Tidak Salah KM Hajiji Lantik Calon Kalah Ketuai GLC Yang Salah  Shafie Lantik Aziz Dan Darell Ketuai GLC

Terpanggil aku untuk memberikan kritikan balas ke atas kritikan kelas kambing pihak Warisan.

Kritikan yang pada aku, sememangnya membuktikan  kepimpinan pembangkang Warisan adalah  naif dan tidak rasional, hanya mengutamakan parti dan pemimpin Warisan dengan membelakangkan negeri dan rakyat Sabah sebagai keutamaan.

Sedangkan untuk membangun dan memajukan Sabah, pengalaman satu satu pemimpin amat dituntut dan dilaksanakan. Seperti nama nama dalam infografik yang menjadi bahan pembangkang di atas, mereka berpengalaman dan boleh digunakan untuk memajukan Sabah.

Selama ini pihak Warisan sendiri yang mendakwa kononnya tugas pembangkang adalah semak dan imbang agar pentadbiran kerajaan berjalan lancar. Tapi ternyata mereka sendiri  tidak meraikan perbezaan pendapat.

Bila mana mempersoal kebijaksanaan yang diambil oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Melantik beberapa pemimpin atau calon  GRS dan non GRS yang tewas kepada calon Warisan dan GRS itu sendiri mengetuai GLC dan sebagainya.

Hebatnya kepimpinan Datuk Hajiji Noor, walaupun terhadap lawan.

Move on lah pemimpin dan laskar Warisan. Suka hati pihak yang menanglah melantik  siapa pun yang difikirkan tepat dan berkemampuan memikul tanggungjawab yang diamanahkan bukan macam kamu, cakap tidak serupa bikin.

Tindakan tidak mengundi calon GRS  pada pilihan raya baru ini, tidak semestinya membuktikan mereka tidak berkredibiliti. Entah entah akibat masyarakat itu sendiri yang termakan fitnah dan pembohongan pihak Warisan. Tengok saja hari ini, mana sudah jasa bakti dan usaha bersungguh wakil rakyat Warisan dalam membantu kawasan dan pengundi mereka. Walhal semasa berkempen merekalah yang paling rajin dan sanggup berkorban apa saja demi pengundi. Apa bila menang, tidak tahu apa yang perlu dilakukan walhal pengundi dikawasan mereka ramai yang melarat. Wakil rakyat Warisan hanya rajin  beretorik, hari hari mencari kesilapan Ketua Menteri Sabah dan paling nampak, menjadi wakil rakyat Warisan makan gaji buta.

Tak apalah kalau memang itulah tahap berfikir pemimpin dan  jentera Warisan. Hanya rajin mengada ngada  menterbalikkan perkara supaya kerajaan GRS nampak salah di mata rakyat.

Yang salah dan menunjukkan Ketua Menteri dan kerajaan itu pembohong dan tidak bertanggungjawab adalah kerajaan Warisan sebelum ini. Semasa pilihan raya berjanji tidak akan melantik calon Warisan yang menang  ke dalam  GLC tapi yang berlaku benar benar terbalik.

Ketua Menteri Shafie melantik Ahli Parlimen Sepanggar, Aziz Jamman sebagai Pengerusi Warisan Harta Sabah dan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking sebagai pengerusi Taman Industri Minyak dan Gas Sabah (SOGIP) .

Selain merupakan tindakan melanggar janji pilihan raya dan hanyalah wakil rakyat cabuk, apa pengalaman mereka  hingga layak dilantik mengetuai GLC Sabah? Hahaha! Klik link dibawah.

Warisan Dusta Langgar Manifesto Tidak Lantik YB Ke GLC

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading