Kerajaan Sabah Benarkan Rentas Daerah dan Negeri

Keputusan Perbincangan Mengenai Kebenaran untuk Merentas Negeri dan Daerah bagi Negeri Sabah

Melihat kepada komen-komen yang diberikan netizen di media sosial, saya dapati ramai yang menyuarakan keluhan berkenaan kebenaran merentas negeri dan merentas daerah di Sabah.

Melihat kepada kes jangkitan harian yang semakin menurun, rakyat sudah mulai keluar untuk memulakan fasa pemulihan ekonomi secara lebih meluas. Kerajaan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk mengimbangi bukan sahaja kepentingan ekonomi rakyat dan negeri ini tetapi juga memastikan keselamatan dan nyawa rakyat diberikan keutamaan sepanjang masa.

Namun begitu, menghadkan pergerakan rakyat akan menyukarkan kita untuk beralih ke fasa endemik dan membantutkan usaha pemulihan negeri di setiap sudut. Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kadar vaksinasi dan kita sudah hampir mencapai jumlah 80% vaksinasi dalam kalangan populasi dewasa di negeri ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang sudah dan sedang mengambil vaksin.

Walaupun atas faktor keselamatan, pergerakkan rakyat tidak sepatutnya disekat dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika mereka sudah pun menerima dua dos vaksin.

Oleh sebab itu Kerajaan Negeri Sabah telah membuat keputusan untuk membenarkan rentas daerah dan rentas negeri bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin. InsyaAllah, kita sedang mempercepatkan lagi usaha vaksinasi di daerah yang masih rendah agar kita bukan sahaja mencapai imuniti kelompok, tetapi semua rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seperti dahulu walaupun masih dengan pengamalan norma baharu.

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Sabah merentas daerah di seluruh negeri Sabah bermula pada 14 Oktober 2021 dengan pematuhan syarat yang telah ditetapkan iaitu, individu haruslah telah lengkap divaksinasi. Bagi golongan remaja berusia 12 sehingga 18 tahun yang mempunyai keperluan untuk merentas negeri, mereka haruslah sekurang-kurangnya telah menerima satu dos vaksin manakala mereka yang berusia di bawah 12 tahun, mereka haruslah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Manakala, kebenaran untuk merentas negeri akan bermula pada 1 November 2021 dengan syarat, setiap individu telah lengkap divaksinasi dan perlu menjalankan ujian saringan COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan. Bagi golongan remaja berusia 12 sehingga 18 tahun yang mempunyai keperluan untuk merentas negeri, mereka haruslah sudah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin manakala mereka yang berusia di bawah 12 tahun, mereka haruslah ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksinasi.

Semoga dengan keputusan ini ia akan mampu mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negeri sekali gus mengembalikan peluang kepada rakyat untuk hidup seperti dahulu walaupun pada norma yang baharu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.