Aziz Meroyan Konon PM Merasmikan Projek Mereka. Apa Yang Dibanggakan Tu?

Semalam Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah mengumunkan satu projek Kok Kawi Resort City yang bernilai 7 bilion ringgit Malaysia.

Dikatakan projek itu akan memberi pulangan yang besar kepada kerajaan negeri Sabah dan memberikan peluang pekerjaan kepada ramai anak-anak tempatan Sabah.

Bagi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor adalah bukti kerajaan negeri Sabah berpotensi dan telah diurus dengan baik menyebabkan pelabur tempatan dan asing berani membuat pelaburan yang bernilai bilion ringgit.

Menurut lagi Perdana Menteri diharapkan melalui pembangunan atau projek yang dimeterai itu ia menjadi salah satu jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran yang semakin meningkat.

Tetapi yang melucukan kenapa pula parti Warisan yang menuntut kononnya projek itu mereka yang punya. Macam mana boleh menjadi milik Warisan kalau satu batang cerucuk pun tidak kelihatan.

Sepatutnya kalau sudah tahu diri itu kuat mengklaim kerja orang. Maka sebaiknya semasa menjadi kerajaan. Perbanyakkanlah membuka atau merasmikan tapak pembinaan. Hahaha!

Lucu juga si Aziz Jamman ni.

Satu yang patut dimalukan oleh wakil-wakil rakyat Warisan, sebelum menuntut sesuatu ialah siapa yang membina bangunan pentadbiran kerajaan negeri Sabah yang menjadi kebanggaan Ketua Menteri Warisan dan penyokongnya, selama dua tahun lebih tu. Bukankah kerajaan Sabah yang ditadbir oleh Tan Sri Musa Aman.

Kalau benda yang sudah nyata seperti itu, dituntut selepas kalah, adalah sikit kewajarannya. Sekurang-kurangnya dapat juga mengingatkan rakyat pada mereka. Tapi ini sekadar tapak binaan. Alahai!

Hakikatnya kerajaan sebelum Warisan telah berjaya membina bangunan sebesar pusat pentadbiran kerajaan negeri Sabah. Jadi apa yang menghairankan jika kerajaan negeri GRS ini sekali lagi membina projek mega seperti itu. Memang berkemampuan dan terbukti menjadi kenyataan.

Benda yang baik Aziz Jamman, untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah secara keseluruhannya. Buat apa nak ego sentrik, itupun kalau benar ia datang dari idea pemimpin pemimpin Warisan. Entah entah idea dari syarikat tertentu semata mata.

Memalukan sangatlah pemimpin atau politik Warisan, nak menuntut sesuatu yang sebesar naga. Sedangkan tiang rumah bagi menggantikan rumah rumah terbakar di daerah Warisan pun gagal ditunaikan. 👎

Sabah Mulai Terima Bayaran 5% Cukai Produk Petroleum – KM Hajiji

Petronas mulai membayar cukai jualan produk petroleum sebanyak 5 peratus setahun kepada kerajaan negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Menterinya Datuk Hajiji Noor.

Perdana Menteri menyatakan perkara itu sebagai satu komitmen. Dimana beliau sendiri telah mengarahkan perundingan segera di antara Petronas dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pada September tahun lalu.

Inilah bukti keprihatinan seorang Perdana menteri terhadap rakyat Sabah dan juga membuktikan kesungguhan Persekutuan untuk membantu Sabah.

Menurut lagi Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor kesungguhan kerajaan pimpinan Muhyiddin terserlah bila jawatan kuasa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 telah berjalan bagi membincangkan isu yang tertunggak dalam perjanjian Malaysia 1963 sebelum ini.

Pun begitu perundingan melalui Majlis itu bukan hanya untuk menjaga kepentingan negeri Sabah semata-mata tetapi ia untuk kebaikan Malaysia secara keseluruhannya. Begitu jaminan balik yang diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor keatas keterbukaan Federal berhubung perjanjian 1963.

Selain itu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah GRS menuntut sokongan dan bantuan yang berterusan dari Federal bagi menunaikan komitmen yang telah termaktub dalam Aku Janji GRS yang diterjemahkan melalui slogan Sabah Maju Jaya.

Selain permuafakatan jitu dalam GRS dan kekecewaan rakyat Sabah kepada parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan. Kemenangan GRS juga didorong oleh keyakinan rakyat terhadap keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.


Sebelum ini kerajaan Warisan ada mengklaim kononnya tuntutan cukai produk Petroleum daripada Petronas adalah hasil usaha mereka sebelum ini. Namun dakwaaan itu dinafikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Masiung sebagai tidak ada kebenarannya. Ini kerana kepimpinan Shafie takut pada Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada waktu itu.


Moral dari perkembangan ini, untuk menuntut elemen dalam perjanjian 1963 yang tertunggak begitu lama, rupanya ia boleh diselesaikan melalui diplomasi di antara kerajaan negeri dan Persekutuan, seperti mana GRS yang mewakili rakyat Sabah dan Perikatan Nasional sebagai wakil dari Persekutuan.

Jadi pada setengah parti tempatan Sabah yang terus mempolitikkan idea Borneonisasi, cukup cukuplah tu. Jangan sampai rakyat Sabah sendiri muak pada politik hanya kerana ada parti yang sengaja mempolitikkan perjanjian 1963.

Apa lagi kalau UMNO yang membawa agenda Borneonisasi nampak sangat berpolitik dan mengada-ngada. Seolah-olah mempermainkan perjanjian yang menyebabkan negara Malaysia terbentuk. Paling sadis seolah-olah orang Sabah ni terlalu bodoh untuk memahami kandungan satu satu perjanjian dan apa yang berlaku selepas itu, seterusnya siapa yang melakukannya. Sehinggalah hal yang bertentangan dengan perjanjian itu berkekalan sehingga hari ini.

Sebab Kenapa UMNO Mengada-ngada Dalam Perikatan Nasional

Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa menggariskan beberapa sebab kenapa UMNO berpecah dalam Perikatan Nasional sekaligus sering mengeluarkan kenyataan yang mengada-ngada.

Pertama kekecewaan segelintir pemimpin UMNO tidak terpilih menyertai kabinet apabila UMNO kembali sebagai kerajaan. (tidak bersyukur walhal UMNO tumbang pada pilihan raya umum ke-14 tapi berpeluang membentuk kerajaan bersama Bersatu, malahahan kecewa. Persis perangai mangkuk hayun oh)

Pelantikan anak buah ke dalam kabinet dan bukannya pemimpin UMNO itu sendiri serta kes mahkamah yang tidak memihak pemimpin mereka. Menyebabkan mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional tidak membantu supaya terlepas dari tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah (macam mana seorang pemimpin yang sudah lama, cemburu pada pemimpin pelapis yang sepatutnya didorong dan diberikan peluang. Sepatutnya perbuatan salah guna kuasa diserahkan saja pada Mahkamah untuk menentukannya. Nampak sangat selama ini UMNO memperalatkan konstitusi untuk kepentingan peribadi. Apa punya teruk oh, sikit sikit sudahlah)

Sebab lain kerana pertemuan sulit sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah bagi tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional diikuti sumpah setia kepada ketua pembangkang Datuk Anwar Ibrahim pada 11 Oktober. Sekaligus melanggar sumpah UMNO yang tidak akan berkerjasama dengan PKR dan DAP (sumpah setia itu telah diturunkan melalui satu dokumen rasmi yang ditandatangani oleh Presiden UMNO dan surat itu telahpun tular namun niat busuk ini tidak menjadi kenyataan)

Pertemuan pada 17 Oktober 2020 yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO dan Pakatan Harapan disusuli beberapa perbincangan lain untuk menjatuhkan kerajaan. (juga menemui jalan buntu hingga menambah lagi kekecewaan UMNO maka semakin kuatlah mengada-ngada)

Dari sebuah kekecewaan menyebabkan mereka terfikir untuk memperalatkan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk membatalkan jajaran asal yang telah berkali-kali diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO. (jajaran asal yang dimaksudkan ialah bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional)

Akibatnya berlakulah pertembungan dua aliran pemikiran dalam kalangan pemimpin dan Bahagian-Bahagian UMNO. Maka tercetuslah jajaran baharu menggantikan jajaran sebelum ini yang condong kepada Pakatan Harapan.

Sebab itulah jangan ada yang merasa pelik bila terbaca kenyataan dari segelintir pemimpin UMNO yang sekejap-sekejap bertukar. Namun tidak dinafikan ada kalanya kenyataan itu tidak datang daripada mulut pemimpin UMNO itu sendiri setelah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak Presiden UMNO. Jadi kalau ingin mencari kebenaran dalam parti UMNO, ambil kenyataan pertama bukannya kenyataan selepas itu. 😅

Sabah Beli Vaksin Covid-19 Sendiri Jika Bekalan Tidak Cukup


KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah akan membeli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan yang disediakan kerajaan Pusat tidak mencukupi.

Bagaimanapun, Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa bekalan vaksin mencukupi untuk rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk membeli. Jadi jika sekiranya kita tidak cukup bekalan untuk Sabah, kerajaan Sabah akan membeli vaksin untuk rakyatnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Lok Urai di Dewan Sembulan, pada Rabu.

Diminta mengulas berhubung kesedaran rakyat Sabah berhubung pendaftaran untuk mendapatkan vaksin, beliau menyeru supaya lebih ramai yang akan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau kaedah lain yang disediakan.

“Kita berharap lebih ramai yang akan mendaftar untuk mendapatkan vaksin yang akan diberikan secara percuma oleh kerajaan dan ini bertujuan untuk mengawal kita daripada mendapat penyakit Covid-19 ini.

“Saya yakin mereka (rakyat) dalam proses untuk mendaftar kerana maklumlah Sabah ini besar dan bekalan ubat pun belum lagi menyeluruh tetapi saya yakin kita dapat memberi vaksin kepada ramai rakyat kita di Sabah daripada sekarang hingga masa yang ditetapkan hujung tahun atau awal tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Sabah menunjukkan pendaftaran vaksin yang rendah setakat ini.

Sumber

Adun Sebatik Tolak Fitnah Konon Terima RM10 Juta Sebagai Imbuhan

Buat kesekian kalinya ADUN Sebatik Hassan A Ghani Panglima Amir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya beliau telah menerima imbuhan sebanyak RM10 juta sebelum bertindak meninggalkan parti Warisan.

Hakikatnya keputusan untuk meninggalkan parti Warisan dan menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah, dibuat tanpa paksaan dan demi kebaikan pengundi di kawasannya. Dalam erti kata lain Adun Sebatik sanggup berkorban demi kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi.

Betul juga tu tujuan masyarakat mengundi calon adalah supaya calon mendapat kemenangan, bila sudah ada kedudukannya. Maka bolehlah waktu itu membantu masyarakat yang diwakilinya.

Apa lagi tindakannya meninggalkan parti Warisan tidak juga menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah bertukar tangan. Seperti yang dilakukan oleh Presiden parti Warisan keatas wakil rakyat daripada UPKO yang bertujuan untuk membentuk kerajaan negeri Warisan. Walhal ketika itu Tan Sri Musa Aman sudah pun mengangkat sumpah di Istana Negeri sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bagi membalas budi, Adun UPKO itu telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Pada 25 Februari yang lalu Adun Sebatik Hassan P Gani Pg Amir mengistiharkan dirinya keluar dari parti Warisan dan menyokong kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Wujudkah Istilah Durjana Dalam Demokrasi? Wahai Shahril

Shahril Samad mengumpamakan orang yang cuba berunding berkenaan 13 Kerusi Parlimen dengan UMNO adalah orang yang durjana atau pihak yang durjana. Pihak yang durjana ini katanya sanggup berunding, mengadaikan prinsip dan maruah, pokoknya semua boleh runding.

Tidak ada pihak yang waras mampu menjangka niat baik ingin berunding bagi memastikan kemenangan parti pemerintah di pilihanraya umum akan dibuli dan dicaci sebagai durjana politik.

Sebelum ini Azmin Ali ada mengeluarkan kenyataan cuba berunding secara baik dengan UMNO bagi menentukan kedudukan 13 kerusi yang diwakili oleh parti PPBM tapi ditolak. Klik link dibawah,

UMNO Enggan Berunding Ambil 13 Kerusi Yang Diwakili PPBM

Sedihnya yang membuli itu pula adalah gergasi yang tumbang pada pilihanraya akibat terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa melibatkan wang rakyat yang berbilion ringgit. Dalam erti kata lain telah durjana kepada rakyat yang memilih mereka sebagai parti pemerintah.

Lucu bukan? Lucu sebab sepatutnya parti setua UMNO bercakap soal amanah bukannya apa yang dihalalkan dalam sistem demokrasi.

Demokrasi bermaksud kebebasan mencari kerajaan yang difikirkan mampu memikul tanggungjawab bagi menjaga negara dan rakyat. Bukan sebaliknya hingga ada dikalangan pemimpin pemimpin UMNO dibicarakan di mahkamah kerana penyelewengan wang rakyat.

Apa ertinya demokrasi dan mendapat majoriti kalau akhirnya disalahgunakan untuk kepentingan diri dan menyusahkan rakyat.

Kerana kegagalan UMNO lah walaupun telah diberikan peluang memerintah dengan begitu lama, hari ini parti-parti politik masih bercakap soal kemiskinan yang perlu dibela.

Nampak gayanya Shahril Samad ni mempunyai persamaan kualiti dengan Khalid Samad yang sering menjadi bahan Najib di Facebook.

Ternyata dua beradik ini tiada kualiti kepimpinan, rasanya hanya untuk mempraktikkan demokrasi pun gagal. Sebab itulah sanggup membahaskan orang yang cuba berunding dengan baik sebagai durjana.

Main 2 kolam apakah jadah, seorang sebagai pemimpin yang mewakili UMNO, seorang lagi parti Amanah. Tapi berani mengungkapkan durjana dalam politik. Main dua kalam dan adik beradik bukan ia sebenar benarnya durjana politik?

Shahril Samad dibicarakan di Mahkamah kerana menerima dana 1MDB yang juga agensi olok-olok yang sedang menjadi bahan bukti di Mahkamah. Ini bukan perbuatan yang durjana kah?

Bagaimana pula dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim atau PKR dan UMNO yang nampaknya semakin dekat untuk direalisasikan. Adakah juga tindakan dua Presiden parti ini boleh dianggap sebagai durjana politik. Cakap biarlah serupa bikin. Jangan bila perkembangan itu menguntungkan UMNO maka didakwa ia menepati sistem demokrasi kalau sebaliknya orang itu durjana.

Anwar Akan Pujuk Anggota PKR Untuk Terima UMNO

ANWAR Ibrahim memberi jaminan akan membuat penjelasan kepada anggota PKR untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul dalam rancangan kerjasama dengan UMNO.

Tindakan sama juga akan dijalankan UMNO bagi mengelak masalah dalam parti tersebut, katanya seperti dipetik dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Sekarang ini siapa sebenarnya musuh UMNO ni. Kalau DAP kita sedia maklumlah tapi bukan kah PKR dan DAP seumpama adik beradik?

Cuba bayangkan realiti ini UMNO, PKR serta DAP membentuk kerjasama rasmi lalu berlawan dengan Perikatan Nasional yang terdiri daripada PPBM dan PAS serta parti parti tempatan dari Sabah dan Sarawak. Meriah tak?

Tapi menjadi perkara yang mustahil sekiranya Sabah dan Sarawak dijadikan musuh pilihanraya bagi UMNO dan PKR serta DAP. Mustahil maksudnya tiga parti ini tidak akan berani melakukannya.

Bikin pening oh. Hahaha. Apapun bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan.

Maksudnya slogan No DAP No Anwar yang didendangkan oleh UMNO baru baru ni hanyalah bertujuan untuk menipu orang orang kampung. 😥

Sambut Baik Pembinaan Jalan Serudong Simanggaris RM600 Juta

TAWAU; 13 MARCH 2021 (Sabtu) – Langkah Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah 600-juta ringgit bagi pembinaan jalan menghubungkan Serudong di Kalabakan, Tawau dengan Simanggaris, Kalimantan Indonesia disambut baik Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, pembinaan jalan tersebut menjadikan beberapa daerah yang bersempadan dengan Kalimantan termasuk Pensiangan akan mendapat manfaat dan dibangunkan bagi menarik lebih ramai pelancong datang sekaligus merancakkan lagi perkembangan ekonomi penduduk negeri Sabah.

Katanya, selain pembinaan jalan, ia juga termasuk pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di pintu masuk Serudong-Simanggaris.

Jelasnya, langkah itu juga tepat pada masanya apabila kerajaan Indonesia merancang memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap perlaksanaan projek tersebut dapat disegerakan bukan sahaja member limpahan ekonomi malah ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara, Malaysia-Indonesia.

Beliau berkata demikian kepada RTM pada majlis sambutan Israk Mikraj di Masjid Cahaya Raudhah, Taman Sri Apas Tawau.

Pada majlis itu, Datuk Nizam yang juga Wakil Rakyat Apas meminta umat Islam di negeri ini agar terus menghayati dan mengambil pengajaran peristiwa Israk Mikraj.

Jelasnya, umat Islam harus mengambil iktibar selain bermuhasabah diri, bahawa perintah melaksanakan solat fardhu lima waktu yang diterima oleh Rasulullah dalam peristiwa tersebut wajib dilaksanakan kerana ianya juga merupakan rukun Islam yang kedua.

Sumber INFO BES TAWAUfm

Untuk Apa Wira Buat Laporan SPRM Keatas Adun Sebatik, Ambil Cermin Tu

Wira Warisan membuat laporan SPRM terhadap Adun Sebatik.

Apa kaitannya hak seorang Wakil Rakyat dalam sistem demokrasi dengan agensi SPRM yang sering kali menyiasat penipuan dan salah guna kuasa pemimpin pemimpin Warisan?

Bikin ketawa puak ni, kalau kalah dan tidak lagi dipercayai oleh wakil rakyat sendiri, maka lebih baik mendiamkan diri dan cari jalan bagaimana untuk menutup propaganda Warisan yang satu pun tidak pernah terbukti benar tu. Hahaha!

Seperti contoh sebelum ini Warisan giat memperjuangkan kononnya Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah.

Pokoknya dari awal kemunculan Parti Warisan, mereka menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti daripada Semenanjung. Tetapi pada pilihanraya Sabah baru-baru ini bukan hanya bekerjasama malah membenarkan DAP menggunakan logo parti Warisan ketika bertanding.

Tidak ada beza tu dengan apa yang dilakukan oleh Adun Sebatik Hassan Amir ketika bertindak bijak meninggalkan Parti Warisan dan menyokong kerajaan negeri Sabah GRS atau Perikatan Nasional. Tinggal lagi tindakan Adun Sebatik ini wajar diberikan penghormatan kerana sanggup berkorban demi rakyat yang ada di kawasannya. Tidak seperti apa yang ditawarkan oleh Warisan pada parti DAP tadi. Sanggup mengorbankan prinsip dan kepercayaan penyokong mereka demi kuasa politik.

Kalau tujuan laporan SPRM itu agar siasatan dapat dijalankan keatas Adun Sebatik dan pihak yang berkaitan, nak ambil dulu cermin tu, kenang balik apa yang cuba dilakukan oleh Wakil-wakil Rakyat Warisan Plus sebelum ini.

Beberapa wakil rakyat Warisan semasa era pemerintahan mereka mendakwa kononnya ada pihak yang cuba membeli mereka dengan harga yang sangat mahal agar meninggalkan Parti Warisan. Tapi rupanya itu hanyalah olok olok untuk memalukan diri mereka.

Namun apabila dituntut oleh pihak tertentu agar mengemukakan bukti, haram tiada seorang pun pemimpin Warisan yang menyahutnya.

Tidak lama selepas itu Ketua SPRM Sabah membuat kenyataan rasmi bahawa mereka telah menghubungi salah seorang Wakil Rakyat Warisan/PH yang mendakwa telah cuba disogok. Tetapi Wakil Rakyat berkenaan tidak berani mempertahankan dakwaannya. Maksudnya mereka menipulah tu, tidak ada pihak berkepentingan yang cuba berunding dengan mereka.

Dakwaan Adun Warisan Ditawarkan Wang Berjuta Adalah Dusta – SPRM

Yang namanya dibeli disogok dan ditawarkan sesuatu ialah seperti apa yang berlaku pada Madius Tangau. Walaupun secara nyata tidak ada habuan atau pun wang ringgit boleh dijadikan bahan bukti tetapi jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang diberikan sudah mampu menjawab teka-teki yang bermain di fikiran rakyat pada waktu itu.

Sekarang lihat pula pada Adun Sebatik adakah dia telah menduduki sebarang jawatan Menteri?

Oiii kepimpinan dan macai-macai mereka, fahamkan tidak ada istilah katak politik bilamana tindakan mengalihkan sokongan dibuat selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 yang menyaksikan Parti Warisan tumbang di tangan rakyat Sabah.