah!

Aziz Jamman Jangan Tunjukkan Sangat Kemaluan Tu👎

Kemaluan apa lagi yang cuba ditunjukkan oleh bekas Timbalan Menteri dalam negeri Azis Jamman tu. Lama sebelum ini dia mendakwa yang Warisan tidak akan berkerjsama dengan Pakatan Harapan, tau tau yang melantiknya menjadi Timbalan Menteri ialah kerajaan Pakatan Harapan. Bukti Warisan Tidak Berkerjasama Dengan PH – Ketua Wira Warisan

Kali ini dia buat lagi satu kenyataan yang hanya mendedahkan penipuannya atau dalam bahasa yang mudah difahami, mendedahkan kemaluannya.

Sebelum ini Maximus Ongkili telah membidas kenyataan kepimpinan Warisan yang mendakwa kononnya mereka telah berjaya merealisasikan 17 dari 21 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Walhal menurut Maximus tuntutan itu hanyalah auta semata-mata, sebaliknya Pakatan Harapan atau kerajaan negeri Warisan gagal menuntut 17 perkara yang mereka maksudkan.

Baca link ini Dawkaan PH 17 Dari 21 Perkara MA 1963 Telah Selesai Adalah Pembohongan

Buktinya, oleh kerana kerajaan Warisan Sabah gagal menuntut perjanjian Malaysia 1963 iaitu 17 dari perjanjian berkenaan. Maka tidak semena-mena slogan Warisan pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru baru ini telah ditukar menjadi Sabah “Unity”. Inilah buktinya Parti Warisan gagal merealisasikan propaganda Sabah Ubah atau Sabah for Sabahan sebelum ini.

Kira kantoilah tu kan, kantoi menipu rakyat Sabah.

Namun si Aziz Jamman membuat gesaan yang retorik. Sepatut kononnya Maximus memperjuangkan hak negeri Sabah seperti Sarawak yang berjaya mendapatkan semula hak menguruskan agihan gas. Apa yang kau tahu Aziz, Wilayah Sabah di bawah kerajaan GRS atau Gabungan Rakyat Sabah telah berjaya menuntut cukai produk Petroleum 5% dan 17 lagi perkara dalam pengajian Malaysia sedang dalam proses perlaksanaan.

Berhentilah kau menasihati orang lain hanya kerana mereka seorang Menteri yang mewakili Persekutuan. Ini kerana kau sendiri pernah berjawatan Menter di peringkat Persekutuan tapi gagal memperbaharui perjanjian Malaysia 1963. Habuk pun tidak ada, jangankan merungkai perjanjian Malaysia 1963 hata untuk menangani rumah setinggan di Parlimen Sepanggar pun gagal. Hahaha!

GRS Komited MA63 Akan Ditunaikan

KOTA KINABALU: Kerajaan GRS tetap dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub didalam MA63 dapat di tunaikan.

Ini telah diutarakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri secara maya pada Selasa.

Hajiji berkata perbincangan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara ini sedang berjalan dan kedua-dua pihak komited untuk mencari penyelesaian.

“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana yang penting kita telah pun memberi pandangan dan pendirian kita dan Kerajaan Persekutuan telah memberi respon yang positif,” kata Hajiji.

“Kita juga harus ambil kira bahawa YAB Perdana Menteri telah secara terbuka memberi komitmen dan jaminan untuk menilai dan berusaha mencari penyelesaian kepada semua tuntutan-tuntutan yang kerajaan negeri kemukakan,”tambah beliau.


Sesungguhnya proses ke arah ini sedang berjalan dengan baik dan sempurna. Baru saja semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, Menteri Pertanian Malaysia Datuk Ronald Kiandee, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas MA63 bil kedua secara sidang video.

Justeru itulah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkeyakinan bahawa perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 akan dapat direalisasikan oleh Gabungan Rakyat Sabah selaku pentadbir kerajaan negeri. Memandangkan kerajaan ini mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat, Perikatan Nasional yang diterajui oleh Presiden PPBM (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.


Sebelum ini kedengaran berita dimana status Sabah telah ditukar oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin menjadi sebuah Wilayah bukan lagi negeri. Begitu juga dengan Sarawak.

PM Muhyiddin Janji Pulangkan Hak Sabah dan Sarawak Berdasarkan Perjanjian 1963

Kerajaan Perikatan Nasional berjanji untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak mengikut perjanjian Malaysia 1963. Begitu janji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap rakyat di dua negeri ini.

Bagaimanapun Perdana Menteri menegaskan untuk merealisasikan janjinya itu, kerajaan Perikatan Nasional perlu mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bagi memindah perlembagaan.

Jika menang besar dalam pilihanraya umum akan yang datang. Maka pasti hak hak Sabah dan Sarawak berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 akan diberikan atau ditunaikan.

Perdana Menteri berkata sedemikian atau berjanji ketika mengulas permintaan Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg supaya perkara 160 (2) perlembagaan persekutuan dipinda. Kerana frasa Persekutuan di dalamnya merujuk kepada perjanjian Persekutuan tanah Melayu 1957.

Malah dalam ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika lawatannya ke negeri Sarawak, menyatakan dengan jelas. Bahawa beliau menyedari Sabah dan Sarawak bukan sekadar negeri tetapi merupakan Wilayah di dalam Malaysia.

Jadi tunggu apa lagi kawan, mari kita berikan sokongan pada parti parti kompenan yang ada di dalam Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak.

Meeting with the Sabah United Chinese Chambers of Commerce (SUCCC)



KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor cautioned that he will not hesitate to take action against little Napoleons in the state civil service who can jeorpardise the implementation of the Halatuju Sabah Maju Jaya.

“I have informed the State Secretary (Datuk Seri Sr Safar Untong) to make this known to all civil service personnel. We don’t want to see the little Napoleons hampering our efforts to bring in development and investments to Sabah,” he said.

Meeting with the Sabah United Chinese Chambers of Commerce (SUCCC) delegation led by its President Tan Sri Andrew Liew at the State Administrative Centre (PPNS) near here Wednesday, Hajiji said he wants to see this development plan implemented smoothly and as soon as possible.

“We have formulated policies to facilitate investments to Sabah and we want to make it conducive for investors to invest in Sabah,” he said.

On another note, Hajiji said he was glad to meet with the Chinese Chambers of Commerce leaders from all the districts in Sabah.

“I am here and I am willing to listen to your views or suggestions,” he said to the delegation.

Amongst issues raised were the slow progress of the Pan Borneo project to which Hajiji said he has the assurance of the Prime Minister during the latter’s recent visit to Sabah that the implementation of the project will be expedited using the Private Funding Initiative (PFI).

Earlier, SUCCC President Tan Sri Andrew Liew pledged their support to the State Government under Hajiji’s leadership.

ends

Sabah Rugi RM10 Juta Kerana Kegagalan Kerajaan Warisan

KOTA KINABALU: Sabah kerugian tidak kurang RM10 juta dalam hasil dari kayu balak disebabkan Kerajaan Negeri terdahulu mengisytiharkanh secara salah bahawa pembalakan haram berlaku secara besar-besaran dan merampas 40,000 kayu balak kerana didakwa ditebang secara haram dan pengekstrakan balak hampir dua setengah tahun lalu.

Bekas Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan (gambar), berkata apa yang jelas kini ialah tiada apa untuk membuktikan dakwaan itu, yang rampasannya mungkin satu rekod dunia, tapi paling pasti, ia satu rekod Sabah.


Satu persatu kelemahan atau kegagalan kerajaan Warisan berjaya dikesan. Kegagalan itu bukan hanya kerana rakyat Sabah telah membayar gaji Ketua Menteri dan kakitangannya yang tidak cekap. Tetapi tindakan yang mereka ambil telah merugikan rakyat dan negeri Sabah.

Betapa teruknya kerajaan Warisan. Betul-betul besi buruk macam jentera parti Warisan. Tidak semua tapi sangat ramai.

Hari-hari meroyan tetapi hari-hari juga ahli meninggalkan parti Warisan. Begitu juga dengan wakil rakyat mereka satu persatu dikutip oleh SPRM kerana salah guna kuasa. Alahai!

Benarlah kata orang tidak ada apa yang mereka lakukan sepanjang dua tahun menjadi kerajaan negeri, selain hanya cuba menonjolkan diri sebagai kerajaan yang kononnya bersih dengan mencipta kesalahan yang tidak wujud ke atas orang lain.

Contohnya seperti pendedahan ini. Kerajaan negeri Warisan sengaja mengistiharkan kawasan pembalakan yang sah sebagai pembalakan haram.

Ada yang masih ingatkah dimana Yayasan Sabah era kerajaan parti Warisan telah menyaman Tan Sri Musa Aman kerana kononnya Yayasan Sabah pada waktu itu telah membuat perjanjian yang meragukan.

Meragukan tengkorak apa, terbukti hari ini kerajaan Warisan yang salah membuat penaksiran ke atas kawasan balak yang telah dilesenkan, menyebabkan kerajaan Sabah mengalami kerugian sehingga RM10 juta.

Datuk Hajiji Hopes The Newly-formed Sabah Islamic Affairs Coordination Committee (JaPHEIS)

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Haji Noor hopes the newly-formed Sabah Islamic Affairs Coordination Committee (JaPHEIS) will refrain from taking any extreme approach that may create anxiety among Sabah’s multi-racial and multi-religious communities.

“We need to be mindful of the fact that Malaysia is a plural country that always prioritise moderation and harmony, which is also in line with the Fiqh Sabahi (methodology on preaching) concept practiced in Sabah,” he said.

Speaking at the presentation of appointment letters to committee members of JaPHEIS at the State Administrative Centre here Wednesday, Hajiji said JaPHEIS would not only represent the Muslims voice in the state but also the Sabah Government on Islamic affairs.

He also hoped JaPHEIS would assist in the empowerment of Islamic education, strengthening community unity, economic development of the Muslim community through the zakat and wakaf institution and halal hub as well as other issues affecting Muslims in general.

“Among the Halatuju Sabah Maju Jaya thrusts is the emphasis on human capital. In this respect, I hope the development of a human capital pool that is knowledgeable and skilled will be a focus of this Committee’,” he said.

Chaired by Special Tasks Minister Datuk Arifin Haji Mohd Arif, the JaPHEIS set up has 19 members, which was decided by the State Cabinet in December last year.

Among its functions would be to act as the official government platform to discuss, consider and manage Islamic affairs matters referred to the state by the National Council for Islamic Affairs and National Islamic Affairs Committee Chairmen Conference Committee.

It would also act as the adviser on Islamic affairs to the Chief Minister.

Among the Committee members are Sabah Mufti, Datuk Haji Bungsu @ Aziz Jaafar, Sabah Syarie Chief Judge, Alidin @ Ahmad Din OKK Othman, Sabah Islamic Affairs Department Director, Datuk Haji Saifulzaman Sangul, JAKIM Sabah Director, Haji Norjeli Haji Dais, Sabah Commissioner of Police, Datuk Hazani Ghazali and Fifth Division of the Malaysian Infantry Commander Major General Datuk Haji Mohd Halim Khalid.

ends

Aziz Meroyan Konon PM Merasmikan Projek Mereka. Apa Yang Dibanggakan Tu?

Semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah mengumunkan satu projek Kok Kawi Resort City yang bernilai 7 bilion ringgit Malaysia.

Dikatakan projek itu akan memberi pulangan yang besar kepada kerajaan negeri Sabah dan memberikan peluang pekerjaan kepada ramai anak-anak tempatan Sabah.

Bagi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah bukti kerajaan negeri Sabah berpotensi dan telah diurus dengan baik menyebabkan pelabur tempatan dan asing berani membuat pelaburan yang bernilai bilion ringgit.

Menurut lagi Perdana Menteri diharapkan melalui pembangunan atau projek yang dimeterai itu ia menjadi salah satu jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran yang semakin meningkat.

Tetapi yang melucukan kenapa pula parti Warisan yang menuntut kononnya projek itu mereka yang punya. Macam mana boleh menjadi milik Warisan kalau satu batang cerucuk pun tidak kelihatan.

Sepatutnya kalau sudah tahu diri itu kuat mengklaim kerja orang. Maka sebaiknya semasa menjadi kerajaan. Perbanyakkanlah membuka atau merasmikan tapak pembinaan. Hahaha!

Lucu juga si Aziz Jamman ni.

Satu yang patut dimalukan oleh wakil-wakil rakyat Warisan, sebelum menuntut sesuatu ialah siapa yang membina bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang menjadi kebanggaan Ketua Menteri Warisan dan penyokongnya, selama dua tahun lebih tu. Bukankah kerajaan Sabah yang ditadbir oleh Tan Sri Musa Aman.

Kalau benda yang sudah nyata seperti itu, dituntut selepas kalah, adalah sikit kewajarannya. Sekurang-kurangnya dapat juga mengingatkan rakyat pada mereka. Tapi ini sekadar tapak binaan. Alahai!

Hakikatnya kerajaan sebelum Warisan telah berjaya membina bangunan sebesar pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah. Jadi apa yang menghairankan jika kerajaan negeri GRS ini sekali lagi membina projek mega seperti itu. Memang berkemampuan dan terbukti menjadi kenyataan.

Benda yang baik Aziz Jamman, untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah secara keseluruhannya. Buat apa nak ego sentrik, itupun kalau benar ia datang dari idea pemimpin pemimpin Warisan. Entah entah idea dari syarikat tertentu semata mata.

Memalukan sangatlah pemimpin atau politik Warisan, nak menuntut sesuatu yang sebesar naga. Sedangkan tiang rumah bagi menggantikan rumah rumah terbakar di daerah Warisan pun gagal ditunaikan. 👎