Kerajaan Negeri Perlu Jelaskan Isu Projek Terowong

Antara sebab utama kenapa DAP tergila gila untuk menandatangani MoU.

Lim Guan Eng itu tidak akan lepas dari tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah. Walau sekalipun kandungan Whatsapp di angkat sebagai bahan untuk membuktikan yang Lim Guan Eng tidak ada deal. He!

Kamu agak kalau dia yakin tidak sangkut mahu kah DAP bekerjasama dengan kluster Mahkamah yang menjadi modal terbesar Pakatan Harapan pada pilihan raya umum yang lalu?

Bayangkan dalam keadaan itu pun masih tegar si Guan ni menafikan hak bumiputera, padan pada pilihan raya negeri Sabah 2020, bekerjasama dengan Warisan.

Bha kamu baca sampai habis, bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang melesapkan harta rakyat di negeri itu.


GEORGETOWN- Kerajaan negeri terutamanya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow diminta untuk menjelaskan beberapa perkara yang dilihat mengelirukan berhubung projek terowong dasar laut yang dikatakan akan digantikan dengan jambatan yang merentasi Selat Pulau Pinang.

Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, banyak persoalan yang timbul apabila laporan media pada Sabtu menyatakan projek mega itu tidak akan menjadi kenyataan sebaliknya digantikan dengan projek jambatan.

Menurutnya, sekiranya benar terowong dasar laut akan digantikan dengan jambatan, bagaimana kerajaan negeri mengambil balik tanah yang telah diberikan kepada konsortium dilantik, sebagai satu pembayaran kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut itu.

“Banyak persoalan yang timbul apabila isu terowong dasar laut ini dibangkitkan yang mana ia dikatakan akan digantikan dengan jambatan. Jika benar, adakah Kon Yeow akan mengakui projek terowong dasar laut yang dicadangkan DAP itu merupakan penipuan yang dicipta mereka untuk meraih sokongan pengundi yang akhirnya merugikan rakyat.

“Ini kerana, tanah miliki rakyat Pulau Pinang telah digunakan untuk membayar kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan akhirnya ia tidak dilaksanakan, sebaliknya digantikan dengan jambatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Gerakan Pulau Pinang di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan projek mega tersebut yang dirancang sejak beberapa tahun lalu akan digantikan dengan projek jambatan bagi menghubungkan kawasan pulau dengan kawasan tanah besar (seberang).

Mengulas lanjut, Tong Keong berkata, pihaknya juga ingin mengetahui bagaimana kerajaan negeri mengambil balik tanah ‘bayaran’ oleh mereka yang kini telah dimajukan dan dibina kondominium mewah.

“Kira-kira 10 tahun telah berlalu, kenapa baru sekarang kerajaan negeri beritahu rakyat Pulau Pinang bahawa pembinaan jambatan lebih sesuai berbanding terowong dasar laut, malah kerajaan negeri telah membelanjakan RM305 juta untuk kajian kebolehlaksanaan bagi projek itu.

“Sehubungan itu, Gerakan mendesak Kon Yeow memberi penjelasan kepada rakyat apa yang sedang berlaku dan mengapa konsortium yang bertanggungjawab mencadangkan untuk menggantikan terowong dasar laut dengan jambatan sepanjang 5 kilometer (km) itu?” soalnya.

Lebih mengelirukan, beliau berkata, kenyataan Kon Yeow dan Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berhubung laporan kajian kebolehlaksanaan projek itu juga didakwa tidak sama.

“Dalam kenyataannya, Kon Yeow mengatakan bahawa laporan itu sudah siap pada tahun lalu namun Zairil pula mendakwa, kerajaan negeri akan membuat keputusan untuk menggantikan terowong dasar laut dengan jambatan berdasarkan laporan kajian kebolehlaksanaan yang masih dalam proses.

“Persoalannya, bila isi kandungan laporan kajian kebolehlaksanaan itu akan diumumkan? Jangan pula nanti kerajaan negeri mendakwa mereka dan pemaju perlu tempoh beberapa tahun lagi untuk mengenalpasti pembinaan jambatan adalah lebih efektif dari segi kos dan lebih mesra alam berbanding terowong dasar laut.

Tambahnya lagi, dengan perkembangan terkini isu projek terowong itu, ramai berpendapat bahawa projek tersebut sebenarnya tidak wujud dan ia adalah satu penipuan terhadap rakyat Pulau Pinang.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai itu adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: