Kita Bukan Lembu, Tajuddin

Betullah tu apa lagi orang MELAYU sendiri yang menjadi pemimpin dan penyokong parti Melayu atau UMNO. Mana boleh hanya mendengar satu pendapat walaupun terang terang salah.

Lainlah kalau pemimpin dan penyokong UMNO itu luar daripada Semenanjung yakni dari Sabah.

Tidak ada prinip kebenaran yang mereka boleh buktikan pada masyarakat Sabah, selain akur pada kehendak bos malah mendorong kesalahan bos. Walaupun perkara itu bertentangan dengan naluri manusiawi dan nilai nilai baik yang perlu ada pada wadah perjuangan.

Lihat saja pengikut dan jentera UMNO Sabah di akar umbi. Sebelum ini menyanjung Tajuddin kerana menurut kehendak Presiden UMNO, bila Tajuddin menonggak arus, tidak semena-mena dihina. Macam saja mereka tu benar Melayu yang lebih bertanggungjawab ke atas UMNO berbanding Tajuddin. Apa lagi Tajuddin lebih Melayu dari Zahid Hamidi. Kesian Tajuddin di buli oleh Melayu jadi jadian.


Kita bukan lembu’ – Tajuddin

Saiful Haizan HasamJulai 14, 2021 @ 3:13pmsaiful.haizan@bh.com.my

Saya tidak menyesal digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti hanya kerana beri pandangan kritikal dalam mesyuarat MKT UMNO - Tajuddin. FOTO NSTP

Saya tidak menyesal digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti hanya kerana beri pandangan kritikal dalam mesyuarat MKT UMNO – Tajuddin. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menyesal dengan penggugurannya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO hanya kerana memberikan pandangan kritikal ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, minggu lalu.

Tajuddin menegaskan, apa yang beliau bangkit dan perkatakan dalam mesyuarat itu adalah perkara benar apabila sehingga hari ini tidak ada pihak menafikan pandangannya.

“Terpulanglah kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) nak terima atau tak pandangan saya.

“Kalau itu yang jadi sebab dia nak ganti saya, tak apa lah. Saya tak menyesal dengan apa yang saya perkatakan kerana itu perkara 100 peratus benar.

“Dia ada kuasa, maka terpulang pada dialah. Saya pun tak kecewa sebab banyak lagi kerja lain saya boleh buat untuk bantu parti,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Tajuddin yang dilantik ke jawatan itu pada 4 November tahun lalu.

Baru-baru, ini tular rakaman audio dikatakan suara Tajuddin ketika mesyuarat MKT UMNO pada Rabu lalu yang menyifatkan keputusan parti menarik sokongan daripada Muhyiddin ketika rakyat bergelut dengan krisis COVID-19, sebagai tidak wajar.

Sementara itu, Tajuddin berkata perbezaan pendapat dalam mesyuarat sepatutnya tidak menjadi masalah kerana dengan cara itu akan wujud idea yang boleh dipertimbangkan untuk kebaikan parti.

Katanya, sebagai ahli UMNO selama 45 tahun, beliau tidak mahu menjadi ‘pak turut’ dalam semua keadaan.

Beliau berkata, pandangannya dalam mesyuarat MKT UMNO itu menyentuh masa depan parti selepas beberapa kali membuat keputusan yang salah.

“UMNO ini sebuah parti besar, kalau buat keputusan biarlah yang tepat dan membawa kepada kejayaan. Kalau membawa kesan negatif kepada parti, nak buat apa. Rakyat memerhatikan.

“Sepatutnya tidak ada masalah perbezaan pendapat kerana kita bukannya lembu. Seekor lembu di depan masuk kandang, kita yang lain pun ikut masuk kandang. Bila seekor keluar kandang, kita pun keluar kandang,” katanya.

“Sekarang Tok Mat (Mohamad) ambil alih, baguslah. Teruskanlah, saya doakan dia boleh buat, cuma masa akan menentukan sama ada dia boleh atau tidak boleh,” katanya.

1 komen

  1. Haiii..kawan ..saksikan aja kerenah UMNO skrg..maka di ganti sesiapa pun itu adalah sebahagian dari cluster toksikberacun totobodo 2 geng jugak..dah kata selagi tiap kes Najib Razak serta Zahid Hamidi serta yg lain terkait mahkamah…maka pengurusan tertinggi UMNO adalah juak juak yg sama ..apatah lagi nafsu mereka utk mengambil rembat kuasa khas krjn persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ dgn jawatan utama sebagai PM dan TPM yg UMNO kongker selama puluhan tahun telah pupus sama sekali..maka mereka tidak akan jumpa hatta satu titi kecil pun sebagai jalan pintas rampas semula dari PNPPBM๐ŸŒบ harus di akui kesalahan perbuatan mereka itu adalah satu jenayah terhadap krjn persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ satu pekara yg dibolak balik oleh sikap cuai pemimpin yg seharusnya lebih bertegas akan apa pun keputusan pada pihak yg buat salah laku dalam pekerjaan mereka..Krjn ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ walaupun tidak di endahkan atau spa peduli bagi mereka ..telah hampir melupuskan kuasa krjn๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ selama ini..ini tidak boleh dikompromi dgn atas budi bicara atau berlaku subahat kianat secara sembunyi atau nyata perbuatan..jikalau para pemimpin pemimpin melayu ini telah lupa terus akan setiap perenggan OSA..maka mudarat perbuatan ini akan memberi impak terhadap rakyat ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ di kalangan umum yg biasa biasa ..bayangkan yg kaya berduit harta byk..dah tentu mereka boleh tinggalkan negara ini begitu saja..jadi yg masih ramai B40 ..miskin tegar tiada kemampuan melarikan diri…apa jadi nasib kita semua..sebab itu cara urus krjn ini…harus di ubah pada satu jaminan kekal dari krjn persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ agar satu pihak yg benar menjaga krjn ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ tapi kuasanya meluas pada semua agar tiada lagi pekara dari hasad dengki manusia manusia tak guna ini..politik pun entah apa apa jadi terbalik pulak yg tolong bantu krjn,๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ini adalah si miskin rakyat๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ yg tidak di ketahui asal mana datangnya..berada di tempat yg sgt mencabar dirinya utk pastikankrjn ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ tetap dapat berfungsi sebagai krjn ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ yg kekal merdeka terjamin seluruh bangsa rakyat semua ..dah terang lagi guna torchlight suluh sana ini. serius beb..jikalau ini pekara Tun M tidak ketahui maka benarlah antara kami tiada kaitan keluarga dan apa anna buat ini cuma sekadar rakyat biasa yg tidak kaya berharta bagai dan tidak di kenali oleh siapa pun..lagipun kena faham lah bukan kah sikap menganiayai org tak bersalah itu sgt gemar di buat oleh pemimpin pemimpin UMNO yg punya kedudukkan atasan tertinggi parti serta berada di persekutuan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ..jadi tiada kepercayaan atau perlu yakin terhadap UMNO skrg yg punya pemimpin pemimpin yg buruk binasa itu๐Ÿ˜ mereka jahat perangai ..perbuatan yg tiada kompromi tiada maaf utk mereka ๐Ÿ˜

    AnnaAriff1972๐Ÿ˜Š

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.