Aktiviti Politik Datuk Hajiji Noor

SIARAN MEDIA

Sambutan CNY Tuaran Bersama Datuk Hajiji Noor

MASYARAKAT BERBILANG KAUM SABAH SAMBUT PELBAGAI PERAYAAN BERSAMA

7 Februari 2020.

  • YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 SULAMAN.

TUARAN: Masyarakat berbilang kaum di Sabah begitu unik dan istimewa kerana dapat bersama-sama meraikan pelbagai perayaan, kata Ahli Dewan Ungangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, masyarakat negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama akan bersama-sama menyambut sesuatu perayaan yang diraikan di Sabah.

“Keadaan ini mesti kita teruskan dan pelihara sampai bila-bila “, katanya ketika merasmikan Pesta Ang Pow 2020 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Chung Hwa Tenghilan, hari ini.

“Inilah keadaan rakyat kita di Sabah, unik dan istimewa dengan pelbagai kaum bersatu merayakan perayaan-perayaan yang disambut di sini, termasuklah Perayaan Tahun Baru Cina (TBC)”.

Beliau berharap generasi muda dari peringkat sekolah rendah lagi, diberi pendadahan dan diterap pentingnya memiliki semangat toleransi, perpaduan dan kerjasama antara kaum, demi masa depan Sabah.

Hajiji berkata, sesuatu perayaan disambut dan diraikan untuk kebaikan, sama ada perayaan itu untuk masyarakat Cina, kaum Bumiputera dan lain-lain.

Beliau bangga kerana SJK (C) Chung Hwa Tenghilan meraikan Pesta Ang Pow sempena TBC walaupun mejoriti pelajarnya adalah dari kalangan Bumiputera.

“Ini cukup istimewa dan perlu terus diamal dan diteruskan kerana ia memberi kebaikan kepada kita.

“Ini juga mencerminkan jalinan hidup masyarakat berbilang kaum di Sabah yang dapat hidup dalam keadaan aman, damai, harmoni dan hormat menghormati diantara satu dengan yang lain”, tegasnya.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah berkata, beliau memberi perhatian terhadap aspek kebajikan dan kepentingan sekolah-sekolah khususnya dalam kawasan Tuaran.

Turut hadir ialah Guru Besar SJKC Chung Hwa Tenghilang, Encik Chong Chi Thart,
Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Encik Johnson Wong Teck Tshung, Kapitan Cina Bahagian Tuaran, Encik Soon Ting Jun dan Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru, Puan Lucyeh Binti Musa.

Kredit Azmran Madris