Beri Perhatian Prasarana Sukan Di Luar Bandar

TAWAU: Prasarana sukan di kawasan kampung atau luar bandar perlu diberikan perhatian bagi memudahkan golongan belia mengamalkan cara hidup sihat dan bergiat aktif dalam dunia sukan.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kekurangan prasarana sukan di kawasan luar bandar perlu diatasi supaya penduduk di sana dapat menikmati kemudahan itu.

Katanya, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) samada di peringkat persekutuan mahupun negeri perlu memberikan perhatian terhadap masalah kekurangan prasarana tersebut.

“KBS perlu mewujudkan lebih banyak prasarana dan kemudahan sukan supaya dapat menyediakan tempat untuk penduduk kampung beriadah.

“Penduduk kampung khususnya golongan belia juga perlu menikmati kemudahan yang disediakan oleh KBS,”katanya semasa merasmikan pertandingan bola tampar di kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini hari ini.

Menurutnya, kemudahan itu bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat tetapi boleh menghindarkan mereka daripada menghabiskan masa lapang dengan perkara tidak sihat.

“KBS juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan belia di kampung untuk menjadi ahli sukan yang terbaik di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

“Justeru, saya mengharapkan KBS tidak terlepas pandang untuk menyediakan kemudahan sukan tersebut, sekali gus menggilap bakat baharu dalam kalangan penduduk luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas menzahirkan ucapan tahniah kepada penganjur pertandingan tersebut.

Katanya, penganjuran itu merupakan satu manifestasi dan tanda bahawa penduduk di kampung itu telah menyahut seruan kerajaan yang menetapkan bulan Oktober adalah Hari Sukan Negara (HSN).

“Kita sangat bersyukur kerana dengan usaha kerajaan, pasukan barisan hadapan dan semua rakyat Malaysia, pandemik COVID-19 semakin terkawal.

“Dengan penurunan kes jangkitan, kerajaan telah memberikan kelonggaran untuk melaksanakan pelbagai aktiviti secara bersemuka termasuk HSN dengan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Nizam turut mengingatkan penganjur dan semua peserta pertandingan supaya dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada penularan wabak terjadi.

“Walaupun kes jangkitan semakin menurun, tidak bermakna penduduk boleh mengabaikan semua SOP yang telah digariskan kerana wabak masih berada di sekeliling kita,” katanya.

Utusan Borneo

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.