Tiada Makna Jika Parlimen Dibuka Hanya Untuk Bawa Agenda Parti/Politik

Ada benarnya pernyataan Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai. Bahawa tidak ada maknanya Persidangan Parlimen dibuka jika matlamatnya hanya untuk membawa agenda politik atau parti masing masing.

Kita tahu sementara surat Yang Dipertuan Agong bertarikh 16hb Jun kecoh diviralkan.

Terbongkar konspirasi entah betul entah tidak. Presiden PKR ada menghubungi Presiden Warisan bagi membincangkan jawatan Perdana Menteri. Itu bermakna jalan penyelesaian Covid-19 yang dikemukakan oleh Ketua Ketua Parti Pembangkang semasa menghadap Agong hanyalah kata kata kosong yang tidak memberikan makna. Selain untuk agenda Parti dan merampas jawatan Perdana Menteri.

Maka benarlah telaan Presiden Gerakan dibawah. 👍


PETALING JAYA: Jika agenda sidang Parlimen hanya untuk membawa matlamat politik masing-masing tanpa mengutamakan keselamatan dan kehidupan rakyat, ia jelas tidak membawa sebarang makna ketika negara masih berperang dengan wabak Covid-19, kata Presiden Gerakan Dominic Lau Hoe Chai.

Bercakap pada sidang media maya hari ini, beliau berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa komited menjamin keutuhan demokrasi yang menjadi teras kedaulatan sistem pentadbiran di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, Parlimen akan dibuka semula pada akhirnya jika mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Apa yang rakyat ingin tahu adalah tujuan dan agenda sidang Parlimen itu? Adakah langkah-langkah dalam memberhentikan penularan wabak Covid-19 ataupun dasar yang menjamin keselamatan dan kehidupan rakyat?

“Sekiranya mereka membawa agenda politik masing-masing, perbuatan tersebut akan kehilangan tujuan sebenar sidang Parlimen, bermaksud ia sama dengan tiada sidang Parlimen dan langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.

Selasa lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan perutusan Pelan Pemulihan Negara dilaporkan berkata, sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober.

Keesokannya, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan ordinan darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan Agong berhubung sidang Parlimen itu tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

“Tuanku hanya berpandangan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin,” katanya.

Kenyataan terbuka itu menerima kritikan pelbagai pihak dengan menganggap menteri PAS itu menderhaka kepada titah Sultan Abdullah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: