Watikah Perlantikan Datuk Yahya Hussin Sebagai YDP MUIS

WATIKAH PELANTIKAN YDP & TYDP MUIS BAHARU KOTA KINABALU.

Mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Di Pertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan watikah pelantikan kepada Yahya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Yahya, 71, merupakan mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Hasbullah Haji Mohd.Taha.

Sementara pendakwah bebas dan mantan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Haji Malai Ali Bin Haji Malai Ahmad, 57 dilantik sebagai Timbalan YDP MUIS, menggantikan Datuk Haji Matussin Awang Damit

Hajiji turut menyerahkan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah yang baharu kepada Ustaz Haji Ag Syairin Ag Bakar, 60.

Ag Syairin merupakan mantan pegawai kanan MUIS dan JHEAINS, menggantikan Haji Abdul Rahman Md.Yacob.

Turut hadir ialah Menteri Tugas Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan Setiausaha Tugas Tugas Khas, Encik Sapdin Ibrahim.

Tamat.

SABAH MAJU JAYA

Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Aras 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

1 komen

  1. HaaaaaaH..kawan tolong anna yeaa..gini..pasal itukan Jabatan Agama Islam Sabah..ok..kita tahu kan masaalah yg ada sebahagian rakyat sabah hadapi tapi mereka tak punya cara utk mengadu masaalah mereka dgn berbagai sebab..terutama wanita yg bercerai..soal perkahwinan rakyat sabah…minta lah pihak sana uruskan satu pasukan petugas khas MUIS khusus pada pekara berbangkit..ini penting buat mereka yg kurang pengetahuan ..dan pelbagai kerenah protokol yg di hadapi oleh pengadu..sampaikan pada pengetahuan KM Hajiji yeaa..anna harap dapat mendengar khabar yg baik dari Sabah ttg hal begini..jgn lagi nanti ada yg bersangka tidak baik pula pada YB Rina Harun Menteri yg punya tugasan tidak berhenti agar semua pihak dapat dibantu olehnya di sini mahupun di sabah sana..jadi anda adalah penghubung rasmi buat kami PNPPBMπŸŒΊπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’―πŸ˜Š kita gotong royong tolong menolong..inilah pihak yg sebenar dari Krjn Persekutuan Putrajaya πŸ‡²πŸ‡Ύ politik terbaru abad kurung 21 yg rare dalam sejarah dunia antarabangsa πŸ‡²πŸ‡Ύ ..si moden yg tak tinggalkan tradisonal nya ..pernah dengar siapa yg pernah sebut ayat ini…itulah mantan Presiden AS Barak Obama satu ketika yg sudah….dan utk tidak tersalah fikir dekat org lain…ini untuk anna bukan utk Najib Razak mantan PM poyoooooo..gelaran ini tiada kena mengena utk Najib Razak ..tiada credit yg dia boleh tuntut..harap maklum terima kasih😊

    AnnaAriff1972πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’―πŸŽ΅πŸŽΆπŸŽ΅πŸ…πŸˆπŸπŸ˜Š

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.