Jimmy Wong Sengaja Dipinggirkan Kerana Alat Warisan

Nampaknya DAP Sabah ni bakal berhadapan dengan kehancuran. Kenapa tidak kalau pemikir lama dalam parti ini tampak mulai dipinggirkan dalam perjuangan DAP.

Perlu di ingat.

Pemimpin DAP Sabah yang paling rapat dengan Shafie Apdal atau Warisan ialah Jimmy Wong. Kumpulan Jimmy Wong jugalah yang bertanggungjawab membenarkan logo Warisan diguna pakai oleh calon DAP pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

Jadi tindakan tidak mempertahankan atau memilih Jimmy dan anaknya dalam kepimpinan DAP Sabah adalah tindakan serampang dua mata.

Pertama kerana benar pemikiran Jimmy Wong tidak lagi relevan dan yang kedua kerana Jimmy dan kawan kawannya cuba mewarisankan DAP Sabah.

Kumpulan yang menolak Jimmy Wong sangat percaya Shafie cuba memperalatkan Jimmy Wong untuk kepentingan Warisan. Ambil contoh, Adun Luyang adalah kubo kuat DAP tapi boleh pula pejabat Warisan didirikan disana.

Itulah sebab utamanya kenapa Jimmy Wong dipinggirkan, bukan 100% seperti berita yang tersebar dibawah.

KOTA KINABALU: Bekas Penasihat DAP Sabah Jimmy Wong berkata, keputusannya meninggalkan parti itu semalam kekal dan berharap pihak yang ingin memujuknya kembali supaya berhenti berbuat demikian serta “melepaskannya”.

Katanya, beliau sudah lama bersabar dengan kepimpinan DAP Sabah, namun keputusan pemilihan parti negeri Sabtu lalu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal telah melampaui batasnya.

Beliau turut mendakwa Pengerusi DAP negeri yang baharu, Frankie Poon “tidak memandang” langsung keberadaan pemikir parti yang telah lama berjuang untuk parti itu di Sabah.

“Bagaimana mungkin pemimpin-pemimpin yang menang besar pada pilihan raya seperti Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, ADUN Kepayan dan Ketua Wanita DAP Sabah Jannie Lasimbang, bekas Senator Adrian Lasimbang dan ADUN Elopura Calvin Chong tidak terpilih sebagai ahli jawatankuasa negeri.

“Anda tidak mengekalkan kesetiaan dan anda tidak mahu pemikir parti berada dalam jawatankuasa, jadi apa yang anda mahu?,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan pimpinan parti berkenaan yang tidak menjemputnya pada pemilihan parti baru-baru ini.

“Saya antara ahli tertua yang telah bersama parti sejak 2007 dan saya antara yang membawa parti ini daripada tiada kepada keadaan sekarang.

“Tetapi dalam pemilihan negeri baru-baru ini, kamu tidak menjemput saya pun, malah saya tidak dinamakan sebagai penasihat lagi, penghinaan apakah ini?

“Cukuplah, seperti peribahasa Cina, ‘kuda yang bagus adalah kuda yang tidak kembali ke tempat yang sama untuk memakan rumput’, ‘please release me, let me go…’,” katanya sambil menyanyikan lirik lagu malar segar nyanyian Engelbert Humperdinck.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok dalam kenyataannya meminta Jimmy menarik balik keputusannya keluar parti.

Katanya, parti itu masih menghargai jasa dan sumbangan besar Jimmy kepada DAP dan rakyat, khususnya di Sabah.

“Saya membaca pengumuman bekas Pengerusi DAP Sabah dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mengumumkan keluar parti, ia sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan.

“Alasan utama Jimmy berbuat demikian adalah kerana beliau tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan DAP Sabah, ia (keputusan pemilihan) mungkin tidak dapat menyenangkan semua orang tapi beliau harus faham keputusan itu datangnya daripada proses demokrasi,” katanya.

Sementara itu, Frankie dalam kenyataan hari ini turut berharap Jimmy akan kembali kepada DAP.

“Jimmy telah banyak menyumbang kepada DAP Sabah sebelum ini, walaupun beliau telah bersara daripada berpolitik secara aktif, beliau tetap menjadi inspirasi kepada kami.

“Saya masih ingat ketika saya memangku jawatan Pengerusi parti negeri pada 2009, perkara pertama yang saya lakukan ialah melantik beliau (Jimmy) sebagai penasihat kami.

“Saya juga harap Jimmy faham yang setiap proses pemilihan dalam sebuah organisasi tidak dapat dielakkan kerana ia satu proses sihat bagi membolehkan ahli menentukan hala tuju parti,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: