Sultan Johor Ucap Tahniah Pada Kerajaan PN – Vaksinasi

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan baginda kepada kerajaan atas tambahan bekalan dua juta dos vaksin Covid-19 ke negeri ini bagi bulan Ogos menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Titah baginda, tambahan bekalan dos vaksin itu akan mempercepatkan lagi sasaran mencapai imuniti kelompok di negeri Johor.

“Keadaan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan rakyat amat membimbangkan. Dengan penambahan dos vaksin ini, kita berupaya melindungi orang ramai serta mempercepat sasaran imuniti kelompok.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas tambahan dua juta dos vaksin kepada Johor,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memaklumkan tambahan bekalan dua juta dos vaksin Covid-19 itu meliputi semua jenis vaksin yang telah pun mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA).

Vaksin berkenaan akan diagihkan ke seluruh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terdapat di negeri Johor.

Dr. Adham dilaporkan berkata, sehingga semalam, seramai 1,362,398 orang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Johor, manakala 540,895 individu telah menerima suntikan dua dos vaksin.

Secara keseluruhan, sejumlah 50.2 peratus populasi dewasa di Johor sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. -UTUSAN ONLINE

One thought on “Sultan Johor Ucap Tahniah Pada Kerajaan PN – Vaksinasi

Add yours

  1. Haii kawan..anna harap punya YDPA segarang Sultan Johor..alangkah manissss nya sekiranya Tuanku Sultan Johor boleh juga lanjutkan titah Tuanku pada sebutan ‘sekiranya masih lagi mahu berteromba kelakuan tak senonoh wakil rakyat ini..maka Beta juga tidak akan teragak tidak punya wakil rakyat dalam Dewan Negara 🇲🇾 keseluruhan nya…semoga ayat ayat ini juga akan tersampai dgn gerun tanpa kompormi di Parlimen 🇲🇾…seolah Tuanku menyampaikan hasrat Pomomong ini terhadap perangai buruk org org politik yg punya niat tidak baik terhadap PN Krjn Persekutuan Putrajaya🇲🇾 serta PM🇲🇾TSMY…kasihan kami🌺 semua Tuanku sentiasa teraniaya dan menyusahkan kami bekerja utk selamatkan sekelian rakyat 🇲🇾 semua..si jahat jahat ini telah subahat sabotaj kami kalangan org org selangor yg menetap di negeri kami Tuanku…cela sungguh perbuatan mereka ..sgt cela malah aib cela terhina kami yg Melayu 🇲🇾 Muslim Merdeka🇲🇾💖…tolong lah kami semua Tuanku Sultan Johor 💖gan hamba…😊

    AnnaAriff1972🌺💯🎵🎶🎵🎶🇲🇾💖😊🐝🌎

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: