Junz Cermin Diri Sebelum Fitnah Kerajaan Sabah Kejam – Rumah Pangsa Tanjung Aru

Kritikan kali ini berkenaan sikap dan permainan politik wakil rakyat Tanjung Aru dari parti Warisan. si Junz Wong yang menampakkan ada ciri ciri hipokrit dan kekomunisan.

Antara ciri-ciri seseorang itu memiliki prinsip komunisme walaupun secara tidak langsung ialah menolak apa saja yang difikirkan untuk kebaikan rakyat. Melainkan hal kebaikan itu dipelopori oleh mereka. Apa lagi jika kawasan atau kumpulan masyarakat itu dikuasai oleh mereka. Jadi berhati-hatilah kamu pada sikap dan pemikiran seperti ini. Ada tu pada kepimpinan parti Warisan, secara umumnya.

Si Junz Wong sebelum ini mendakwa kononnya penduduk rumah Pangsa LPPB Tanjung Aru telah diusir. Itu kononnya tindakan yang kejam yang dilakukan oleh kerajaan Sabah.

Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, kerajaan GRS cuba melakukan yang terbaik demi kebaikan rakyat atau mangsa yang terbabit.

Cerita yang sebenarnya begini kerajaan GRS dibawah Datuk Masiung selaku Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), sebelum itu telah terlebih dahulu mengeluarkan notis mengosongkan premis atau rumah pangsa, blok 11 flat yang disewa oleh 315 orang dan 12 orang penyewa kedai. Supaya mereka dapat membuat persediaan untuk berpindah ataupun mendapatkan tempat tinggal yang baharu dan selamat. Bukannya menghalau dan bersikap kejam, seolah olah tidak ada notis sebelum itu. Seperti mana tuduhan tidak bertanggungjawab si Junz Wong, mangkuk ni.

Ini kerana menurut Pengerusi LPPB, bangunan flat berkenaan telah usang dan telah mengalami beberapa kerosakan yang kritikal dimana kalau dibiarkan akan mendatangkan bahaya kepada penyewa atau penduduk. Antara kerosakan kritikal yang telah dialami ialah kerosakan pada dinding dan atap. Begitu juga dengan saluran paip air yang ada kalanya tidak lagi berfungsi.

Untuk makluman bangunan itu dibina pada tahun 1970 itu bererti ia telah berusia lebih 50 tahun.

So adakah tindakan yang bertujuan untuk menyelamatkan penduduk dari musibah, satu tindakan yang kejam dan salah?

Inilah masalahnya kepimpinan Warisan ni, kuat sangat berpolitik. Sepatutnya kalau benar mereka prihatin pada pengundi Tanjung Aru khususnya penyewa flat rumah pangsa yang juga diwakili oleh Junz Wong itu sendiri. Tempoh dua tahun setengah parti Warisan sebagai Kerajaan negeri, sudah memadai bagi mereka untuk membaiki kerosakan pada rumah pangsa berkenaan.

Tengok, kalau dulu kerja baik pulih mereka lakukan tidaklah hari ini penghuni flat berhadapan dengan kesulitan.

Tapi tidak dilakukan kenapa? Sebab talk only no action.

Admin dalam hal seperti ini, memang sudah sedia maklum pun. Jangankan kawasan yang diwakili oleh pemimpin biasa yang tidak ada ketokohan seperti si Junz Wong dan beberapa lagi wakil rakyat parti Warisan, mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengundi. Hata Presiden mereka sendiri pun gagal melakukannya.

Tengok apa berlaku di Semporna. Rumah penduduk Kampung Simunul di robohkan, alasannya tapak kampung itu nanti akan digunakan untuk membina premis Pelancongan. Begitu juga halnya dengan penduduk Kampung Bangau Bangau yang terbabit dengan kebakaran, sehingga saat akhir sebelum kerajaan Warisan di tumbangkan. Satu batang tiang pun gagal didirikan oleh Ketua Menteri Shafie Apdal pada ketika itu sebagai tanda komitmennya. Walhal semasa berkempen di Pilihan Raya Umum Ke 14, bukan main lagi. Sampai konok menitis air mata Presiden Warisan ketika berucap mengenang nasib penduduk atau mangsa kebakaran. Hemmm!. So no wonder lah.

Paling penting di sini kau Junz Wong, sebelum menuduh orang lain sebagai kejam, ambil dulu cermin tu. Supaya boleh menilai siapa sebenarnya yang kejam dan tidak bertanggungjawab. Adakah mereka sendiri atau kerajaan GRS yang berkerja secara sistematik.

Untuk makluman Projek membangun semula tapak rumah pangsa Tanjung Aru diluluskan oleh LPPB pada 29.10.2019 semasa Kerajaan Warisan memerintah. Tetapi kenapa pada ketika itu Junz Wong selaku ADUN Tanjung Aru tidak pula membantah malah meluluskan?

Satu lagi sebab kenapa rakyat Sabah wajib menguburkan Parti Warisan di pilihan raya umum yang akan datang. Kenapa tidak kalau hanya pandai menuding jari pada orang lain, walhal mereka sendiri telah diberikan peluang, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab mereka selaku kerajaan negeri Sabah.

1 komen

Tinggalkan Jawapan kepada Edie Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.