Kononnya Berita Ahli Warisan Tawau Keluar Parti Adalah Palsu 👎

Seperti yang sudah dijangka, pasti setiap berita yang ada kaitannya dengan kelemahan Warisan atau keahlian parti Warisan akan dinafikan oleh kepimpinannya, bergantung pada lokasi dimana tragedi itu berlaku. Hahaha!

Sebelum ini Ketua Bersatu Bahagian Tawau yang juga Adun Apas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah Datuk Nizam Ab Titingan, sudi menerima kemasukan seramai 150 ahli Warisan dari Cawangan Kampung Serodong bagi menyertai parti Bersatu atau PPBM.

Tetapi tragedi itu dinafikan oleh Ketua Warisan Tawau Abdul Salip. Kononnya berita yang tular adalah berita palsu, ini kerana mereka belum menjadi ahli yang sah dan beberapa lagi alasan yang tidak berapa logik.

Dibilang berita palsu tapi mereka tahu pula sama ada sudah menjadi ahli atau belum. Hakikatnya ahli atau belum mereka pernah mengundi calon Warisan. Konyol dan lucu!

Sebutkan saja tragedi itu berlaku dimana, di pantai timur mahupun di pantai barat Sabah. Pasti ada saja alasan yang akan mereka kemukakan. Antara alasan lain yang paling popular, mereka bukannya ahli Warisan walaupun sebelum itu adalah pengundi calon Warisan yang bertanggungjawab memenangkan calon picisan mereka.

Nampak benar politik parti Warisan ni sangat sesuai untuk golongan yang jahil soal tanggungjawab dan naif soal matlamat politik itu sendiri iaitu kemanusiaan.

Tapi mereka lupa ada beberapa keadaan yang menyebabkan ahli ahli Warisan tegar bertindak meninggalkan parti sekaligus menolak justifikasi yang bakal dikemukan keatas mereka.

Begini, sedangkan semasa parti Warisan berlagak sebagai kerajaan negeri Sabah pun masih ramai ahli di pantai barat yang keluar ramai secara berjemaah. Ironinya kebanyakan mereka bukan ahli biasa tapi ahli yang berjawatan di dalam parti, baik diperingkat bahagian mahupun cawangan.

Apa lagi hari ini Warisan balik menjadi pembangkang yang tidak diiktiraf oleh Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim.

Dibawah ini ada beberapa berita mengenai ahli Warisan yang meninggalkan parti walaupun pada ketika itu Warisan adalah parti yang memerintah. Key in dalam ruangan search dibawah “keluar warisan” atau “sertai bersatu”. Nanti kamu akan nampak penolakan ahli Warisan dan sudah berapa ribu bilangan mereka yang bijaksana meninggalkan parti.

Tapi sehingga hari ini ia masih dinafikan oleh kepimpinan Warisan dan totok totok mereka. Seolah olah yang memajukan negeri Sabah selama ini adalah mereka. Walhal Bangunan PPNS yang menjadi kebanggaan mereka itu pun, di dirikan oleh kerajaan Musa Aman. Seolah-olah juga ahli yang terjebak akan mati kebuluran tanpa Warisan sebab itu mustahil mereka meninggalkan perjuangan parti Warisan.

Bagaimana pula dengan bekas orang kuat Shafie iaitu mantan Pengarah Air Negeri Sabah, Amarjit Singh dan Naib Wira Pusat dari Penampang yang bertindak meninggalkan parti Warisan, baru baru ini. Adakah itu juga berita palsu? dasar pemikiran para loser, semua mereka nafikan walaupun sudah nyata di depan mata Warisan tumbang pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020.

Sejak dulu ramai orang Sabah yang berjaya dalam dunia pendidikan dan kehidupan. Ini berlaku di zaman pemerintahan Tan Sri Musa bukan Shafie kerana Shafie gagal sebagai Menteri KKLW dan baru baru sebagai Ketua Menteri Sabah? Kawan, Shafie itu sendiri bukan siapa siapa tanpa orang luar atau parti dari Semenanjung iaitu UMNO.

Perlu diketahui oleh rakyat Sabah. Jangan ingat semua orang Semporna menyokong parti Warisan. Ini termasuklah kerabat Shafie dan Jaujan tidak semua menyokong kepimpinan mereka dan parti Warisan. Ironinya mereka yang menolak parti Warisan di Semporna adalah terdiri dari golongan yang bijaksana. Jadi apa yang menghairankan jika ada orang luar yang nekad meninggalkan Warisan, parti yang memandulkan pemikiran dan kemajuan itu? Hemmm!

Mungkin ramai yang belum tahu, pada pilihan raya umum yang ke 14 lepas. Admin pernah bertekak dengan seorang bekas guru sekolah yang berasal dari Semporna. Ini kerana dia mempertahankan parti Warisan. Tapi pada pilihan raya negeri Sabah baru baru ini, dia antara penentang kuat kepimpinan Shafie di Semporna.

Punyalah marah dan kecewa sampai dia sanggup bersumpah “suvali” bahawa dia bersumpah dan berdoa semoga kepimpinan politik Shafie Apdal, Jaujan Sambakong dan Aziz Jamman tidak lagi bangkit hingga hari Kiamat.

Menjadi tanda tanya, lalu apa yang menghairankan sangat bila ada orang luar yang bertindak meninggalkan politik Shafie atau parti Warisan kerana hilang kepercayaan?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.