DUN Melaka Bubar, PRN- Mainan Kluster ðŸ˜€

Siapa suruh lembik ketika melawan sedangkan parti ini seperti ikan Haruan. Bak kata penyokong PAS suatu ketika dahulu, UMNO ni parti Yahudi. Semua boleh jadi!.

Semalam pemimpin tegar UMNO Melaka cuba menegakkan keadilan dengan tidak lagi menyokong kerajaan negeri kerana mendakwa Ketua Menteri Sulaiman telah berlaku tidak adil terhadap Adun Adun yang lain.

Dengan harapan Ketua Menteri Melaka baharu akan dilantik.

Tahu tahunya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan dan pilihan raya negeri Melaka akan diadakan dalam keadaan rakyat berhadapan dengan ancaman Covid 19. Bukan hanya itu keahlian UMNO turut dibuang. Hahaha!

Sedangkan ketika kluster Mahkamah menyerang Menteri Besar Perak dan Perdana Menteri Malaysia. Tetap berlaku peralihan Menteri Besar dan jawatan Perdana Menteri Malaysia tanpa sikit pun mengugut akan mengadakan pilihan raya, apa lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan ancaman pandemik Covid 19.

Dulu menyebarkan propaganda kononnya Perikatan Nasional kerajaan yang gagal akibat gagal mengawal penularan Covid 19. Hari ini bukan hanya propaganda itu terbukti bohong tapi sengaja mengadakan pilihan raya di tengah tengah Covid 19.

Ahli UMNO juga pernah mencadangkan agar pemilihan UMNO segera diadakan tetapi Presiden UMNO, Zahid enggan alasannya negara berhadapan dengan Covid 19. Tetapi yang ini boleh pula ya.

Lucu Bani Melayu UMNO menjadi mainan pendekar Jawa.


Ayer Keroh: Kemelut politik Melaka berakhir apabila Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan perkara itu berkata, proklamasi Pembubaran DUN Ke-14 akan diwartakan hari ini.

“Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, sudah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober,” katanya.

Cadangan pembubaran DUN dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pagi semalam.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: