Muhyiddin Ketuai PN Pada PRU Ke 15

Nama MUHYIDDIN atau PN telah sinonim dengan bantuan kepada rakyat terutamanya semasa negara berhadapan dengan pandemik Covid 19. Jadi sudah tentu pastilah gerakan yang di dukung oleh beliau pada pilihan raya umum yang akan datang akan mudah diterima oleh pengundi atau rakyat. Hatta pada pilihan raya negeri Sabah 2020 yang lalu pun calon daripada UMNO tumbang kepada calon Bebas yang pro Perikatan Nasional.


PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri semalam tidak bercadang berundur daripada politik dan bertekad untuk terus memimpin Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin yang kini menjadi Perdana Menteri sementara berkata, beliau mempunyai banyak masa selepas ini untuk memberi segala tumpuan kepada perjuangan parti bersama rakan dalam PN.

Malah, Pengerusi PN itu berkata, persiapan untuk menghadapi PRU akan datang sudah lama bermula.

“Kita akan terus menggerakkan jentera dan susun strategi untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya percaya rakyat sudah melihat pencapaian kerajaan PN sejak setahun lebih kita perintah. Tanpa manifesto pun mereka akan selesa dengan PN.

“Apabila tiba PRU nanti kita serah kepada rakyat untuk menentukannya. Yang pasti saya ada banyak masa sekarang dan banyak pengalaman mengetuai jentera pilihan raya semasa dalam Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Harapan (PH) sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Muhyiddin menyifatkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah penamatan satu episod dalam politiknya dan permulaan kepada episod baharu.

Beliau berkata, keyakinannya terhadap PN menghadapi PRU akan datang adalah berdasarkan pendirian dan semangat pemimpin serta akar umbi dalam parti yang mahu beliau meneruskan usaha ini.

“Bila dengar saya nak berhenti tempoh hari, semua pemimpin parti memberi semangat dan bertekad untuk terus berjuang bersama saya dalam apa juga keadaan. Mereka sedia berenang atau tenggelam sama-sama.

“Dengan pendirian ini dan semangat perjuangan ditunjukkan pemimpin PN, saya percaya kita ada kekuatan,” katanya.

Beliau menyifatkan berdasarkan jumlah parti komponen dalam PN selain sokongan MCA, MIC dan sebahagian UMNO, PN akan mengembalikan zaman kegemilangan BN dulu sebagai parti yang berjuang untuk semua bangsa.

Muhyiddin juga menolak tanggapan PN adalah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera saja, sebaliknya berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

“(Mesyuarat) Kabinet kerajaan PN tidak pernah sekali pun berbincang isu kaum… orang Melayu saja… orang Cina saja… atau orang India saja. Kita bantu semua kaum,” katanya.

ยฉ New Straits Times Press (M) Bhd

One thought on “Muhyiddin Ketuai PN Pada PRU Ke 15

Add yours

  1. Hallo kawan yg baik..beritahu pada Abg Hajiji bertugas seperti biasa dan teruskan kekal imej PN GRS…ini adalah hasil politik UMNO toksikberacun yg terus mencemar Melayu itu sendiri..tahu kenapa anna kerap katakan BN dari akui sebagai UMNO..inilah jawapan jelas..anna tidak boleh hidup sekaum (Melayu saja) namun anna mampu hidup dalam kepelbagaian unsur adat budaya hatta agama itu sendiri ..walaupun anna muslim. org yg merdeka..kelansungan hidup demi negara๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ dan semua rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ adalah keutamaan anna sebagai PNPPBM๐ŸŒบ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’–๐Ÿ๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐ŸŽต๐ŸŽถ๐Ÿ˜Š yg ini tidak akan ada ruang org lain jotossss dan sepak terajang sesuka hati..tidak akan biar mudarat buruk tu ligat mematikan kami๐ŸŒบ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พsemua..๐Ÿ˜Š

    AnnaAriff1972๐Ÿ˜Š

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: