Ketua Wirawati AJK Dan Cawangan Sepanggar Keluar Warisan

Alamak Ketua Wirawati Sepanggar, Raisa Abd Ghaffur dan beberapa kepimpinan tertinggi diperingkat Bahagian serta beberapa ketua Cawangan di Parlimen Sepanggar telah bertindak keluar atau tidak lagi menyokong Parti Warisan berkuatkuasa hari ini. Alasan mereka sebab tidak lagi yakin dengan kepimpinan Warisan khususnya Ahli Parlimen Sepanggar Aziz Jamman mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Ketidakyakinan itu menyentuh kepimpinan Warisan secara keseluruhannya yang tidak mempedulikan nasib mereka walaupun sebelum ini telah berlaku perbincangan secara empat mata dengan pihak tertentu.

Kesungguhan didalam membantu masyarakat yang selama ini menyokong dan mengundi Parti Warisan tidak berlaku atau diabaikan. Walhal semasa berkempen bukan main lagi, ikan masin pun boleh hidup.

Tidak terkecuali soal bantuan Covid 19 yang diumumkan oleh ketua menteri Shafie Apdal namun tidak sampai ke tangan mereka.

Banyak lagilah alasan mereka, contoh permohonan bantuan kebajikan secara khusus yang dipandang sebelah mata. Seperti bantuan persekolahan dan lain-lain.

Ketidakfahaman mereka sesama jentera parti terutamanya diantara Cybertroper aka besi buruk Warisan juga mempengaruhi tindakan mereka untuk keluar dari Parti Warisan.

Ini berdasarkan maklumat yang admin dapat dari semasa ke semasa.

Akhirnya sekejap lagi pada Wirawati Wirawati dan ahli cawangan Warisan serta AJK yang terbabit itu. Sudah kah kamu bersedia dengan tomahan, ungkit-mengungkit yang bakal dilemparkan oleh jentera parti yang masih setia pada Parti Warisan. Silap-silap baju murahan yang kamu pakai itu akan dipersoalkan dijajah, begitu juga dengan pelbagai bantuan yang kamu telah guna termasuklah makan minum semasa kamu berkempen di pilihanraya yang lepas akan tu dipersoalkan seperti anda berada di alam kubur. He!

Jangan saja jentera yang nekad ini membuat pusingan u turn, nah sudahlah. Mangkinlah kamu tu dianggap besi buruk bukan hanya oleh kepimpinan Warisan tapi juga oleh komuniti yang ada disekeliling mereka.

Musa Tuntut Shafie, Jamalul Kiram, Douglas RM1 Bilion

Semalam Jamalul Kiram telah mengadakan sidang media khas memaklumkan bahawa mereka telah mengemukakan saman melalui e-filing terhadap Tan Sri Musa Aman kerana kononnya telah membuat perjanjian atau kerja hingga menyebabkan Yayasan Sabah mengalami kerugian sehingga RM872 juta.

Namun setelah semakan dibuat oleh peguam Tan Sri Musa Aman didapati writ saman yang dimaksudkan belum wujud dalam pengkalan data.

Juga segala tuduhan yang dilemparkan oleh Jamalul Kiram dinafikan sekeras-kerasnya oleh Tan Sri Musa Aman.

Musa Aman Balas Kenyataan Jamarul Kiram

Di bawah adalah sidang media atau kenyataan akhbar balas yang dibuat oleh peguam Tan Sri Musa Aman.

*Kenyataan Akhbar*

20.06.2020
Kota Kinabalu

Saya membuat pernyataan ini untuk dan bagi pihak Tan Sri Musa Bin Hj Aman sebagai peguamnya.

Sebagai balasan kepada sidang akhbar, siaran akhbar dan dedahan tentang pemfailan Writ Saman diantara Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan Tan Sri Musa
(‘penyataan yang diragui’), saya telah diarahkan untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Datuk Seri Shafie Apdal (selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah) bersama-sama dengan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram dan juga Datuk
Douglas Lind.

Secara ringkas, dalam surat tersebut menuntut Datuk Shafie, Datuk Kiram dan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah untuk memenuhi tuntutan Tan Sri Musa dalam masa 24 jam selepas dari penerimaan surat yang disenaraikan berikut: –

I. Membayar wang sebanyak Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1,000,000,000.00) kepada mana-mana badan amal pilihan Tan Sri Musa;

II. Surat permohonan maaf tanpa syarat kepada Tan Sri Musa dan dihantar kepada kami sebagai peguam
beliau melalui faks dan email dan menarik balik penyataan yang diragui seperti yang tersebut diatas;

III. Surat permohonan maaf dan penarikan balik penyataan tersebut haruslah diterbitkan disemua surat akhbar termasuk media sosial dan laman web;

IV. Sebuah sidang akhbar harus diadakan sama seperti sidang akhbar yang berlangsung para 19hb Jun 2020 lalu dihadiri oleh para wartawan dari surat khabar dan media sosial yang mana surat permohonan maaf dan penarikan penyataan tersebut harus dibaca penuh kepada umum; dan

V. Kesemua pihak yang dinamakan (dan/atau dengan wakil mereka) yang dinamakan dalam tuntutan tersebut diminta untuk berhenti dan menahan diri dari mengulangi penyataan yang diragui tersebut atau mana-mana ayat lain yang mempunyai maksud yang sama.

Tan Sri Musa tegas menyatakan bahawa kesan dari sidang akhbar, siaran akhbar dan dedahan tentang pemfailan Writ Saman tersebut telah merosakkan nama baik dan reputasinya. Jika hal ini berterusan, Tan Sri Musa akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggunjawab dalam kes ini.

*Tengku Fuad Tengku Ahmad*
_Peguam bagi Tan Sri Musa Hj Aman_

YB Mamun Minta Puji Konon Bersih Hingga Dibeli

Alamak kenapa Ahli Parlimen Kalabakan Mamun Sulaiman membuat kenyataan media seolah-olah dia itu amat penting untuk ditarik menyertai Perikatan Nasional.

Dia sebelum ini bercerita pada wartawan sekaligus mengaku mendengar khabar yang dia antara wakil rakyat yang cuba dibeli oleh pihak lawan untuk melompat parti disebabkan rekodnya yang bersih dalam politik.

Apa agaknya yang dia mahu gambarkan. Ingin menunjukkan dirinya itu amat berharga amat berkualiti hingga amat amat diperlukan dalam kerajaan PN kah?

Tidak adanya sebaliknya dia ini adalah individu yang tidak boleh diangkat sebagai pemimpin.

Teringat sewaktu kerajaan Warisan mula-mula bertapak sebagai kerajaan negeri. Ada seorang hamba Allah menghantar mesej meminta bantuan bahan cat untuk mencat sebuah masjid kepada seorang wakil rakyat Warisan. Tahu apa dia balas dia suruh minta pada pemimpin UMNO, sedangkan waktu itu dia adalah ahli Parlimen yang mewakili keseluruhan masyarakat yang ada di kawasannya. Kotoh!

Sepatutnya tidak perlulah kerahsiaan seperti ini didedahkan kepada umum, kerana itu hanya menunjukkan yang dirinya itu mulut longkang, tidak berkredibiliti tidak berintegriti atau tidak boleh dipercayai dari konteks politik itu sendiri.

Kalau ya pun mahu mendapat pujian. Cukuplah hanya Presiden parti Warisan yang tahu. Moga-moga terus dicalonkan di pilihanraya yang akan datang.

Pendedahan Ahli Parlimen Kalabakan ini sebenarnya berniat jahat cuba merosakkan reputasi pemimpin pemimpin komponen PN yang ada di Sabah. Ini dia punya points.

Mungkin si Mamun ni boleh berlagak seperti itu kalau pembentukan kerajaan negeri Warisan tidak melibatkan wakil rakyat BN yang melompat parti. Lalu pada pendapatnya, jijik sangatkah wakil rakyat BN yang bersekongkol menyertai Warisan. Kalau jijik kotor, mereka kini bersama Parti Warisan. So macam mana lah tu?

Ahli PKR Sabah Keluar Parti Tapi Anwar Tetap Jaga Christina Liew

Hari ini beribu ahli Parti keadilan Rakyat PKR dari seluruh Sabah mengumunkan keluar parti, berkuatkuasa serta merta.

Mereka terdiri daripada ahli PKR yang memegang jawatan dalam parti seperti jawatan Timbalan dan Naib ketua PKR cabang, Setiausaha Majlis Pimpinan negeri MPN dan ahli jawatankuasa Cabang Daerah.

Sebab mereka meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew yang bercakap Bahasa pun tidak lepas dan ada skandal tanah di Lahad Datu.

Selain alasan diatas faktor tidak dihargai sedangkan mereka sudah lama menjadi ahli dan jentera parti. Juga menjadi sebab utama kenapa mereka bertindak meninggalkan PKR.

Walaubagaimanapun mereka belum tentukan parti yang mereka akan sertai selepas ini.

Ramai yang percaya krisis kepercayaan ini juga serba banyak dipengaruhi pergolakan yang berlaku di peringkat pusat di antara Anwar dan Azmin Ali. Boleh saja kumpulan ini adalah penyokong Azmin Ali yang memulakan langkah.

Ironinya ahli PKR Sabah keluar kerana tidak suka pada kepimpinan Christina Liew selaku Pengerusi PKR Sabah. Semalam Shafie yang menjadi bos Christina Liew di Sabah menyatakan dengan jelas menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bila mana menyokong penuh Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia versi PH.

Kalau selepas ini Anwar Ibrahim masih menjaga sayang Christina Liew iaitu tidak dikenakan tindakan disiplin. Memang lemahlah Anwar ni bukan hanya lemah tapi nampak dungu.

Sepatutnya Anwar lebih berani dan cergas. Tekan Christina supaya bersuara menentang keputusan Shafie yang menyokong Tun. Kalau ingkar pecat daripada PKR dan lantik pengerusi PKR Sabah yang baharu.

Musa Balas Kenyataan Media Yayasan Sabah Jamalul Kiram

Beginilah tindak tanduk pihak yang terdesak dan takut berhadapan dengan musuh mereka.

Selepas perkara itu berlalu begitu lama dan mereka berada dalam krisis kepercayaan daripada rakyat maka mereka akan menukar perkara itu menjadi senjata yang berniat jahat semata mata.

Hari ini Pengarah Yayasan Sabah Jamalul Kiram telah mengadakan sidang media khas, memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap mantan ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Bahawa kononnya Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah menuntut kembali wang berjumlah RM873 yang hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan yang meragukan. Dalam erti kata lain Tan Sri Musa Aman kononnya telah gagal memelihara kepentingan Yayasan Sabah selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Sabah Yayasan Sabah.

Sekali baca nampak sangat tuntutan yang dikemukakan itu tidak kukuh atau hanyalah dakwaan yang bersifat buruk sangka semata-mata.

Justeru hari ini juga pihak Tan Sri Musa Aman membuat kenyataan balas. Bahawa pihaknya menafikan apa-apa kesalahan semasa tempoh Tan Sri Musa Aman sebagai Pengerusi Yayasan Sabah dari 2003 sehingga 2018.

Tan Sri Musa Aman menafikan bahawa dia pernah melanggar mana-mana tugas fidusiari sebagai pengerusi Yayasan Sabah. Sebaliknya dakwaan Jamalul Kiram itu hanyalah tuduhan palsu lagi tidak lengkap dan tidak berasas.

Oleh kerana itulah tuntutan yang dikemukakan oleh Jamalul Kiram Amat amat mencurigakan. Tuntutan yang dikemukakan tidak teratur dan tidak wajar disebut dalam sidang media selain untuk berniat jahat.

Menurut pihak Tan Sri Musa Aman pada kebiasaannya apabila ada pihak memulakan saman atau tuntutan maka segala surat menyurat akan disampaikan kepada defendan atau peguamnya. Bukannya Jamalul Kiram aka Pengerusi Yayasan Sabah itu tidak tahu di mana rumah atau pejabat Tan Sri Musa Aman.

Oleh kerana itu apa yang dilakukan oleh Jamalul Kiram atau kerajaan negeri terhadap Tan Sri Musa Aman ini hanyalah satu aksi yang bertujuan mencari publisiti murahan dan bertujuan untuk mengelirukan masyarakat.

Orang muda kata gempak saja yang lebih.


Menariknya setelah semakan dibuat didapati saman yang kononnya telah di filekan melalui sistem e-filing oleh Jamalul Kiram sebenarnya belum ada ataupun tidak wujud. 🤭

Federal Putihkan IMM13, Segelintir UMNO Dan Warisan Jangan Hipokrit

Inilah apa yang diistilahkan sebagai kerja yang berkualiti dan ikhlas dari tangan tangan kerajaan Perikatan Nasional PN didalam usaha menyelesaikan lambakan pendatang asing tanpa izin di Sabah yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Banyak cerita yang kita dengar sejak berdekad yang lalu ambil contoh usaha kerajaan BN didalam menyelesaikan kehadiran pendatang asing tanpa izin dengan mendokumentasikan mereka. Natijahnya ramai dikalangan mereka yang telah berjaya dalam hidup masing-masing namun pada PRU yang lepas parti Warisan berjaya memanipulasi kenaifan hingga menolak BN yang telah memerdekakan mereka dari status pendatang dan kemiskinan. Tapi namanya tidak bersyukur hari ini mereka menjadi senjata makan tuan kepada diri mereka iaitu modal politik atau dikambing hitamkan oleh parti Warisan.

Setelah kerajaan Warisan mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri, parti ini cuba “menyelesaikan” atau sebenar-benarnya berusaha menambah kepopularitian parti Warisan dikalangan mereka yang berasal dari negara negara jiran dengan memperkenalkan satu sistem keterangan diri yang dipanggil PSS. Namun pembangkang melihat PSS hanyalah langkah retorik dan tidak efisien malah menambah kehadiran PATI selain menambah birokrasi pentadbiran dan menyukarkan penguatkuasaan. Makanya itu hari Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor lantang menolak cadangan PSS di sidang DUN dan tidak lama selepas itu disusuli UMNO Sabah yang bersuara di media sosial.

Hakikatnya PSS juga ditolak oleh pemegang dokumen IMM13, (Burung-Burung dan Banci) pada mereka PSS hanyalah sistem yang menafikan hak seseorang yang ingin menjadi warga negara Malaysia.

Okey cukup disini mukadimahnya.

Yang admin maksudkan dengan kerja ikhlas kerajaan Perikatan Nasional PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM ialah baru baru ini menerusi Datuk Hamzah Zainuddin selaku Menteri Kementerian Dalam Negeri Malaysia dalam rangka lawatannya ke Sabah.

Memaklumkan bahawa kerajaan atau Federal akan berusaha menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah dengan mengiktiraf dokumen IMM13, (Burung-Burung dan Banci). Justeru tidak perlu lagi ada dokumen tambahan atau dokumen baru bagi menggantikan tiga dokumen itu. Tiga dokumen itu akan diproses menjadi dokumen tunggal.

Walaubagaimana buat masa ini kerajaan lebih mengutamakan pemegang IMM13. Pun begitu kerajaan Malaysia perlu terlebih dahulu berhubung dengan kerajaan Filipina bagi mendapatkan status mereka. Kalau mereka disahkan sebagai rakyat Filipina maka mereka akan dihantar pulang begitu lah sebaliknya terpaksa kita yang bertanggungjawab.

Soal pendatang asing yang tiada dokumen diri mereka juga akan diproses tetapi buat masa ini yang menjadi keutamaan ialah pemegang IMM13.

Admin amat yakin dan percaya usai pemegang tiga dokumen di atas diputihkan. Waktu itu tiada lagi rakyat negara jiran yang boleh memasuki ke Sabah tanpa pasport antarabangsa yang sah. Sekarang ini pun sempadan negeri Sabah sedang dikawal ketat.

KDN kenal pasti 37 titik pendaratan PATI

Hah! jalan penyelesaian seperti inilah yang rakyat Sabah mahukan. Yang namanya kemanusiaan terutamanya dari konteks undang-undang antarabangsa tidak dinafikan dalam masa yang sama namanya hak sebagai orang tempatan atau orang asal tetap dihormati dan diutamakan.

Hak adalah sesuatu yang abadi dan wajib dipertahankan.

Pemegang IMM13 adalah pelarian yang diakui oleh High Commissioner For Refugees (UNHCR). Oleh itu IMM13 adalah sebahagian daripada protokol yang telah ditetapkan oleh PBB.

Dalam pada itu dengar dengarnya UMNO Sabah tidak bersetuju dengan langkah ini. Tidak usahlah hipokrit sangat sepertimana kenyataan di atas. Selama ini yang memutihkan pendatang asing tanpa izin PATI di Sabah ialah BN/UMNO. Tidak kiralah pemutihan itu berbentuk IMM13 atau dokumen yang seumpamanya.

Alahai UMNO Sabah, Hari ini ramai di kalangan penyokong atau jentera UMNO yang berasal dari IC projek. Bila dalam hal ini kamu menafikan usaha ini, itu bermakna kamu tidak menghargai penyokong atau jentera yang ada kaitannya dengan “mereka”.

Nampaknya Warisan terus menunjukkan kehipokratan. Mereka lantang menolak cadangan penyelesaian yang difikirkan oleh Kementerian Dalam Negeri, PN. Walhal sebelum ini salah seorang wakil rakyat daripada parti Warisan berjawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang beria-ia memperkenalkan sistem tolol PSS yang ditolak oleh semua pihak termasuklah pendatang asing tanpa izin PATI itu sendiri.

Jangan buat tidak tahu presiden Warisan sebelum ini adalah pemimpin pusat atau Naib Presiden UMNO maka secara langsung dia sebagai wakil rakyat Sabah diperingkat Persekutuan juga terlibat dengan pengeluaran IMM13, Burung-burung dan Banci.

Tidak usahlah Warisan dan UMNO Sabah lupa diri sangat setahu admin ramai tu di kalangan jentera dan penyokong dua parti ini yang masih ada hubungan kekeluargaan dan kawan dengan pendatang asing tanpa izin PATI.

Suka atau tidak harus ada titik penyelesaiannya, apa yang ada di depan harus diselesaikan. Selepas itu barulah boleh mengambil langkah langkah konkrit bagi mengekang kehadiran pendatang asing tanpa izin.

Kalau selepas ini masih ada dikalangan kerabat PATI yang terus menyokong parti Warisan, maka secara politik cukuplah setakat ini perhatian yang diberikan kepada mereka.

Kotoran yang ditinggalkan oleh era UMNO BN sebelum ini dan janji kosong Warisan cuba dibersihkan oleh Bersatu (PPBM). Jadi adakah Bersatu pula yang bersalah?

Limus Jawab Tuduhan Penerangan Warisan Yusof Yacob

1. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan media Datuk Dr.Yusof Yakob, Ketua Penerangan Multimedia & Pendidikan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada kelmarin (15 Jun 2020) dan laporan portal pro Warisan “BorneoToday” bertajuk “KONTRAK RATUSAN JUTA PUNCA LIMUS, JAMES TINGGALKAN UPKO”, berikutan keputusan saya bersama ADUN Sugut, Datuk James Ratib meninggalkan UPKO untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), peneraju Kerajaan Persekutuan.

2. Antara lain Dr.Yusof menyatakan bahawa; “Saya mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat-Perwira Progresif Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah berjumlah RM385 juta dan tindakan meninggalkan UPKO adalah demi kepentingan diri dan bukan untuk rakyat”.

3. Saya tidak menafikan mempunyai kaitan dengan Perwira Progresif, syarikat yang saya asas dan usahakan sebelum dipilih menjadi Wakil Rakyat (ADUN Kuala Penyu). Ia adalah syarikat milik *Bumiputera-Kadazan Dusun Tatana Kuala Penyu* yang *”qualified”* , mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan projek-projek yang diamanahkan dengan jayanya.

4. Berdasarkan fakta itu, Perwira Progresif bersama puluhan syarikat lain bukan milik Bumiputera telah menyertai tender Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan telah diberi kepercayaan sebagai pelaksana salah satu daripada pakej iaitu Menaik Taraf Jalan dari Inanam ke Sepanggar.

5. Perwira Progresif *BUKAN* syarikat *” *ALI BABA”* yang sub projek kepada kontraktor lain. Ia adalah sebuah syarikat Bumiputera milik Kadazan Dusun Tatana yang *qualified* untuk melaksanakan projek tersebut dan juga projek-projek lain menerusi proses tender yang ketat. Justeru tuduhan Dr.Yusof bahawa kerana kontrak ratusan juta menjadi punca saya tinggalkan UPKO adalah *TIDAK BERASAS* dan *PREJUDIS*.

6. Saya juga ingin bertanya kepada Dr.Yusof, adakah pemimpin Warisan dan Pakatan Harapan (PH) Sabah termasuk Menteri-Menteri tidak melobi projek? Kerana ada diantara mereka telah menemui saya untuk berbincang soal projek.

7. Saya dan Datuk James meninggalkan UPKO kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam perjuangan dan hala tuju, selain kerana Kerajaan Negeri Sabah termasuk UPKO tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan masih menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. Justeru langkah terbaik yang perlu kami buat adalah meninggalkan UPKO demi kebaikan dan kemajuan rakyat dari kawasan kami.

8. Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau merupakan pemimpin yang hipokrit dan pentingkan diri sendiri. Beliau hanya sibuk mengangkat kaki Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal sehingga tidak mempedulikan ADUN-ADUN UPKO dan pemimpin parti yang lain. Seolah-olah mereka tidak wujud. Sebaliknya Madius hanya mengutamakan “konco-konconya” sahaja.

9. Umum mengetahui bahawa sebagai salah seorang pemimpin kanan UPKO dan ADUN, selama ini saya tidak pernah diberi sebarang jawatan lantikan politik dalam kerajaan atau pun GLC milik kerajaan. Sebaliknya mejoriti jawatan-jawatan tersebut telah *DIBOLOT* oleh pemimpin Warisan.

10. Walaupun tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan, dengan *KODRAT* yang ada, saya tetap berusaha dengan sedaya yang termampu, memberikan perkhidmatan terbaik dan membantu rakyat khususnya di kawasan yang saya wakili. Membela nasib dan masa depan mereka dengan kemampuan yang ada.

11. Perlu ditegaskan di sini, Kami *BUKAN MELOMPAT*, tetapi hanya keluar dari UPKO dan melepaskan semua jawatan dalam parti untuk menjadi ADUN bebas. Kami juga tidak menyertai mana-mana parti politik yang ada setakat ini. Justeru, dakwaan melompat parti adalah tidak berbangkit.

12. Kami menyokong Kerajaan PN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin dan percaya PN boleh membawa perubahan kepada lanskap di dalam negara dan Sabah khususnya.

*DATUK LIMUS JURY*
ADUN Kuala Penyu

16 Jun 2020.

Wajar Limus Jury Dan James Ratib Meninggalkan Kerajaan Negeri Warisan

Jeliknya lah kenyataan pemimpin Warisan selepas dua Adun UPKO daripada Kuala Penyu, Limus Jury dan Sugut, James Ratib bertindak meninggalkan kerajaan Warisan.

Antara sebab utama yang diketengahkan kenapa mereka bertindak meninggalkan kerajaan Warisan adalah kerana kini kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh Parti Warisan tidak lagi sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dimana senario ini hanya merugikan masyarakat Sabah umumnya dan pengundi dikawasan yang mereka wakili.

Selain alasan kepartian iaitu hilang kepercayaan terhadap Presiden UPKO.

Dalam pada itu mereka berdua menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia mampu membawa perubahan positif kepada negara dan Sabah khususnya.

Alasan yang sama ketika mereka atau wakil wakil rakyat daripada BN keluar bersekongkol dengan Parti Warisan bagi membentuk kerajaan negeri Sabah. Sama tiada beza kerana Sabah pada waktu itu difikirkan tidak lagi sehaluan dengan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan PH.

Kalau dikira alasan yang diberikan oleh dua Adun daripada UPKO itu cukup logik dan mengena malah tidak boleh ditafsirkan sebagai mengkhianati parti Warisan. Ini kerana alasan itulah yang digunakan oleh Parti Warisan semasa memancing wakil rakyat BN sebelum ini.

Maksudnya jangan kepimpinan atau Parti Warisan berperasaan mereka itu suci murni hingga kalau mereka yang buat tidak ada masalah tapi kalau orang lain yang buat dilarang sama sekali. Adil kah tu? Poyo!

Menjengkelkan bila ketua penerangan Parti Warisan Yusof Yacob. Membuat gambaran yang tidak matang dalam politik dimana dia mendakwa kedua Adun berkenaan telah mendapat projek atau kontrak pembinaan lebuhraya Pan Borneo dan projek tertentu daripada Kementerian KKLW. Hakikatnya kalau bukan dua Adun itu yang mendapat projek berkenaan pastinya orang lain, nah itulah nama rezeki yang tidak pernah salah alamat. Tetapi jika ada yang mempersoalkannya hanya kerana tidak lagi menyokong itulah bukti kenaifan rohani mereka.

Apa yang salah dan menghairankan Warisan sekiranya satu-satu wakil rakyat mendapat projek. Apa lagi projek itu dibayar menggunakan wang rakyat, bukannya wang daripada Parti Warisan. Paling penting projek itu tidak datang daripada kerajaan negeri atau idea projek sebesar Pan Borneo tidak datang daripada akal fikir kepimpinan Warisan. So apa masalahnya, kalau benar Warisan ingin mempersoalkannya sangat?

Apa lagi sudah tentulah projek yang dilaksanakan itu akan memanfaatkan rakyat.

Apa kaitannya projek dengan pendirian seseorang memandangkan mereka meninggalkan sebuah parti kerajaan yang berkuasa diperingkat negeri? Kalau benar mereka meninggalkan kerajaan negeri kerana kuasa seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangan Warisan itu.

Warisan ni memang begini kalau sudah tidak sehaluan maka segala hal akan diungkit walaupun nilai yang mereka maksudkan sebesar kuman berbanding kemasyhuran yang mereka dapat melalui sokongan yang telah diberikan. Shame on you lah, amat amat jahil. 🤭

Jadi sekali lagi dari sudut mana mereka telah melakukan kesalahan atau telah mengkhianati kerajaan Parti Warisan.

Adakah sebelum ini wakil rakyat daripada Parti Warisan tidak menerima projek dari Persekutuan dan kerajaan negeri. Kita boleh katakan mustahil lah tu, bilamana tersebar banyak berita berhubung kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan beberapa wakil rakyat dan pegawai mereka yang terpalit dengan tuduhan rasuah hingga dicari oleh SPRM dan didakwa di Mahkamah.

Tidak usahlah Ketua Penerangan Parti Warisan, Yusuf Yaacob berlagak suci di tengah-tengah kebobrokan yang sedang dihadapi iaitu disiasat oleh SPRM dan dakwaan di Mahkamah.

Selain itu, tuduhan juga dilemparkan oleh rakyat Sabah itu sendiri bahawa kerajaan negeri Sabah gagal menyampaikan bantuan yang telah diumumkan akibat ketiadaan sistem yang efisien. Selain sebab utama kerana disyaki berlaku penyelewengan dana.

Seperkara yang perlu difahami dan diketahui oleh Yusof Yacob ialah Parti Warisan bukannya pilihan pengundi Sabah pada PRU yang lepas. Warisan hanya menangi 21 kerusi DUN daripada 45 yang mereka tandingi. Begitu juga dengan kerusi Parlimen hanya 8 daripada 16 kerusi yang disertai.

Lalu Warisan nak berbangga daripada sudut mana hingga orang lain yang telah terjebak tidak lagi boleh membebaskan diri walaupun selepas beberapa tempoh. Apa lagi mereka telah mendapati Warisan gagal mentadbir kerajaan negeri. Peraturan dibuang ke tepi amanah diperkotak-katikkan. Totally manifesto tidak terlaksana. Kerugian di beberapa syarikat kerajaan negeri atau GLC. Jawatan penting dalam kerajaan diagihkan sesama mereka. Masyarakat hanya mampu memendam rasa hingga akhirnya kalau dibiarkan wakil rakyat yang menang atas tiket BN atau parti lain pada pilihan raya yang lepas akan ikut hangus terbakar di pilihan raya yang akan datang. Begitukah? Inikah yang dimaksudkan dengan kesetiaan walaupun jelas nyata merugikan diri dan masyarakat teramai.

Jadi mahu tunggu sampai bila baru nak bertindak, tunggu pilih raya dalam pada itu jurang kemiskinan masyarakat Sabah semakin jauh sebaliknya hanya kroni yang terbang tinggi, rakyat ampai-ampai dikenyangkan dengan janji dan harapan palsu.

Demokrasi bukan hanya berlaku dalam pilihanraya tetapi juga praktikal ketika kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan gagal memikul tanggungjawab mereka.

Tidak ada jalan lain untuk menarik balik kepercayaan pengundi selain berpatah balik tidak lagi bersama parti Warisan yang sudah menjadi Tongkang yang pecah.

Warisan Aneh Pelik Sejak PN Memerintah Dan Musa Dibebaskan

Terbaca kenyataan Wira Warisan Sabah Ismail Ayub. Ada konon yang aneh dan pelik sejak Perikatan Nasional PN memerintah Malaysia.

Begitu juga dengan kenyataan yang dilemparkan oleh mantan Timbalan Menteri dalam negeri Azis Jamman. Dia kononnya hairan kenapa kah pertuduhan ke atas Tan Sri Musa Aman terlepas iaitu tidak dibicarakan di Mahkamah. Justeru mesti ada pihak yang menjelaskannya

Banyaklah mangkuk mereka.

Mereka pelik sebab kononnya Tan Sri Musa Aman mantan ketua menteri Sabah bebas dari tuduhan rasuah begitu saja. Ini sebenarnya yang menjadi isu kepada mereka kan?

Hakikathya rata-rata rakyat Malaysia menyukai kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan Menteri yang lain kecuali kesemua Wira dan jentera Warisan yang nampaknya sengaja menipu diri mereka.

Seperti yang dinyatakan oleh peguam Tan Sri Musa Aman, Amer Hamzah ada beberapa faktor atau alasan kenapa anak guamnya terlepas daripada 46 tuduhan.

Bahawa selepas siasatan secara menyeluruh dibuat oleh Badan Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah ICIC Hong Kong ke atas Tan Sri Musa Aman didapati tiada sebarang elemen rasuah atau wang yang disiasat adalah sebenarnya sumbangan kepada parti UMNO yang disumbangkan oleh pihak swasta tertentu. Hal ini disahkan oleh bekas pengarah bahagian siasatan SPRM Mustafa Ali melalui surat yang bertarikh 22 Disember 2011 kepada pihak kerajaan Hongkong ICAC yang pada ketika itu sedang menjalankan siasatan berhubung kes kes berkenaan.

Hasil siasatan atau kenyataan dari SPRM dan ICIC terkandung dalam afidavit Peguam Abdul Ghani ketika menyokong permohonan Musa untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi.

Hasilnya berdasarkan semua alasan dan bukti di atas pihak pendakwa raya telah membuat keputusan yang profesional dan adil dengan menarik balik kesemua 46 tuduhan terhadap Tan Sri Musa Aman selaras dengan peruntukan Seksyen 254 kanun prosedur jenayah.

Lama sebelum itu iaitu pada Oktober 2019 hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepaskan atau membebaskan lima pertuduhan yang dihadapi oleh Tan Sri Musa Aman. Tahun ini siapa yang menjadi peguam Negara dan era kerajaan siapa?

Sebaliknya yang aneh ganjil ialah apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Sabah. Menteri Infrastruktur Peter Anthony menghasut masyarakat Sabah agar mempertahankan dirinya selepas kantoi dari aktiviti rasuah melibatkan wang rakyat.

Yang juga ganjil dan aneh baru lebih kurang 22 bulan menyandang jawatan Menteri dan pegawai Setiausaha di Kementerian Pelancongan sudah pun disiasat oleh SPRM. Apa barang ni.

Dan ini bukan hal yang aneh dan memalukan kah bantuan makanan RM100 Covid 19 dipersoal oleh masyarakat yang amat memerlukan. Begitu juga dengan bantuan One-off RM300 banyak kritikan yang dilemparkan keatas pentadbiran kerajaan negeri. Dikatakan melalui semakan online RM300 telah dikreditkan ke akaun mereka tapi apa yang berlaku wang itu berada di akaun orang lain dan beberapa lagi permohonan tergantung atau tidak diluluskan sehinggalah tempoh PKP berakhir.

Itu admin belum bercakap dari konteks manifesto Warisan yang nampaknya sehingga saat ini belum ada yang tertunai. Bukan hanya gagal ditunaikan tetapi dilanggar bilamana kerajaan negeri melantik wakil rakyat mengetuai GLC.

Tidak aneh kah baru 22 bulan menjadi pentadbir dalam kerajaan sudah terpalit dengan bermacam-macam berita ketidakpatuhan dan ketidakamanahan.

Keputusan Mahkamah yang membatalkan pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Air Negeri Sabah telah diketepikan oleh kerajaan negeri sehinggalah Amarjit Singh dipindahkan ke bahagian Kewangan negeri.

Pembatalan siasatan SPRM keatas Presiden Warisan Shafie Apdal hanya dibuat melalui kenyataan akhbar tanpa sebarang proses kehakiman di Mahkamah. Tidak seperti yang dilalui oleh Tan Sri Musa Aman bertahun menjalani perbicaraan di Mahkamah. Adakah ini tidak memelikkan dan menghairankan?

Lalu dari segi mana tuduhan mantan Timbalan Menteri dalam negeri Azis jaman bahawa tuduhan ke atas Tan Sri Musa Aman tidak dibicarakan di Mahkamah. Bukankah yang membebaskan Tan Sri Musa Aman adalah Mahkamah itu sendiri.

Sejurus kerajaan negeri Sabah “dibentuk” oleh parti Warisan. Tidak lama selepas itu keluar kenyataan didada akhbar bahawa Mohd Shafie bersih kes salah guna RM1.5 billion. Mana kronologi perbicaraan?

Sekarang siapa sebenarnya yang aneh dan jelek Perikatan Nasional kah atau kerajaan negeri Warisan?

Skandal Kementerian Pelancongan RM90 Juta Seorang Lelaki Dicari

Skandal ini bakal bombastic.

Semua orang tahu baru-baru ini suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM telah menahan tiga pengarah syarikat berkaitan kes rasuah 90 juta melibatkan Tourism Malaysia.

Ketiga-tiga mereka telah dibawa ke Mahkamah majistret Putrajaya bagi mendapatkan kelulusan reman di bawah Seksyen 117 kanun acara jenayah.

Terlibat dengan aktiviti salahguna kuasa lah tu. Manakan tidak menggunakan dokumen dan maklumat palsu semasa menyertai tender tetapi memenangi tawaran tender berkenaan.

Dalam masa yang sama SPRM telah mengenalpasti pegawai kerajaan atau kementerian yang bekerjasama dengan 3 pengarah syarikat terbabit.

Salah seorang pegawai dari mereka telahpun di keluarkan notis oleh SPRM sebagai individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Sejak Parti Warisan menjadi pemerintah kerajaan negeri dan beberapa wakil rakyatnya berjawatan Menteri di peringkat Persekutuan, sudah dua skandal penyelewengan yang membabitkan mereka. Satu melibatkan Kementerian Infrastruktur Sabah dan yang kedua Kementerian Pelancongan Malaysia.

Tetapi sehingga hari ini masih lagi sengal menuduh kerajaan Perikatan Nasional sebagai aneh dan ganjil. Kamu tu yang ganjil aneh dan mangkuk baru lebih kurang 22 bulan terlibat dalam pentadbiran kerajaan sudah macam tikus jatuh ke dalam guni beras, merasa dunia ini kamu yang punya.

Lepas itu pandai-pandai kamu memperbaiki kehidupan orang lain. Walhal kamu itulah yang patut dilahirkan semula kerana ketiadaan adab dan didikan sivik hingga menjejaskan kehidupan orang lain. Mudah lupa diri.