Secara Rasminya Warisan dan DAP Satu Kepala

Awal benar Parti Warisan dan DAP Sabah membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya yang mengejut.

Dilaporkan oleh media Warisan bahawa telah diadakan satu perjumpaan khas sempena persidangan Parlimen yang diadakan di Rumah Sabah, Kuala Lumpur. Ia dihadiri oleh dua pemimpin utama Warisan i Shafie Apdal sendiri dan DAP Lim Guan Eng serta Setiusaha DAP Sabah, Chang Foong Hin.

Tapi tidak pasti pula kenapa dalam keadaan PN yang semakin stabil boleh berlaku pilihanraya mengejut. Kah persiapan itu hanyalah bertujuan untuk mengacah, biar orang gerun dan percaya bahawa Warisan dan DAP di Sabah masih ada kekuatan untuk dihadapi. He!

Jangan juga mereka terlalu percaya pada dakwaan Presiden Warisan sebelum ini kononnya Perikatan Nasional PN tidak mendapat majoriti mudah ketika undian menggantikan Speaker Dewan Rakyat. Hakikatnya PN mendapat 112 iaitu majoriti mudah kerana seorang yang tidak hadir adalah anggota Parlimen daripada PBS.

Kerana perjumpaan yang begitu bersejarah boleh lah selepas ini masyarakat Sabah beranggapan bahawa kini Warisan dan DAP ada kerjasama rasmi atau satu kepala.

Chang Foong Hin mengulas perjumpaan itu bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada Warisan kerana terus komitmen sebagai rakan rapat dalam Pakatan Harapan. Perjumpaan itu juga bagi membincangkan, bagaimana menghadapi pilihanraya mengejut.

Iyalah tu, mestilah berkomitmen maklum kamu tu sudah salah pai. He!

DAP ni licik mesti ada yang dimahunya dari kerjasama seperti ini. Tidak lain tidak bukan iaitu pengundi bumiputera yang kini ramai bermastautin di pusat pusat bandar.

Hakikatnya hari ini DAP berhadapan dengan sentimen penolakan rakyat. Kenapa tidak hampir tiga tahun menjadi kerajaan persekutuan tapi tidak ada satupun kebaikan yang dikecapi oleh pengundi DAP di negeri Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ambil contoh Parlimen Sandakan kebaikan apa yang telah diterima oleh pengundi berbangsa Bajau Suluk Bugis dan lain lain di Parlimen berkenaan. Cuba sebutkan satu, itupun kalau ada. Tidak adanya bayangkan Menteri Belia dan Sukan Sabah dari DAP yang dilantik oleh kerajaan Warisan sikit pun tidak menguntungkan belia beliawanis Bumiputera Sabah.

Lalu dari konteks kerjasama itu, bagaimana pula dengan kesinambungan Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah yang menjadi asas retorik parti Warisan, masih kah ia logik memandangkan konsep perjuangan DAP adalah liberal iaitu Malaysian Malaysia? Dua doktrin yang bertentangan ibarat magnet satu kutub utara satu lagi selatan.

Anggap saja satu muslihat terbesar andai DAP menyokong apa pun jenis politik Borneonisasi.

Dibohongi kali pertama itu biasa. Kali kedua itu bodoh namanya.

Warisan Dalam Blok Bebas Apa Pula Pendirian Politiknya?

Kali ini kita mahu tahu pendirian Presiden Warisan Shafie berhubung kedudukan dan prinsip politiknya selepas berada dalam blok Bebas bersama sama Tun Mahathir.

Secara logiknya blok Bebas bererti bukan lagi sebahagian daripada PH Plus yang terdiri daripada Bersatu Tun, PKR, DAP dan Amanah. Betul tak?

Justeru yang menjadi persoalan ialah bagaimana pula dengan kedudukan DAP dan PKR di negeri Sabah terutamanya Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew yang mewakili parti PKR ataupun Anwar Ibrahim?

Jika benar Parti Warisan tidak lagi bersama PH Plus maka sepatutnya wakil rakyat daripada DAP dan PKR mengistiharkan diri mereka keluar dari kerajaan negeri atau tidak lagi berada dalam barisan kabinet.

Barulah kedua belah pihak dilihat jujur terhadap pengundi atau masyarakat Sabah bukan selamanya cakap dan tindakan tidak serupa bikin.

Benda ni serius jangan sampai masyarakat Sabah berpandangan yang benarlah Presiden Warisan Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang tamakkan kuasa, lidah bercabang, entah prinsip apa yang dia pakai hingga sanggup menjual kredibiliti yang sepatutnya ada pada seorang Presiden parti

Sudahlah selama ini apabila kepimpinan Warisan diajukan soalan apakah Warisan akan bekerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung. Jawapan mereka, tidak sama sekali kerana Sabah memperjuangkan hak-hak Sabah oleh itu kalau bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung maka tuntutan ataupun agenda Parti Warisan akan terencat. Kononnya!

Tahu tahu lima wakil rakyat daripada Parti Warisan mendapat kedudukan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan. Malah hari ini melibatkan diri dalam menentukan kedudukan jawatan Perdana Menteri. Hipokrasi!

Ayuh dipersilakan menyahut cabaran ini. Jangan bikin malu kumpulan.

MP KK Chan Tuntut Penjelasan Tidak Lebih Dari Budak Hingusan

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BRRSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen (MP) Kota Kinabalu, Chan Foong Hin yang memintanya memberi penjelasan mengenai kontroversi terbaru pembangunan komersial di Sabindo Tawau, sebagai pelik dan melucukan.

Katanya, Chan selaku MP DAP merupakan sekutu Kerajaan Warisan Negeri, boleh mendapat maklumat dan penjelasan terperinci daripada pihak berkuasa berkaitan seperti Pejabat Peguam Negeri, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jabatan Tanah dan Ukur.

“Saya fikir, saya tidak perlu membuang masa untuk mengulas dan memberi penjelasan seperti yang diminta oleh Chan, kerana ia sesuatu agak pelik dan melucukan.

“Lagi pun saya sekarang bukan dalam Kerajaan Negeri. Mereka yang kini dalam kerajaan tentu mempunyai kemudahan dan kuasa untuk mendapatkan penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada pihak berwajib berkaitan.

“Saya ingin menasihatkan MP Kota Kinabalu (Chan) supaya menghormati keputusan mahkamah dan juga keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkaitan.

“Yang saya boleh nyatakan ialah projek pembangunan tersebut telah diluluskan pada tahun 1997 lagi”, katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan muka depan akhbar Daily Express.

Chan dilaporkan berkata, Hajiji mungkin merupakan orang terbaik untuk menjelaskan kontroversi terbaru mengenai pembangunan komersial usaha sama open space di Sabindo Tawau.


Betullah tu kalau mahkamah sudah memutuskan sesuatu perkara maka selayaknya dihormati dan tidak lagi dipersoalkan.

Apa lagi proses kelulusan projek itu dilakukan berdasarkan peraturan perolehan kerajaan negeri pada masa itu.

Pada Ahli Parlimen Kota Kinabalu you cari isu lain lah. Admin nampak di Kota Kinabalu tu ada ramai masyarakat miskin bandar yang menuntut pembelaan. Jangan saja mencari isu yang ada kaitannya dengan kepentingan taiko taiko Cina Sedangkan kau sendiri tidak tahu apa yang berlaku, Ok.

Macam kata admin di atas menuntut sesuatu macam budak hingusan.

Presiden Warisan Tegar Mengkhianati PKR & DAP

Walaupun kisah ini ibarat nasi yang sudah menjadi bubur tapi perlu juga dijelaskan kepada rakyat biar tahu kedudukan sebenar dan pada jentera Parti Warisan agar tidak lagi sombong bodoh menghina kepimpinan Perikatan Nasional (PN) sebagai pengkhianat dan jangan ingat Pakatan Harapan (PH) tidak tahu niat jahat Presiden Parti Warisan terhadap mereka. Justeru itu tidak usahlah pemimpin dan jentera Warisan berlagak baik terhadap PKR dan DAP Sabah. Bikin geli!

Perbincangan awal bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional dalam masa yang sama memutuskan akan menolak kerajaan PH berlaku pada 23 Februari 2020.

Ia dihadiri oleh lima presiden parti atau Gabungan iaitu Muhyiddin Yassin (PPBM) Zahid Hamidi (UMNO) Hadi Awang (PAS) Shafie Apdal (Warisan) dan Abang Johari (GPS).

Pada hari yang sama selepas mereka mendapat kata sepakat. Kelima-lima Presiden berkenaan datang ke Istana negara untuk menyerahkan SD sebanyak 131.

Tapi atas sebab tertentu yang menyebabkan perancangan berubah. Presiden Warisan memutuskan untuk menyokong Tun Mahathir berbanding Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

Moral yang ingin admin tunjukkan di sini ialah pengkhianatan Warisan terhadap PH iaitu PKR, DAP dan Amanah.

Rupanya dalam diam Presiden Warisan tegar mengkhianati kepercayaan PKR dan DAP di Sabah. Almaklum lah dua parti ini juga menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri Sabah yang diketuainya.

Adakah selepas ini hubungan Warisan dan PKR Anwar serti DAP di negeri Sabah akan dingin. Kalau tidak terjejas maka pastilah ada diantara mereka yang bacul pada perjuangan parti atau kah dalam diam dua parti ini sedang bersiap siap untuk menikam balik Warisan dari belakang. Kita tunggu dan lihat!

Pada Warisan jangan marah pada pendedahan ini kerana karma itu sentiasa ada hanya menunggu saat dan ketikanya.

DAP Ucap Raya Pada PH Warisan Lagak Budiman

Mereka nak tunjukkan pada rakyat ini bahawa mereka sedang mengumpul kekuatan dan cuba melupakan kegagalan sepanjang 22 bulan mereka menjadi kerajaan.

Hakikatnya hati mereka penuh dengan dendam kesumat ingin menjatuhkan kerajaan hari ini.

DAP ni pancing cerdik walaupun mereka tahu Tun menolak kepimpinan mereka begitu juga dengan Anwar Ibrahim tetapi DAP tidak menunjukkan kemarahan itu pada rakyat Malaysia.

Jadi pada komponen Perikatan Nasional khususnya UMNO ambillah pengajaran daripada politik DAP ini. Tetap berlagak sebagai pihak yang berjiwa besar dalam apa jua keadaan kerana dalam politik yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap parti demi mendapatkan kemenangan di pilihan raya. Bukannya berpegang pada prinsip kekitaan semata-mata sedangkan prinsip itu hanya membuat rakyat merasa muak.

DAP mesra Anwar DAP cuba berbaik-baik dengan Tun. DAP juga mesra pada Parti Warisan. Sebenarnya itu semua hanyalah lakonan politik matang.

Tidak dinafikan DAP ini kreatif di dalam membentuk politik mereka.

Ini ini juga adalah signal kepada jentera mereka di mana selepas sambutan hari raya ini serangan akan dimulakan sehinggalah ke ambang pilihanraya yang akan datang.

Pada parti-parti pro PN yang ada di negeri Sabah ayo sahut cabaran pembangkang pembangkang itu. Gendang peperangan sudah pun dipalu jangan lagi biarkan diri anda ditadbir oleh pemimpin dan pengikut pengikut yang tolol. Tiada kebaikan jika anda diketuai oleh orang-orang yang jahil.

Menuntut Hak Asas Kekuatan Sabah Adalah Dusta

Gambar Sarawakvoice

Terbaca satu artikel yang bertajuk perjuangan menuntut hak asas kekuatan kerajaan Sabah.

Nampak benarlah penyokong kerajaan negeri ini ramai yang auta. Nanti admin jelaskan kenapa begitu iaitu politik penipu.

Kononnya Parti Warisan memegang prinsip perjuangan mengembalikan hak-hak Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963 yang dinafikan oleh Putrajaya sejak sekian lama. Sebab itulah kerajaan negeri atau Warisan boleh bertahan sehingga hari ini walaupun baru berumur setahun jagung.

Dalam masa yang sama kata mereka, STAR dan PBS sudah kehilangan kredibiliti kerana kini mereka bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Jentera dan pemimpin Warisan boleh bercakap atau mendakwa sebegitu rupa kalau kerajaan negeri yang dibentuk ini hasil kemenangan Parti Warisan pada pilihan raya lepas. Sedang pada hakikatnya kerajaan negeri tidak boleh dibentuk tanpa persekongkolan daripada PKR dan DAP dimana perjuangan PKR dan DAP ini jelas bersifat nasional. Begitu juga dengan wakil rakyat daripada BN yang melompat menyertai Warisan, asas perjuangan mereka juga adalah bersifat nasional.

Adakah perjuangan menuntut hak-hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963 terkandung dalam agenda parti PKR dan DAP?

Lalu dari sudut mana dakwaan kononnya kerajaan Sabah ini bertahan kerana memperjuangkan hak-hak yang terkandung dalam perjanjian MA63?

Sebab itulah admin katakan Politik Warisan ini politik penipu.

Sejak berita sikit hari lagi kerajaan Warisan akan tumbang. Nampaknya jentera parti ini semakin giat mengarang cerita dongeng, cerita sama yang berjaya memperdayakan sekumpulan pengundi pada PRU yang lepas. Adakah lagi kah yang tolol sehingga sanggup diperdaya buat kali yang kedua?

Bekas Ketua Polis Negara Menolak Bubar Parlimen

Menurut ahli lembaga penasihat majlis perundingan Melayu Tun Mohammed Hanif Omar yang juga bekas ketua polis negara berpendapat.

Keputusan mencari jalan penyelesaian yang terbaik harus diserahkan kepada kebijaksanaan yang Di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Ini kerana tambah beliau secara amnya tidak ada keperluan untuk membubarkan Parlimen kerana ia akan mengundang risiko yang terpaksa ditanggung oleh negara seperti keselamatan pendidikan dan sebagainya.


Sememangnya bukan hanya tidak perlu diadakan pembubaran Parlimen kerana ia hanya menyebabkan pembaziran wang rakyat.

Walaubagaimanapun kalau berlaku, tidaklah mudah bagi UMNO untuk mendapatkan kemenangan hingga berjaya membentuk kerajaan.

Kekuatan yang mereka rasa hari ini hanyalah kekuatan yang bersifat sementara. Kerana itu kemenangan mereka di lima PRK sebelum ini tidak boleh dijadikan kayu ukur.

Faktor yang menyebabkan kemenangan UMNO di PRK waktu itu tidak ada kaitannya dengan penyalahgunaan kuasa, iaitu faktor yang amat dibenci oleh rakyat yang berakal sihat. Tapi lebih kepada soal kualiti Menteri yang dianggap tidak perform oleh pengundi dan beberapa dasar yang tidak disenangi. Selain provokatif yang menyentuh agama dan bangsa hingga berjaya memperlihatkan seolah-olah kerajaan PH pada masa itu tidak menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

Agenda membubarkan Parlimen hanyalah agenda politik UMNO semata-mata. Tidak ada niat baik untuk membetulkan ekonomi dan pentadbiran yang terjejas akibat serangan Coronavirus yang juga telah menjejaskan banyak negara lain. Selain kesan dari peninggalan kerajaan UMNO yang amat sukar untuk ditutup hingga menjejaskan prestasi kerajaan PH.

UMNO menyedari menang atau kalahnya mereka di PRU akibat pembubaran adalah bonus apa yang penting adalah UMNO berjaya menggugat atau mempermainkan kerajaan. Maklumlah UMNO hanya ada 60 kerusi.

Pokoknya UMNO sekarang berada pada kedudukan nothing to lose tapi lemah sebagai pembangkang. Tidak seperti pembangkang sebelum ini berjaya membentuk pola fikir masyarakat dan berjaya membongkar banyak penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO pada masa itu.

Sabah Sarawak menolak UMNO dan banyak lagi negeri negeri utama lain di Semenanjung yang dikuasai DAP dan PKR dimana ia memerlukan masa dan kewangan untuk ditawan.

Rangsangan ekonomi yang diketengahkan oleh Tun baru-baru ini telah mampu menarik balik kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ini.

Dan sudah tentu dimasa yang akan datang akan banyak lagi program-program yang akan diperkenalkan oleh kerajaan atau Tun M demi kebaikan rakyat secara keseluruhan. Ini semua dapat mengukuhkan pemerintahan yang sedia ada. In Shaa Allah.

Tolak Bubar Parlimen Kerana Hanya Membazirkan Wang Rakyat Bukan Sebab UMNO Hari Ini Berwibawa.

Pemuda PH Sokong PH Bertanding Di PRK Kimanis

Serba sedikit cadangan Pakatan Harapan Sabah atau PPBM Sabah yang ingin bertanding di pilih raya kecil Kimanis telah terjawab.

Hal itu disuarakan oleh semua pemimpin-pemimpin muda Pakatan Harapan Sabah kecuali daripada DAP. Dimana mereka bersetuju untuk Pakatan Harapan bertanding di PRK Kimanis.

DAP mengambil pendirian neutral kerana Warisan bukan sebahagian daripada PH.

Raymond Ahuar selaku Ketua pemuda PKR juga PH Sabah berkata itu adalah konsensus yang dicapai oleh rakan-rakan saya daripada parti parti dalam PH.

Oleh yang demikian mereka menggesa agar mesyuarat di antara PH dan Warisan segera diadakan bagi menentukan calon di PRK Kimanis.

Kekosongan Parlimen Kimanis berlaku bila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membatalkan kemenangan Parlimen Kimanis pada pilihan raya 2018.

Makanya baik jentera atau pemimpin Warisan mereka tidak boleh meroyan apa lagi cadangan meletakkan calon Bersatu di PRK Kimanis dibuat secara terbuka yang hanya boleh ditentukan ialah PH dan bukannya Warisan ini kerana parti Warisan bukannya komponen PH. Apa lagi Warisan telah bertanding pada PRU yang lepas untuk Parlimen Kimanis tapi kalah kepada calon BN.

Walaubagaimanapun sebarang keputusan selepas mesyuarat PH dan Warisan berlaku itu adalah keputusan yang muktamad yang mesti dihormati dan pastikan calon mendapat kemenangan.

Awalnya Warisan Membook 13 Kerusi DUN Sabah

Awalnya Warisan membook kerusi tambahan ni, bukan hanya membook 13 kerusi DUN yang telah diluluskan malah mendesak pula agar kerusi Parlimen di tambah di kawasan mereka.

Kerja dulu elok elok buktikan pada pengundi Sabah yang Warisan patut diberikan peluang buat kali yang kedua.

Sejak kebelakangan ini nampaknya populariti Warisan kian hari kian hambar. Terlalu banyak isu yang bertentangan dengan sikap dan pemikiran masyarakat Sabah.

Ambil contoh isu perlantikan Ketua Ketua di perkampungan yang terletak di pantai barat dan timur Sabah, banyak yang tidak berkelayakan hingga menyumbang kepada pertambahan kes jenayah dan telah membawa kesan yang negatif kepada keharmonian komuniti dan masyarakat luar.

Pelantikan individu yang tidak berkelayakan di peringkat pentadbiran negeri dan pusat juga tidak dinafikan telah menyumbang kepada kemerosotan populariti Parti Warisan. Apa contohnya biarlah menjadi simpanan admin.

Pada pendapat masyarakat tempatan, isu dokumentasi untuk Pendatang Tanpa Izin PTI adalah jalan yang sengaja dicipta oleh penyokong Warisan yang tidak bertanggungjawab atau berkepentingan tapi malangnya jalan itu hanyalah pilihan, mati atau hidup Parti Warisan.

Akhir ini, hubungan kaum dikalangan masyarakat Sabah agak dingin, tidak berapa sihat. Kenapa tidak kalau setiap isu yang ada kaitannya dengan Warisan sering menjadi perdebatan dikalangan masyarakat hingga menjejaskan hubungan diantara mereka. Apa jenis isu yang dimaksudkan biarlah menjadi rahsia admin.

Dan beberapa isu kepimpinan yang nampak kecil tapi kesannya kalau tidak ditangani dengan sebaiknya akan mampu menggoncang Warisan. Apa isunya? biarlah menjadi rahsia admin.

Jangan main main, apa lagi kebanyakan jentera Warisan sama ada yang rasmi atau ikut ikutan, mereka tidak disukai oleh kebanyakan masyarakat sivil di negeri ini.

Tempoh pilihan raya masih jauh, jadi pada pemimpin atau Menteri yang mewakili kerajaan, janganlah mudah membuat spekulasi hingga membangkitkan kemarahan pada masyarakat politik dan mengecewakan rakan atau parti sekutu seperti PKR, Amanah, Bersatu dan DAP yang sudah tentu mengharapkan sesuatu selepas menyokong pertambahan kerusi ini dan kerja politik yang secara langsung telah mengukuhkan kestabilan PH di Sabah.

Ingat kemenangan Warisan pada PRU yang lepas bukannya tulin, jadi sentiasalah berbuat baik pada rakan rakan PH. 😊

Agenda DAP SEDA Kuasai Harta Negara

Begitu mudah pembangkang mengeluarkan kenyataan seperti ini ya. 🤔

Pemuda UMNO Malaysia berpendapat pelantikan pemimpin DAP, Wong Kah Woh sebagai Pengerusi SEDA berniat jahat untuk menguasai pelbagai ekonomi atau khazanah negara.

SEDA dibawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Ikilm adalah agensi yang ditubuhkan untuk memacu pertumbuhan dan Pembangunan industri “tenaga diperbaharui” yang bertanggungjawab kepada pengagihan kuota penjanaan tenaga elektrik melalui photovoltaic Solar, Biomas dan Hydrokuasa.

Pada Disember yang lalu Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengumumkan projek pembangunan tenaga solar berskala besar bernilai dua bilion.

Ingat mudah kah mengambil aset atau dana negara apa lagi yang melemparkan tuduhan itu ialah UMNO yang sinonim dengan aktiviti penyalahgunaan kuasa.

Sedangkan skandal 1MDB yang dijalankan dengan begitu rapi dan dilakukan oleh pemimpin Melayu pun boleh kantoi. Ini kan pula kalau ia dilakukan oleh bangsa lain atau pemimpin DAP yang sentiasa dalam perhatian pembangkang. 😊

Ini semua hanyalah propaganda UMNO tidak lebih dari itu.

Published
Categorized as DAP, UMNO