Shahril Tanya Soalan Bodoh, Kenapa Muhyiddin Dedah Zahid Minta Tuduhan Di Tarik Balik

Bikin gelikkkkk pula perangai si Shahril ni. Memang kalau spesies yang suka bercakap terbalik, akan terus bercakap terbalik dengan harapan dapat menutup kemungkaran yang mereka telah lakukan dan berfikir seolah olah masyarakat ini terlalu bodoh hingga tidak mampu mempertimbangkan isu yang menjadi persoalan kepada negara dan masyarakat.

Si Shahril bertanya kenapa konon hanya selepas dua tahun baru mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bercerita pasal Presiden UMNO Zahid Hamidi Hamid yang pernah bertemu dengan beliau dan meminta atau merayu kiranya tuduhan rasuah di Mahkamah dihadapinya dipermudahkan atau ditarik balik.

Namun demikian Muhyiddin menolak rayuan dan enggan kerjasama. Pada Muhyiddin biarlah sistem kehakiman yang mengadili Presiden UMNO Zahid Hamidi, sekiranya dia tidak bersalah menyeleweng dana Yayasan Akal Budi dan penggubalan wang haram maka sudah pasti akan terlepas begitu juga sebaliknya.

Menurut Shahril lagi itu menunjukkan Bersatu tidak ikhlas berkawan dengan UMNO. Alahai, kau ahh Shahril. Kau lupa kah wang yang disonglap oleh Zahid itu adalah wang rakyat bukannya wang yang jatuh dari langit, jadi mesti ada individu yang dipertanggungjawabkan.

Pertemuan Muhyiddin Yassin dan Zahid itu disaksikan oleh pemimpin PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Ertinya dalam hal ini PAS boleh menjadi saksi.

Namun demikian Zahid Hamidi menafikan seolah olah difitnah oleh kerana itu dia memfailkan saman fitnah ke atas Muhyiddin Yassin. Menariknya bukan hanya saman itu disambut baik malah Muhyiddin memfailkan saman balik ke atas Zahid kerana mendustakannya.

Berbalik pada soalan bodoh Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan itu.

Bukankah UMNO yang tidak henti henti menghentam pemimpin pemimpin Bersatu dan PAS hingga menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang. Walhal dalam kerajaan Perikatan Nasional itu sendiri begitu ramai wakil wakil rakyat UMNO menduduki jawatan Menteri dan Timbalan Menteri serta jawatan dalam GLC.

Jadi adakah menjadi satu kesalahan bila pula Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional membalas hentaman dengan mendedahkan kebobrokan pemimpin UMNO, Zahid yang meminta tuduhannya di tarik balik? tuduhan melibatkan dana rakyat dan penggubalan wang haram pula tu.

UMNO itu yang tidak pandai menghargai kawan dan mudah lupa diri. UMNO tumbang pada pilihan raya umum yang lalu tapi kerana percaturan politik bersama Bersatu, UMNO hari ini menjadi kerajaan. Oleh kerana itu jugalah UMNO berjaya memenangi siri pilihan raya kecil kerana sudah mempunyai modal wang ringgit dalam kerajaan Perikatan Nasional dan Keluarga Malaysia.

Tanpa Bersatu pasti sampai hari UMNO terperuk sebagai pembangkang dan menyebabkan ramai dikalangan pemimpin dan penyokong mereka menjadi pengemis politik demi kesinambungan hidup dan karier politik mereka.

Jadi kau Shahril jangan lagi buat pertanyaan bodoh atau terbalik!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: