Betul tu semalam tular satu artikel yang menjelaskan kononnya Bersatu menolak semua jawatan dalam kabinet dan kononnya ia adalah muslihat. Penulis artikel itu merujuk pada sumber yang tidak dinyatakan. Manjang sumber dan sumber. Hahaha!
Kuala Lumpur: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan dakwaan parti itu menolak semua jawatan dalam kabinet yang akan diterajui Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan pada kenyataan hari ini, menyifatkan dakwaan diterbitkan sebuah portal berita itu, berniat jahat yang mahu memecah belahkan Bersatu.
“Saya cadangkan kepada semua supaya merujuk sumber berita sahih. Kandungan laporan ini adalah palsu yang sumbernya entah siapa,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal media dwibahasa melaporkan, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu parti itu menolak semua jawatan dalam kabinet sebagai strategi dan persediaan memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Laporan yang memetik beberapa sumber Bersatu itu mendakwa, Muhyiddin mencadangkan perkara berkenaan dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung baru-baru ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd