Malaysia Akan Mendapat Bekalan Dadah Syabu Terbesar Di Asia. Awas! (video) 

Sememangnya pun, sebelum ini admin ada dimaklumkan berhubung pengedaran dadah dikalangan masyarakat yang melibatkan pelabur atau peniaga dari negara China. Mereka membawa sejumlah besar dadah melalui muatan kontena sama ada melalui kapal laut atau kapal terbang. Kalau di Sabah markas mereka terletak di Kota Kinabalu?

Dari situlah, barulah admin menyedari rupanya dadah di bawa dari negara besar China dan bukannya negara jiran Filipina dan pemerintah Filipina menyedari akan hakikat ini, alsebab itulah walaupun mereka membenteras dadah habis habisan tapi mereka tidak berjaya menemui pusat atau markas pemprosesan dadah syabu atau ecstasy dalam jumlah yang besar.

Ini dibuktikan dengan penemuan terbesar dadah oleh agensi anti dadah Arab Saudi yang diseludup dari tanah besar China.  Dadah dalam jumlah yang banyak berjaya ditemui walaupun disembunyikan dalam bekas besar yang tidak disangka sangka. Dipercayai bekas yang berisi dadah itu berjaya dikesan oleh pihak kastam semasa proses memunggah kontena di pelabuhan di negara berkenaan?

Cuba bayangkan, kalau penyeludupan dadah ini terlepas, habis anak remaja di tanah Arab menjadi penagih dadah.

Dan kita rakyat Malaysia harus juga berjaga jaga, ini kerana berdasarkan khabar yang admin terima sebelum ini, penyeludupan dadah secara besar besaran telah lama berlaku. Tapi yang kita dengar hanyalah penangkapan pusat pemprosesan dadah dalam jumlah yang kecil.

Jangan juga lupa, syarikat besar daripada China telah mendapat projek yang berbilion di Malaysia dan untuk makluman mengikut perjanjian yang telah dipersetujui bermula dari tenaga kerja hinggalah ke peralatan besar, semuanya di datangkan dari negara China. Jadi tidak mustahil kalau peluang ini diambil kesempatan oleh pengedar dadah antarabangsa untuk membawa dadah ke Malaysia dalam jumlah yang lebih besar. Supaya semua anak remaja termasuklah anak Menteri menjadi pengedar dan penagih dadah. Siapa tahu, namanya terhasil dari pentadbiran yang lemah dan terikat serta boleh saja hukuman kisas daripada Tuhan selepas beribu anak anak Malaysia menjadi penagih dadah kerana penguatkuasaan yang lemah.

Siapa tahu, Malaysia Akan Mendapat Bekalan Dadah Syabu Terbesar Di Asia?

#politikbolos 

JASA Reka Cerita Kosong – 1MDB

Admin nak cerahkan perihal apa yang dinyatakan oleh seorang pegawai Jasa. 

Kenyataan itu bertujuan menjustifikasikan tindakan negara jiran Singapura yang tidak memanggil Perdana Menteri Malaysia.
Dia berpendapat kalau benarlah PM Najib Razak terlibat dalam skandal 1MDB tapi kenapa PM Najib Razak tidak dipanggil oleh pihak Singapura bagi membantu siasatan. Sedangkan pemerintah Singapura sedang menyiasat tiga rakyatnya yang terlibat dalam transaksi 1MDB.

Kamu ingat pendapat itu, ada kebenarannya kah dan dengan itu PM Najib tidak terlibat dalam skandal 1MDB?

Kamu kena ingat sebelum ini wang 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak bukannya langsung dari 1MDB. Tapi terlebih dahulu dipindahkan atau dicuri oleh orang ketiga melalui urusniaga tipu dengan 1MDB. Yang menjadi isu ialah kenapa wang sejumlah itu berada dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri dan kebetulan pada masa itu hanya 1MDB sebagai anak syarikat kerajaan yang ada melakukan transaksi yang hampir sama.

Sebab itulah ia membawa kepada terbongkarnya skandal 1MDB. Jadi untuk membuktikan yang PM Najib Razak terlibat secara langsung dengan 1MDB, adalah mustahil.

Sama halnya dengan penculikan di pantai timur Sabah. Kalau kita lihat gambar individu yang disyaki sebagai penculik, nampak macam orang yang buta huruf yang mustahil membuat tuntutan yang berjuta. Admin berpendapat hanya untuk menggunakan telefon pun, admin rasa mereka tidak pandai. Apa lagi membuat tuntutan yang memerlukan taktik dan kepandaian. Bererti ada orang ketiga di belakang mereka yang mahir dan agak berpendidikan.

Nah begitu juga kaitannya 1MDB dengan PM Najib Razak. Kalau kita lihat secara kasar, beliau tidak terlibat. Tapi tanpa kuasa seorang Pengerusi atau ketua, wang sebanyak itu tidak boleh dikeluarkan. Jadi tidak ada keperluannya untuk pihak Singapura memanggil PM Najib Razak bagi membantu penyiasatan. Tapi yang pasti hasil siasatan itu akan digunakan bila tiba masanya.

Agensi JASA ni, mereka tidak kecewa sebab tidak dipanggil bagi membantu siasatan kalau betul dipihak yang benar. Malah bergembira. Sebab itulah juga mereka tidak berani mencabar dakwaan atau tuduhan WSJ dan Sarawak Report serta akhbar dari negara jiran yang tidak henti henti mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan skandal 1MDB. 

Jadi jangan perasan ok. 😉

Kenapa PM Najib Razak Cuba Mengeruhkan Hubungan Malaysia, Indonesia? 

Admin kan tidak faham, kenapa PM Najib Razak tiba tiba bersikap sinis terhadap Presiden Indonesia, Jokowi.
Sehinggakan rakaman ucapan PM Najib Razak di perhimpunan solidariti Rohingya tempoh hari telah diangkat oleh Vloggers dari negara jiran dan telah diviral di YouTube, tujuannya untuk membangkitkan rasa marah Indonesiaan terhadap Malaysia.

Kita tahu, semasa PM Najib Razak berucap di perhimpunan Agung 2016, beliau lantang mengkritik pemerintah Myanmar yang berlaku kejam keatas Etnik Rohingya.

Tapi pemerintah Indonesia melihat kenyataan itu agak keterlaluan. Berbanding mereka yang mengambil sikap prihatin tapi biasa.

Walaubagaimanapun baru baru ini semasa PM Najib berucap di perhimpunan solidariti Rohingya. PM Najib Razak lantang membahasakan Jokowi supaya mengikut jejaknya, mengkritik pedas kerajaan Myanmar. Jangan hanya tahu bercakap pasal Ahok.

Seolah olah Presiden atau bangsa Indonesia tidak ada perikemanusiaan terhadap etnik Rohingya.

Kenapa nampak macam ada perselisihan ya. Kenapa pula PM Najib Razak mencampuri politik dalaman Indonesia?

Atau sikap ini adalah taktik halus PM Najib Razak, supaya beliau tidak lagi dikaitkan dengan bangsa Indonesia. Dimana sejak PM Najib Razak membanggakan dirinya sebagai Pahlawan Bugis dari seberang, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak berpuashati. Menyebabkan UMNO semakin ditolak.

Ini kerana pada pendapat rakyat Malaysia, adalah tidak wajar bagi seorang Ketua negara meminta pengiktirafan darjat dari rakyat luar, sedangkan rakyat Malaysialah yang menjadikan dirinya seorang Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa yang sama PM Najib Razak telah merendahkan martabat Ketua Ketua suku atau keturunan bangsawan yang sedia ada di bumi Indonesia. Ini tidak patut!

Kerana takut kehilangan sokongan keatas UMNO, PM Najib Razak cuba menggambarkan pada rakyat Malaysia. Bahwa dia tidak suka pada negara jiran Indonesia dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan di antara dua negara? Tapi yang menjadi mangsa ialah hubungan rakyat masing masing dan sudah tentu telah mengecewakan penyokong UMNO yang berasal dari Indonesia.

Perhimpunan Menolak Penindasan Rohingya Hanyalah Drama Politik – UMNO 

Menteri Luar Indonesia terkejut dengan ketegasan Malaysia dalam menangani krisis dalaman Myanmar. Indonesia kata, mereka biasa biasa saja.

Walhal kalau kita perhatikan, rakyat Indonesia lebih lantang mengkritik kerajaan zalim Myanmar berbanding rakyat Malaysia yang sebenarnya tidak prihatin dalam erti kata yang sebenarnya. Lihat saja sikap masyarakat ini terhadap skandal penyelewengan di dalam 1MDB dan JANS. Mereka hanya buat bodoh. Sedangkan menurut ulama terkenal Dr Maza kegiatan rasuah itu sangat haram bagi orang Islam melebih larangan orang Islam dari memakan Khinzir.

Sepatutnya dalam menangani kemelut kemanusiaan di Myanmar, perhimpunan besar besaran yang dianjurkan oleh UMNO tidaklah cukup, lebih kepada drama politik bagi menarik perhatian masyarakat keatas UMNO. Lagu lama.

Hari ini UMNO akan menganjurkan perhimpunan besar besaran sebagai tanda solidariti keatas etnik Rohingya yang ditindas di negara Myanmar.

Tapi kalau benar ingin membantu, buat macam negara Turki datangkan kapal perang dan pemimpin mereka yang hadir di negara berkenaan bertemu dengan mangsa penindasan.

Malaysia dibawah pentadbiran UMNO ni memang begitu, suka minta puji pada masyarakat luar. Tapi kurang prihatin pada rakyat sendiri.

Ada beribu orang mangsa banjir dan kebakaran tapi sehingga hari ini pemerintah UMNO gagal membina rumah untuk mereka. Begitu juga dengan hak orang asli di negeri Kelantan, hak mereka dinafikan dimana tanah adat di ceroboh sesuka hati dengan memberikan alasan alasan yang tidak masuk akal. Maksud admin, UMNO sebagai pemerintah negara sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan kemelut itu. Kurang kurangkan berlakon di pentas antarabangsa. 😉

Barack Obama Membahasakan PM Najib Razak – 1MDB


Presiden Amerika, Barack Obama ketika berucap di kemuncak persidangan Apec 2016 amat menarik perhatian rakyat Malaysia.

Persidangan Apec kali ini berlangsung di negara Peru bermula dari 19hb hingga 20hb November 2016 ia dihadiri oleh 21 pemimpin negara termasuklah Amerika dan Malaysia.

Menarik perhatian bila Presiden Amerika, Barack Obama menyentuh kegiatan tidak bermoral dikalangan pemimpin anggota hingga menjejaskan perkembangan ekonomi negara itu sendiri.

Barack Obama dalam nada sinis dan mendalam bahwa, “siphon off development funds into Swiss bank accounts because they’re corrupt.”

Bermaksud perbuatan menyalurkan dana pembangunan ke dalam akaun di bank Swiss adalah perbuatan mereka yang rosak atau perasuah.

Umum tahu sebelum ini portal WSJ banyak melaporkan kegiatan penyelewengan di dalam 1MDB dan kaitannya dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak?

Pada bulan Julai, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang sivil untuk merampas aset termasuk hartanah di Los Angeles dan New York, yang bernilai $ 3.5 bilion, dipercayai datang dari dana 1MDB. Peguam negara Swiss juga telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Singapura bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung dana dari 1MDB yang dipindahkan ke Swiss bank dengan cara yang haram.

Kerana itulah rakyat Malaysia mengaitkan ucapan kemuncak Barack Obama itu dengan PM Najib Razak?

#politikbolos 

Rodriguez Duterte Mendapat Pujian Dari Queen Elizabeth

Admin suka kongsi, kebijaksanaan pemimpin pemimpin jiran, supaya pemimpin kerajaan Malaysia sedar diri. Bahawa kini mereka ketinggalan di belakang, perlu ada anjakan pemikiran yang lebih murni.

Corak berfikir macam dalam buku teks tu sudah tidak relevan. Tidak ada beza dengan jentera UMNO yang sering berlagak bijaksana dalam hal politik. Ingat saja sebelum ini, seorang pakar politik dari Malaysia berpendapat, tindakan Presiden Filipina kononnya salah atau tidak bijaksana. Salah? sedangkan dengan berbuat demikian negara itu akan maju dalam erti kata yang sebenarnya. Benar benar melihat kepada kesulitan rakyatnya.

Bukan macam kita, sikit sikit negara bangsa tapi semakin hari semakin menghimpit baik dari konteks ekonomi dan soial.

Sekejap lagi, dek kerana pendapat diatas akan ada tu jentera UMNO yang menghalau admin keluar dari Malaysia. Dia ingat Malaysia ini bapa dia punya. Tolol tolol pun bercakap pasal politik. Kadang kadang bikin geli, bila mereka bercakap soal politik. Sungguh!

Berita antarabangsa BBC, menulis Queen Elizabeth dua memuji kebijaksanaan dan keberanian Presiden Filipina, Rodriguez Duterte dalam mengurus negaranya. Kita tahu, pentadbirannya membenteras habis habisan kegiatan jenayah terutamanya berkaitan dadah dengan membunuh mereka secara terbuka. Malah masyarakat juga beliau libatkan sebagai mata mata dan pembunuh upahan.

Begitu juga dengan kegiatan rasuah, dengan nada serius beliau merayu agar rakyatnya menampar mana mana kakitangan kerajaan yang meminta rasuah. Ingat tu, merayu.

Klik link dibawah 👇 👇 👇 untuk berita yang lebih lanjut,

Elizabeth puji Rodriguez Duterte 

#politikbolos #sabahubah 

Apa Barang Soros Mencampuri BERSIH. Alahai

Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan “siapa” dibiayai dan “kenapa”. Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

Sumber Malaysiakini.

Kenapa pula Soros dilibatkan tu. Yang kita dakwa sebelum ini ialah Soros akan menyerang ekonomi Malaysia, kerana selama ini tidak ada individu yang terkecuali dari hukuman sebab terlibat dalam aktiviti penggubalan wang haram, apa lagi kalau berlaku di Amerika.

Bukan mencampuri urusan sekecil perhimpunan Bersih atau membiaya Malaysiakini dan Merdeka Center.

Mungkin Soros pun tahu yang terlibat dalam perhimpunan itu bukannya ahli atau penyokong UMNO. Jadi buat apa dia menyusahkan dirinya. Begitu juga portal Malaysiakini dan Merdeka Center, portal ini tidaklah hebat mana, tak kan berbelanja sampai berbilion yang datang dari Soros.

Atau kalaupun benar, apa juga masalahnya. Bukan kah UMNO juga melakukan perkara yang sama, menerima derma berbilion dari pihak yang tidak jelas, dimana sehingga kini tidak ada pihak yang berani membuat pengakuan. Tapi sekarang baru sibuk, ingin mengubal undang-undang yang melibatkan parti parti politik.

Apa lagi Bersih adalah gerakan luar politik, bagi memastikan pilihanraya di negara ini diproses dengan jujur, tidak ada lagi unsur unsur penipuan.

Ini UMNO persis rejim yang zalim. Orang buat tidak boleh, mereka buat boleh pula walaupun berniat jahat.

Kalau tohmahan memburukkan Soros diteruskan tidak hairanlah kalau apa yang kita ramalkan, akan benar berlaku. Dimana ekonomi Malaysia akan diserang oleh Soros. Seperti mana artikel sebelum ini,

Malaysia Terjebak Dalam Kancah Politik Antarabangsa 

#politikbolos

Malaysia/UMNO Terjebak Dalam Kancah Politik Antarabangsa. 

E-mel terkini yang diselongkar oleh Wikileaks mendedahkan terdapat usaha untuk melobi pentadbiran Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri mereka daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini didedahkan dalam pertukaran e-mel antara jurucakap Soros Fund Management (SFM) Michael Vachon dan pengerusi kempen calon presiden 2016, Hillary Clinton iaitu John Podesta.

Perbualan antara Podesta dan Vachon berkisar pada memo yang ditulis oleh felo Open Society Global, John Pang, yang antara lain menggesa pentadbiran Amerika untuk “menjarakkan diri” daripada Najib.

Dalam e-mel 6 Mac dengan tajuk “Memo John Pang”, Vachon memberitahu Podesta: “Dan saya fikir George akan mahu bercakap tentang perkara ini, antara lain”.

Sumber Malaysiakini.

Malaysia aka UMNO sudah terjebak dalam kancah permainan politik dunia. Melibatkan aktor aktor yang berpengaruh.

Admin yakin kalau gerakan ini tidak berjaya, plan B akan dilakukan yakni dengan menyerang ekonomi Malaysia. Tuntutan hutang negara secara paksa akan dibuat sehingga Malaysia terpaksa menambah hutang, mengakibatkan  ekonomi semakin tenat. Macam Greece, jangan main main oh. Itu Soros ahh  yang pernah merosakkan ekonomi Indonesia hingga memaksa negara itu berhutang pada INF.

Kita mahu tengok sejauh mana pakar pakar UMNO menepis serangan itu nanti. Paling tidak akan menyerahkan sebahagian negara ini kepada aktor supaya serangan dihentikan. Tengoklah nanti.

#politikbolos #sabahubah

Dr M dan Wartawan BBC – PM Najib (1MDB)

Dr M bercakap mengenai PM Najib Razak dan 1MDB di hadapan wartawan BBC News.

PM Najib Razak telah meletakkan Malaysia di tahap yang paling bawah hingga menjadi bualan masyarakat antarabangsa. Kemana saja Dr M pergi pasti ada yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia.

Ini kerana PM Najib Razak telah disyaki terlibat dalam skandal penyelewengan di dalam 1MDB. Tapi cuba dipertahankan dengan mengawal semua sistem yang ada di dalam negara, termasuklah ahli UMNO sendiri tidak dibenarkan bercakap mengenai aktiviti penyelewengan 1MDB dan wang 2.6 bilion yang dipercayai berada dalam akaun peribadi PM Najib Razak.

Dan banyak lagi dengarkan rakaman video di bawah,

Sebelum ada yang menonton rakaman ini, cuba ingat balik apa saja penafian atau alasan yang telah dilontarkan oleh beberapa Menteri bagi menutup skandal 1MDB. Ternyata tidak ada kebenarannya kan. Semua itu hanyalah omong kosong.

Apa lagi dari kalangan CyberTrooper UMNO, entah dari mana mereka mendapatkan sumber. Mereka ingat masyarakat ini tidak pandai berfikir. Kalau benarlah apa yang dakwa, sudah tentu pasti digunapakai oleh kerajaan atau Menteri, supaya PM Najib Razak bersih dari segala tuduhan. Hakikatnya mereka syok sendiri. Sebab itulah hanya dikalangan mereka yang bersetuju. Bikin malu. 

#politikbolos #sabahubah 

Ketua Pemuda UMNO Sabah Lari Ke Hong Kong – JANS? 

Berita sebelum ini, semasa skandal JANS sedang memuncak. Admin beritakan seorang Ketua Pemuda UMNO daripada Sabah terbang ke Kuala Lumpur bagi mengelak dari disiasat oleh SPRM.

Tapi rupanya tidak berhenti di situ dia meneruskan penerbangan ke negara Hong Kong. Di Hong Kong mereka membuat dua kerja, satu sudah tentu lari dari SPRM yang kedua mengatur transaksi hasil rompakan. Sama ceritanya dengan M.Chia.

Persis seorang Mafia. Merompak di Sabah, hasil rompakan di pindahkan ke luar negara.

Kita tahu pada hari ini seramai 19 orang pegawai JANS diperingkat bahagian atau daerah telah dicekup menyebabkan wang sebanyak RM2.4 juta telah berjaya dirampas.

Ada yang tahukah siapa sebenarnya Ketua Pemuda UMNO dari Sabah berkenaan? 

#politikbolos #sabahubah