Zahid Hamidi Atau Muhyiddin Yassin Yang Tikam Kawan?

Kenyataan dibawah di tulis oleh pengguna Facebook bernama Mohd Faisal. Mari kita baca dan fahamkan.

Cerita yang ramai orang tidak tahu…

Selepas Tun M enggan memegang jawatan PM walaupun telah dipujuk oleh YDPA, maka YDPA meminta parti2 menamakan seorang calon lain sebagai PM.

Presiden Pas orang pertama yang menamakan TSMY. Kemudian diikuti Presiden UMNO.

TSMY tahu beliau perlu mengutamakan UMNO, kerana UMNO penyumbang kerusi paling besar dalam pembentukan kerajaan itu.

TSMY berbincang dgn Zahid Hamidi untuk UMNO menamakan seorang TPM. Sebaliknya Zahid meminta jawatan itu dikosongkan. Beliau kata dalam masa tiga bulan beliau akan selesaikan kes mahkamahnya dan beliau akan bebas. Selepas itu beliau akan isi jawatan TPM.

Zahid paling takut jawatan tersebut diisi oleh Hishammuddin Hussein. Kerana dia anggap Hisham itu budak dia sahaja. Sebab dia yang lantik Hisham sebagai Bendahari Agung BN. Perkara ini dia bercakap dgn ramai orang. Poyo betullah…

Kerana permintaan Zahid itu, maka TSMY mengosongkan jawatan TPM dan melantik empat menteri kanan. Covid semakin teruk. PKP pula datang. Banyak kes mahkamah tertangguh, termasuklah kes Zahid.

Diantara bulan Februari hingga September 2020, hubungan antara parti-parti dalam kerajaan dan menteri2 sangat bagus. Mereka sering berjumpa dan berbincang. Kerana itulah negara kita berjaya mengawal covid dalam PKP pertama.

Tup…tup…tup…September 2020, hujan tidak ribut pun tidak, tiba2 beberapa hari sebelum pengundian PRN Sabah, Anwar Ibrahim mengumumkan beliau cukup majoriti untuk membentuk kerajaan. Semua orang bingung ketika itu. Dari mana Anwar cukup majoriti jika UMNO tidak sokong beliau ?

Anwar hantar surat kepada Istana Negara. Kemudian pihak Istana Negara menghantar surat itu kepada PM memaklumkan bahawa Anwar cukup majoriti untuk membentuk kerajaan dan jika sahih maka TSMY perlu berundur bagi memberi laluan kepada Anwar.

Surat itu ditandatangan oleh Anwar dan Zahid. Rupanya Zahid main borong guna nama semua ahli parlimen UMNO hantar kepada YDPA kononnya mereka menyokong Anwar. Sedangkan beliau tidak panggil pun ahli2 parlimen itu untuk minta persetujuan.

TSMY telah memanggil semua presiden parti ke rumah beliau. Dalam pertemuan itu Presiden Pas pun ada sekali. Zahid hendak nafi surat itu tidak boleh kerana ada depan mata. Tandantangan beliau dan ada cop terima Istana Negara. Bincang punya bincang, Zahid panas punggung dan cabut keluar tinggalkan rumah TSMY.

Disini kita nampak, siapa tikam siapa ? Baru beberapa bulan jadi kerajaan, dia dah tikam PM yang awalnya dia sokong. Kemudian dia tikam kawan2nya yang ahli parlimen UMNO, guna nama hantar kepada Istana Negara tanpa kawan2 dia tahu.

Dalam apa keadaan TSMY banyak mengutamakan UMNO. Termasuklah dalam PRN Sabah. TSMY meminta UMNO menamakan seorang calon Ketua Menteri selain Bung Mokhtar. Tetapi Zahid tetap mahukan Bung.

Difahamkan sebelum itu beliau telah berjanji dgn Musa Aman. Bukannya Bung tidak bagus. Cuma beliau ada kes mahkamah yang belum selesai. Akhirnya PPBM terpaksa umum calon mereka sebagai KM.

UMNO terlepas jawatan KM bukan kerana pengkhianatan PPBM. Tetapi kerana sikap bodoh sombong presiden kita sendiri. Dan UMNO tidak mencatatkan keputusan yang baik pun dalam PRN Sabah. Kalaulah Musa Aman dinamakan awal2, parti menang lebih besar dan jawatan KM pun milik kita.

Kemudian diputarnya cerita, kononnya TSMY mengkhianati UMNO. TSMY hendak haramkan UMNO. Apa ke halnya TSMY hendak haramkan UMNO ? Sedangkan beliau sedar tanpa sokongan UMNO beliau akan rebah.

Jawatan TPM pun TSMY masih kosongkan hingga ke hari ini untuk diisi oleh UMNO. Jika TSMY hendak gunakan kuasa beliau sebagai PM yang boleh melantik sesiapa saja yang beliau inginkan dari kalangan MP UMNO, boleh saja. Tetapi kerana beliau hormatkan institusi UMNO itu, beliau minta UMNO yang namakan.

Duit UMNO yang dibekukan zaman Tun M pun beliau lepaskan beri balik untuk membolehkan UMNO bergerak.

Jadi logikkah TSMY hendak cantas kaki UMNO dengan mengharamkan UMNO ? Itu semua cerita rekaan Zahid dan orang2nya untuk menutup kesalahan sendiri.

Tidak habis di Sabah. Dari Sabah dibawa ke Perak pula. Tiba2 ada undi tidak percaya terhadap MB Perak. Tanpa ada sebarang pergaduhan, sebarang pertikaian, sebarang maki hamun, MB Perak yang kalah undi dalam dewan, Ahmad Faizal Azumu secara redha dan gentleman berundur dengan baik.

Dalam kes di Perak, siapa tikam siapa ?

Dari sinilah kita mula didendangkan dengan kalimah ‘Jajaran Baru’. Kalimah ini keluar dari mulut Zahid sendiri.

Kalau hendak balas dendam, TSMY boleh buat di Johor. UMNO ada berapa kerusi saja di Johor. Tapi kita kekal MB sampai ke hari ini.

Kalau hendak balas dendam, TSMY boleh saja lantik orang Pas atau PPBM ke jawatan TPM. Hingga ke hari ini kerusi TPM masih kosong dan ianya milik UMNO. Cuma kegagalan UMNO menamakan calon untuk diletak di situ.

Tidak cukup dgn itu. Masuk tahun 2021, Zahid masih belum insaf lagi. Agaknya dia tiada azam tahun baru kot. Penyakit tikam kawannya dibawa dari tahun ke tahun. Belum ada vaksin lagi.

Beliau rancang untuk 15 orang ahli parlimen UMNO tarik sokongan kepada TSMY. Setiap dua hari seorang MP akan umum.

Bermula dgn kawan baiknya sendiri, Nazri Aziz. Kemudian Jazlan (Kelantan) pula. Yang ketiga sepatutnya Tajuddin Rahman. Tapi tak sempat. Tujuan Zahid adalah untuk jatuhkan TSMY.

Beberapa hari lepas kita semua lihat, dengar dan baca apa yg keluar dari mulut Nazri. Beliau mendedahkan bagaimana beliau ditipu oleh Zahid. Kawan sendiri pun Zahid sanggup tikam.

Teruk penyakit Zahid. Penyakit yang belum ada vaksin. Habis orang ditikam dan dikencing olehnya. Sebab itu saya kata, kalau PM pun dia lipat, kawan sendiri dia tikam , kita ahli2 UMNO ini dilelong saja olehnya.

Sekarang ini cerita ceriti TSMY tikam UMNO, khianat UMNO semuanya hanya sekadar cerita mulut. Tidak ada satu pembuktian pun lagi.

Yang Zahid khianati TSMY pula, satu persatu telah terbukti. Hantar surat kpd Agung sokong Anwar, undi tidak percaya di Dun Perak dan susun MP tarik sokongan terhadap TSMY.

Selepas ini kita tunggu episod seterusnya dari Nazri Aziz. Ha ha ha…dia kata dua bulan pergi luar negara. Takpelah…kita tunggu. Betul ke dua bulan ? Atau jika betul dua bulan, di luar negara tiada talian internet ke untuk beliau buat pendedahan seterusnya ?

Kredit Mohd Faizsal

1 komen

  1. assalammualaikum…kawan yg baik😊 lama tak talk komen eeekk..baca kisah dari cluster toksikberacun totororo nie..makin meleret kan..cuma jgn lupa JibbyMah tu ada di celah Zahid Hamidi..2 watak dalam cerita di antara mereka..cuba fikir..yang positif ttg tindakan brutal Presiden UMNO tuuhhhh…sekiranya tidak terurai skrg mana mungkin kita boleh berterusan bersangka baik terhadap mereka itu semua selama ini..lagipun cerita para pemimpin UMNO Sabah..satu ketika yg sudah..mana sangka haprak nya serupa sama aja dgn semenanjung..malah jikalau tiada usaha selamatkan negara 🇲🇾…kami di dini …mati mati percaya kat Sabah molek molek belaka..well..natijahnya skrg..serabut hal Covid19 yg mesti selesai terlebih dahulu..cuma anna cuak sikit..pasal istana negara seolah tak tahu kerr..1 Ogos ..polakarasi Darurat ini habis..paling gampang pulak..apa lagi kerenah sengal si anwar ibrahim ..ade satu post..yg mengatakan SD dari Pahang ada terkait hubungan baik dgn kerabat D’raja..buat tersentak sekejap..umum atau segelintir org org tahu…hanya Najib Razak …individu yg pernah di ceritakan baik hubungan dgn istana Pahang…jadi YDPA itu dari mana..angin ribut tarak…tetiba panas isu parlimen di minta bersidang segera..dan di ulang kenyataan lagi..kenapa sebulan lagi aja..tup tup minta sidang segera…mujurlah org org politik toksikberacun totobodo itu sengal poyo…termasuk JibbyMah ngok…sekiranya Wakjahid tu brutal dgn warning 14 hari..JibbyMah juga tak ketinggalan…malah berani menuduh kami🌺 serta PM8 TSMY itu derhaka..kurang ajar biadap sungguh mereka mereka ini..lagi satu..tahu PRU 14 itu buruk bukan..menang BN UMNO serta PAS…bukan patut menang dgn menipu dan berkianat pada PPBM🌺 itu sendiri…ini Dap.PKR serta Amanah..UMNO serta para senarai BN…itu belum haru terbingai Parti Warisan…serta setiap parti parti yg bertanding dlm tragedi PRU 14…apa pun nak finale listed ..apa apa berlaku pada PNPPBM🌺🇲🇾…di Persekutuan..PM8 TSMY …nescaya ..tak kan nak tengok aja…insyaallah…anna pun dah jem tak kerja…jadi sgt byk masa utk hadap ini semua…pesan pada Abg Hajiji ..jaga baik baik Sabah tau…tak mudah anna dapatkan semula Sabah..setelah tahu PH Warisan sudah tak guna buat rakyat Sabah keseluruhannya…lihat aja..cara Sarawak…gertak sergah malah permainannya terhadap Federal State 🇲🇾…semuanya dalam listed R&D anna selama ini..jadi mana mungkin perlu biar bodo bodo aja…apa pun kawan..tolong jaga Sabah bersama kami🌺🇲🇾💯💖..kita tak boleh hilang masa depan serta anak cucu yg lain ..sengsara hidup tergadai..gara gara politik haprak 🇲🇾..harap maklum dan terima kasih 😊

    AnnaAriff1972🌺🇲🇾💯💖🎵🎶🎵🐝😊

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan kepada Arif Yong Abdullah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.