Anak Menteri UMNO Menyerang Khalid Samad – Politik Sial 

Penyokong Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak berlagak samseng di lobi Parlimen.
Menurut satu portal, sekumpulan lelaki yang terdiri daripada penyokong dan anak Datuk Tajuddin sendiri telah menyerang MP Khalid Samad di hadapan bangunan Parlimen. Berlaku ancaman nasib baiklah pengawal keselamatan bertindak cekap.

Sedangkan kalau kita ikuti rakaman dialog diantara Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Khalid Samad jelas menunjukkan Datuk Tajuddin lah yang memulakan pergaduhan, apabila memanggil MP Seputeh Teresa Kok dengan berkata beliau satu-satunya wanita yang “mempunyai Kok”.

“Cock”dalam bahasa English bermaksud zakar.

Khalid Samad yang mewakili Amanah bangkit mengutuk perbuatan itu sebagai tidak beradab sambil berulang kali memanggilnya “sial”.

Ini Menteri dan penyokong UMNO, semakin hari semakin tidak waras dan macam orang yang tidak bertamadun. Kenapa ya?

Sistem sudah digenggam kuat. Bayangkan kawasan Parlimen boleh diceroboh.

Cuba yang buat tu, orang kebanyakan atau penyokong pembangkang. Silap silap, esok sudah masuk mahkamah.

Tapi tidak apa, dek kerana itu, rasa hormat admin pada golongan kebanyakan dan terpinggir semakin tinggi. Beranilah membuat perubahan sebelum di pijak oleh spesis tolol yang semakin ramai.

#politikbolos 

20 Ahli Parlimen Menuntut Keadilan Di Bukit Aman

Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah.

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara. Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. 

Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. 

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi. 

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi. Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen. Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang.

Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.

BN Pulau Pinang Gesa Lim Guan Eng Meletak Jawatan – Tidak Malu 

Kumpulan gagak hitam yang terdiri daripada jentera dan penyokong BN menunjuk perasaan, mengesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan. Kerana didakwa telah terlibat dengan pembelian rumah pada harga yang murah. 😉

Yang bikin hairan, kenapa pula BN yang sibuk dan bukannya penyokong penyokong DAP yang bertanggungjawab mengangkat Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Apa mereka ingat kalau usaha menjatuhkan Lim Guan Eng berjaya, maka jawatan Ketua Menteri akan diambil oleh BN kah?

UMNO ni semakin hari semakin hilang akal. Itulah kalau ada kuasa, gunakanlah kuasa itu sebaik baiknya. Jangan pandang rendah pada rakyat. Dimana sepatutnya rakyat yang bersenang lenang tapi apa berlaku adalah sebaliknya, merompak harta rakyat.

Telah dua penggal Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Menunjukkan kepimpinannya diterima oleh majoriti masyarakat negeri itu. Hanya BN yang semakin hilang akal terpaksa mencari taktik kotor. Bila sudah ditolak oleh rakyat, barulah sibuk menyalahkan pihak lawan, kesalahan sendiri dilupakan.

Hello kawan, rakyat nampak dan merasa apa yang berlaku. Hanya UMNO yang semakin buta mata dan hati.

Tindakan seperti ini boleh dilakukan oleh masyarakat Sabah yang majoritinya pengundi BN agar Musa Aman meletakkan jawatan. Ekoran penyelewengan dalam JANS hingga menyebabkan rampasan berjuta ringgit oleh SPRM, dimana besar kemungkinannya telah melibatkan pentadbiran negeri. Tapi masyarakat Sabah masih berlagak budiman.

#politikbolos #sabahubah

MP Raime Unggi Pemimpin “Insiran”

Admin tertarik dan bersetuju dengan kenyataan sinis Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Kerana itu admin memetik kenyataannya, bahwa adakah gesaan ahli parlimen UMNO, Datuk Raime Unggi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes rasuah melibatkan projek infrastruktur RM3.3 bilion bertujuan untuk menghancurkan kerjaya politik beliau?

Tapi bagaimana dengan kes rasuah yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melibatkan wang RM138.5 juta tapi tidak ada gesaan dari pemimpin pemimpin UMNO supaya siasatan dijalankan?

Begitu juga dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas kes rasuah yang melibatkan pegawai senior di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ogos lalu, dimana dia seolah olah membenarkan Datuk Bandar DBKL itu memiliki 31 unit kondominium dan skandal rasuah yang melibatkan dana sebanyak RM10 juta, kerana tidak ada gesaan keatas SPRM.

Sama halnya yang berlaku di negeri Sabah tidak ada gesaan dari pemimpin tertinggi UMNO supaya SPRM menyiasat pemimpin UMNO Sabah yang terpalit dalam skandal di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). 

Dan kalau pun selepas ini ada kedengaran, admin ingat itu hanyalah wayang.

Berbalik pada kononnya gesaan MP Raime Unggi supaya siasatan dibuat keatas Datuk Shafie Apdal rentetan skandal JANS. Dia tu hanya pandai berlakon sedang dia sendiri terpalit dengan skandal projek yang tidak siap. Malah Tenom sendiri masih berada ditakuk lama hanya dirinya yang kaya raya.

Admin dimaklumkan pada tahun 2008 MP Raime (Parlimen Tenom) telah menerima projek/geran membaiki landasan Kereta Api Tenom dari kerajaan negeri Sabah yang bernilai RM500 ribu tapi sehingga hari ini projek itu tidak siap dan MP Raime Unggi hanya buat bodoh?

Kerna itulah orang Tenom menggelarnya pemimpin “insiran” tapi sayang admin tidak tahu apa maknanya yang pasti macam bermaksud kurang enak. 😉

Satu lagi, untuk pengetahuan MP Raime Unggi, buat masa ini sebarang kenyataan bodek sudah tidak berharga tunggulah tahun depan. Alahai

#politikbolos #sabahubah 

DAP Sabah Sarawak Baik Diam Diam 

Kenyataan keras Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh, antara lain mereka menggesa supaya Yb DUN Likas Junz Wong yang menang atas kononnya tiket DAP meletakkan jawatan sebagai ADUN dan terbaru desakan dari Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang juga mempersoal tindakan Yb DUN Likas Junz Wong setelah mengubah haluan perjuangan, dimana kini bersama dengan Datuk Shafie Apdal.

DAP Sarawak Chong Chieng Jen tegas menyalahkan Datuk Shafie Apdal sebab kononnya telah memberikan sejumlah wang sebagai habuan supaya Yb DUN Likas Junz Wong keluar dari DAP.

Apa yang didakwa oleh DAP Sarawak itu adalah kenyataan yang berbau fitnah semata-mata. Kerana itu kita mohon pada mereka, supaya mereka mengemukakan bukti, kalau benar bagai dikata. 😎

Hello brother Chong Chieng Jen dan Wong Kah Woh. Berpolitik ni bukan macam kita membeli sayur di pasar. Bayar dan ambil, begitu mudah.

Politik adalah soal kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap kemampuan atau agenda yang diyakini mampu dicapai dan akan mendatangkan kebaikan pada semua lapisan masyarakat dan dari konteks Adun Likas Junz Wong, sudah tentu kerjasama itu nanti akan juga menguntungkan kaumnya dan pengundi di DUN Likas.

Harap Chong Chieng Jen faham dengan keperluan politik semasa negeri Sabah. Dan ada baiknya sila rujuk balik kenyataan Yb MP Darell Leiking, kenapa beliau mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

Menurut Tuan Darell Leiking, ini adalah peluang keemasan dalam memartabatkan bangsa atau masyarakat Sabah. Kerna parti Datuk Shafie Apdal akan mewakili semua bangsa, bermula dari pantai barat sehinggalah ke pantai timur Sabah. Dimana disana ada KDM, Bajau Suluk, Cina, Bugis dan lain lain. Dengan kata lain politik Datuk Shafie Apdal (DSSA) merupakan politik penyatuan bangsa Sabah dan sudah tentu mampu membawa kemenangan dan kebaikan.

Adapun reformasi politik dan corak pemerintahan yang bertanggungjawab adalah agenda yang tetap diperjuangkan oleh politik DSSA seperti mana parti parti parti bukan kerajaan yang lain termasuklah DAP. Ironinya kalau politik penyatuan ini berjaya, maka selepas ini tidak lagi perlu merujuk pada pusat kalau ada perkara yang difikirkan baik untuk masa depan masyarakat Sabah. Bukan seperti yang berlaku pada pentadbiran BN Sabah, sikit sikit merujuk pada UMNO walhal kerajaan negeri mempunyai kuasa berdasarkan perlembagaan yang sedia ada.

Kerana itu adalah lebih baik parti parti pembangkang terutamanya DAP dan PKR Sabah, fokus balik pada musuh tradisi iaitu UMNO. Kerana politik Datuk Shafie Apdal juga menentang mereka, tidak ada beza, matlamat tetap satu menguburkan UMNO di PRU yang akan.

Selagi kekuatan BN Sabah tidak berkurangan selama itu jugalah politik pembangkang tidak akan kemana. Suara suara lantang yang mempersoal kepimpinan dan politik UMNO, hanya cukup setakat itu, adapun untuk menawan Putrajaya tidak akan tercapai. Ini jelas dan telah terbukti sebelum ini.

Sekali lagi pada semua parti parti pembangkang fokus dan cari jalan bagaimana untuk menewaskan BN di PRU yang akan datang. Ini lebih penting!

Adapun politik Sabah, serahkan saja ada kemahiran Datuk Shafie Apdal. Ini kalilah 😎

Itu kenyataan politik dari pemimpin UMNO konon ekoran beberapa pemimpin PKR dan DAP yang keluar parti adalah bukti kegagalan pembangkang adalah kenyataan yang mengada ada. Hakikatnya tindakan keluar parti lalu bersekutu menyokong politik Datuk Shafie Apdal adalah langkah penyatuan, kerana hanya dengan cara ini barulah UMNO dapat dikuburkan. Hemmm

Psssst, jauh di Semenanjung sana, orang ramai dilarang menggunakan perkataan Bersatu. Kerana mereka sedar, semakin hari, semakin parti PPBM aka Bersatu diterima oleh masyarakat.

#politikbolos #sabahubah

Yb DUN Likas, Keluar DAP Sertai Parti Tempatan Sabah – Shafie Apdal 

Selepas tiga pemimpin PKR, MP Penampang Darell Leiking, Yb Terence Siambun ADUN Moyog yang mewakili kaum KDM dan yang terakhir pengerusi perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin yang mewakili kaum Visaya, yang juga  keluar PKR dan akan menubuhkan parti tempatan Sabah tapi akhirnya akan berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal.

Tiba giliran Yb DUN Likas Junz Wong sebagai wakil dari kaum Cina yang juga merangkap Setiausaha Agong DAP Sabah telah mengisytiharkan dirinya keluar dari DAP dan akan menyertai parti tempatan Sabah.

Peristiwa berlaku di lokasi dan masa yang sama, di Hotel Yahoo Kota Kinabalu dimana Yb Terence Siambun dan Datuk Lajim Ukin mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR.

Ayoh bangsa Sabah secara keseluruhannya, berjuanglah bersama sama Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah. 😎 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah