KM Hajiji Ucap Tahniah Atas Pelantikan Ismail Sabri Sebagai PM Ke 9

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengucapkan tahniah pada Perdana Menteri ke 9 Datuk Ismail Sabri dan berpandangan beliau memiliki kelayakan dan pengalaman untuk mentadbir negara.


Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah merakamkan tahniah kepada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata, Ismail Sabri mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu juga berkata, pihaknya turut menyokong penuh Ismail Sabri.

“Ini bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga yang antara lain mengambil kira hak-hak Sabah.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan.

“Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan. Marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan, dan terus bergerak untuk memerangi pandemik Covid-19 serta membangunkan kembali ekonomi kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya kepada Sabah.

Hari ini, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan terbabit selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

ยฉ New Straits Times Press (M) Bhd

1 komen

  1. HaaaaaaH…biar kan pekara itu berlaku..senang sikit kerja anna yg kumpul segala bukti siasatan fail fail kelas tertinggi nie..dari Pak Lah ke Najib Razak ke Tun M ke TSMY dan skrg Ismail Sabri UMNO rosak beracuntoksik..tiada perlu apa yg mau ubah…kekal aja Sabah seperti biasa..sebab PN teraju Krjn Persekutuan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ bukan BN..jadi jgn mimpi mau tukar itu ini…jgn jadi mcm selangor dan negeri sembilan bebal tak sudah..berani lagi bikin hal songsang…kali ini humban terus takdak kompormi takdak ampun..UMNO Sabah pun patut sedar diri dan insaf akan perbuatan keji mereka..usik Hajiji serta GRS ..aku mesti bakar mereka hidup hidup…jgn berani minta kes kasi lupus ..aku kejar guna kuasa krjn Persekutuan Putrajaya…jgn fikir TSMY ..Lu bikin sepak tendang sesuka hati…kami๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พsemua belum mati lagi..Rahman Dahlan kaa Bung Mokthar atau sesiapa saja dari UMNO Sabah bikin lagi kerja gila nie..kita org pun manusia juga..bukan tokong tokpekkong …jadi bikin biasa biasa aja..jgn sampai semua kena rembat dgn anna…puas weeehh jadi baik nie…mmg traumafobia ..jadi iblis syaitan tak apa jugak…mau jadi malaikat mmg payah lah…politik politik jugak namun harus ingat..tengik bengik msg msg mmg anna dah tahu…jika tidak tak akan berulang kali serta merta berlari ke Sabah selamatkan rakyat sabah๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ berulang kali…dgn Tun M masa PRU 14…dgn PM๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTSMY siap terus dgn bendera Perikatan Nasional nya kerana apa…anna tak boleh biarkan Dap&PKR serta parti politik tak guna tuu..Warisan si Shafie Afdal terus terusan jadi krjn negeri Sabah..mmg karut jadinya…silap hari bulan masa..hilang lenyap terus original rakyat Sabah dalam naungan Persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ…anna dah lihat rosak budaya jati diri anak muda kita akibat tuba beracun yg pihak Dap serta PKR lakukan…lagi bangsat UMNO utk Melayu terus mati dan di matikan…sebab itu anna pegang kes siasatan paling berharga utk Krjn Persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ…menipu krjn๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ lagi…tiada tempat buat pengkianat derhaka pada krjn๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ pelik betul lihat tingkah laku para pemimpin pemain politik ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ini…masa utk jarah balik pergunakan krjn๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ dah tamat…jadi buat aja kerja molek baik..jgn tipu rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ semua…hubungan dgn Krjn๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ sentiasa dekat aja …depan mata tepi hidung..lagipun tukang report Jusfazli pun boleh tahan…maklumat dia lagi dahsyat sampai…checkmate game buta buta aja…paparazzzi bertauliah tak rasmi…belum lagi Media Sabah offical ..kupi kupi..Otto byk bakat media sabah anak muda hebat hebat…i really like them…utk Abg Hajiji…awas sikit sama UMNO tuuhhhh…mereka bikin celaka..kita ajak yg selalu di salah kan…skrg tak lagi…turn kita celaka kan balik mereka semua…Abg Hajiji..Abg Manjun (Alaaa yg satu lagi tuuhhhh) kekal aja dgn PNPPBM๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ dah tentu selamat sejahtera kita bersama๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka…kita semua (*PN Krjn Persekutuan Putrajaya ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ฏ๐ŸŒบ๐Ÿ’– kita juga)..

    AnnaAriff1972๐ŸŒบ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’–๐Ÿ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽต๐Ÿ˜Ž๐Ÿ™‚

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: