Petisyen Tolak Ismail Sabri Cecah 230 Ribu

Betul ni, buat pertama kali dalam hidup admin mendengar petisyen seperti ini dibualkan oleh golongan dewasa remaja malah dan sebarkan sendiri pada kawan dan keluarga terdekat mereka.

Dahsyat dan nampak bersungguh sungguh hingga admin catatkan di facebook yang keadaan itu ada wow!

Bila ibu bapa atau keluarga terdekat nampak link itu apa lagi mereka sign lah petisyen berkenaan. Mereka terkejut dan berbau bangga rupanya anak mereka ada ciri ciri masyarakat yang bermanfaat pada negara bangsa dan orang lain.

Nampaknya Perdana Menteri ini bakal berhadapan dengan penolakan dari netizen sebenar. Nah masalah besar, mungkin kah selepas ini akan berlaku perang saraf diantara Cybertrooper UMNO atau kluster Mahkamah melawan netizen tulen? admin rasa sangat pasti akan berlaku.


PETALING JAYA: Sebuah petisyen dilancarkan di change.org bagi menolak Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Sehingga kini, petisyen tersebut sudah mengumpul lebih daripada 230,000 orang yang menyatakan sokongan penolakan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Dia cuai dalam menangani wabak covid-19, menyebabkan jangkitan besar-besaran.

“Banyak komen yang tidak tepat membuktikan bahawa dia hanya pembohong dan pelawak politik,” tulis petisyen itu.

Semalam, Naib Presiden UMNO itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Seramai 114 ahli Parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam lima sesi, hari ini. – UTUSAN ONLINE

PN Sokong Ismail Sabri Tapi Dengan Syarat

Kepimpinan Bersatu atau Perikatan Nasional memberi jaminan atau sokongan penuh terhadap Ismail Sabri untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata persetujuan itu dicapai semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU, 18 (PAS) dan seorang dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang sudah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara, semalam.

Turut serta menyokong calon Perdana Menteri itu adalah empat Ahli Dewan Rakyat Bebas yang pro-PN. Keputusan yang sama juga dicapai hasil rundingan dengan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sebelum ini bersama kerajaan PN.

Tapi dengan syarat barisan kabinet yang dilantik harus dari kalangan yang berintegriti dan berkredebiliti. Tidak ada kes Mahkamah seperti mana kluster Mahkamah atau pemimpin pencuri.

Najib telah pun menerima hukuman penjara 12 tahun dalam skandal SRC tapi belum di sumbat ke dalam penjara sebab masih dalam proses rayuan. Baru baru ini Najib juga gagal membatalkan saman LHDN yang berjumlah bilion ringgit. Zahid apa lagi juga berhadapan dengan tuduhan rasuah, itu yang terpaksa lari lintang pukang dan memfitnah kerajaan Perikatan Nasional kononnya gagal dan durhaka, walhal dia sendiri yang gagal dan durhaka kepada Agong dan rakyat hingga dihadapkan ke Mahkamah. Namun tidak kesampaian bila hasratnya untuk membentuk jajaran baru bersama Anwar dan DAP gagal. Sokongan Zahid keatas kerajaan baru ini sebenarnya terpaksa, dia tahu kalau Ismail Sabri berlagak kuat hingga dapat membebaskan dirinya dan Najib. Maka waktu itu tidak mustahil kerajaan PN 2.0 ini juga akan tumbang.

Zahid sedar hanya Anwar yang mampu membebaskan dia dari tuduhan Mahkamah.

Agong Selesai Bertemu Dengan Semua Ketua Parti

Nah semua ketua ketua parti pembangkang termasuk ketua kluster Mahkamah telah selesai menghadap Agong.

Sudah tentu pasti selepas ini akan bermula pula sesi melobi lobi dan jual beli ahli Parlimen, maklumlah ini pihak yang terdesak dan bermasalah.

Masalah integriti masalah moral dan untuk memuaskan nafsu serakah mereka, terutamanya. Namun admin yakin tidaklah rakyat pula se jahil mereka, malah ramai yang berdendam. Apapun kita tunggu dan lihat siapa yang bakal naik sekaligus menjadi bahan rakyat untuk dikerjakan sehingga ambang pilihan raya umum yang akan datang.


KUALA LUMPUR: Semua pemimpin parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

Sesi menghadap itu yang berlangsung lebih sejam berakhir selepas pemimpin terbabit dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara pada jam 4 petang.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memasuki Istana Negara mulai jam 1.30 tengah hari.

Ketika ini, lebih 50 petugas media pelbagai agensi mula berkumpul di Pintu 2 Istana Negara bermula sejak jam 11 pagi tadi, menanti ketibaan pemimpin parti politik terbabit.

Media semalam melaporkan pemimpin parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, dipercayai berkaitan dengan perbincangan berhubung siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Perbincangan itu susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta, semalam.

Susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

© New Straits Times Press (M) Bhd