Musa Aman Ada Majoriti Mudah Boleh Bentuk Kerajaan Negeri Sabah

Sekali lagi atau ini ialah kesinambungan dari cerita panas minggu lepas yang parti memerintah negeri Sabah akan bertukar tangan dan beberapa dakwaan retorik dari dua atau tiga wakil rakyat Warisan kononnya mereka telah ditawarkan.

Hari ini Tan Sri Musa Aman bersama Wakil-Wakil Rakyat yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) telah mengadakan sidang media. Memaklumkan bahawa kini mereka mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri menggantikan parti Warisan dan sekutunya.

Adun yang telah menandatangani SD datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan UMNO.

Selepas ini mereka akan menghadap TYT bagi menyerahkan dokumen akuan bersumpah (SD) berkenaan.

Selepas Keputusan Salah Najib. Ahli-ahli Parlimen BN Bertemu Dengan PM Muhyiddin

Selepas peristiwa semalam yang memperlihatkan Najib Razak didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan berhubung skandal SRC yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.

Sejurus keputusan Mahkamah Tinggi itu Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi menerusi rakaman video telah membuat kenyataan yang agak sinis menggambarkan UMNO akan membatalkan kerjasama mereka dalam Perikatan Nasional.

Hari ini Ahli Parlimen Barisan Nasional mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Parlimen.

Kita tunggu dan lihatlah. Apa agaknya yang mereka bincangkan. Jangan sampai merugikan UMNO kerana UMNO akan berseorangan, kesian juga nanti kan. Terutama UMNO Sabah ni mana boleh bersaing atau bangkit tanpa kuasa dan populariti yang ada pada PPBM Sabah (Bersatu)

Lihat sahaja manifesto UMNO Sabah, Bung Moktar. UMNO Labuan sendiri menolak manifesto untuk mengembalikan Labuan kepada Sabah. Bukan hanya UMNO Labuan yang menolak, masyarakat Sabah juga menolaknya kerana dikira manifesto seperti itu sudah tidak relevan, ditambah yang membawanya adalah UMNO, parti yang tidak sesuai.

Namun begitu admin yakin UMNO tidak akan tegar membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional kerana mereka pun sedar dan pandai mensyukuri. Mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi hari ini menjadi kerajaan ataupun sebahagian daripada kerajaan.

Jangan UMNO mengambil kira pendapat Cybertroper UMNO yang emosional kerana apa yang menimpa Najib. Nanti masyarakat membenarkan bahawa sememangnya UMNO adalah parti sejak dari dulu tidak berani berubah iaitu mengakui kelemahan diri dan mengakui kelebihan orang lain.

Masih ada beberapa pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah ini sudah tentu telah menjejaskan sokongan masyarakat terhadap UMNO itu sendiri. Jadi kalau mereka keluar daripada Perikatan Nasional maka parti PPBM, PAS dan Parti Parti Tempatan Sabah akan kelihatan terlalu bersih sedangkan UMNO waktu itu akan kelihatan terlalu kotor. Jadi jangan tinggalkan Perikatan Nasional (PN)

Apapun kita tunggu apa agaknya isu yang dibawa oleh Presiden UMNO dan apa keputusan mereka.

Najib Bersalah Skandal SRC Sekaligus Ingatan Buat Warisan

Hari ini adalah perbicaraan akhir bagi skandal SRC melibatkan dana RM42 juta keatas Najib Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Najib Razak didapati bersalah menyalahgunakan kuasa melibatkan dana RM42 juta yang dipinjam daripada KWAP atas nama SRC Sendirian Berhad.

Keputusan dibuat selepas Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.

Najib berdepan dengan 67 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Najib boleh dikenakan sehingga 20 tahun penjara dan denda minimum 5 kali ganda nilai rasuah atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana yang lebih tinggi.

Najib masih ada satu peluang melalui Mahkamah Rayuan. Sebelum menjalani hukuman penjara 20 tahun.

Ketika artikel ini dicatatkan ada lagi lima atau enam keputusan yang belum disebut oleh Hakim.

Moralnya adalah inilah keadilan, ini juga membuktikan sistem kehakiman di Malaysia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Yang bersalah akan dipertanggungjawabkan yang tidak bersalah akan dilepaskan.

Selepas ini jangan lagi ada di kalangan penyokong parti atau pemimpin yang suka menyalahkan sistem kehakiman di negara ini jika keputusan itu tidak memihak mereka. Walaupun keputusan itu dibacakan oleh Mahkamah Rayuan.

Khususnya macai-macai Parti Warisan bila satu satu keputusan Mahkamah itu tidak memihak, maka mereka akan katakan sistem keadilan telah dipolitikkan. Begitu juga bila agensi seperti SPRM dan LHDN menyiasat mereka. Kepala otak berjambul. Haha!

Apa Macam Ni Belum Apa Sudah Sujud Minta Dana Dari Federal

Macam mana Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew belum apa-apa lagi sudah merayu agar dana tambahan dari Persekutuan diberikan bagi menyokong ataupun memulihkan sektor pelancongan di Sabah.

Dulu cakap bukan main Sabah kononnya boleh hidup maju tanpa bantuan daripada Persekutuan. Memandangkan Sabah akan menerima beratus juta pelancong dari luar negara.

Pada ketika itu masyarakat ingat kerajaan negeri sudah bersedia dari sebarang kemungkinan, rupanya setakat kenyataan bagi menggambarkan seolah-olah Sabah telah maju terutamanya dari sektor pelancongan. Sekali Covid 19 datang terus mati kutu. Nampak sangat tidak ada perancangan didalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Kerana keyakinan dan ego yang tinggi Sabah atau pun Warisan berani mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sekarang apa yang mereka rasakan?

Baru-baru ini pun Ketua Menteri Sabah semasa berucap di Keningau sekali lagi menegaskan bahawa Sabah tidak memerlukan bantuan daripada Persekutuan bagi membina prasarana seperti jalan kereta api dan sebagainya, sudah tentu.

Itulah ego sangat walhal kamu tu parti atau kerajaan yang baru berumur setahun jagung. Patutnya kamu terus penyokong Federal bukan sebaliknya beriya-iya mengemukakan usul undi tidak percaya.

Macam orang yang hilang ingatan, lupa bagaimana kerajaan Warisan dibentuk. Tapi ada hati mengusulkan undi tidak percaya.

Bantu Rakyat Sabah Tugas Negeri. Pembangkang Memerhati Salah Kami “Ketuk”

Terlampau pula hujah Presiden Warisan tu. Seolah-olah Wakil Rakyat daripada Perikatan Nasional tidak bertanggungjawab keatas masyarakat di kawasan mereka.

Dia kata begini ketika rakyat memohon agar kerajaan membantu mereka sebaliknya sebahagian pemimpin PN lebih berminat untuk membeli wakil akyat Sabah dan cuba menggugat kestabilan politik.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya di luar sana banyak rungutan berkenaan wakil rakyat Warisan yang di kritik lembab. Kalau ada pun aktiviti yang dijalankan ia hanyalah ibarat melepaskan batuk di tangga. Berbanding wakil rakyat daripada Perikatan Nasional hampir tidak ada rungutan yang kedengaran apalagi mereka memang berkemampuan sebelum menjadi wakil Rakyat.

Apa yang hari ini masyarakat Sabah nampak hanyalah kini wakil Rakyat Warisan memakai kereta mewah, tayar dari jenis yang mahal, pakaian anak bini dari yang berjenama walhal sebelum menjadi YB habuk pun tidak ada. Sebab itu rakyat tergelak bila ada jentera Warisan yang mengangkat wakil rakyat Warisan sebagai berintegriti dan bermaruah. Hahaha!

Soal kononnya wakil rakyat Warisan bermaruah kerana tidak boleh dibeli itu hanyalah kebetulan sebab tanpa Shafie yang menjadikan mereka calon mereka bukan siapa siapa. Apa lagi memakai tayar mahal yang berjenama. Terpaksa lah setia pada parti Warisan.

Jangan pula ada yang lupa pihak yang paling bertanggungjawab ke atas masa depan keseluruhan masyarakat Sabah tanpa mengira fahaman politik ialah kerajaan negeri Sabah iaitu Parti Warisan dan komponennya. Bagaimana mereka melakukannya itu terserah pada kerajaan negeri dan jangan pernah mengharapkan pujian daripada pembangkang.

Tugas hakiki pembangkang ialah memastikan pentadbiran kerajaan negeri berada di landasan yang benar jika sebaliknya maka pembangkang berhak menukar kerajaan dengan apa cara sekalipun asalkan tetap mengikut lunas lunas demokrasi.

Jadi tidak timbul persoalan kononnya pihak Perikatan Nasional di negeri Sabah hanya berminat membeli wakil rakyat dan cuba gugat kestabilan politik.

Siapa juga yang membeli Wakil-Wakil Rakyat? Sudah ada yang berlaku ke? masej yang diviralkan oleh Wakil-Wakil Rakyat Warisan itu mereka sendiri pun tidak tahu siapa sebenarnya yang menghubungi mereka.

Jadi hentikan tuduhan yang melulu seperti itu. Siapa tahu kerana kebanyakan Wakil Rakyat Warisan sebenarnya bukan pemimpin sebab itu mereka tidak tahu bagaimana politik berjalan. Maka tidak mustahil ada pihak tertentu yang sengaja mempermainkan mereka.

Labuan Manifesto UMNO Sabah Biar Betul

Lama-kelamaan orang-orang Sabah akan nampak tidak berharga dan hingusan walaupun sudah melakarkan pelbagai sejarah politik dan telah merdeka begitu lama. Bila mana mereka menjadi tempat parti parti politik menabur janji bulan dan bintang mereka.

Seperti mana dalam pilihanraya yang lepas segelintir masyarakat Sabah termakan manifesto bulan dan bintang Parti Warisan. Salah satu janji itu ialah menukar tanah Felda Plantation menjadi skim Peneroka. Apa sudah status janji politik ini?

Alsebab itulah sebaik-baiknya sebelum janji dijadikan manifesto buat dulu kajian yang mendalam, sama ada ia boleh direalisasikan atau tidak. Bukannya tiba tiba muncul setelah menjadi bahan cerita jentera jentera parti di kedai kedai kopi.

Seperti mana pengumuman terbaru Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin. Bahawa antara manifesto UMNO Sabah di pilihanraya yang akan datang ialah memulangkan Labuan kepada Sabah.

Semacam tidak mengambil kira pendapat Bersatu Sabah dan PAS serta parti tempatan lain yang juga menjadi kompenan Perikatan Nasional. Tapi begitu mudah menjadikan Labuan sebagai modal politik. Siapa juga UMNO di Sabah?

Rasanya idea ini timbul setelah Ahli Parlimen Labuan, Romzi menimbulkan isu Paip bocor yang kalau tidak diselesaikan maka sebaiknya Pulau Labuan dipulangkan balik kepada Sabah. Sedangkan hal ini yang lemah gagal memikul tanggungjawabnya ialah Anggota Parlimen Labuan itu sendiri.

Kalau pun iya, sepatutnya manifesto itu dimainkan pada masyarakat Labuan bukannya masyarakat Sabah kerana hanya orang Labuan yang layak menentukan status Labuan selepas bertukar menjadi Wilayah Persekutuan.

Dan kalaupun tidak dimainkan pada masyarakat Labuan tapi sebaiknya manifesto sebesar itu diangkat oleh parti tempatan seperti STAR, PBS ataupun PBS dan yang terbaru PCS. Barulah nampak logik tapi itu pun kalau sudah mendapat persetujuan daripada parti parti komponen yang lain.

Orang akan berfikir begini. Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan ialah pemimpin UMNO, Annuar Musa. Jadi kalau benar UMNO berhasrat untuk memulangkan balik Labuan kepada Sabah kenapa tidak dilakukan sekarang. Kenapa perlu tunggu pilihanraya yang akan datang.

Retorik retorik seperti ini hanyalah membuktikan UMNO walaupun sudah berusia tetapi kelihatan belum matang kebudak-budakan semacam terikut gaya politik Warisan yang baru berumur setahun jagung.

Maksud admin tidak boleh sebagai komponen dalam Perikatan Nasional cuba mendominasi Sabah dari konteks manifesto. Sebab akan berlaku percanggahan.

Andainya. Selepas ini apa pula manifesto Bersatu, PAS dan parti parti tempatan Sabah selain Warisan yang sudah tentu tidak boleh bertentangan dengan manifesto Bung Mokhtar ini.

Kita tahu manifesto tolol seperti itu tidak akan digunapakai dari konteks Perikatan Nasional. Apa lagi hari ini telah terbukti bagaimana satu parti yang berkonsepkan kenegerian total iaitu Warisan gagal mengurus Sabah. Hanya menggalakkan penyalahgunaan kuasa dan birokrasi.


Anifah Mengetuai Parti Cinta Sabah dan Senarai AMT

Bekas Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman kini mengetuai Parti Cinta Sabah PCS.

Sikit hari lagi parti ini akan bertukar nama menjadi Parti Kesedaran Sabah SEDAR tetapi setelah ROS meluluskan perubahan logo dan nama parti. Sementara itu kekal dengan nama Parti Cinta Sabah PCS.

Parti Cinta Sabah ni adalah antara parti yang menjadi pilihan Shafie sebelum membeli Parti Warisan.

Sebelum ini Presiden PCS adalah Wilfred Bumburing dan hari ini PCS (SEDAR) dianggotai oleh majoriti bekas pemimpin dan jentera BN diantara mereka ialah

JAWATAN AHLI MAJLIS TERTINGGI 2020

1 PRESIDEN (P)  DSP ANIFAH AMAN

2 TIMBALAN PRESIDEN (P) 
DSP WILFRED M BUMBURING

3 TIMBALAN PRESIDEN (P) DR SULAIMAN TAHAJUDIN

4 TIMBALAN PRESIDEN (P)

5 NAIB PRESIDEN(P) WILSON CHANG

6 NAIB PRESIDEN (P) DATUK EWON EBIN

7 NAIB PRESIDEN (P) USTAR GHANI

8 NAIB PRESIDEN (P) AMRU ABD KADIR

9 NAIB PRESIDEN( WANITA) (P) DR REGINA LIM

10 NAIB PRESIDEN (PEMUDA) (P) 

11 NAIB PRESIDEN (L)

12 NAIB PRESIDEN(L) 

13 NAIB PRESIDEN( L)

14 SETIAUSAHA AGUNG (L) USMERY @ANSARI ABDULLAH

15 TIMB SETIAUSAHA AGUNG(L) PETRUS GURITING

16 BENDAHARI AGUNG(L)

17 TIMB BENDAHARI AGUNG (L) FREDERICK CHANG KET CHUNG

18 SETIAUSAHA PENGANJUR (L)

19 TIMB SETIAUSAHA PENGANJUR (L)

20 PEGAWAI PENERANGAN(L)

21 TIMB PEGAWAI PENERANGAN(L) ABDUL JALIL GHANI

22 AHLI MAJLIS TERTINNGI (P) DATUK UZAIR YAHAYA

23 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK JIHIK BASANU

24 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK KALAKAU UNTOL

25 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK HARRY BAKING

26 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK NORBERT CHIN 

27 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P)  DATUK MURSHIDI ABDUL GHAFFAR

28 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DATUK WEMBLEY DUSIM

29 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
DATUK MARCUS MOJIGOH

30 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) TAY JOCK LIANG

31 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) MAHMOHAN SINGH RAMDAY@MOHAN

32 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) MOHD AZMAN@ ABDUL SAMAD BIN ASIMAN

33 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SAFARI MOHD ADNAN

34 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DENIS GIMPAH

35 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) DR BETING GILING

36 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) CHUAH JUAN SHIUH

37 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) JUSTIN@ JOE GELASIUS

38 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) ROSLAN SHAH ALI

39 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) 
SITI SUHERA BINTI USMAN

40 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) IRA ELZA BINTI UZAIR YAHAYA

41 AHLI MAJLIS TERTINGGI (P) SITI NURUL AIN SAHIDA BINTI PITING

42 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

43 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

44 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

45 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

46 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

47 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

48 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

49 AHLI MAJLIS TERTINGGI (L)

50 PENGURUSI TETAP DATUK HERMAN TIONGSOH

51 TIMB PENGURUSI TETAP
GOLDIE SIBIDOL

2000 Ahli Bersatu Libaran Keluar Parti Adalah Hoax

Haiya ini lagi cerita kosong kononnya sekumpulan ahli Bersatu di Parlimen Libaran telah bertindak keluar parti.

Ia diketuai oleh individu yang dikenali sebagai Asmawi Haji Asa serta dua lagi individu yang kecewa selepas pencalonan mereka dibatalkan kerana didapati tidak memenuhi syarat dalam pemilihan kali ini.

Yang menjadi kemusykilan hingga berita ini dianggap hoax ialah jumlah yang keluar hingga begitu banyak sampai 2000 ahli dari kononnya 25 Cawangan Bersatu di Libaran. Seolah-olah dia ni lebih berpengaruh di Libaran berbanding Ahli Parlimen Libaran itu sendiri Datuk Zakaria Edris yang sudah beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen Libaran

Bila admin membuat sedikit penelitian ternyata nama Asmawi ini tidak pun dikenali sebagai rakan politik dalam kepimpinan Bersatu Negeri Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor.

Besar kemungkinannya 2000 orang itu adalah sebenarnya penyokong Warisan yang dipinjam. Siapa tahu dalam politik hari ini apapun boleh berlaku.

Lihat saja berita yang melibatkan wakil rakyat Warisan baru-baru ini. Logikkah wakil rakyat Sindumin ditawarkan RM50 juta untuk keluar parti. 50 juta untuk seorang wakil rakyat daripada parti yang sah sah akan tumbang di pilihanraya yang akan datang. Hemmm!

Armada Sabah Cabar Yusof Yacob Tunjuk Bukti dan Laporan Polis

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah mencabar Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Yusof Yacob menunjukkan bukti dakwaan dia ditawar RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang.

Ketuanya, Mohd.Isquzawan Datuk Seri Arsit berkata, Dr.Yusof perlu menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu kerana wang yang ditawarkan bukan sedikit jumlahnya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, maka dia wajar membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Armada Bersatu Sabah mencabar Dr.Yusof segera membuat laporan polis, tunjukkan bukti dan nyatakan nama pihak yang dia tuduh menawarkannya RM50 juta untuk berpindah kem.

“Sekiranya Dr.Yusof tidak berani menunjukkan bukti dan membuat laporan polis, maka dakwaan beliau telah terima tawaran hingga RM50 juta merupakan satu pembohongan dan khabar palsu semata-mata”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isquzawan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr.Yusof pada Jumaat yang mendakwa dirinya telah ditawarkan wang tunai RM50 juta untuk menyertai pakatan pembangkang yang berniat membentuk kerajaan negeri baharu.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sindumin itu mendakwa, beliau dihubungi beberapa kali sejak awal bulan ini oleh individu yang menjadi wakil kepada bekas pemimpin kanan kerajaan negeri musim lalu.

“Selain wang tunai mereka juga turut menawarkan jawatan menteri penuh jika kerajaan baharu itu menjadi kenyataan. Kali terakhir saya dihubungi, tiga hari lalu dan mereka bercadang menemui saya, tetapi saya tidak melayani, sebaliknya saya menolak tawaran itu,” katanya.

Katanya, kumpulan bekas pemimpin yang kehilangan kuasa itu menggunakan agen atau ‘broker’ untuk membeli wakil-wakil rakyat supaya berpindah menyokong Perikatan Nasional (PN).

Isquzawan mendakwa, Dr.Yusof berbohong dan sengaja mereka cerita mengenai tawaran RM50 juta, bagi memberi gambaran negatif terhadap pemimpin parti pembangkang di negeri ini.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Dr.Yusof membuat pengakuan menerima tawaran itu menerusi kenyataan media, sebaliknya tidak membuat laporan polis?

Isquzawan juga mencabar Dr.Yusof agar meletak jawatan sebagai Menteri dan ADUN Sindumin sekiranya beliau bercakap bohong dan gagal membuktikan dakwaan telah menerima tawaran RM50 juta.

“Yang jelas pengakuan yang telah dibuat oleh beberapa orang ADUN parti Kerajaan sejak akhir-akhir ini lebih kepada tuduhan palsu dan tidak masuk akal”, tegasnya.

Katanya, membuat tuduhan tanpa bukti dengan mengaitkan bekas pemimpin kanan Sabah dan Perikatan Nasional (PN) merupakan taktik kotor dan perbuatan yang bertujuan mencemarkan nama baik Kerajaan PN.

  • Pritchard Menuntut Bina Klinik Dari Najib Selepas Kritikan Hajiji
    Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Pritchard Gumbaris marah bila Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor membuat dakwaan yang sememangnya benar. Bahawa kerajaan Sabah sejak di perintah oleh Warisan dalam tempoh 27 bulan yang […]
  • Surat Shafie Pada TYT Minta Bubar DUN Tidak Sah
    Arahan dalam surat permohonan Ketua Menteri Sabah, Shafie kepada Tuan Yang di-Pertua negeri Sabah TYT salah rujuk peruntukan atau akta yang menyebabkan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal pada 30hb Julai besar tidak sah atau […]
  • Memacu Sabah Kembali ke Landasan Betul
    Gabungan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, teguh dengan pendirian untuk mengembalikan kebenaran dan keadilan. Dengan hati yang ikhlas, kami berharap Mahkamah akan membenarkan semakan […]

Warisan Yang Berniat Jahat Viralkan Gambar Rumah Musa

Baiklah kita anggap saja yang mengambil gambar kediaman atau agam Tan Sri Musa Aman menggunakan dron itu ialah individu-individu yang tiada kaitannya dengan kepartian atau remaja belia yang sedang melayan hobinya.

Tapi kena ingat satu perkara yang menyalahgunakan dan menyebarkan gambar serta mencatatkan nama dan nombor pendaftaran kereta hingga berlaku laporan Polis ialah jentera Warisan yang menyamar sebagai Pasola sebagai akaun Facebook. Ini jelas bertujuan jahat dan sehingga hari ini dia tidak menafikan perbuatannya itu. Malah semacam berbangga kerana dia tahu gambar itu dia curi dari simpanan orang lain tapi itu tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada dakwaan atau saman.

Laporan Polis Terhadap Individu Yang Sebar Gambar Rumah Musa Aman

Itu yang admin katakan sebelum ini dengan memviralkan gambar kediaman seseorang iya telah membuka jalan kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan mereka.

Untuk makluman Pasola atau Sarizuan Siasih adalah calon AJK Wira Warisan Bahagian Papar. Jelas individu ini rasmi jentera parti Warisan.

Sebab itu jugalah masyarakat mendesak agar pihak Polis membuat siasatan yang lebih lanjut. Supaya mereka tahu siapa sebenarnya yang berniat jahat. Ini yang sebenarnya dituntut oleh masyarakat Sabah sebab mereka yakin yang menyebarkan gambar dan catatan itu ialah jentera atau besi buruk Parti Warisan.

Masih ingat perbicaraan Papagomo dengan Anwar berhubung satu video. Papagomo didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menyebarkan Video berkenaan. Walhal video itu di rakam oleh orang lain.

  • Pritchard Menuntut Bina Klinik Dari Najib Selepas Kritikan Hajiji
    Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Pritchard Gumbaris marah bila Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor membuat dakwaan yang sememangnya benar. Bahawa kerajaan Sabah sejak di perintah […]
  • Surat Shafie Pada TYT Minta Bubar DUN Tidak Sah
    Arahan dalam surat permohonan Ketua Menteri Sabah, Shafie kepada Tuan Yang di-Pertua negeri Sabah TYT salah rujuk peruntukan atau akta yang menyebabkan pembubaran DUN yang diumumkan oleh Shafie Apdal […]
  • Memacu Sabah Kembali ke Landasan Betul
    Gabungan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili semua parti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, teguh dengan pendirian untuk mengembalikan kebenaran dan keadilan. Dengan hati yang […]
  • Ekonomi Sabah Merosot Sejak Di Perintah Oleh Warisan
    Naib Presiden PBS Joachim Gunsalam mengingatkan rakyat Sabah bahawa ekonomi Sabah akan terus merosot sekiranya sekali lagi Parti Warisan diberikan kepercayaan untuk menerajui kerajaan negeri. Ini berdasarkan Laporan Jabatan […]
  • Azmin Sedia Bantu PPBM Di PRN Sabah
    Ketua penerangan Perikatan Nasional Azmin Ali dan kumpulannya bersedia membantu Perikatan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah. Tumpuan penuh diberikan kepada jentera PPBM (Bersatu) Sabah bagi memastikan kemenangan […]