Ewon Ajak KM Kupi Kupi Nampak Sangat Bekas Menteri Yang Gagal

Lain juga kesannya kalau jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang sempat di pegang beberapa bulan, hilang tanpa dijangka. Boleh membuat seseorang itu hilang arah tuju dan kuat meroyan.

Seperti yang berlaku ke atas Naib Presiden UPKO yang juga Adun Kadamaian, Ewon Benedick.

Meroyan, katanya dia jemput Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor untuk kupi kupi di restoran bagi menyakinkn orang ramai bahwa Dine In dibenarkan.

Apa punya idealah tu Ewon. Macam pula tidak pernah memegang jawatan Menteri atau kah dia ni memang gagal memikul tanggungjawab portfolio Menteri.

Zaman sekarang kerja atau tanggungjawab apa lagi bagi seorang Ketua Menteri, harus di jalankan secara smart work bukan hard work. Sebab kalau tidak mana mungkin seorang Ketua Menteri yang duduk di pantai barat boleh mengurus keadaan dan masyarakat yang ada di pantai timur.

Kerajaan GRS bukan seperti kerajaan Warisan sebelum ini yang tidak memartabatkan konstitusi hanya pandai meniagakan perjanjian Malaysia 1963, sama seperti UPKO.

Kerajaan Warisan hanya berkeras pada perkara yang tidak menguntungkan masyarakat, asalkan nanti dapat menambah populariti mereka.

Ini bukan kerajaan Cowboy Warisan yang diterajui oleh seorang ketua yang masih beratitud kampung kampung. Masih berkerja secara manual tujuannya agar dilihat sekaligus bertujuan untuk membeli kepercayaan rakyat. Walaupun hal itu tidak sepadan atau tidak menguntungkan rakyat itu sendiri.

Kamu tengok masyarakat yang ada di Parlimen mereka, berdekad jadi wakil rakyat tapi keadaan tetap begitu hinggalah berjawatan Ketua Menteri Sabah. Rumah rumah terbakar yang dijanjikan akan dibina hingga saat ini satu batang tiang pun tidak kelihatan.

Apa berlaku bila Hakim Kota Kinabalu mendapati perlantikan bekas Pengarah Air Sabah, Amarjit Sing tidak sah di sisi undang undang. Ada tindakan positif yang diambil oleh Ketua Menteri Warisan? tidak ada! malah dipertahankan. Ini satu contoh penggunaan kuasa yang digunakan untuk kepentingan parti Warisan semata-mata.

Tengok pula kerajaan GRS yang diketuai oleh Ketua Menterinya Datuk Hajiji Noor. Bertegas pada isu yang pasti akan menguntungkan masyarakat Sabah walaupun tidak selari dengan ketetapan yang diambil oleh Perseketuan.

Pada 28hb Jun 2021 Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengumumkan kerajaan negeri membenarkan Dine In di restoran. Walaupun waktu itu Sabah masih berada di Fasa Pertama, dimana Dine In hanya dibenarkan di Fasa ke tiga. Tapi demi kebaikan rakyat apapun kemungkinan akan di harungi. Dan semua parti parti politik di Sabah telah memberikan sokongan kecuali parti Warisan dan UPKO.

Sehingga hari ini Dine In di Sabah berjalan seperti biasa. Hanya UPKO dan Warisan yang malu malu kucing.

Tapi pandai pula Naib Presiden UPKO, Ewon mencabar Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji untuk kupi kupi di restoran. Tidak ada kelas punya wakil rakyat lah. Hahaha!

2 comments

  1. Kerajaan PN memang terbaik setakat ini. Namun jika sekiranya gagal dengan janji terhadap rakyat Sabah dan Sarawak maka PN akan di hukum oleh rakyat kedua duan Negeri SS. Kita sentiasa akur pada pemerintah namun akan tetap taguh menagi janji . Kami menunggu. Biar tunduk seperti Kerbau tapi menanduk bukan membebe seperti kambing.

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Ahmad Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.