Program Ulung Di Sabah Vaksinasi Melibatkan Tentera ðŸ‘

SIARAN AKHBAR 24 Jun, 2021

SIPITANG: Program Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Programme (ACMVP) bermula di Long Pasia, dengan menyasarkan seramai 500 penduduk kampung di sini dan kampung berhampiran akan menerima vaksin menerusi program yang akan diadakan selama dua hari.

Ini adalah program pertama tentera di Sabah yang diadakan bersama dengan program bergerak kerajaan (mobile outreach), Pasukan Petugas Imunisasi COVID 19 (CITF) dan sukarelawan belia kampung berkenaan.

Tongod, Nabawan dan Semporna akan menjadi destinasi Jiwa Murni yang seterusnya bermula bulan Julai hingga Ogos dan September pada tahun ini.

Memuji usaha tentera atas inisiatif ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat dilaksanakan di daerah lain untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

Hajiji berkata setakat 23 Jun, lebih daripada 350,000 orang telah menerima vaksin termasuk kira kira 10,000 anggota tentera manakala lebih 30 peratus telah mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi.

Kami berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang yang diberi vaksin setiap hari mulai bulan Julai ini, apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia.

Terdahulu, dalam taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Sipitang, Ag Raimy Pg Abdul Rahman, Ketua Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM570,000 untuk dua jambatan gantung, gereja, pos tentera dan menaiktaraf sekolah.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr Zulkapli Mohammad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid.

TAMAT

SABAH MAJU JAYA

Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Aras 31, Blok A Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: