DG Kesihatan Kecewa Keputusan Henti Vaksinasi Di Klinik Swasta

Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham kecewa sebab ada pihak yang menghentikan vaksinasi di peringkat klinik Swasta. Walhal langkah berkenaan telah membuktikan dan bakal menyumbang kepada kejayaan melawan Covid 19.

Perdana Menteri Ismail jangan dengar atau pertimbangkan nasihat kluster Mahkamah atau totok totok UMNO, jika ada. Sebaliknya teruskan saja usaha kerajaan Perikatan Nasional (PM Muhyiddin) yang sedang berjalan dan mulai menunjukkan kejayaan itu, di dalam usaha melawan Covid 19.

Rakyat Malaysia sedia maklum pun kebanyakan orang orang UMNO ni kalau bekerja kualitas bukannya keutamaan tapi sejauh mana ia boleh bertukar menjadi hal yang popular. Walaupun akhirnya memudaratkan atau merugikan rakyat dan kerajaan itu sendiri. Macam cerita 1Malaysia lah ni berhabis menyebarkan propaganda tapi rakyat tetap menjatuhkan kerajaan UMNO.

Nak mencari kelainan lah katakan. Kelainan apa kalau rakyat siang malam menertawakan pendukung kleptocracy.


Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan untuk menghentikan vaksinasi di klinik swasta bertentangan dengan nasihat diberikannya.

Noor Hisham berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian doktor swasta dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menjawab soalan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Noor Hisham berkata keputusan menghentikan vaksinasi di klinik swasta “bertentangan dengan cadangan saya untuk menambah penyertaan klinik swasta.”

Tambahnya, beliau telah melawat klinik-klinik terbabit dan berpuas hati dengan pencapaian mereka.

Terdahulu hari ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyuarakan rasa bingung kenapa Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) baru-baru ini membatalkan janji temu di 741 klinik swasta, hospital swasta dan klinik bergerak di Selangor.

Dalam catatan di Twitter, Santiago menyoal Noor Hisham kenapa janji temu berkenaan dibatalkan, selain penutupan pusat pemberian vaksin yang amat diperlukan di Lembah Klang.

“Adakah kita berdepan kekurangan bekalan vaksin? Atau adakah memang salah perancangan seperti biasa,” soalnya sambil turut ‘tag’ Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam kenyataannya, Presiden MMA Dr Subramaniam Muniandy berkata 741 doktor swasta itu hanya diberi notis 48 jam oleh CITF untuk menghentikan operasi.

Subramaniam berkata orang ramai lebih mudah pergi ke klinik swasta kerana lebih dekat selain kurang sesak.

PN Menyokong Penuh Kepimpinan PM Ismail (PN2.0)

Pemimpin pemimpin Perikatan National memang berjiwa besar. Sanggup melepaskan jawatan demi kebaikan semua pihak, apa lagi seperti UMNO yang sepanjang masa terdesak akibat pecah amanah atau melanggar undang undang. Pasti seperti cacing yang kepanasan jika serakah mereka tidak dipenuhi.

Tapi itu di Semenanjung bukan di Sabah. Di Sabah UMNO sedar tahap penerimaan Sabahan terhadap UMNO itu sendiri. Sedikit isu yang dicetuskan oleh UMNO hingga menjejaskan keadaan ia mudah membangkitkan kebencian mereka terhadap pemimpin dan parti UMNO.


PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hamzah Zainudin yakin Perdana Menteri, Ismail Sabri akan meneruskan kejayaan di bawah pemerintahan PN.

Beliau berkata semua Ahli Parlimen Parti PN dari Bersatu, PAS dan STAR berdiri teguh dengan Ismail, dan yakin pelantikannya dapat memastikan kesinambungan dasar dan iltizam PN, khasnya memulihkan negara daripada impak Covid-19.

“Yakin bahawa pelantikan beliau dapat memastikan kesinambungan dasar, perancangan serta iltizam kerajaan PN terutamanya memulihkan negara daripada impak Covid-19 dengan segara,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ismail selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Ismail yang juga Naib Presiden Umno dilantik sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Hamzah berkata PN percaya pelantikan Ismail dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini dan menyatupadukan semua pihak untuk kembali fokus kepada agenda membela kebajikan rakyat terutamanya dalam pembentukan sebuah kerajaan yang stabil.

Beliau berkata PN juga berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang telah mengetuai tampuk pemerintahan negara dengan amanah, cekal dan beristiqamah.

“Semua program bantuan rakyat, pakej rangsangan ekonomi termasuk perbelanjaan pengurusan Covid-19 yang diluluskan oleh Muhyiddin merupakan bukti keprihatinan beliau yang akan selamanya tercatat dalam sejarah negara,” katanya.

Sumber FMT

1.4 Juta Rakyat Sabah Telah Divaksin Akan Ke Fasa 3

Tuaran: Kerajaan Sabah optimis negeri itu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal atau pertengahan September ini, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, perkembangan positif itu susulan kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan di seluruh negeri, setakat ini.

“Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan mencapai 40 peratus nilai ambang untuk beralih ke Fasa Tiga PPN. Jika semua berjalan dengan baik, Sabah boleh mencapai 60 peratus rakyat divaksin pada awal atau sebelum 15 September.

“Saya difahamkan, kira-kira 60,000 rakyat mendapat suntikan vaksin dalam sehari ketika ini dan ini cukup memberangsangkan kerana jika ia berterusan kita boleh mencapai imuniti kelompok sekurang-kurangnya pada Oktober atau November,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini, hari ini.

Terdahulu, Hajiji membuat tinjauan operasi PPV di Hospital Tuaran sebelum mendengar taklimat disampaikan oleh Pengarah hospital Dr G Mohan yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin.

Sabah akan menerima bekalan tambahan sebanyak 560,720 dos vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan Cansino minggu depan dalam usaha meningkatkan peratusan penerima vaksin di negeri itu ke arah mencapai sasaran imuniti kelompok ditetapkan.

Beliau berkata, bekalan vaksin negara adalah mencukupi bagaimanapun, kerajaan Sabah turut menggalakkan mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri membeli vaksin sendiri untuk diberikan kepada kakitangan mereka.

Setakat ini, pihak Khazanah Sabah dan Kumpulan Sawit Kinabalu telah memulakan urusan pembelian vaksin sendiri, katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata kerajaan Sabah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Hospital Tuaran sebagai hospital pakar kerana ia amat penting dalam memenuhi permintaan tinggi dalam kalangan penduduk.

Selain itu, Sabah juga berharap kerajaan Persekutuan dapat membina sebuah klinik kesihatan kerajaan di Tuaran masing-masing di Sulaman dan Pantai Dalit bagi memberi perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat di kawasan berkenaan, katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

KM Hajiji Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Sabri Sebagai PM Ke 9

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengucapkan tahniah pada Perdana Menteri ke 9 Datuk Ismail Sabri dan berpandangan beliau memiliki kelayakan dan pengalaman untuk mentadbir negara.


Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah merakamkan tahniah kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, Ismail Sabri mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu juga berkata, pihaknya turut menyokong penuh Ismail Sabri.

“Ini bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga yang antara lain mengambil kira hak-hak Sabah.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan.

“Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan. Marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan, dan terus bergerak untuk memerangi pandemik Covid-19 serta membangunkan kembali ekonomi kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya kepada Sabah.

Hari ini, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan terbabit selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Petisyen Tolak Ismail Sabri Cecah 230 Ribu

Betul ni, buat pertama kali dalam hidup admin mendengar petisyen seperti ini dibualkan oleh golongan dewasa remaja malah dan sebarkan sendiri pada kawan dan keluarga terdekat mereka.

Dahsyat dan nampak bersungguh sungguh hingga admin catatkan di facebook yang keadaan itu ada wow!

Bila ibu bapa atau keluarga terdekat nampak link itu apa lagi mereka sign lah petisyen berkenaan. Mereka terkejut dan berbau bangga rupanya anak mereka ada ciri ciri masyarakat yang bermanfaat pada negara bangsa dan orang lain.

Nampaknya Perdana Menteri ini bakal berhadapan dengan penolakan dari netizen sebenar. Nah masalah besar, mungkin kah selepas ini akan berlaku perang saraf diantara Cybertrooper UMNO atau kluster Mahkamah melawan netizen tulen? admin rasa sangat pasti akan berlaku.


PETALING JAYA: Sebuah petisyen dilancarkan di change.org bagi menolak Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Sehingga kini, petisyen tersebut sudah mengumpul lebih daripada 230,000 orang yang menyatakan sokongan penolakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Dia cuai dalam menangani wabak covid-19, menyebabkan jangkitan besar-besaran.

“Banyak komen yang tidak tepat membuktikan bahawa dia hanya pembohong dan pelawak politik,” tulis petisyen itu.

Semalam, Naib Presiden UMNO itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi, hari ini. – UTUSAN ONLINE

PN Sokong Ismail Sabri Tapi Dengan Syarat

Kepimpinan Bersatu atau Perikatan Nasional memberi jaminan atau sokongan penuh terhadap Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata persetujuan itu dicapai semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU, 18 (PAS) dan seorang dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang sudah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara, semalam.

Turut serta menyokong calon Perdana Menteri itu adalah empat Ahli Dewan Rakyat Bebas yang pro-PN. Keputusan yang sama juga dicapai hasil rundingan dengan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sebelum ini bersama kerajaan PN.

Tapi dengan syarat barisan kabinet yang dilantik harus dari kalangan yang berintegriti dan berkredebiliti. Tidak ada kes Mahkamah seperti mana kluster Mahkamah atau pemimpin pencuri.

Najib telah pun menerima hukuman penjara 12 tahun dalam skandal SRC tapi belum di sumbat ke dalam penjara sebab masih dalam proses rayuan. Baru baru ini Najib juga gagal membatalkan saman LHDN yang berjumlah bilion ringgit. Zahid apa lagi juga berhadapan dengan tuduhan rasuah, itu yang terpaksa lari lintang pukang dan memfitnah kerajaan Perikatan Nasional kononnya gagal dan durhaka, walhal dia sendiri yang gagal dan durhaka kepada Agong dan rakyat hingga dihadapkan ke Mahkamah. Namun tidak kesampaian bila hasratnya untuk membentuk jajaran baru bersama Anwar dan DAP gagal. Sokongan Zahid keatas kerajaan baru ini sebenarnya terpaksa, dia tahu kalau Ismail Sabri berlagak kuat hingga dapat membebaskan dirinya dan Najib. Maka waktu itu tidak mustahil kerajaan PN 2.0 ini juga akan tumbang.

Zahid sedar hanya Anwar yang mampu membebaskan dia dari tuduhan Mahkamah.

Sabah Antara Terawal Terima Vaksin CanSino

KOTA KINABALU: Sabah diberi keutamaan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino apabila Malaysia menerima tiga juta bekalan pada bulan depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan (PICK), memberi jaminan itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam pertemuan secara maya di sini pada Jumaat.

“Kami akan membuat penghantaran pertama untuk Sabah dan juga, kami akan memberitahu dan memberi pilihan kepada Sabah mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos),” tambahnya.

Khairy mengatakan ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Ketua Menteri untuk lebih banyak bekalan vaksin dihantar ke Sabah untuk mencapai sasaran vaksinasi negeri ini iaitu sebanyak 60 peratus menjelang bulan Oktober sekali gus mencapai imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

“Ia juga penting bagi kita agar dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau pulau terpencil yang mana mobiliti mereka terkesan oleh keadaan muka bumi yang agak sukar dan jauh,” katanya.

“Kami telah membuka 177 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri hingga kini, dan dengan kemudahan jangkauan luar (mobile outreach) serta program Vaksinasi Medic Tentera Darat, kami berada di landasan tepat untuk memastikan lebih ramai akan menerima vaksin,” kata Hajiji memaklumkan kepada Khairy.

Mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas semua kerjasama yang diberikan kepada Sabah dalam program vaksinasi, Hajiji menyambut baik tindakan Khairy di tengah tengah kekangan bekalan vaksin ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin, menjelaskan bahawa PPV Integrasi pertama Sabah akan bermula minggu depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

PPV Integrasi akan memberi vaksin secara percuma dan membenarkan hospital swasta membantu untuk mempercepatkan proses vaksinasi sekali gus mengurangkan beban yang dihadapi hospital awam ketika ini,” katanya.

Yang turut hadir dalam pertemuan maya itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang juga jurucakap COVID 19 Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong.

Bersama Khairy ialah Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mohammad Ab Rahman.

Tamat.

DUN Sabah Tidak Bubar Sebelum 01hb Ogos 2021

KOTA KINABALU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya menyangkal kenyataan yang mendakwa bahawa DUN Sabah menghadapi risiko pembubaran secara automatik jika tidak bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Kadzim berkata, walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah memperuntukkan bahawa DUN Sabah hendaklah bersidang dalam tempoh enam bulan dari tempoh terakhir sidang yang lalu, tetapi Seksyen 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memperuntukkan pengecualian kepada Perkara 21 (1) Perlembagaan Negeri Sabah.


“Oleh itu, orang ramai diminta supaya tidak keliru disebabkan DUN Sabah belum mengadakan persidangan sejak Sidang Bajet 2021 pada Disember 2020 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimana beliau berkata, DUN Sabah bersedia untuk mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa mengikut tarikh yang ditetapkan kerajaan negeri.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau pada Selasa menyeru Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuka semula sidang DUN Sabah sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.

Ia bagi mengelak berlaku pembubaran secara automatik berikutan sidang DUN Sabah yang terakhir ditangguhkan pada 23 Disember lalu dan ia telah lewat enam bulan dari sesi seterusnya.

Sinarharian

Kekal Dine In Pendirian Kerajaan Negeri – KM Hajiji

SIARAN MEDIA 10 Julai, 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri kekal dengan keputusan membenarkan Dine In di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Haji Haji Noor berkata arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan kerajaan Negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuatkuasa. “Ini pendirian kita,” kata Haji.

SABAH MAJU JAYA


Untuk pencerahan lebih lanjut klik link dibawah. Kenyataan tidak rasmi Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

“Dine In” Di Sabah Sentiasa On, Fasa 2 dan Seterusnya

KM Hajiji Hargai Komitmen Bung Mokhtar Kekal Bersama GRS

SIARAN MEDIA 8 Julai, 2021

Kenyataan terbuka Dato’ Sri Bung Moktar Radin menzahirkan komitmen padu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dalam Kerajaan GRS di negeri Sabah.

Hajiji berkata kenyataan terbuka itu menzahirkan komitmen padu semua kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat di Sabah yang telah memilih kerajaan baharu di bawah gagasan GRS.

“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri.

“Cabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19.” Kata Hajiji.

“Justeru, sebagai Pengerusi GRS saya amat menghargai pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah (Dato’ Sri Bung Moktar Radin) yang terus bersama kerajaan GRS di Sabah,” katanya.

Hajiji berkata perjuangan untuk bersama rakyat perlu diterjemahkan dengan komitmen semua pemimpin untuk fokus, bekerjasama dan bersatu padu untuk membawa Sabah keluar dari permasalahan ini

Tamat