Ini kira final sudah, bahwa kerajaan Perikatan Nasional atau Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin mendapat sokongan jitu dari majoriti ahli ahli Parlimen UMNO.
Selepas ini pemimpin UMNO yang bukan ahli Parlimen jangan lagi sibuk mengkritik Perdana Menteri sebab UMNO juga sebahagian daripada kerajaan. Tengok apa berlaku semalam sekumpulan belia Pakatan Harapan berhimpun sambil memakai baju berwarna hitam. Mereka mengambil kesempatan dari keceluparan kamulah, mereka ingat kerajaan ini benar benar lemah. Walhal sehingga malam ini Kerajaan Perikatan Nasional masih menjadi kerajaan yang disukai ramai melainkan macai pembangkang dan kluster Mahkamah. Hahaha!
Sebelum ini tular satu kenyataan yang mendakwa kononnya surat Ismail Sabri berhubungan sokongan ahli Parlimen UMNO adalah tidak benar.

Nah terjawab sudah. Apa lagi para pembangkang dan sewaktu dengannya pergi kamu tidur!. Hahaha!
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan isi kandungan surat pada 29 Julai, menyatakan seramai 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Ismail berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mempengerusikan perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN pada hari berkenaan.
“Berita itu sah, memang 40 Ahli Parlimen BN memberikan sokongan kepada kerajaan PN,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Beliau yang ditemui pemberita selepas program penyampaian bakul makanan di Kampung Charuk Puting, berkata isu yang dibangkitkan hanya kepala surat yang menggunakan logo BN.
Tambah beliau, dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu turut membenarkan Ahli Parlimen menggunakan budi bicara sendiri untuk menentukan sokongan masing-masing.
“Soal tarik sokongan tidak timbul, Ahli Parlimen (BN) berpandangan kalau kita dibenarkan memberi sokongan kepada kerajaan (PN), kita tidak boleh ambil tindakan meruntuhkan kerajaan dengan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ismail menyifatkan dakwaan dirinya akan dilantik sebagai perdana menteri interim hanya sebagai khabar angin yang tular di portal berita dan media sosial.
Katanya, dakwaan itu berkemungkinan dibuat untuk memecahbelahkan atau mengeruhkan suasana dalam kerajaan, yang sedang berusaha menangani permasalahan lebih besar, iaitu penularan Covid-19 dan kesusahan rakyat dalam situasi wabak sekarang.
“Saya juga difahamkan dalam Perlembagaan Persekutuan, tiada istilah Perdana Menteri atau kerajaan interim … itu saya anggap hanya khabar angin. Kita tidak perlu layan bila ada pihak yang hendak memecahbelahkan, kerana jika dilayan, ia akan bertambah teruk.
“Jangan terlalu ikut dengan apa yang digembar-gemburkan kerana tindakan yang sepatutnya adalah mendamaikan atau menyejukkan suasana. Mari kita bersatu kerana tanggungjawab kita lebih besar,” katanya, menurut laporan Bernama.
Alhamdulillah ok very good Kerajaan PN . Sila Amalkan Konsep dan Budaya SITA RAMA ( Sincerity Integrity Transparency Accountability Rahsia Amanah Makmur Dan Aman ).
Ikhlas Tok Putih.
LikeLiked by 1 person