
Ini adalah kesinambungan dari pembelotan yang cuba direalisasikan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Sebelum ini tersebar satu rakaman suara
Dimana Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa telah meminta sekiranya Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim tampil dan melakukan sumpah laknat. Biar akhirnya kebenaran terbongkar.
Menurut Menteri Wilayah itu, laporan Polis masih tidak cukup kerana ia akan memakan masa untuk disiasat. Dan sekiranya hasil siasatan p kelak tidak seperti apa yang dikehendaki oleh penyokong kedua pemimpin itu, maka ia akan dianggap sebagai satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan pemimpin mereka.
Betul juga tu. Maka itu sebaiknya Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim membuat sumpah laknat.
Kalau Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim sudi atau sanggup maka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL boleh mengaturkannya.
Menurut lagi Annuar Musa selain perlu melakukan sumpah laknat Zahid Hamidi juga perlu melepaskan jawatan Presiden UMNO.
Itu semua demi kepentingan parti UMNO. Begitu kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Wilayah Annuar Musa berhubung rakaman suara yang viral dua atau tiga hari yang lepas.
Dibawah adalah rakaman suara yang dimaksudkan.