Dr M Dalam Diam Berunding Dengan BN. Begitu Juga Shafie?

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata Dr Mahathir mesti menjawab dakwaan itu kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak percayakan pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Katanya, dakwaan itu juga jelas menunjukkan Dr Mahathir tidak percaya Mukhriz boleh memenangi pilihan raya jika bertanding atas tiket pembangkang.

“Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

“Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Raja Petra Kamarudin dalam portal Malaysia Today, yang mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, turut meminta pemimpin ‘supremo’ DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung dakwaan itu.

“Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Dr Mahathir, ” katanya.

Pembangkang, katanya, memang sudah masak dengan cara Dr Mahathir, yang sentiasa membuat pusingan U dan mereka sebenarnya sangat berhati-hati.

“Dakwaan terhadap Dr Mahathir kali ini serius dan dipercayai beliau akan menggunakan agensi penguatkuasaan bagi membolehkan cita-cita politiknya untuk Mukhriz tercapai,” katanya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan dalam portal berkenaan, maka pihak berkaitan kena bersedia kerana Dr Mahathir ahli politik licik, yang ada banyak rancangan di luar jangkaan.

Sumber Berita Harian


Seperti halnya dengan Parti Warisan di Sabah. Parti ini diketuai oleh pemimpin yang cukup licik mengatur politiknya.

Silap silap didalam diam Shafie sedang berunding dengan pihak BN demi menyelamatkan legacinya. Seperti Yusof dan Nasir Sakaran. Siapa tahu?

Begitu juga dengan “kehilangan” seorang Naib Presiden Warisan yang turut disiasat oleh SPRM. Siapa tahu, sekarang Naib Presiden itu sedang berunding dengan pihak tertentu demi keselamatan diri dan bosnya. Daripada mereka meringkuk dalam penjara dan papa kedana. Siapa tahu?

Siapa juga tahu kehadiran Warisan dalam PRU aka datang hanyalah sarat, hakikatnya Presiden Warisan tahu kekuatan sebenar BN dan dia tidak mahu mengorbankan masa depan politik diri dan keluarganya. Siapa tahu?

Tidak kah kamu tertanya tanya kenapa skandal MARA di luar negara yang melibatkan orang kuat Presiden Warisan, Lan sehingga hari ini didiamkan walaupun individu yang terbabit itu telah disiasat dan direman oleh SPRM?

Dalam politik tidak ada yang mustahil, lihat saja perkembangan terkini Dr M andai benar dakwaan Raja Petra diatas.

Apapun tanggapan, kamu penyokong BN yakin saja BN akan terus menjadi pilihan pengundi di PRU yang akan datang. Terpulang pada pembangkang sama ada mereka sanggup berhadapan dengan BN. 😁

#BNforSabahan

Benarkah Dr M dan Shafie Ingin Menyelamatkan Malaysia dan Sabah – Ramlee

  • YB DUN Bugaya yang juga Timbalan Ketua penerangan UMNO Sabah terus bangkit mengkritik pembangkang yang tampak semakin terdesak dan lemah.
  • Kali ini YB dun Bugaya, Ramlee Marahaban mengkritik balik Dr M yang beliau lihat sedang terdesak dan lemah. Terpaksa menggunakan kelebihan umurnya dalam mengkritik Putrajaya.
  • Dr Mahathir sebelum ini menuduh persempadan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai ada kepentingan BN.
  • Sedangkan menurut Ramlee Marahaban, SPR adalah badan bebas dan sentiasa menjalankan proses persempadan pada bila-bila masa, dimana kepadatan penduduk menjadi faktor utama.
  • Ramlee berkata, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat untuk negara, selama 22 tahun sejak 1981. “Mungkin beliau tahu sesuatu yang kita tidak tahu tentang proses persempadanan semula oleh SPR,” katanya sambil menambah tiada bukti proses itu memanfaatkan BN.
  • Pembantu menteri kewangan itu juga hairan kenapa Dr M yang juga pengerusi PPBM dan PH merasakan dirinya layak bercakap mengenai demokrasi. Sedangkan semasa Dr M menjadi Perdana Menteri tidak ada kebebasan berpolitik malah memenjarakan musuh politiknya. Seperti yang berlaku pada pemimpin daripada Sabah, Dr Jeffrey Kitingan dipenjarakan hanya kerana menyuarakan perjanjian 1963 dan sudah tentu kebanyakan pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang kini mewakili PH seperti Lim Kit Siang dan lain lain.
  • Ironinya dulu Dr M adalah Perdana Menteri daripada BN dan musuh ketat pembangkang tapi tapi hari ini beliau sebaris dengan pembangkang. Bikin lucu!
  • Setengah masyarakat Sabah melihat Dr M sebagai pengkhianat bangsa Sabah kerana bertanggungjawab memberikan IC projek tapi hari ini Dr M bekerjasama dengan pembangkang termasuklah parti Warisan yang mempersoal keputusan siasatan RCI pendatang di Sabah. Ini amat melucukan!. Ertinya BN juga yang terbaik senantiasa melihat hak rakyat Sabah secara konsisten.
  • Dr M meninggalkan UMNO pada Februari 2016 pada Ogos 2016 mereka menubuhkan PPBM kerana ingin menyelamatkan Malaysia atau Selamatkan Negara. Lucu!
  • Sama ceritanya dengan mantan Naib presiden UMNO Malaysia Shafie Apdal selepas digantung dia meninggalkan UMNO dan membeli parti yang bertapak di Sabah selepas itu dikenali sebagai Parti Warisan yang juga mendakwa ingin membela orang Sabah melalui slogan Sabah Ubah. Ini amat melucukan!
  • Terbaru Ramlee Marahaban mendedahkan antara sebab kenapa Shafie dipinggirkan daripada UMNO. Kerana Putrajaya terlalu banyak menerima aduan rasuah di Kementerian KKLW yang diterajui oleh Shafie.
  • Selain sebab diatas, menurut Ramlee Marahaban, Shafie Apdal mula mengkritik 1MDB selepas menyedari dia terlibat dalam rombakan kabinet pada tahun 2015. Maksudnya tu sebab Shafie mengkritik BN bukan kerana memperjuangkan Sabah tapi malu dipindahkan dari portfolio Kementerian KKLW. Alahai!
  • Berkenaan kenyataan Ramlee Marahaban terhadap si Ismaily, admin tidak mahu mengambil kesimpulan kerana sesungguhnya si Ismaily dua kali menyorongkan dirinya sebagai calon di pilihan raya umum, dua kali itu juga dia hilang wang pertaruhan. Jadi dimana kredibiliti si Ismaily ya?
  • Shafie adalah pemimpin yang tidak boleh menilai sekaligus menerima kelebihan atau kebaikan orang lain kerana itu juga dia tidak reti menghargai orang lain. Kerna Shafie ni jenis pemimpin yang pendendam maka dia senantiasa takut pada bayang bayang politiknya. Shafie tu juga jenis orang yang mudah menelan fitnah dan seruan adu domba macam perangai budak budak Wechat.
  • Kalau kita melihat pada sedikit perjalanan politik dan keperibadian Shafie dan Dr M diatas benarkah mereka memperjuangkan Malaysia dan Sabah?

#BNforSabahan

Dr M Gunakan Akta ISA Untuk Menakutkan Pemimpin Sabah

KOTA KINABALU 18 Nov. – Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat sensitif dan dianggap sebagai anti-Persekutuan.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pada masa itu larangan dikeluarkan untuk memastikan tiada perbincangan MA63 dibuat secara terbuka, malah Dr. Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan sesiapa sahaja yang melanggar larangan itu.

Pairin berkata, berikutan itu, rakyat Sabah menjadi takut untuk membincangkan isu berkenaan disebabkan tindakan Dr. Mahathir yang menggunakan ISA.

“Pada masa tersebut tiada tempat dan peluang untuk membincangkan isu itu secara terbuka dengan Perdana Menteri waktu itu, sebarang perbincangan MA63 dan dokumen lain berkaitan penubuhan Malaysia dianggap terlarang.

“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana Dr. Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap dalam Kongres PBS Ke-32 di sini hari ini.

Kongres berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang turut hadir. Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Maximus serta barisan kepimpinan dan ahli PBS.

Menurut Pairin, langkah keras Dr. Mahathir itu tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ke atas Sabah, malah Najib amat terbuka untuk mendengar setiap keluhan rakyat jika terdapat sebarang peruntukan dalam MA63 yang disalahtafsir.

“PBS bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar setiap kebimbangan rakyat Sabah.

“Beliau mengumpamakan Malaysia sebagai satu keluarga yang akan sentiasa ada perselisihan adik beradik, termasuk suami dan isteri yang menunjukkan kejujuran beliau untuk menangani isu ini secara aman melalui perundingan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Untuk nota, parti Warisan yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal adalah sekutu PPBM iaitu parti yang dinaungi oleh Dr M.

#BNforSabahan

Setiausaha Sri Kandi Meninggalkan PPBM

Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hasnita Hishamudin hari ini mengumumkan keluar parti, berkuatkuasa serta merta.

Keputusan diambil kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi PPBM. Selain amalan fitnah yang menjadi budaya politik PPBM.

Mohon pencerahan? atau kah wanita itu telah dibayar seperti mana sifir mudah jentera pembangkang bila perjuangan mereka tidak lagi mendapat kepercayaan. Sikit sikit dedak 😁

Kesian, tidak ada ayat lain yang mereka mampu fikirkan selain dedak. Walhal mereka sendiri yang lebih, baja ayam pun di makan.

Kepada ahli dan jentera pembangkang, sudah tiba masanya kalian mengukur balik kesetiaan atau sokongan yang kamu telah berikan. Adakah benar parti yang kamu sokong itu, benar benar bersih, tidak ada cacat celanya. Dimana selama mereka menjadi pemimpin, mereka tidak pernah melakukan kesalahan?

Dan lupa kah kamu pada jasa pemimpin pemimpin BN, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Merekalah yang bertanggungjawab membangun negara ini?. Pun begitu admin tidak nafikan, mereka juga melakukan kesalahan tapi adakah pemimpin pemimpin pembangkang tidak melakukan kesalahan yang sama?

Nampaknya PPBM bercelaru dari luar dan dalam. Luaran, bila kehadiran Dr M ditentang oleh oleh kumpulan reformasi. Kumpulan yang mengelar Dr M sebagai Mahafiraun. Dalaman, bila beransur ansur ahli parti itu meninggalkan PPBM.

Published
Categorized as Dr M, PPBM

Bukan “Remaja Upahan” Yang Salah Tapi PPBM

Kenapa dengan mudah mengaitkan tiga budak remaja yang terlibat dalam kekecohan di majlis nothing to hide tu adalah budak suruhan UMNO? Siapa tahu kekecohan itu adalah merupakan strategi kompenan PH itu sendiri. Supaya UMNO dinilai sebagai parti jelek dan terdesak oleh masyarakat.

Insiden kekecohan berlaku di Majlis politik Nothing to hide yang bertempat di Dewan Raja Muda, Shah Alam ia dianjurkan oleh PPBM dan panelnya ialah Pengerusi Pakatan Harapan, Dr M.

Dikhabarkan selipar dan kerusi digunakan sebagai senjata bagi mencetuskan kekecohan. Selepas salah seorang hadirin bertanyakan soalan berhubung peristiwa Memali yang telah mengorbankan beberapa jiwa umat Islam. Dimana pada peristiwa itu, Dr M adalah Perdana Menteri Malaysia tapi tidak mahu bertanggungjawab.

Sebelum ini Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman menamakan tiga remaja berkenaan adalah remaja upahan yang menyamar sebagai ahli Pemuda PPBM.

Menurut Syed Saddiq juga, jika mereka bukan ahli PPBM, siapakah yang telah memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Tun Mahathir?

Hello bro Saddiq jangan mudah membuat tuduhan sebaliknya yang wajar dipersalahkan sekaligus dipertanggungjawabkan ialah pihak penganjur aka PPBM, sebab membenarkan remaja menghadiri ceramah politik yang mampu mengundang sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Dipercayai remaja itu seramai tiga orang dan berumur dalam lingkungan 17 hingga 19 tahun. Remaja itu juga siap mengenakan t-shirt PPBM. Hemmm

Dr M dan Wartawan BBC – PM Najib (1MDB)

Dr M bercakap mengenai PM Najib Razak dan 1MDB di hadapan wartawan BBC News.

PM Najib Razak telah meletakkan Malaysia di tahap yang paling bawah hingga menjadi bualan masyarakat antarabangsa. Kemana saja Dr M pergi pasti ada yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia.

Ini kerana PM Najib Razak telah disyaki terlibat dalam skandal penyelewengan di dalam 1MDB. Tapi cuba dipertahankan dengan mengawal semua sistem yang ada di dalam negara, termasuklah ahli UMNO sendiri tidak dibenarkan bercakap mengenai aktiviti penyelewengan 1MDB dan wang 2.6 bilion yang dipercayai berada dalam akaun peribadi PM Najib Razak.

Dan banyak lagi dengarkan rakaman video di bawah,

Sebelum ada yang menonton rakaman ini, cuba ingat balik apa saja penafian atau alasan yang telah dilontarkan oleh beberapa Menteri bagi menutup skandal 1MDB. Ternyata tidak ada kebenarannya kan. Semua itu hanyalah omong kosong.

Apa lagi dari kalangan CyberTrooper UMNO, entah dari mana mereka mendapatkan sumber. Mereka ingat masyarakat ini tidak pandai berfikir. Kalau benarlah apa yang dakwa, sudah tentu pasti digunapakai oleh kerajaan atau Menteri, supaya PM Najib Razak bersih dari segala tuduhan. Hakikatnya mereka syok sendiri. Sebab itulah hanya dikalangan mereka yang bersetuju. Bikin malu. 

#politikbolos #sabahubah 

Demokrasi Najib – Dr M

Gambar hiasan

Dibawah ini admin copy paste artikel terbaru dari Dr M berkenaan sistem demokrasi yang tidak lagi dipraktikkan seadanya. Tapi dirosakkan untuk kepentingan parti atau individu semata-mata. 

Demokrasi Najib (30 Sept 2016)

1. Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

2. Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

3. Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, letak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru. Di Britain Perdana Menteri letak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

4. Di Brazil Presiden digantung oleh Dewan Senat untuk menghindar kemungkinan Presiden menganggu siasatan terhadapnya.

5. Presiden Nixon Amerika disingkir kerana skandal Watergate.

6. Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik.

7. Di Malaysia Najib sendiri berperanan dalam penyingkiran Abdullah Badawi sebelum tamat edahnya.

8. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun.

9. Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak legislative (pembuat undang-undang) , executive (pentadbir, polis dan tentera) dan judiciary (penghakiman) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi. Najib menguasai ketiga-tiga badan ini, sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

10. Ahli Parlimen BN pula tidak bebas dan dipaksa melalui berbagai cara supaya sokong dan lulus apa sahaja yang dikemuka atau dilakukan oleh Najib. Jika tidak mereka akan digantung, di turun pangkat dan disingkir.

11. Undi tak percaya tidak boleh diadakan terhadap Najib kerana sebab yang sama.

12. Pegawai-pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka dengan rasuah, ugutan menyingkir, menurunkan pangkat, menukar jawatan, mengancam pencen mereka dan lain-lain. Yang sudah bersara tidak berani mendedah kesalahan yang mereka dipaksa lakukan kerana takut dan diugut dengan berbagai cara.

13. Peniaga, kontraktor, akhbar dan pemberita kecil dan besar juga demikian. Berbagai tuduhan dibuat terhadap mereka, gangguan melalui siasatan tanpa sebab oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, pembatalan kontrak Kerajaan, disenarai hitam, sekatan berhutang dengan bank dan bermacam lagi.

14. Undang-undang keselamatan baru membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicara dalam mahkamah jika ditangkap dan dimasuk dalam tahanan. Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.

15. Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.

16. Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini. Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

17. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik. Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2271