
KENYATAAN MEDIA
YAB KETUA MENTERI SABAH
SEKATAN SEMENTARA KEMASUKAN DARI NEGARA BANGLADESH, NEPAL, PAKISTAN DAN SRI LANKA
1. Akibat penularan Varian Baharu (Variant of Concern (VoOC)) di beberapa buah negara sehingga menyumbang kepada lonjakan kes baharu, Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk MENYEKAT kemasukan bagi SEMUA INDIVIDU dari negara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka ke negeri Sabah.
2. Pengecualian masuk ke negeri Sabah adalah diberikan kepada rakyat Sabah dan pasangan (suami / isteri) dan anak kepada rakyat Sabah sahaja. Walau bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.
3. Sehubungan dengan itu, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara Bangladesh, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka dalam tempoh 14 hari tidak dibenar menjalankan prosedur “signoff’ di negeri Sabah, kecuali kru warganegara Malaysia dan wajib menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan.
4. Arahan ini berkuatkuasa pada 03 Mei 2021.
Sekian.
YAB KETUA MENTERI SABAH 02 Mei 2021