Ketua Menteri Sabah Gesa Bekalan Vaksin Dipercepatkan

Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mempercepat penghantaran bekalan vaksin COVID-19 ke Sabah.

Kerajaan Negeri telah membuka 151 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh Sabah dan sudah menjalankan program jangkauan ke pedalaman. Tetapi kerana bekalan vaksin masih kurang ianya memberi kesan terhadap Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) yang bermula pada bulan ini.

Ketua Menteri berharap bekalan vaksin dapat sampai ke Sabah secepat mungkin, demi mencapai matlamat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu sehari 30,000 orang menerima vaksin.

Sebelum ini, Ketua Menteri mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah, Datuk Seri Wong Khen Thau. Dalam pertemuan ini dibincangan kesan pandemik terhadap ekonomi negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan terus memastikan lebih ramai orang yang diberi vaksinasi bagi menyekat penularan virus Covid-19. Selain itu, pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat akan dilaksanakan di negeri ini.

MICC memiliki jaringan dan rangkaian antarabangsa yang luas, yang mana akan lebih stabil dalam melengkapi agenda pelaburan kerajaan negeri.

1 thoughts on “Ketua Menteri Sabah Gesa Bekalan Vaksin Dipercepatkan

Add yours

  1. 😊😊😊😊😊 done Sir..in process program …PNPPBM πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊπŸ’―πŸ’–πŸŽ΅πŸŽΆπŸŽ΅πŸπŸ˜Š

    AnnaAriff1972😊

    Like

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑