Aktiviti Politik Datuk Nizam Titingan

Kelab Sukan Permotoran Tawau Mengunjungi, Nizam Ketua PPBM Tawau

YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan(ADUN N56 Apas) hadir di Pejabat BERSATU Bahagian Tawau Sabindo Square bagi menerima Kunjungan Hormat dari Kelab Sukan Permotoran Bersaudara Tawau.Antara tujuan kunjungan ini adalah untuk menyatakan kepada YB Datuk mengenai satu program besar yang bakal diadakan pada bulan Ogos 2020 Bikers Day di Tawau.

Tapak lokasi yang masih dalam cadangan dan kelulusan ialah di hadapan Majlis Perbandaran Tawau.YB Datuk juga turut menyumbang sejumlah dana bagi kelancaran program tersebut.Semoga semua yang dihasratkan untuk program ini berjalan lancar hendaknya.

Terima kasih atas kunjungan

UnitMediaNABTp190Tawau KunjunganHormatKelabSukanPermotoranBersaudaraTawau

Follow insta rasmi di : @nizamabubakartitingan
Like dan Follow FB rasmi di : Nizam Abu Bakar Titingan

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA Bahagian Tawau 2020