
Kamu tengok betapa liciknya UMNO ni. Baru saja semalam PAS “mentertawakan” ugutan atau desakan UMNO supaya menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri Melaka 2021. Namun PAS menolaknya dan nekad akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bersama parti Bersatu dan Gerakan.
Kita tahu tujuan desakan itu tidak lain untuk merosakkan hubungan Bersatu dan PAS.
Hari ini UMNO melalui ahli majlis tertinggi, Armand Azha menyatakan, walaupun PAS menggunakan logo PN tetapi rundingan akan dijalankan bersama PAS dan parti parti kerajaan iaitu Perikatan Nasional dalam menghadapi pilihanraya negeri Melaka ini.
Kenapa begitu, sebab UMNO tidak lagi berupaya menyembunyikan fakta yang majoriti pengundi Melayu di Melaka mulai menolak UMNO. Rentetan pendedahan konsesi pasir yang diagihkah sesama kroni UMNO hingga membawa kepada pembubaran DUN dan pemberian 1100 hektar kepada orang Singapura, sedangkan masih ramai orang Melaka yang tidak memiliki tanah.
Begitu juga dengan perbicaraan salah guna kuasa yang dihadapi oleh presiden UMNO dan Najib Razak yang dilihat cuba mencampuri urusan Mahkamah, bilamana Zahid yang sedang dibicarakan dan Najib yang telah dijatuhkan hukuman bersalah atas skandal SRC, dibenarkan keluar negara. Ini telah menakutkan rakyat dan memangkinkan kebencian rakyat terhadap UMNO.
Oleh itu UMNO sedar tanpa kerjasama PAS dan Bersatu pasti mereka akan berhadapan dengan kekalahan yang lebih teruk berbanding kekalahan pada pilihan raya umum 2018.
- Aziz Bantah Kad Pekerja Asing Tapi Masih Ada PATI Mengagungkan Warisan 👎
- UMNO Bukan Nak Mengurus Rakyat Tapi Lebih Penting Adalah Kuasa
- Sebab Adun Segama Tidak Ada Jawatan Hingga Meninggalkan Bersatu
- Adun Segama Keluar Bersatu, Sokong Kerajaan GRS
- UMNO Pernah Rancang Buang Zahid Dari Jawatan Presiden UMNO – Tajuddin