Zahid Berbohong Selepas Dikecam, Akibat Sanggup Redah Banjir Demi PRU 15

Semakin menjadi jadi pembohongan dan bercakap terbalik Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

Hakikatnya Zahid yang mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri agar mengadakan pilihan raya ke 15 secepat mungkin walau keadaan banjir sekalipun UMNO sanggup mengharunginya.

BN sanggup redah banjir, hujan lebat demi PRU15′ – Zahid Hamidi

UMNO yang membubarkan Parlimen, UMNO juga yang sanggup menghadapinya tanpa memikirkan nasib rakyat yang terbabit banjir kelak. Begitu kesimpulan yang saya dapat dari desakan Presiden UMNO untuk mengadakan pilihanraya ke 15.

Jadi siapa yang bersalah disini, UMNO sendiri kah atau musuh mereka, kerana selepas ini Presiden UMNO akan menyalahkan orang lain demi menutup desakan UMNO untuk mengadakan pilihanraya ke 15, segera hingga dikecam oleh rakyat Malaysia.

Oleh kerana UMNO atau Presiden UMNO terperangkap oleh nafsu mereka yang ingin mengadakan pilihan raya kerana takut meringkuk dalam penjara, maka mereka pun mencari helah dengan menyalahkan bekas orang lain atau perdana menteri Muhyiddin Yassin.

“Barisan Nasional sedang menekan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan. Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi, saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” kata Muhyiddin dalam catatan di Facebook.

Berdasarkan kenyataan Muhyiddin di atas tentang mana ia mensabotaj Ismail Sabri, seperti yang didakwa oleh Zahid Hamidi?

Kenyataan Muhyiddin itu menurut Zahid Hamidi sebagai membuktikan ketidakstabilan dan ketidakstabilan ini menyulitkan kerajaan untuk berfungsi sebagai sebuah pasukan mendepani cabaran semasa dan akan datang.

Justeru itu kata Zahid yang sudah berkali kali membohongi rakyat, perlu menilai tentang cadangan untuk mengadakan pilihan raya ke 15 yang perlu diadakan walaupun dalam keadaan banjir.

Hakikatnya UMNO lah yang menyebabkan ekonomi tidak stabil.

Bila pelabur tahu akhirnya pemimpin UMNO kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah hingga di penjara 12 tahun. Presiden UMNO sendiri sedang dibicarakan Mahkamah Tinggi kerana tuduhan rasuah dan 23hb ini adalah keputusan adakah Zahid diminta membela diri ke atas 40 pertuduhan. Jadinya pelabur mana yang berani di Malaysia kalau nanti mereka berhadapan dengan pemimpin pemimpin UMNO yang terkenal korup?

Orang bodoh dan jahat saja yang sanggup ditadbir oleh kepimpinan yang sudah kantoi menyalahgunakan kuasa di Mahkamah kerna selepas itu mereka akan membohong dan menipu untuk keuntungan diri mereka.

Pertingkatkan Tahap Keselamatan Sabah Adalah Agenda Utama – Hajiji

KOTA KINABALU: Sabah tidak teragak-agak dalam mempertingkatkan keselamatan di negeri ini, kata Ketua Menterinya Hajiji Noor.

“Keselamatan sangat penting dan kami akan beri kerjasama yang terbaik apabila mempertimbangkan perkara yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri,” katanya.

Bercakap selepas taklimat oleh polis mengenai situasi semasa keselamatan di Sabah yang diketuai Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani di Menara Kinabalu di sini hari ini, Hajiji berkata keselamatan Sabah merupakan perkara paling utama dalam agenda beliau.

Menurutnya beliau sepanjang masa membangkitkan isu tersebut dan terbaharu ketika mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya telah meminta tambahan peruntukan bagi mengukuhkan aset keselamatan kita terutama bagi Pantai Timur,” katanya.

Mengiringi Acryl adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah serta para pegawai kanan dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Sabah.

Hajiji turut mengulangi gesaannya supaya pos keselamatan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Indonesia di Pulau Sebatik dinaik taraf.

Semasa taklimat berkenaan, ketua menteri itu juga dimaklumkan bahawa dua batalion PGA baharu akan ditubuhkan di Nabawan dan Kunak sebagai tambahan kepada lima batalion sedia ada di negeri itu.

Dengan keseluruhan tujuh batalion, Sabah akan mempunyai kehadiran PGA terbesar di negara ini.

Turut dicadangkan adalah penubuhan Skuadron 69 Komando di Lahad Datu, pangkalan polis marin Sabah baharu di Kampung Lok Poring, Sepanggar dan pusat latihan polis (Pulapol) di Kampung Laya-Laya, Tuaran.

Mengenai permintaan penambahan kawasan di pangkalan unit udara polis di Tanjung Aru, Hajiji memaklumkan ia telah pun diluluskan.

Sumber FMT

1,000 Ahli Warisan Tawau Keluar dan Sertai Bersatu

SERAH: Hajiji (tiga kanan) menerima borang keahlian baharu daripada Norfazly, disaksikan oleh Nizam (dua kanan).

Assalamualaikum ini kalilah GRS akan mendominasi politik Pantai Timur khasnya dan negeri Sabah secara keseluruhannya.

Itu yang saya katakan sebelum ini sebenarnya GRS mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tanpa UMNO. Ini kerana rata rata pemimpin yang mengepalai GRS di kawasan masing-masing, memiliki pengaruh yang kuat dikalangan masyarakat atau kepimpinan mereka diterima oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Contohnya Adun Apas, Datuk Nizam Titingan pada pilihan raya umum yang lalu beliau bertanding atas tiket BN dan mendapat kemenangan. Pada pilihan raya negeri Sabah 2020 beliau sekali lagi bertanding tapi atas tiket Bersatu atau PN pun tetap mendapat kemenangan malah majoritinya bertambah. Begitu juga dengan Datuk Hajiji Noor, Datuk Arifin Arif, Datuk Masidi Manjun dan yang lain juga berjaya mengekalkan kemenangan malah majoriti mereka bertambah.

Yalah mahu bagaimana lagi mencari seorang pemimpin kalau yang sedia telah terbukti berjaya mengangkat martabat masyarakat di kawasan mereka. Jadi tambahkan kekuatan mereka, berikan sokongan padu dan ruang yang seluas luasnya jangan sibukkan mereka dengan hal politik semata mata.

Nampak tak?

Berbalik pada isu pokok hari ini di Sabah, seramai ribu ahli Warisan melibatkan enam cawangan di daerah Tawau bertindak keluar parti dan menyertai parti Bersatu atau GRS.

Borang keahlian mereka diserahkan melalui Ketua Penerangan WARISAN Tawau, Mohd Norfazly Hassan kepada Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Ketua Bahagian BERSATU Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata seramai enam ketua cawangan WARISAN Tawau mengambil keputusan meninggalkan parti lama mereka dan menyertai BERSATU.

“Kita telah menerima kira-kira 1,000 borang keahlian baharu yang terdiri ketua dan ahli daripada enam cawangan parti WARISAN Tawau.

“Mereka secara sukarela menyertai BERSATU Sabah dan tidak mengenakan sebarang syarat kerana menyedari kepimpinan kerajaan sekarang ikhlas membantu rakyat,” katanya.

Majlis kemasukan beramai-ramai diraikan dalam satu Majlis Makan Malam bersama Ketua Menteri merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah bersama pimpinan Bersatu Tawau dan Kalabakan.

Katanya, keputusan mereka menyertai BERSATU sangat tepat kerana parti ini jelas mempunyai hala tuju untuk membawa rakyat dan negeri Sabah ke arah lebih baik.

“Tindakan ini adalah satu yang positif supaya bersama-sama berjuang memperkuatkan kerajaan demi memastikan rakyat sentiasa terbela.

“Banyak kejayaan yang dicapai kerajaan Sabah sekarang ini berbanding semasa WARISAN memegang tampuk kepimpinan negeri,” katanya.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata pemimpin negeri yang ada sekarang adalah mereka yang banyak bekerja berbanding bercakap.

“Ketua Menteri kita kurang bercakap dan membuat berjanji manis, tetapi banyak bekerja serta terus mencipta kejayaan dalam pembangunan negeri.

“Kita lihat sekarang banyak kejayaan yang kerajaan negeri perolehi, malah banyak bantuan-bantuan yang diperkenalkan untuk rakyat.

“Justeru, rakyat di negeri ini harus menyokong kepimpinan kerajaan yang ada supaya lebih banyak pembangunan yang boleh dicapai pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, BERSATU cawangan Tawau juga menerima sebanyak 150 keahlian bersekutu daripada masyarakat cina di daerah ini diketuai Lim Ting Khai.

Saya ucapkan beribu ribu tahniah dan syabas. Sabah Maju Jaya

Bersatu Sabah Berbeza Dengan Bersatu Semenanjung

Berdasarkan kenyataan Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee posisi Bersatu Sabah tidak sama seperti Bersatu Semenanjung atau Nasional, ini berlaku selepas kerajaan negeri Sabah dibentuk melalui gabungan beberapa parti tempatan dan BN yang selepas itu dikenali sebagai GRS-Barisan Nasional.

Bersatu adalah pengasas Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional, namun ada parti dalam Gabungan Rakyat Sabah, GRS tidak menjadi komponen Perikatan Nasional.

Di Sabah sendiri BN bukannya ahli Gabungan Rakyat Sabah, GRS seperti PBS, STAR serta Bersatu. Tapi BN hanyalah rakan sekutu GRS atau dikenali sebagai GRS plus BN.

Oleh itu GRS mengalu-alukan kehadiran parti baru yang mendukung aspirasi GRS itu sendiri. Jangan bimbang, UMNO adalah UMNO manakala GRS adalah GRS.

Ronald Kiandee berkeyakinan rakyat Sabah menerima secara positif Gabungan ini yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Jadi kan selepas ini kalau ada laskar parti baik dari UMNO mahu pun pembangkang yang mengkritik Bersatu Sabah dari konteks pergolakan yang berlaku di Semenanjung atau Nasional. Maka itu hanyalah kritikan semata mata dan yang sia-sia, buang karan kata anak muda dulu kala. Hahaha!

Adun Apas Terima Kunjungan JAPEN

TAWAU: Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjungan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah Cawangan Tawau, baru-baru ini.

Kunjungan yang diadakan di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tawau itu banyak membincangkan tentang penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia di daerah ini.

Komuniti yang akan ditubuhkan itu adalah badan sukarela yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum bagi memupuk nilai murni dan kenegaraan dalam merealisasikan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Gerakan sukarela komuniti akan bertindak sebagai rakan strategi untuk menyampaikan maklumat tentang kenegaraan, perpaduan dan dasar kerajaan kepada masyarakat di daerah ini.

Mahathir Sindir Najib Hidup Bagai Kayangan

(Agenda Daily) – Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Najib Razak yang mengeluarkan bermacam-macam ‘bukti’ berkenaan pajakan tanah di Langkawi untuk disamakan dengan permohonan hartanah RM100 jutanya.

“Nampaknya ada orang yang berbuih mulut tuduh saya dapat macam-macam daripada Kerajaan selepas bersara dari jawatan Perdana Menteri (PM).

“Ada juga dikeluar “bukti” berkenaan pajakan tanah di Langkawi. Pajakan dengan bayaran bukan makna hadiah. Bukan dapat free, diskaun pun tidak.

“Agaknya orang ini cuba nak alih pandangan dari masalah dia ‘tolak’ permintaan dia sendiri untuk dapat hartanah mewah dari Kerajaan. Ada orang beritahu saya mewah tahap kayangan,” katanya menulis di dalam blog beliau, chedet.cc, hari ini.

Tanpa menyatakan siapa yang beliau maksudkan, tetapi dipercayai ditujukan kepada Najib, bekas PM dua kali itu mengakui memajak tanah di pulau berkenaan, tetapi memulangkan semula kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) setelah sewa dinaikkan berkali ganda.

“Saya akui saya pajak tanah. Pajak, bukan minta. Pajak kena bayar. Tak dapat free pun. Saya juga beli dua keping tanah di Langkawi selepas bersara.

“Tidak ada yang saya dapat percuma sebagai hadiah dari Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sebaliknya kos sewaan dinaikkan berkali ganda sehingga saya serah balik kepada LADA, Langkawi,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia disiasat setelah dituduh melakukan ‘salah laku, termasuk ketika beliau mula mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Macam-macam tuduhan yang dibuat tentang “salah laku” saya. Kalau benar dakwa lah. Kalau bersalah hukumlah. Malahan masa saya mula buka mulut pasal 1MDB berbagai usaha nak tuduh saya buat salah dilakukan kepimpinan masa itu. Bila gagal sampai tukang masak saya pun dilucut jawatan. Isteri saya pun turut disoal siasat.

“LHDN pula siasat anak-anak saya. Alhamdulillah, cukai semua dibayar ikut undang-undang dan tak timbul hutang cukai sampai berbilion. Jadi tak perlu mintak pelepasan passport untuk ke luar negara,” katanya menyindir Najib dan anaknya yang berhutang berbilion ringgit cukai LHDN.

Sebelum ini Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi membangkitkan isu permohonan hartanah bernilai RM100 juta di Parlimen.

Najib kemudian menarik balik hasrat memohon hartanah daripada kerajaan dengan mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang berdepan situasi sukar akibat Covid-19.

Sebagai membalas serangan Dr Mahathir, kemudiaannya Najib membangkitkan isu pajakan tanah di Langkawi setelah diserang dalam isu permohonan tanah kerajaan dianggarkan bernilai RM100 juta.

Najib membangkitkan dakwaan tawaran pajakan tanah seluas 34 ekar di Langkawi semasa anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah sebelum ini.

Azalina Orang Luar Jangan Campuri Negeri Orang – Peguam

Kenapa si Azalina macam lelaki yang meroyan tu. Mencampuri urusan negeri walhal dia hanyalah Ahli Parlimen dan penasihat kepada Perdana Menteri. Dan paling penting bukan orang negeri yang dia campuri.

Tidak ada kuasa seorang ahli Parlimen/Persekutuan apa lagi setakat penasihat undang-undang ke atas kerajaan negeri. Pentadbiran negeri diurus oleh kerajaan negeri. Sama ada kerajaan negeri bersetuju dengan syor dari persekutuan itu adalah hak kerajaan negeri.

Sebelum ni si Azalina beretorik kononnya undang-undang lompat parti perlu di perkenalkan termasuk di negeri Melaka.

Cadangan atau syor itu telah mendapat kritikan dari masyarakat Melaka. Seorang Peguam Muhammad Rafique Rashid yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Berkata,

Bahawa Ahli Parlimen Azalina Othman Said telah “melampaui batas” apabila mencadangkan undang-undang anti lompat parti dilaksanakan di Melaka kerana ia adalah urusan kerajaan negeri baharu dan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.

Peguam itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azalina bahawa rang undang-undang anti lompat parti di negeri berkenaan menjadi antara topik yang dibincangkannya dalam mesyuarat dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Mohd .


Si Azalina lupa bagaimana UMNO yang tumbang pada pilihan raya umum 2018 boleh menjadi kerajaan malah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Bukankah dari pergolakan yang dicetuskan oleh ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO hingga berlaku percaturan kedua menyebabkan Datuk Ismail dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Bersatu/PPBM.

Manakala seorang lagi peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata, Azalina adalah “orang luar” dan tidak sepatutnya membincangkan rang undang-undang itu untuk negeri Melaka.

Katanya, mana-mana undang-undang yang diluluskan atau pindaan perlembagaan yang dibuat mesti dirangka dengan teliti bagi memastikan ia tidak diisytiharkan melanggar perlembagaan.

Jaga negeri sendirilah mangkuk oiii, itu tuntutan Sabah dan Sarawak yang ingin berstatus Wilayah, si Azalina buat bodoh pula. Sedangkan Borneonisasi adalah propaganda UMNO di Sabah selepas tumbang pada pilihan raya umum 2018. Membohong lagi!

PAS Sah Guna Logo PN Di Pilihan Raya Negeri Melaka 2021

Seperti yang dijangka PAS akan mempertahankan kerjasamanya dengan parti Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN). Sekaligus menafikan ugutan Kluster Mahkamah yang berselindung di sebalik parti UMNO.

PAS pusat baru saja mengeluarkan kenyataan media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS pusat yang berlangsung hari ini.

Bahwa mereka akan tetap menggunakan logo Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka 2021. Seperti yang disepakati bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan ini juga dibuat selepas merujuk ketetapan yang diambil oleh Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 31 Oktober 2021.

Sebelum ini UMNO melalui Setiausaha Agung UMNO Ahmad Mazlan menyatakan, mereka meneruskan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, tapi dengan syarat PAS menggunakan logo sendiri.

Sedangkan sebelum itu PAS dan Bersatu serta Gerakan telah bersepakat atas nama Perikatan Nasional (PN) menggunakan logo PN dalam pilihan raya negeri ini.

Artikel berkaitan sebelum ini. Admin tidak bohong. Hahaha!

Warisan Kuat Temberang, Siapa Ingin Bekerjasama Dengan Warisan?

Tidak habis-habis pemimpin Warisan ni menemberang walaupun telah ditolak oleh pengundi dan dikantoikan berkali-kali.

Terbaru ketua penerangan Warisan Awang Ahmad Sah Sahari berkata kononnya Warisan tidak melihat keperluan menandatangani memorandum persefahaman MoU bersama Gabungan Rakyat Sabah.

Sepertimana kenyataan Yong Teck Lee sebelum ini yang berpendapat MoU hanya bererti jika melibatkan Parti Warisan.

Sebenarnya kenyataan yang Yong Teck Lee itu hanyalah pendapat peribadinya yang tidak mewakili kerajaan. Yang Warisan ambil kisah sangat, kenapa. Adakah kritikan Warisan ini bertujuan supaya kerajaan GRS membuka pintu kerjasama seluas luasnya pada mereka?

Jangan terasa dan perasan sangat tidak ada pun yang ingin bekerjasama dengan Warisan, sebaliknya wakil-wakil rakyat Parti Warisan yang cerdik pandai bertindak sendiri meninggalkan parti mereka, kerana kini mereka tahu Warisan ini hanya pandai berjanji namun tidak berkemampuan menunaikan janji mereka, walaupun semasa dalam kuasa.

22 bulan menjadi Kerajaan Negeri Sabah, tapi tidak ada satu pun manifesto atau propaganda Parti Warisan yang berjaya di realisasikan yang hanya mampu dilakukan ialah meneruskan apa yang telah dirancang dan diusahakan oleh kerajaan sebelum mereka.

Sebab itulah rakyat Sabah tergelak, bila melihat Menteri atau pemimpin pemimpin Warisan hadir merasmikan prasarana yang disediakan oleh kerajaan yang diketuai oleh Musa Aman sebelum ini.

Pada pemimpin-pemimpin Warisan cukuplah menganggap rakyat Sabah ini bodoh hingga tidak tahu apa yang telah dilalui oleh Warisan. Semasa pilihanraya umum yang lalu Warisan beretorik dengan propaganda Sabah Ubah yang bermaksud Parti Warisan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti daripada Semenanjung. Tetapi pada hakikatnya kerajaan negeri Warisan Sabah tidak terbentuk tanpa kerjasama dari parti Pakatan Harapan yang bertapak di Semenanjung.

Hari ini Warisan telah menyebarkan sayapnya ke Semenanjung itu bererti Warisan tidak lagi layak bercakap pasal perjanjian 1963 seperti pilihan raya umum yang lalu.

Warisan juga tidak menandatangani MoU di peringkat Semenanjung/Persekutuan tidak macam PH, namun dalam masa yang sama mengharapkan peruntukan kerajaan. Adakah juga ini bererti Warisan Semenanjung tidak akan bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah?

Warisan kuat sangat perasaan, kenapa kah?

Adun Segama Keluar Parti Warisan Sertai GRS/Bersatu

Memetik kata kata hikmah Adun Segama Mohamaddin Ketapi bahwa antara sebab keputusannya ialah pembangunan bagi kawasan tersebut. “Segama adalah DUN dan jika saya kekal pembangkang, Segama tidak akan maju,” katanya pada sidang media, di sini. “Bagi Dewan Rakyat, saya belum putuskan, [jadi] saya isytiharkan saya bebas sepenuhnya di peringkat Persekutuan.”

Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan keluar daripada Warisan pembangkang dan menyokong kerajaan GRS yang memerintah.

Untuk lebih khusus yang dimaksudkan dengan kerajaan GRS ialah Adun Segama itu menyertai Parti Bersatu/PPBM.

Tahniah dari admin yang sebelum ini telah menulis banyak berita pasal ahli dan pemimpin Warisan yang keluar parti. Terbaru hingga menjadi perdebatan dikalangan ahli atau jentera Warisan ialah pasal Adun Kunak akan meninggalkan Warisan. Berita ini dinafikan separuh mati oleh laskar Warisan kononnya selepas Adun Sindumin tidak ada sudah wakil rakyat mereka yang meninggalkan Warisan.

Tahu tahu, jiran Adun Kunak yang menyusul. Sikit lagi.

Menurut Adun Segama bukan hanya beliau yang bertindak meninggalkan Warisan tapi akan ramai lagi yang menyusul. Nampak tak?

Apa pun selamat datang ke dunia GRS aka Bersatu. Alhamdulillah.