Sabah Kaya Tapi Rakyat Miskin Sebab Warisan/Shafie Lah Bukan Federal

Semalam ada kawan mentioned admin, beliau maklumkan yang Adun Warisan sedang mengadakan temu bual di media Facebook.

Terima kasih diucapkan pada pembaca berkenaan.

Admin sempat mendengar kenyataan langsung wakil rakyat DUN Tungku, Assaffal yang sedang berbual ketika itu.

Dia mendakwa Sabah ini negeri yang kaya raya tetapi rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan ia disebabkan oleh campur tangan perseketuaan. Hal yang sama kononnya dihadapi oleh kerajaan Sarawak.

Dalam erti kata sebenarnya Adun Tungku itu mahu cakap begini. Rakyat Sabah mesti bersama Warisan bagi menuntut 20 perkara atau Sabah Ubah. Kononnya!

Kamu tidak tahu menahu pasal kualiti sebenar Presiden Warisan selaku pemimpin dan sebagai pentadbir negeri dalam erti yang sebenarnya, dua tahun setengah hanya digunakan untuk menabur harapan pada rakyat Sabah. Hasilnya kosong. Geran tanah yang di agih agihkan pada ambang pilihan raya negeri 2020, itu pun adalah kesinambungan dari usaha kerajaan Sabah terdahulu yang dipimpin oleh Tan Sri Musa Aman. Klik link dibawah.

Warisan Perlu Berhenti Membohongi Rakyat, Pemberian Tanah

Sepatutnya ketika Warisan berbangga dengan bangunan PPNS yang sempat mereka duduki, walau seketika, ia sudah dapat menjawab dengan tepat persoalan yang mereka cipta. Kemana kekayaan negeri ini di tumpahkan? dan untuk memajukan Sabah tidak pun memerlukan perjanjian 1963 dipolitikkan secara total. Seperti mana propaganda Warisan, Sabah Ubah dan sebagainya.

Betulkah kerajaan Sarawak tidak sebulu dengan Persekutuan? Setahu admin adalah sebaliknya. Kerajaan negeri Sarawak menyokong penuh kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Klik link ini.

Kerajaan Negeri Sarawak Sokong Penuh Kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Ternyata Warisan masih dengan cara lama. Memanipulasi perjanjian Malaysia 1963 sekaligus meniup rasa kenegerian yang melampau hingga lupa apa yang pernah dinyatakan oleh Shafie semasa berjawatan Menteri di peringkat Persekutuan.

Pokoknya sehingga hari ini Warisan masih menggunakan cara yang sama yang telah berjaya memperdaya rakyat Sabah hingga Warisan memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen pada pilihan raya umum yang ke 14.

Malangnya bila Warisan diberikan mandat oleh katak katak UPKO bagi menerajui kerajaan negeri Sabah. Terbukti kepimpinan Warisan gagal memikul tanggungjawab mereka sebagai pentadbir. Jangankan menunaikan propaganda yang memerlukan kerjasama dari semua pihak dapat direalisasikan. Hanya untuk melantik Ketua Kampung yang ada tanggungjawab dan berkualiti pun gagal. Natijahnya kehidupan dan keharmonian masyarakat di pertengahan dan di peringkat akar umbi semakin teruk ramai yang terjebak dalam gejala yang tidak sihat. Nasib baiklah kerajaan Cowboy Warisan cepat ditumbangan. Alhamdulillah!

Semasa Warisan memerintah negeri Sabah, ekonomi Sabah mengalami penyesutan yang signifikan hanya mampu meraih 0.5% KDNK.

Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%

Sebaliknya yang menonjol hingga menjadi isu dikalangan rakyat Sabah adalah adanya usaha yang bertentangan dengan semangat perjanjian Malaysia 1963. Tidak perlulah admin berikan contohnya!

Propaganda bermaksud antara lain ialah mendoktrin sikap rakyat supaya tolol dan degil lalu menafikan apa saja yang tidak datang dari pihaknya. Menuntut sesuatu yang bukan hak tanpa ada rasa malu juga kesan dari propaganda yang tidak bertanggungjawab.

Sedar kah mereka siapa Shafie sebelum disingkirkan dari UMNO. Shafie pernah menjawat jawatan Naib Presiden UMNO dan menyandang beberapa jawatan Menteri. Jawatan terakhirnya ialah sebagai Menteri KKLW yang bertanggungjawab membangun negeri Sabah. Namun berjaya kah Shafie menggunakan kedudukannya untuk memajukan negeri dan rakyat Sabah pada ketika itu? Tidak.

Dengarkan kenyataan pembangkang pada waktu itu. Apa mereka kata, Shafie adalah pengkhianat atau musuh orang Sabah. Klik link ini dibawah.

Shafie Apdal Adalah Musuh Orang Sabah

Ketika Presiden Warisan Shafie menyandang jawatan Menteri di Peringkat Persekutuan. Dia sendiri yang cakap 20 perkara atau perjanjian Malaysia 1963 bukan lagi satu keutamaan kerana keberadaan Sabah di dalam Malaysia cukup dihargai dan diberikan perhatian oleh Persekutuan. Klil link dibawah disana ada kenyataan Shafie yang telah dimuatkan di dada akhbar tertentu. Klik juga link yang berkaitan, pengakuan Datuk Annuar Masa tentang Shafie yang tidak pernah menyuarakan hak hak Sabah.

Presiden Warisan Minta Rakyat Sabah Tidak Terkeliru Dengan 20 Perkara

Pendedahan Eksklusif Annuar Siapa Sebenarnya Shafie Apdal

Jadi cukup-cukuplah membuat kenyataan yang bersifat propaganda semata-mata. Ini kerana Parti Warisan telah diberikan peluang untuk menjadi kerajaan negeri. Tapi sayang kesempatan itu tidak dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat Sabah secara keseluruhannya. Sebaliknya hanya kerabat dan kroni kerajaan negeri Warisan yang bermegah megah hingga ada diantara mereka yang diheret ke mahkamah kerana salah guna kuasa.

Admin berharap sangat supaya lain kali Adun Warisan seperti Assaffal itu tidak lagi berani berani merendahkan keintelektualan rakyat Sabah, seolah olah terlalu tolol untuk dikelirukan.

Baca juga artikel yang admin reblog dibawah yang sudah tentu ada kaitannya dengan tipu tipu Warisan dari sudut hak hak Sabah. 👎

Shafie Menuntut Sabah Menjadi Wilayah – Selamanya Propaganda

Wilayah bermaksud memerintah sendiri (the right of self-government). Persoalannya bolehkah ia dilaksanakan melalui proses pilihanraya apa lagi parti dari Semenanjung iaitu DAP dan PKR juga menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri Sabah dan enam lagi katak daripada BN. Jangan juga lupa beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang disandang oleh Yb dari GBS yang juga mewakili suara […]

Shafie Menuntut Sabah Menjadi Wilayah – Selamanya Propaganda

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: