Zahid Akui Suara Dalam Rakaman Telefon Sama Anwar Adalah Suaranya

Nah macam mana lah tu, kalau sebelum ini masih ada dikalangan Ahli UMNO yang sengaja tidak percaya hanya kerana empunya diri tidak membuat pengakuan.

Sedangkan ahli UMNO berkenaan tidak berani membuat laporan Polis.

Bagaimana pula selepas Zahid membuat pengakuan?

Presiden UMNO Zahid Hamidi mengaku bahawa individu yang berbual dengan Anwar Ibrahim dalam rakaman suara itu adalah dirinya.

Sebelum ini ada beberapa pendedahan yang dibuat oleh pemimpin UMNO berkenaan hubungan Zahid dan Anwar. Termasuklah dari Menteri Wilayah, Datuk Annuar Musa yang membongkar konspirasi Zahid Hamidi dan (Anwar) Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Terbaru Ahli Parlimen Rengas Nazri Aziz mendedahkan bagaimana Presiden UMNO menipu mereka ketika dalam proses undi tidak menyokong bajet 2021. Selain intipati ucapan Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang bertentangan dengan usahanya untuk berkerjasama dengan Anwar (Pakatan Harapan)


“Dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya” – Sumber MKT

Wan Syamsul AmlyJulai 6, 2021 17:06 MYT

"Dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya" - Sumber MKT

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Menurut sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, presiden parti membuat pengakuan itu semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada malam Isnin.”Selain keputusan mesyuarat yang menolak cadangan menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), beliau (Ahmad Zahid) mengaku kepada semua itu suaranya dalam perbualan bersama Anwar yang viral tidak lama dahulu selain telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata sumber.

Mesyuarat tertutup antara Ahmad Zahid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Najib Razak berakhir sehingga tengah malam Isnin.Difahamkan, Ahmad Zahid akan membawa cadangan yang sama kepada MKT selepas majoriti Ahli Parlimen UMNO menolaknya dan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Selain, keputusan juga dicapai bahawa Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama PN apabila Parlimen dibubarkan.Sebelum ini, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi yakin parti itu akan keluar serta menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Memetik laporan Sinar Harian, kenyakinan itu adalah berdasarkan pendirian setiap ahli MKT UMNO untuk meneruskan langkah tersebut, malah lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos.

1 komen

  1. 😊😊😊😊😊 amacam kawan.. .terror tak team⚽pickkacuuupower🇲🇾..ini tatacara taktikal D’raja tau..apa boleh buat..kami nie Gergasi ⚽sepak..jadi satu pekara leceh..jikalau ada kacau ganggu yg buat teampower3 ..mula lah ke hospital bagai..dan palng penting.. emo emo in control tide hard whistle..pesan pada Abg Hajiji..don’t worry Abg..segala terkawal dgn baik..dan kantoi kaw kaw akibat semua mahu tahu..betulkah itu suara Wakjahid dgn cikgunya…pada Abg Bung ..bertabah diri sabar byk byk..buat kerja molek molek dehh..siapa mahu melingkup sama JibbyMah & Wakjahid serta sekalian toksikberacun totobodo mereka selama ini..itu masaalah mereka lah..yg penting kita jauh dari terkait karut buruk mereka..kena faham..apa berlaku itu adalah salah silap yg lepas..maka risiko sentiasa ada..harus ingat tuuhhhh..pada Abg Musa yg berani…well..sebagaimana yg lain terdahulu bersama PPBM🌺 sebelum ini…ianya adalah ehsan simpati dari mantan DSDrM@TunM sebelum ini..walaupun anna mmg mahu ada PPBM🌺 di Sabah…tahu tak PRU 14 adalah tragedi UMNO tak tersangka..inilah akibat…suka sgt berada dalam juak msg msg..tengok anna steady aja dalam BN…sorang sorang aja tapi meninjau keseluruhan keluarga BN..lagipun Krjn🇲🇾…satu satunya krjn yg paling teraniaya kerana buruk laku mereka semua selama ini..tak berjasad nyawa mcm manusia aja..kiranya benar manusia…aper fikir taukeh suka kah ini semua..mau kena parang msg msg..kesian rakyat sabah selama ini..kira nya mereka tidak berusaha beritahu susah payah hidup mereka..ader org ambil kisah..lagipun anna tak boleh lagi biar Dap mahu pun PKR…bikin rosak rakyat di Sabah sana..mereka betul betul musibat perosak minda rakyat🇲🇾 sebelum ini..ttg Warisan Shafie Afdal…mereka bebas dgn cara mereka…namun peluang terajui krjn negeri mahupun persekutuan…tiada tempat utk mereka skrg…dah sanggup jadi pembangkang maka 🐝 your own choice…jgn sesekali kianat menipu anna sendiri …sedangkan tak cuit usik mereka pun selama ini…Dah lama R&D parti warisan nie…cela tu dah lama nampak…selagi berputar keliling presiden parti…PKR..Dap…Lunyaii jadi tak guna..well..senyum😊 kawan..

    AnnaAriff1972😁

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.