Rakyat Malaysia Muak Dengan Perhimpunan Bersih – PM Najib Razak 

Seperti yang admin katakan sebelum ini, pemimpin UMNO akan terus membuat kenyataan yang berbalik. Kalau anda cakap A, UMNO akan cakap B, supaya anda terus dilihat membuat kerja yang kononnya bodoh lagi tidak menguntungkan rakyat itu sendiri.

Sebelum ini admin mengkritik kenyataan Salleh Said sebab menyalahkan Dr M ekoran kehadiran Bersih 5 yang kurang memberangsangkan berbanding Bersih 4 yang mencecah 500 ribu. Walhal UMNO tahu, sejak dari awal lagi mereka mengeluarkan banyak amaran keras agar jangan hadir di perhimpunan Bersih 5 jika tidak tindakan akan di ambil. Kerana itulah kehadiran di Bersih 5 agak kurang berbanding Bersih 4.

Untuk makluman beberapa hari sebelum Perhimpunan Bersih 5 berlangsung, Ketua Bersih, Maria Chin Abdullah telah ditangkap dan ditahan reman lebih dari empat hari.

Alih alih, keluar pula kenyataan dari PM Najib Razak berhubung Perhimpunan Bersih 5. Beliau kata, orang ramai sudah muak dengan perhimpunan Bersih. Alsebab itulah kehadiran orang ramai di Bersih 5 tidak menggalakkan.

Nampak, pemimpin UMNO sering menghidangkan anda dengan kenyataan kenyataan yang mampu menterbalikkan jantung anda? 😉

Menurutnya lagi, apa yang dilaungkan oleh Dr M berhubung Ekonomi negara yang semakin gawat semasa berucap di Perhimpunan Bersih 5, hanyalah cakap cakap politik yang tidak ada fakta.

Nampak tak? UMNO akan terus mengeluarkan kenyataan yang berbalik seolah olah anda sebagai rakyat Malaysia tidak ada deria rasa. Tidak merasa himpitan kehidupan yang semakin buruk dan macam macam lagi gara gara kegagalan mengurus ekonomi dengan baik selain penyelewengan yang melibatkan wang rakyat.

Jangan lupa dengan kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak, sedangkan Malaysia adalah pengeluar dua bahan berkenaan. Ini kerana antara lain yang menyebabkannya ialah kerana nilai ringgit telah jatuh berbanding dolar Amerika. Jadi bila kita berurus berniaga, kita terpaksa membeli dengan harga yang mahal kerna bahan berkenaan di proses diluar negara. Apa ini bukan kegawatan ekonomi yang telah menyusahkan kehidupan rakyat dan Dr M bercakap bohong?

#politikbolos

Bukan Hanya Rafizi, Arul Juga Kena Dipenjara. 

Rafizi Ramli didapati bersalah dan akan menerima hukuman penjara selama 18 bulan, hukuman berkuatkuasa bermula kelmarin.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman berkenaan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun rayuan akan dibuat.

Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman atau muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sedangkan pada hakikatnya dalam laporan itu mencatatkan adanya unsur penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Sekaligus laporan itu boleh diangkat sebagai satu bukti kukuh.

Satu admin mahu tanya, bagaimana pula andai laporan yang didedahkan itu menunjukkan perkara yang positif atau kejayaan mengurus 1MDB dengan baik. Masih kah iya dianggap satu kesalahan?

Seperti contoh, pada masa yang sama Arul Kanda CEO 1MDB mencanang hingga keluar negara perkara yang bertentangan dengan laporan yang dibocorkan oleh Rafizi Ramli, dimana seolah olah tidak ada penyelewengan yang berlaku. Bukan kah perbuatan memutar belit laporan adalah satu kesalahan yang nyata?

Selepas ini, nampaknya pembangkang kenalah memelihara sekumpulan hantu raya yang pandai berpolitik yang mampu mendedahkan salahlaku pemerintah dengan demikian UMNO tidak boleh mengheret hantu berkenaan ke muak pengadilan. 😉

Isunya disini bukan soal akta yang telah dilanggar tapi apa yang telah didedahkan oleh Rafizi yang mana 1MDB telah kantoi selepas melesapkan wang rakyat sehingga RM50 bilion. Ini dia punya point.

(gambar, keputusan mahkamah yang mensabitkan Rafizi telah dipaparkan di skrin bergerak di luar negara)

#politikbolos

Published
Categorized as 1MDB, PKR, UMNO

Shafie Apdal Hadir Membuat Keterangan – Bukit Aman 

Apa yang dimaksudkan dengan demokrasi yang berperlembagaan? Maksudnya ialah dalam demokrasi itu sendiri ada undang-undang yang telah digubal dan mesti dipatuhi oleh semua pihak tidak ada yang terkecuali termasuklah tuan Speaker.

Seperti contoh kemuliaan dewan rakyat, kekebalan ahli Parlimen dan sebagainya. Bila sudah kebal malah bercakap di dalam dewan. Apa lagi yang bertentangan dengan perlembagaan?

Begitu juga dengan demokrasi berparlimen yang menjadi amalan, bermaksud rakyat terlibat dalam
sistem pemerintahan Negara yang diwakili oleh Ahli Parlimen dan Raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.

Jadi kenapa hujah Datuk Shafie Apdal di sidang Parlimen (dewan rakyat) baru baru ini dianggap telah membocorkan rahsia negara. Rahsia apa yang telah dibocorkan pada musuh negara? Bukan kah hujahnya berhubung satu syarikat yang telah merugikan rakyat Malaysia. Klik link dibawah sebelum ini admin ada mempersoalkan tindakan tuan Speaker dewan parlimen, 

Pandikar Amin halang hak rakyat 

Dewan Rakyat adalah dewan dimana para ahli Parlimen membincangkan pelbagai isu yang akhirnya menjadi dasar. Mempersoal penyelewengan di dalam 1MDB adalah juga bertujuan menjaga dasar supaya sentiasa menguntungkan rakyat. Ini UMNO kena ingat.

Satu hal, andai kata pada masa Datuk Shafie Apdal berhujah berkaitan 1MDB, tapi tidak ada liputan media yang merakamkan perjalanan sidang. Apa hujahan pada masa itu boleh ditafsirkan telah membocorkan rahsia negara? Kalau ya, jangan buat siaran langsung.

Satu lagi hal, bagaimana berpolitik membangkang kalau tidak boleh mendedahkan kesalahan pihak lawan?

Oleh kerana itu ada baiknya sistem pilihan raya di negara ini dimansuhkan saja. Ada lagi faedahnya, dapat menjimatkan wang rakyat.

Kelmarin Datuk Shafie Apdal telah hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan setelah kononnya dibuatkan laporan Polis oleh dua NGO cari makan. Ekoran hujahnya di Dewan Parlimen.

Ini UMNO semakin hari semakin memelikkkan. 

#politikbolos 

Polis Siasat Muhyiddin, Shafie dan Ahmad Husni – Polis Jangan Pilih Bulu 

Pihak Polis akan membuka siasatan ke atas tiga bekas pemimpin UMNO yang lantang mencari kebenaran demi rakyat dan negara.

Setelah dua NGO iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung apa yang mereka tohmah sebagai telah membocorkan rahsia negara.

Rahsia negara yang dimaksudkan ialah bila tiga bekas pemimpin UMNO terdiri dari Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Ahmad Husni Hanadzlah, mantan Menteri Kewangan kedua berhujah di sidang Parlimen dengan membuat persoalan yang lebih lanjut perihal penubuhan dan perjalanan 1MDB yang dipercayai telah menyebabkan kerugian kepada rakyat Malaysia, sehingga menanggung hutang yang bilion tapi sampai saat ini 1MDB tidak berjaya menjana pendapatan malah dikhuatiri akan terus menambah hutang.

Kita sedia maklum, sudah menjadi tugas pihak Polis akan membuat siasatan berdasarkan laporan yang dibuat. Ini admin puji, tapi pastikan tidak pilih bulu. Supaya kredibiliti agensi keselamatan senantiasa berada di tahap yang paling tinggi.

Seperti contoh, pada 01hb Oktober 2015 admin dan beberapa individu dari Semenanjung telah membuat laporan polis secara berasingan terhadap PM Najib Razak sebab kami mengesyaki beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melalui 1MDB. Tapi sehingga saat ini, tidak ada pula berita yang pihak polis ada memanggil PM Najib Razak untuk disoal siasat. Tapi kalau kegagalan ini kerana tidak mendapat kebenaran dari Peguam Negara, itu kita akur. Biar rakyat yang menilai.

Berbanding laporan Polis yang dibuat oleh dua NGO di atas. Sedangkan kebanyakan perkara yang didedahkan oleh tiga bekas pemimpin UMNO itu sebenarnya telah lama dicanang oleh pihak luar atau WSJ dan Sarawak Report serta mantan Peguam Negara, Gani Patail tapi tidak ada tindakan yang dikenakan. Janji dari pihak 1MDB akan mengambil tindakan undang-undang pada hari Selasa, tapi sehingga hari ini tidak berlaku.

Apa beza NGO dengan masyarakat atau siapa NGO tanpa masyarakat. Entah entah itu NGO cari makan?

Perlu diingat, pemimpin adalah public figure bukan seperti admin masyarakat biasa yang tidak wajar disiasat kalau artikel itu berhubung salah laku pemimpin yang kami berikan mandat. Tapi sebaliknya kalau kami yang membuat laporan polis terhadap pemimpin atau public figure.

Tahukah anda di Amerika, Donald Trump mendakwa bahawa Hillary Clinton telah menggunakan email peribadi untuk berurusan rasmi berdasarkan laporan FBI. Tapi tidak pula Hillary Clinton membuat laporan Polis, malah sebaliknya mencabar agar Donald Trump mendedahkan apa yang terkandung di dalam email berkenaan. 😉

#politikbolos

Pandikar Amin Melanggar Hak Rakyat Yang Mencari Kebenaran

Baca keratan di atas, jelas Tuan Speaker cuba melindungi individu MO1. MO1 adalah merujuk kepada seorang pemimpin yang berjawatan paling tinggi di dalam UMNO tapi didakwa telah terlibat dalam penyelewengan wang rakyat melalui syarikat 1MDB. Admin dikhabarkan syarikat ini hanya ada seorang pekerja yang berjawatan CEO, Arul selain pemilik 1MDB itu sendiri yakni MO1.

Sepanjang syarikat ini beroperasi, negara telah mengalami banyak kerugian telah mencecah RM42 bilion. Oleh kerana itulah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan mantan Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah lantang meminta penjelasan dari kerajaan UMNO supaya dengan demikian ada pihak yang dapat dipertanggungjawabkan.

Kalau 1MDB dibiarkan terus beroperasi maka hutang negara akan terus bertambah. Untuk perhatian, bagi 1MDB menambah hutang adalah satu kemestian, kerana terpaksa menampung bunga hutang yang perlu dibayar, dimana 1MDB terpaksa berbelanja sebanyak RM2.7 bilion setahun hanya untuk membayar bunga hutang yang lebih dari RM42 bilion sejak enam tahun yang lalu. Sedangkan dalam masa yang sama 1MDB tidak menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh menghasilkan wang. Walaupun cukup setakat untuk membayar bunga hutang 1MDB.

Percayalah, sikit hari lagi Malaysia akan menyerupai negara Greece, muflis gara gara penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin politik yang memerintah.

Yang memelikkkan, kenapa pula Tuan Speaker, Pandikar Amin Mulia beriya iya mempertahankan 1MDB. Walhal larangan itu bertentangan dengan prinsip kebenaran yang wajib dihormati dalam sistem demokrasi. Seperti mana keterangan pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari yang mengingatkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.

“Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.

“Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”

Sekarang ada dua isu, satu ketelusan sistem demokrasi yang ditanggung oleh dewan sidang tapi dinodai dan yang kedua masa depan negara yang diabaikan.

#politikbolos #sabahubah

Pendedahan Terbaru Keatas 1MDB – Shafie Apdal 

Datuk Seri Shafie Apdal ketika berhujah di sidang Parlimen kali yang keempat tahun 2016.

Mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa bangga pada bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebab turut mempersoalkan hala tuju 1MDB. Yang kita pun tahu, 1MDB adalah syarikat pelaburan negara yang bermasalah dan telah mengorbankan berbilion ringgit wang rakyat Malaysia.

Di samping itu Datuk Shafie Apdal juga terus mempersoal dan mendedahkan perkara baru yang berlaku di dalam 1MDB dimana beberapa khazanah dan harta awam seperti  hospital dan lain lain telah dijual dan disimpan sebagai cagaran hutang tapi sehingga hari ini sikit pun 1MDB tidak menguntungkan rakyat Malaysia tidak seperti Proton dan MAS. 

Dengarkan rakaman dibawah (rakaman ini telah admin padatkan bagi mengurangkan penggunaan data pembaca) 

#politikbolos #sabahubah 

Dr M dan Wartawan BBC – PM Najib (1MDB)

Dr M bercakap mengenai PM Najib Razak dan 1MDB di hadapan wartawan BBC News.

PM Najib Razak telah meletakkan Malaysia di tahap yang paling bawah hingga menjadi bualan masyarakat antarabangsa. Kemana saja Dr M pergi pasti ada yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia.

Ini kerana PM Najib Razak telah disyaki terlibat dalam skandal penyelewengan di dalam 1MDB. Tapi cuba dipertahankan dengan mengawal semua sistem yang ada di dalam negara, termasuklah ahli UMNO sendiri tidak dibenarkan bercakap mengenai aktiviti penyelewengan 1MDB dan wang 2.6 bilion yang dipercayai berada dalam akaun peribadi PM Najib Razak.

Dan banyak lagi dengarkan rakaman video di bawah,

Sebelum ada yang menonton rakaman ini, cuba ingat balik apa saja penafian atau alasan yang telah dilontarkan oleh beberapa Menteri bagi menutup skandal 1MDB. Ternyata tidak ada kebenarannya kan. Semua itu hanyalah omong kosong.

Apa lagi dari kalangan CyberTrooper UMNO, entah dari mana mereka mendapatkan sumber. Mereka ingat masyarakat ini tidak pandai berfikir. Kalau benarlah apa yang dakwa, sudah tentu pasti digunapakai oleh kerajaan atau Menteri, supaya PM Najib Razak bersih dari segala tuduhan. Hakikatnya mereka syok sendiri. Sebab itulah hanya dikalangan mereka yang bersetuju. Bikin malu. 

#politikbolos #sabahubah 

Dua Pegawai Bank Terdakwa Di Singapura – 1MDB 

Bekas naib presiden kanan BSI Singapura Yak Chee Yew didakwa oleh pihak Polis melakukan pemalsuan dokumen dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Ketika berkhidmat di bank berkenaan Yak juga bertanggungjawab sebagai pegawai yang mengendalikan perhubungan antara BSI Singapura dengan syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia 1MDB.

Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura turut memfailkan dakwaan sama ke atas bekas pengarah bank itu, Yvonne Seah.

Sumber Malaysiakini.

Di negara jiran Singapura, individu yang terbabit dalam urusniaga 1mdb sedang didakwa. Di Malaysia yang menjadi punca masalah tapi sehingga hari ini tidak ada seorang pun yang didakwa. Apa lagi melibatkan orang orang politik.

Kawan kawan nampak tak, jauh mana sudah negara ini menyimpang. Baik dari konteks 1mdb atau saja dari konteks penguatkuasaan dan perundangan.

Sekaligus dengan ini, Singapura telah membenarkan semua dakwaan portal WSJ dan Sarawak Report yang sebelum ini lantang mendedahkan penyelewengan melibatkan wang rakyat Malaysia di dalam 1MDB. Tapi disangkal oleh pemimpin pemimpin UMNO sebagai tuduhan yang berniat jahat, untuk membinaskan Malaysia.

Apa yang ada pada Malaysia untuk dibinasakan. Sedangkan Malaysia ini kalau tidak berniaga dengan Amerika boleh saja kita tidak mengenali apa itu pembangunan.

Nah sekarang, siapa sebenarnya yang memfitnah tak kan Singapura sebagai negara maju tidak boleh membezakan dakwaan dakwaan yang berbau fitnah.

Mohon pada Menteri Menteri yang sebelum ini cuak menafikan WSJ dan Sarawak Report tampil membuat kenyataan berdasarkan perkembangan terbaru ini?

#politikbolos #sabahubah