Dr M Dalam Diam Berunding Dengan BN. Begitu Juga Shafie?

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata Dr Mahathir mesti menjawab dakwaan itu kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak percayakan pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Katanya, dakwaan itu juga jelas menunjukkan Dr Mahathir tidak percaya Mukhriz boleh memenangi pilihan raya jika bertanding atas tiket pembangkang.

“Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

“Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Raja Petra Kamarudin dalam portal Malaysia Today, yang mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, turut meminta pemimpin ‘supremo’ DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung dakwaan itu.

“Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Dr Mahathir, ” katanya.

Pembangkang, katanya, memang sudah masak dengan cara Dr Mahathir, yang sentiasa membuat pusingan U dan mereka sebenarnya sangat berhati-hati.

“Dakwaan terhadap Dr Mahathir kali ini serius dan dipercayai beliau akan menggunakan agensi penguatkuasaan bagi membolehkan cita-cita politiknya untuk Mukhriz tercapai,” katanya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan dalam portal berkenaan, maka pihak berkaitan kena bersedia kerana Dr Mahathir ahli politik licik, yang ada banyak rancangan di luar jangkaan.

Sumber Berita Harian


Seperti halnya dengan Parti Warisan di Sabah. Parti ini diketuai oleh pemimpin yang cukup licik mengatur politiknya.

Silap silap didalam diam Shafie sedang berunding dengan pihak BN demi menyelamatkan legacinya. Seperti Yusof dan Nasir Sakaran. Siapa tahu?

Begitu juga dengan “kehilangan” seorang Naib Presiden Warisan yang turut disiasat oleh SPRM. Siapa tahu, sekarang Naib Presiden itu sedang berunding dengan pihak tertentu demi keselamatan diri dan bosnya. Daripada mereka meringkuk dalam penjara dan papa kedana. Siapa tahu?

Siapa juga tahu kehadiran Warisan dalam PRU aka datang hanyalah sarat, hakikatnya Presiden Warisan tahu kekuatan sebenar BN dan dia tidak mahu mengorbankan masa depan politik diri dan keluarganya. Siapa tahu?

Tidak kah kamu tertanya tanya kenapa skandal MARA di luar negara yang melibatkan orang kuat Presiden Warisan, Lan sehingga hari ini didiamkan walaupun individu yang terbabit itu telah disiasat dan direman oleh SPRM?

Dalam politik tidak ada yang mustahil, lihat saja perkembangan terkini Dr M andai benar dakwaan Raja Petra diatas.

Apapun tanggapan, kamu penyokong BN yakin saja BN akan terus menjadi pilihan pengundi di PRU yang akan datang. Terpulang pada pembangkang sama ada mereka sanggup berhadapan dengan BN. 😁

#BNforSabahan

Sebaliknya DAP Sabah Yang Gagal Bantu Rakyat Pinggiran Bandar

  • Semakin terserlah kegagalan DAP di negeri Sabah bila mereka menyalahkan BN sebab kononnya gagal membantu rakyat di pinggir bandar.
  • Dengan merujuk masalah paip air di kampung Pulutan yang masih menggunakan air graviti.
  • Itu yang disuarakan oleh Timbalan Setiausaha DAP Sabah, Tan Lee Fat. Dia juga merujuk pada laporan jawatankuasa kira-kira wang negara pada parlimen ke-13, sejumlah RM2 bilion peruntukan perbelanjaan telah digunakan melalui projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah.
  • Dalam pada itu DAP Sabah sedia maklum dimana program BALB itu telah berjalan sejak tahun 2010 sehingga tahun 2015 malah mereka faham secara tuntas objektif BALB yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih dan terawat agar kesihatan dan kualiti hidup masyarakat di luar bandar dapat dipertingkatkan demikian akan merangsang pembangunan ekonomi, industri pertanian dan juga pelancongan.
  • Hakikatnya tidak semua perumahan di kawasan Pulutan, Menggatal menggunakan air graviti sebaliknya 90 persen dari penduduknya mendapat bekalan air paip dari Jabatan Air Negeri Sabah. Jangan mereka menipu?
  • Ini DAP ni tidak pandai pandai faham walaupun mereka sudah maklum. Pokoknya kegagalan BALB dan BELB di luar bandar Sabah disebabkan oleh kegagalan pemimpin atau Menteri yang dipertanggungjawabkan sebelum ini yang kini bersama mereka. Siapa kah pemimpin dan parti itu? Bukan kah Warisan aka Shafie Apdal. Tapi kenapa DAP tidak mengkritik Warisan, sebagai sebuah parti yang tidak lagi layak diberikan kepercayaan. Memandangkan pemimpinnya telah pun terbukti gagal sewaktu mengetuai Kementerian KKLW, kenapa?
  • Sebelum DAP mempolitikkan BALB dan membebankannya pada BN klik dulu link dibawah :-
  1. BELB luar bandar Sabah gagal
  2. http://sabahkinimirror.blogspot.my/search?q=Air+kencing
  • Tapi DAP tidak sudah menyalahkan BN. Bagaimana pula dengan kebajikan masyarakat di kampung kampung yang terletak dipinggir bandar bandar utama seperti Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu siapa yang bertanggungjawab bukan kah DAP, kenapa tidak dihebohkan ya?

Sebaliknya DAP Yang Gagal Bantu Rakyat Pinggiran Bandar. Hemmm

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP, Warisan

Serangan Dr M Keatas Bekas Penolong Gabenor BNM Tidak Kena Tempat – Salleh Said

Ini memang win dan terkena batang hidung Dr M. 😁

  • Datuk Salleh Said menyifatkan serangan Dr Mahathir keatas Datuk Abdul Murad berhubung skandal Forex yang berjumlah 31.05 billion dan bukannya 5.7 billion adalah tindakan yang tidak kena pada tempatnya.
  • Kerana menurut Salleh Said, Abdul Murad hanyalah individu yang dipanggil sebagai saksi siasatan skandal Forex.
  • Sepatutnya Dr M menyalahkan Lim Kit Siang kerana selama tempoh 20 tahun pemimpin DAP ini mendesak agar Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.
  • Betullah kadang-kadang faktor umur menyumbang kepada kegagalan berfikir dengan baik. Maksud admin, Dr M.
  • Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
  • Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.
  • “Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran. “Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” Ujar Salleh

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP, PH, PPBM

DAP Jangan Salahkan BN Tapi Presiden Warisan – Air Bersih

1. Lim Kit Siang mendakwa kerajaan barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih di pedalaman sejak 50 tahun yang lalu. Ini berdasarkan kesulitan yang dihadapi oleh beberapa keluarga atau komuniti di kampung Magatang dan Molosok, Keningau.

2. Tapi kenapa Lim Kit Siang tidak menyalahkan mantan Menteri KKLW yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal yang kini menjadi rakan politiknya. Bukan dia tidak tahu mantan Menteri itu telah disiasat oleh SPRM kerana disyaki terbabit menyeleweng dana di Kementerian KKLW (berdasarkan siasatan SPRM)

3. Seperti mana peruntukan dan kerja projek loji air Sungai Intan, Semporna yang menelan belanja sebanyak RM50 juta tapi gagal berfungsi dengan baik hingga disiasat oleh SPRM.

4. Begitu juga dengan bekalan air bersih di Pulau Gaya, Kota Kinabalu yang menelan belanja sehingga RM93 juta tapi sehingga hari ini komuniti setempat masih berhadapan dengan masalah bekalan air bersih yang juga dalam perhatian SPRM.

5. Logiknya dari konteks keberkesanan kerja Presiden Warisan selaku mantan Kementerian KKLW. Apa lagi bekalan air bersih yang berada diluar dari daerah Semporna yang tidak bermasalah dengan bekalan air bersih sedangkan di kampung halamannya dan penempatan yang melibatkan kaumnya sendiri masih bermasalah dengan bekalan air bersih. Lalu kenapa hanya menyalahkan BN Sabah secara total?

6. Sebelum ini dilaporkan sebanyak 350 projek KKLW yang melibatkan Presiden Warisan dan membabitkan 170 projek bekalan air, jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) di sembilan daerah di Sabah membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM7.5 bilion dipantau SPRM.

7. DAP jangan hanya tahu mencari kesalahan pemimpin pemimpin BN. Sedangkan individu yang wajar bertanggungjawab menyediakan prasarana masyarakat luar bandar khususnya di Sabah tidak pula mendapat kritikan iaitu Presiden Warisan, Shafie Apdal.

8. Menjadi persoalan dimana kenyataan atau kritikan pemimpin pemimpin DAP pusat dan Sabah keatas Presiden Warisan, Shafie Apdal selepas disiasat oleh SPRM?

#BNforSabahan

Jufazli (½ Tiang) Tidak Boleh Pakai – DAP Sabah

Jufazli Budak Setengah Tiang Tidak Boleh Pakai – DAP Sabah

Si Jufazli seperti biasa tampil dengan kata katanya yang syok sendiri. Kata kata yang datang dari orang yang kekurangan kasih sayang. Kata kata yang memohon pujian dari masyarakat Sabah. Kata kata dari orang yang tidak boleh dipercayai. Kata kata yang bertujuan menagih perhatian dari para Menteri dengan harapan akan dipujuk dan ditawarkan sesuatu.

Pokoknya si Jufazli bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali,

Lidah orang yang berakal berada di belakang hatinya, sedangkan hati orang bodoh berada di belakang lidahnya.

Kononnya berpendidikan tinggi tapi kenapa attitudenya teramat jelik. Bikin gelik. Bayangkan sanggup mendoakan kematian orang lain. Apa pula perasaannya bila giliran kita pula yang mendoakan kematian dan kehinaan keluarganya. Sanggup kah dia berhadapan dengan doa doa seperti ini?

Rupanya hanya berpendidikan tinggi melangit atau mendapat CGPA yang maksimum belum mampu mengubah attitude jelik seseorang. Ini fakta, lihat saja keceluparan budak setengah tiang tu.

Kita tahu sejak sekian lama si Jufazli menjulang dirinya sebagai aktivis masyarakat. Kononnya memperjuangkan masa depan masyarakat Sabah. Tapi cuba kita nilai balik, perubahan positif apa yang telah dikecapi oleh masyarakat Sabah walaupun perubahan itu berupaya pemikiran yang positif. Apa dia?

Hakikatnya si Jufazli hanyalah jentera upahan pihak yang tegar menentang kerajaan. Kerana itulah “tuannya” sering berpindah pindah sebelum ini aktivis, lepas itu Warisan dan kini DAP tapi itupun nyawa nyawa ikan sudah.

Ketololan itu tidak hanya menjadi persoalan kepada segelintir masyarakat Sabah tapi juga pada keluarga terdekatnya iaitu bapanya. Bapanya pernah mengadu pada seorang kawan, bahwa bapanya risau melihat anaknya yang tampak hanya menjadi alat kepada individu tertentu. Bahasa mudanya, bapanya mengadu perihal Jufazli yang semakin bengap.

Dengarkan saja perkhabaran terkini, apa yang dilakukan oleh DAP Sabah terhadap dirinya.

Satu masa si Jufazli menghebohkan dirinya yang dia telah mendapat tawaran kerja dari seorang ahli politik daripada Sabah. Selang beberapa hari dia mengumumkan dengan penuh rasa bangga bahwa kini dia berjawatan Setiausaha politik kepada, Jimmy Wong seorang pemimpin DAP Sabah.

Kerana terlalu teruja dia mengisytihar diri sebagai ahli DAP seumur hidup. Yang kesiannya, ibu bapanya pun dia heret sekali.

Maka mulalah dia bercakap macam orang yang setengah tiang. Difitnahlah pemimpin pemimpin BN Sabah sebagai orang atau pihak yang tidak bertanggungjawab, membakar konok perumahan kampung Ice Box, Tawau.

Kerana Fitnahnya itu dia telah ditangkap oleh pihak Polis Kuala Lumpur. Nasibnya agak baik semasa proses permohonan reman atau mengextradisi ke Sabah untuk siasatan lanjut melalui kebenaran mahkamah majistret. Pihak polis telah telah melakukan sedikit kesilapan pada borang permohonan menyebabkan si Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis.

Untuk makluman sedang fitnahnya memuncak di daerah Tawau. Ada seorang ahli UMNO Tawau menghubungi pemimpin DAP Tawau, Sabah, bertanyakan kebenaran yang didakwa oleh si Jufazli. Tahu apa yang dijawab oleh pemimpin Yb DUN Sri Tanjung itu, katanya si Jufazli tidak lagi bersama DAP. Gajinya pun sudah dua atau tiga bulan tidak dibayar. Menurutnya lagi si Jufazli jenis orang yang tidak ada disiplin (tidak boleh pakai). Kerana itulah pihak DAP tidak lagi bertanggungjawab keatas keceluparannya.

Kita juga tahu si Jufazli adalah spesis yang suka mengeji Ketua Menteri Sabah dengan tuduhan tuduhan yang tidak berasas. Tuduhan yang tidak ada bukti, tuduhan yang dia kutip dari blog dan portal pro pembangkang. Bermaksud si Jufazli ni sebenarnya buta maklumat. Lagak macam saja orang yang mendapat kepercayaan.

Satu lagi kepelikannya, budak hingusan tu suka mengklaim bahawa dia telah berjaya mengalahkan Ketua Menteri Sabah di Mahkamah? Pernah kamu dengar Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dipanggil oleh Mahkamah atau disiasat oleh SPRM?

Untuk makluman si Jufazli yang setengah tiang itu pernah diajak berdebat secara terbuka oleh Ahli UMNO merangkap Ketua Penerangan Cawangan Bandar Tawau, Bro Faisal Mohidin. Tapi menikus, walaupun masej perlawanan telah dihantar berulang kali.

Kadang admin terfikir untuk membuat laporan Polis terhadap budak setengah tiang aka Jufazli ni. Tapi memandangkan dia ni bukan siapa siapa, jadi admin berpendapat adalah kerja yang membuang masa untuk melaporkan ketololannya pada pihak Polis. Iya lah gaji pun tidak dibayar tapi ada hati mencaci dan mendoakan kematian orang lain dan kita pun menyibukkan diri. Hemmm

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP, Sabah

Mana Tanggungjawab DAP di Sandakan.

Sandakan P186 diwakili oleh DAP, Stephen Wong.

Tapi hari ini Stephen Wong sibuk malu dengan keadaan Sandakan yang bertukar menjadi bandar hantu. Dan demi menutup kegagalannya dia menyalahkan BN.

Sekarang kita mahu tanya, dimana pula tanggungjawab DAP selaku ahli Parlimen Sandakan? Setakat lari dari tanggungjawab dan sibuk menyalahkan BN, apa cerita. Bukan itu yang ditunggu oleh pengundi P186. Tapi apa jalan penyelesaian dari politik DAP.

Jangan pula kamu cakap, ini kerana DAP bukannya kerajaann. Jadi kalau begitu apa yang boleh dipertanggungjawabkan pada MP pembangkang keatas kawasan yang mereka wakili, setakat menyalahkan kerajaan kah? Nah kalau begitu seronoklah calon bebas yang menjadi wakil rakyat ya, nanti buta buta dia cakap dia bukan wakil kerajaan. Jadi gaji yang mereka dapat tu?

Cina DAP adalah kaki monopoli perniagaan. Tak kan sesama mereka pun saling berbunuhan. Mana tanggungjawab kaum Cina DAP di Sandakan?

#BNforSabahan

Published
Categorized as DAP, Sabah

Warisan Pro BN – Dakwa DAP Sabah

Betul kah, menurut Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking. DAP Sabah telah memfitnah mereka iaitu Warisan difitnah sebagai parti Pro BN?

Kalau nak kata Pro BN tidaklah tapi kalau kata Warisan equal Dr M (PPBM)di Sabah, jelas dakwaan ini adalah sahih lagi benar. Walaupun cuba dinafikan oleh barisan kepimpinan Warisan memandangkan sebelum ini Warisan diperkenalkan sebagai kononnya parti tempatan Sabah yang setaraf dengan STAR dan mampu membolot semua kerusi DUN pada PRU yang akan datang.

Realitinya tidak begitu PKR dan DAP Sabah berdegil mahu bertanding di beberapa kerusi yang juga disertai oleh Warisan. Alsebab itulah Presiden Warisan, Shafie terpaksa menggunakan kuasa Pengerusi PH Malaysia, Dr M untuk membolot semua kerusi DUN. Hingga mengundang kemarahan DAP dan PKR, terjadilah pergaduhan seperti mana kenyataan ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin yang dipaparkan di surat khabar berbahasa Cina.

Kamu nampak tak, kelincahan Presiden Warisan. Pusing sana pusing sini. Itu Timbalan dan Naib Naib Presiden Warisan tu, bukan tahu apa apa tu. Bergambar saja yang mereka pandai, poyoh.

Pun begitu Adun Sri Tanjung telah tampil membetulkan kesahihan berita yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan. Bahawa dia tidak menuduh Warisan Pro BN tapi sebaliknya andai parti seperti Warisan tidak mahu berkerjasama dengan DAP/PH maka mereka adalah parti pro BN.

Nampak gayanya DAP Sabah sendiri tidak sedar yang mereka sedang dipermainkan oleh Dr M.

Pada penyokong Gabungan Sabah dan DAP Sabah jangan kamu sesekali memandang enteng pandangan DAP Sabah. Siapa tahu dakwaan DAP itu ada asasnya, berasaskan kedudukan adik Presiden Warisan Datuk Yusof Apdal yang masih setia bersama BN.

Cepatnya Warisan berburuk sangka, takut DAP dan PKR menuntut lebih kerusi kah, itu yang awal awal lagi mencari gaduh tu. Hemmm

#BNforSabahan

Published
Categorized as DAP, Warisan

Penang Negeri Pembangkang Di Landa Banjir

Kalau selama ini kritikan pembangkang keatas negeri negeri yang diperintah oleh BN berkenaan banjir, kita akui benar sebagai satu kegagalan BN dan tidak disebabkan oleh bencana alam. Memang kita menyesal dan tidak sudah jentera pembangkang mentertawakan kita dari belakang.

Hari ini negeri pembangkang, Pulau Pinang dilanda banjir yang cukup dahsyat. Bayangkan kerna banjir yang dahsyat itu, fungsi kereta boleh bertukar menjadi bot laju. Silap haribulan banjir kali ini boleh mengorbankan jiwa.

Alasan yang ditekankan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana hujan begitu lebat dan berpanjangan. Alasan yang sama bila negeri negeri BN dilanda banjir. Tapi kenapa bila DAP atau pembangkang memberikan alasan yang sama boleh pula penyokong pembangkang menerimanya. Walaupun secara logiknya tidak wajar negeri itu berhadapan dengan banjir yang besar. Kerana Pulau Pinang dikelilingi oleh laut dimana air yang berlebihan boleh disalurkan ke laut dengan mudah. (Andai benar DAP sebagai parti pembangkang telah berjaya mengurus negeri).

Tepuk dada tanya selera, adakah diri anda sudah menjadi barua pembangkang yang gagal?

Selamat menyambut hari Malaysia, merdekakan diri anda dari pilihan yang salah iaitu parti pembangkang.

Published
Categorized as DAP, Penang

Kenapa Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis?

Hari ini si Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis selepas ditangkap pada 10hb September 2017. Persoalannya kenapa si Jufazli dibebaskan, seolah olah fitnah yang dia lemparkan ada kebenarannya?

Sebab PDRM tersilap di dalam membuat pendakwaan. Mulanya si Jufazli didakwa dibawah seksyen keseksaan. Sedangkan bukti yang pihak Polis ada hanya sesuai untuk pertuduhan yang dibuat di bawah akta Hasutan. Dan walaupun pihak Polis cuba menukarnya pada saat akhir tapi hakim majistret menganggapnya tidak sah.

Hakikatnya si Jufazli telah melakukan kesalahan yakni memfitnah kepimpinan BN Sabah sebagai bertanggungjawab keatas kebakaran di Kampung Ice Box, Tawau.

Dan dakwaan si Jufazli kononnya dia bebas sepenuhnya adalah tidak benar. Dia dibebaskan atas jaminan Polis dan dia masih dalam siasatan.

Hello Jufazli itu bukannya kemenangan selepas kao memfitnah tapi sebenarnya kao hanyalah bernasib baik, sebab berlaku kesilapan teknikal semasa membuat pendakwaan. Apa lagi yang mempertahankan kao tu adalah peguam, dua orang pula tu!. Bukannya kao yang bercakap untuk mempertahankan dirimu. Hemmm.

Ingat! teknikal semata-mata dan kao telah melakukan fitnah. Salah tetap salah dan siasatan masih berjalan.

#BNforSabahan

Published
Categorized as DAP, Sabah

Kampung Ice Box Blok 8 Dibakar oleh DAP?

Tidak waras sudah si Jufazli ni, semakin hari semakin semakin biul. Mungkin mendapat tekanan dari DAP Sabah, agar jangan menjadi Setiausaha DAP yang makan gaji buta.

Adakah patut sanggup membuat kenyataan yang bangsa Israel sekali pun tidak sanggup melakukannya, apa lagi terhadap bangsanya sendiri.

Si Jufazli mendakwa bahwa kebakaran subuh tadi di kampung Ice Box blok 8 yang mana majoriti penduduknya dari rumpun Melayu adalah perbuatan khianat BN. Gila!

Tapi si Jufazli yang sengal itu lupa satu perkara, kedudukan sebenar perkampungan Ice Box itu terletak di DUN Sri Tanjong yang diperintah oleh DAP. Dimana Ybnya ialah Chan Foong Hin.

Jadi kalau kita kutip cara berfikir si Jufazli, logik rasanya kalau kita kaitkan kebakaran kampung Ice Box tadi pagi dengan DAP. Kita boleh mendakwa yang bertanggungjawab membakar kampung berkenaan adalah pemimpin DAP iaitu Chan Foong Hin. Tujuannya supaya kawasan itu dapat dimajukan.

Apa lagi masyarakat sedia maklum tentang apa yang telah dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Habis pinggiran darat di transformasikan menjadi perumahan mewah hingga Melayu Pulau Pinang merempat di bumi sendiri. Andaian yang logik bukan?

Bukan macam si Jufazli membuat tuduhan yang liar dan tidak berasas sama sekali, hanya kerna Sabah diperintah oleh BN. Apa lagi pihak Polis Tawau telah berjaya menangkap individu yang dipercayai bertanggungjawab kepada berlakunya kebakaran.

Jangan pula kerana andaian ini pemimpin DAP membuat laporan Polis terhadap admin. Sebab kalau iya, admin akan membuat Laporan yang sama terhadap Jufazli. Ok

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP