Muhyiddin Cadang Tubuh Majlis Pemulihan Di Negeri dan Daerah

Cadangan yang bernas dari mantan Perdana Menteri Malaysia, untuk kerajaan Perikatan Nasional.

Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang dibentuk di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa ini akan berfungsi seperti MPN di peringkat negara. Wow!

Supaya nanti segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira lapisan akan mudah dikenal pasti dan dicari jalan penyelesaiannya.

Jujur admin katakan baru pertama kali admin mendengar cadangan yang benar benar bertujuan untuk mendalami keluh kesah rakyat. Tahniah!


PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin mencadangkan agar satu majlis berfungsi seumpama MPN diwujudkan di peringkat negeri dan seterusnya peringkat daerah.

Beliau berkata, fungsi majlis itu bagi memudahkan usaha pemulihan dilaksanakan di peringkat akar umbi.

“Ianya (Majlis Pemulihan Negeri) mungkin boleh dipimpin Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri masing-masing dan di bawahnya pula ada jawatankuasa tindakan peringkat daerah seperti sebelum ini.“Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu kita melihat dan mengetahui lebih terperinci apa sebenarnya keperluan mereka dan kita ambil pendekatan sama, apa yang kita buat di peringkat nasional, kita boleh laksanakan di negeri,” katanya pada sidang media pertama selepas dilantik sebagai Pengerusi MPN.

Muhyiddin turut memaklumkan mesyuarat kali pertama MPN hari ini juga berpuas hati dengan penerangan diberikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan terkini program vaksinasi dan kadar kebolehjangkitan Covid-19.

“Kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) juga mula menunjukkan penurunan dan begitu juga jumlah vaksin yang kita miliki mencukupi untuk memulakan suntikan penggalak kepada individu yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, fokus utama MPN ketika ini adalah bagi memulihkan pelbagai sektor dan kumpulan terkesan akibat Covid-19 secara menyeluruh.

“Antara sektor perlu diberi perhatian ialah sektor ekonomi yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan paling banyak menyediakan peluang pekerjaan.

“Selain itu, bantuan untuk usahawan kecil dan sederhana juga turut perlu diberi perhatian agar mereka dapat terus kekal bersaing dan bangkit semula selepas terjejas teruk akibat penutupan sektor ekonomi sebelum ini,” katanya.

MPN juga akan mencari jalan bagi terus membantu golongan rentan di samping mencari jalan untuk menyelesaikan isu kemiskinan bandar dan luar bandar susulan pandemik Covid-19 melanda negara sejak awal tahun lalu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: