Jangan Layan Karenah Penunjuk Perasaan PKP Tawau

Kalau kamu layan karenah penunjuk perasaan suruhan parti Warisan di Tawau baru baru ini. Samalah ertinya seolah-olah kamu tinggal di negara jiran Indonesia dan hidup bersama mereka. Dimana antara cara utama mencari jalan penyelesaian ialah melalui tunjuk perasaan di tepi tepi jalan.

Tapi kamu tengok adakah keadilan negara itu telah dikecapi oleh rakyatnya. Tidak ada geng malah semakin teruk. Kemiskinan semakin menjadi jadi, begitu juga dengan rasuah. Ini disebabkan terlalu banyak birokrasi yang dihadapi oleh rakyatnya. Kerajaan negara itu juga hanya sibuk mengurus rakyatnya yang kerap menimbulkan masalah. Sikit punya hal keluar menunjuk perasaan, walaupun tidak dinafikan ada juga kewajaranya memandangkan kehidupan dan pentadbiran di negara mereka terlalu sulit dan menyulitkan. Sebab itulah ramai di antara mereka yang terpaksa berhijrah ke negara-negara jiran seperti Malaysia.

Sebentar tadi admin terbaca beberapa kenyataan dari penyokong Warisan yang mengagung-agungkan penunjuk perasaan hingga mendakwa anggota Polis pula yang bersalah. Ada yang memviralkan gambar kawan kawan penunjuk perasaan dan gambar kain rentang yang digantung di satu jambatan di Kota Kinabalu sebagai tanda solidariti. Nampak sangat ada usaha yang cuba membesar besarkan diri dan budaya negatif seperti itu.

Justeru kalau kamu melayan karenah mereka, seolah-olah kamu rakyat Sabah pula yang tidak ada kemampuan dan tidak ada hak hingga menuntut sesuatu pun terpaksa bergantung pada mereka.

Soalan admin adakah kamu itu terlalu naif hingga terpaksa bergantung pada mereka?

Hakikatnya orang tempatan Sabah mampu melakukan hal yang lebih agresif daripada penunjuk perasaan itu. Tapi itu bukan cara orang Sabah mencari jalan penyelesaian apa lagi melibatkan keselamatan atau keharmonian orang lain.

Malaysia mempunyai sistem pentadbiran antara yang cemerlang di Asia, justeru menunjuk perasaan kerana pemerintah Malaysia menguatkuasakan PKP adalah perbuatan yang tidak masuk akal atau kamu itu ada penyakit mental akibat mendambakan sesuatu yang bukan hak.

Ironinya kalaulah aktiviti menunjuk perasaan dapat menyelesaikan masalah, sudah lama Indonesia itu menjadi sebuah negara maju. Tapi yang ada adalah sebaliknya dari semua sudut termasuklah dari sudut pendidikan dan keadilan sosial sesama mereka.

Berbalik soal tunjuk perasaan dan ancaman Covid-19. Terbukti tunjuk perasaan yang berlaku di negara Indonesia kerana menentang peraturan lockdown memburukkan lagi keadaan mereka.

Indonesia sehingga hari ini bergelut dengan Covid-19.

Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia sehingga 24hb April terus meningkat agak meninggalkan India. Teruk kan.

Kerajaan Indonesia mengetatkan pergerakan rakyatnya termasuklah kemasukan dari negara luar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.